Friday, February 27, 2015

Resepi Nak Dapatkan Kulit Yang Bersinar Secara Semulajadi


Hari ini saya nak share video yang saya tengok, bagaimana nak buat juice kita sendiri untuk menjadikan kulit kita lebih cerah, putih, dan bersinar. Ada sesetengah orang beli sachet dari berbagai jenama yang ada di pasaran. Tapi kita perlu ingat, sachet atau jus minuman yang ada di pasaran adalah dicampurkan dengan kemikal dan bahan awet. Jadi keberkesanannya kurang daripada buat sendiri. 

Anak dara dan adik masih bayi hilang



Ini antara kes - kes kehilangan pada zaman sekarang. Masakan tak cemas kalau kes ini berlaku pada diri anda. Anak dara dan baby hilang...
Semoga Allah selamatkan kakak dan baby ini. Inilah ujian besar dari Allah, semoga sabar dan tabah.

Kuala Lumpur: “Saya masih buntu memikirkan punca kehilangan anak gadis saya yang melarikan diri dari rumah dengan membawa adiknya yang masih bayi,” kata Siti Rohaida Yusof, 38.
Menurutnya, anaknya, Putri Umaimah Mohd Yusmi, 19, didakwa ‘ghaib’ bersama adiknya Umu Umairah berusia lima bulan sejak Isnin lalu.

Thursday, February 26, 2015

Menakjubkan Bayi Ini lahir, keluar dalam sarung ketuban



Subhanallah, salah satu ke ajaiban yang kita dapat lihat bilamana bayi itu dalam dilihat secara realitinya ia bergerak-gerak dalam ketuban dan bernyawa.
Bayi dinamakan Silas Philips itu dilahirkan tiga bulan lebih awal dari dijadualkan dan dianggap keajaiban oleh doktor yang menyambutnya, Dr William Binder.
Ketika dilahirkan di Pusat Perubatan Cedars-Sinai, California, tangan dan kakinya selain uri serta tali pusat dapat dilihat jelas di dalam ketuban itu.

Lagi Gambar dan video

15 Tips Agar Suami Setia Dengan Anda


Perasaan itu secara tiba-tiba datang...
Rasa takut tak tentu pasal
Rasa macam rendah diri tak tentu pasal 
Rasa macam akan ditinggalkan tak tentu pasal...
Rasa cemburu tak tentu pasal...

Ha...itulah antara tanda-tanda rumah tangga akan mengalami kegoncangan...
Enti kali ni saya nak share tips agar rumah tangga kekal bahagia walaupun usia pun dah meningkat, wajah pun dah semakin banyak garis-garis kedutan. Nafsu pun dah kurang, rasa penat aja memanjang...

Jadi satu masa nanti bila usia perkahwinan dah meningakt lebih dari 5 tahun, macam aku la...hehehe. Rumahtangga akan mulai rasa suram dan nikmat cinta akan tengelam dengan rutin yang sungguh membosankan.

Oklah..saya dapat info tips ni, cara-cara nak eratkan hubungan, dan jadikan suami anda setia pada anda, tambah sikit dengan pemerhatian saya...

Tuesday, February 24, 2015

6 Senaman Kurangkan Sakit Bahu




Anda pastinya seorang yang suka melayari internet...betul? 
Saya rasa memang kita yang selalu berinternet memanjang ni akan mengalami sakit bahu.
Sekarang ni pun saya tengah sakit bahu...Aduh....
Bila tekan aja angin keluar kat mulut. Bila saya pergi berurut, tukang urut tu cakap keras bahu ni...
Nak kasi saya urut saya urut lama-lama la tu....
Sedap memanglah sedap... duit pun sedap keluar juga kan...
Oklah saya nak share tips senaman yang mudah nak hilangkan sakit bahu yang melanda diri anda

3 Tips Panduan Penjagaan Payudara



Semua orang nak kan assetnya nampak lebih mantap dan menyerlahkan kewanitaan. Secara langsung, ia dapat meningkatkan keyakinan diri tatkala bersama suami dan kepada yang masih lagi belum berkahwin mendapatkan calon suami. Bukannya nak tayang, tapi rasa dalam diri. bila tengok cermin saja, wajah senyum dan yakin terpancar di kaca cermin. Pasti anda dapat menarik gelombang magnetik cinta dengan mudah. 

Oklah saya nak kongsikan 3 cara mudah untuk menjaga payudara anda.

1. Jangan merokok

3 Petua Hilangkan Kedutan Di Wajah




Semua orang tak nak nampak tua kan... 
Wajah yang berkedut akan menampakkan seseorang itu tua lebih dari usia dia yang sebenar. Ada sesetengah wanita nampak muda walaupun usianya sudah menjangkau 50an. Orang nampak macam 30an. Tapi kesian...ada juga yang baru 25 tahun, wajah seperti 39 tahun. Muka memang nampak matang, tapi kedutan di wajah tak dipelajara bertambah pula dengan tekanan kerja atau belajar menyebabkan wajahnya tidak dijaga dengan sempurna. Sibuk pun satu hal juga...
Tapi untuk jaga asset kita yang paling penting ni... kenalah mulakan dari awal

Saya nak kongsika 3 Petua tradisional, bahan-bahan yang anda boleh dapatkan di dapur untuk menghilangkan kedutan di wajah

1) Hancurkan timur guna blender dan campurkan sedikit madu. 
Sapukan di wajah tiga kali sehari. Insyallah jika buat secara konsisten kedutan di area mata dan pipi akan nampak kurang. 
Timun juga punyai kadar antioksida yang tinggi dapat menyerap ke arah dalam liang kulit dan sekaligus melembabkan kulit

Sunday, February 22, 2015

Menakjubkan Warga Emas 86 Tahun Masuk Acara Ginastik


Warga emas berumur 86 tahun mampu buat gimastik. Memang hebat! Saya harap video ini memberikan kita inspirasi agar sentiasa bersenam dan work out sentiasa. Hasilnya pada usia emas macam ni, orang lain dah sakit-sakit tulang sebab menopause, dia plak sempat masuk acara ginastik...
Cara dia perform, macam orang yang professional, betul-betul tak nampak dia tua...
Semoga kita semua bersemangat bersukan! 

Saturday, February 21, 2015

8 Cara Tingkatkan Keyakinan Diri Wanita


Anda nak tingkatkan keyakinan diri? Orang perempuan memanglah kurang keyakinan diri berbanding dengan lelaki. Jadi sebagai seorang wanita juga, saya nak share sikit tips yang saya dapat untuk tingkatkan keyakinan diri.

1) Banyakkan membaca cara untuk tingkatkan pendapatan dan kekayaan.
Kekayaan dan keyakinan diri seling berkait rapat. Kalau anda nak tambah kenyakinan diri cuba cari atikel cara nak berniaga, ada banyak atikel yang dapat anda baca yang boleh meningkatkan keyakinan diri anda. 

2) Banyakkan bergaul dengan orang yang kaya dan berjaya
Orang-orang yang kaya dan berjaya banyak bercakap tentang perkara yang positif, jika anda bergaul dengan mereka secara tidak langsung anda pun akan terikut untuk menjadi seperti mereka. Cara nak jumpa dengan mereka, banyakkan pergi kursus niaga yang mahal-mahal, nanti jumpa la dengan diorang ni...


3 Amalkan Pemakanan Sihat (Serius?)
Ya, kami serius. Dengan mengamalkan makan buah buahan & sayuran setiap hari anda anda mempunyai lebih tenaga dan percayalah tenaga semulajadi ini akan membuatkan anda lebih yakin dengan diri tanpa anda sedari. Dan ianya juga baik untuk kesihatan jangkamasa panjang.

Keluhan Seorang Isteri Ke dua Minta Fasakh

Mula-mula happy
Biasa kita dengar lelaki yang berpoligami atau wanita yang dimadukan berlaku di sekeliling kita, mungkin sepupu kita, kawan, mak saudara, pasti ada. Namun, begitu apa yang berlaku di sebalik tabir tak terungkap di hati dan perasaan seorang wanita. 

Banyak sangat kes sekarang ni lelaki yang baru berusia 30an dah nak minta berpoligami, tampa sebarang alasan kukuh...katanya sebagai sunnah nabi...

Keewangan pun tak cukup, masa pun tak cukup, tenaga batin pun tak sekuat mana tapi ada juga nak beralasan berpoligami. 

Pada mana-mana isteri yang mengalaminya haraplah bersabar...

Enti di bawah adalah kisah luahan seorang isteri yang suaminya bernikah lagi secara sorok-sorok. Zaman sekarang ni...nikah pun nak sorok-sorok sampai ke Siam. Akhirnya, sunnah Nabi pun di anggap sebagai suatu yang serong di mata masyarakat bukan Islam. 

Friday, February 20, 2015

2 Cara Hilangkan Bulu Roma Dengan Kaedah Wax

Muka Cute Tapi Banyak Bulu?
Bulu Kaki Dah Macam Kaki Lelaki?
Bulu Kasar dan Lebat 
Tak Seksi Lansung, Buat Sakit Mata Aja Pandang



Bayangkan sekiranya anda memiliki rambut atau bulu roma terlalu lebat di kawasan yang tidak sepatutnya terutama di atas bibir yang menampakkan seperti misai, pada ketiak dan kaki?



Nak tahu Cara yang Selamat?

Wednesday, February 18, 2015

4 Cara Orang Perempuan Nak Cepat Kaya




Adakah anda teringin nak kaya? Eh! tak kan tak nak... semua perempuan nak kaya kecuali perempuan taraf wali macam Rabiatul Adawiyah. Kalau anda sudah mencari atikel ini, anda pasti nak cari jalan untuk kaya kan...bukan taraf wali la tu...hehehe

Oklah...

Saya nak share sikit info yang saya dapat, kalau nak kaya tak ada cara lain adalah dengan 

Senaman Besarkan Payudara




Anda suka bersenam? tapi tak tahu senaman yang macam mana boleh montokkan payudara anda. Jadi ikuti tip dalam gambar. Lakukan berulang-ulang selama sebulan, bersenam 3 kali seminggu selama sejam sehari. Insyallah, otot-otot payudara anda akan terasa tegang, kalau yang dah kendur tu akan terasa keanjalannya. Ha..ini bagi orang yang suka bersenam. 
Jom ikuti 18 Teknik Senaman Besarkan Payudara

10 Tips Cara Atasi Masalah Bengkak Susu



Adakah anda baru melahirkan anak? Masalah banyak susu atau bengkak susu akan dialami oleh sesetengah ibu. Kalau saya tak ada susu plak...hari ni saya nak share sikit tentang tips menghadapi masalah bengkak susu. 
Antara faktonya adalah salauran susu itu tersumbat sehingga menyebabkan suus yang dipam tidak dapat dikeluarkan. Hanya hisapan secara langsung dari bayi saja dapat menghilangkan maslah bengkak susu. 
Ada beberapa tips yang saya dapat dari majalah PaMa

Gambar Yana Samsudin Kahwin


Tahniah pada Yana Samsudin dan suami Fadzil, sekali imbas macam Farid Kamil pulak...
Tak pernah nampak pula Fadzil ni berlakon, maka identiti lelaki ni tidak pasti. Apa yang pasti Yana mesti kenal dia lebih mendalam dan lebih tahu.


6 Tips Goda Suami Guna Smartphone


Adakah anda tergolong di kalangan isteri yang sudah menjangkau lebih dari lima tahun usia perkahwinan? 
Jika Ya, Mungkin atikel ini dapat membantu anda untuk menghangatkan kembali perhubungan anda bersama suami di samping dapat meningkatkan kualiti perhubungan anda sekeluarga. 

Masih ingatkah lagi tatkala usia perkahwinan anda masih lagi muda, atau anda sedang bercinta? 
Mestilah ingat...kan ..itu kan kenangan manis anda yang menjadikan watak anda sebagai isteri hidup. Adakah tenaga cinta dan magnetik itu semakin kuat atau lemah?

Hari ini saya ada baca satu atikel yang menarik yang boleh saya kongsikan bersama. Ya...sama-samalah kita perbaiki perhubugan kita, kalau dapat buat satu tips hari ini pun dah memadai. Tak payah buat semua sekali pada setiap masa.  Baca lagi Tips...

Sunday, February 15, 2015

4 Tips Memikat Suami



Hari ni saya nak berkongsi pada anda teknik nak memikat kembali suami anda atau mendapatkan pasangan yang anda minati. Ada kalanya dah bertahun-tahun bercinta tapi masih lagi tak dapat nak pujuk si dia untuk bernikah terutama pada janda atau anak dara. Jika anda bahagia dengan suami nantikan tips yang paling menganas akan datang

Ok...

Jom kita baca apa yang lelaki nak pada seorang wanita. Hasil kajian ini ditulis oleh seorang lelaki Dr Cinta... jom layan


#1 Jangan Tunjukkan Keterdesakan Anda Untuk Mendapatkan Si Dia
Macam yang dinyatakan seperti di atas, lelaki ini memiliki ego yang sangat-sangat tinggi. Dan mereka akan bertambah ego jika ada wanita yang cuba untuk menguratnya. Mereka akan berbangga dan merendah-rendahkan martabat anda dihadapan rakan-rakan beliau.
Lelaki jarang menghargai sesuatu benda yang mudah didapati. Bagi mereka, semakin sukar dan susah untuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan, semakin kuat perasaan untuk mereka mendapatkan menjadikan hak milik mereka. Cubalah jadi seorang yang bersederhana :)

3 Petua Awet Muda Yang Mudah di praktikkan



Ada mahu nampak muda 10 tahun dari usia sebenar? 

Mestilah...

Wanita mana yang tak nak nampak muda dari usia yang sebenar... Ini adalah lumrah semulajadi wanita yang ingin kekal cantik dan sihat. Tapi masa tetap akan beredah dan meninggalkan kita, setiap masa yang berlalu akan memakan segala sel-sel yang telah sekian lama terbina. Jika kita tak dapat gantikan sel-sel yang mati itu dengan sel-sel yang baru maka kita akan cepat tua..


Ada 3 petua yang boleh anda praktikkan

1) Bersihkan wajah sebelum bakteria dan kuman meresap masuk ke dalam wajah. Wajah yang kotor dengan make up, foundation dan bedak akan meresep masuk ke dalam wajah dan menyebabkan liang-liang udara tersumbat. Jadi cepat bersihkan wajah anda kalau boleh selang 2 hari dngan scrub yang tidak kasar. 

Thursday, February 12, 2015

4 Senaman Mudah Di Gym Montokkan Payudara Anda



Adakah anda punyai payudara yang kendur dan lembek akibat penuaan?
Ya! kita pasti akan tua dan tidak dapat mengelak dari menjadi tua...
Adakah anda nak biarkan saja, proses ini berjalan begitu saja atau anda berusaha melambatkan proses penuaan? 
Ya! proses penuaan itu pasti, tapi kita boleh melambatkan penuaan dengan berbagai kaedah. 
Ini termasuk juga memontokkan payudara anda menjadi nampak 10 tahun lebih muda dari usia anda. 

Di sini saya ingin kongsikan teknik senaman yang saya dapati dari trainer untuk memantapkan, dan memontokkan otot payudara anda semasa anda senaman dalam gym. 

Monday, February 9, 2015

3 Cara Nak Berniaga Online Pada Surirumah

Salam

Hari ni saya nak kasi beberapa tips yang simple pada suri rumah atau peniaga wanita yang nak memulakan perniagaan online. Antara kelemahan utama wanita adalah mempelajari bahagian teknikal. Nak tahu selok belok koding, cara nak letak iklan, cara nak kasi iklan murah, cara teknikal berkaitan dengan internet dan media sosial 
Tapi kelebihan wanita adalah kita target utama seluruh peniaga. Ya! hampir 80% barangan tertumpu pada wanita. Sebab itu wanita susah nak kaya beb...asyik kerja shopping saja...semua orang nak jual pada wanita. Barang wanita memanglah tersangat banyak di pasaran. Walaupun banyak persaigan ia masih lagi laku dan peniaga masih lagi buat banyak untung. Kita sebagai wanita beruntung sebab kita sendiri dapat tahu barang apa yang kawan-kawan kita suka dan kita suka. Peniaga lelaki akan pasti tanya pada wanita dahulu, kalau tersilap jual nanti tak ada yang nak beli. 

8 Tips Cara Atasi Cemburu Yang Dasyat



Adakah anda rasa cemburu pada rakan baik anda sendiri? 
Adakah anda cemburu pada saudara atau madu anda ? 

Memanglah sebagai seorang wanita, kita tidak lepas dari mengalami sifat cemburu. Sifat cemburu ini ada baik dan buruknya jika terlalu teruk kesan cemburu boleh dirasai oleh badan kita sendiri. 

ok...sekarang ni saya nak tanya...
Bila kita rasa cemburu pada seseorang kan... apa yang kita nak buat? 

1) Pendamkan dalam hati? 
2) Jauhkan diri daripada orang yang kita cemburu? 
3) Mendekati sendiri orang yang kita cemburu, moga-moga tuahnya melekat pada diri kita.
4) Sabotaj orang yang bertuah itu...

Sunday, February 8, 2015

Kalau Anda Rasa Marah Dengan Ibu Tengok Video Ini



Rasa sedih bila tengok video ni, seorang ibu sanggup berkorban bersungguh-sungguh demi menyelamatkan nyawa anaknya. Bila kita ditimpa musibah kesihatan, tiada siapa lagi yang sanggup tolong kita seperti mana seorang ibu sanggup tolong anaknya. Jadi sekiranya anda sedang mengalami masalah krisis dengan ibu, ingatlah mereka sanggup berkorban dan buat apa saja agar anaknya hidup lebih bahagia. 

Saturday, February 7, 2015

Kelebihan Lidah Buaya Anti Kedut, dan Anti oksida



Anda Sedang Mencari-cari bahan-bahan semulajadi yang dapat mengembalikan keanjalan di wajah anda? 
Mungkin apa yang anda perlukan adalah tumbuhan yang dekat dengan rumah dan kawasan anda. 
Masih lagi ingat zaman tahun 90an banyak produk-produk kecantikan MLM menggunakan aloe vera. Ada yang dibuat minum, ada yang untuk sapuan luaran dan ada yang untuk sabun. Memang banyak kelebihan lidah buaya ini sebenarnya. Semenjak MLM tu dah tutup, lidah buaya pun dah semakin tak popular. Tapi jangan sesekali ingat pokok lidah buaya / aloe vera ini tidak punyai khasiat untuk kecantikan wajah. 

Mengikut kajian dari para saintis, pokok lidah buaya / aloe vera punyak beberapa kelebihan antaranya: 



Anti-Penuaan Dan Anti-oksida

Besarkan Payudara Kendur

Pernah Kena Perli "Kecik" "Leper"?
Hari-Hari Asyik Pakai Push Up Bra Saja
Lansung Tak Ada Lurah?
Tak Seksi La Beb! 


Anda ada masalah payudara kendur dan lembek?
Dah cuba ambil bermacam suppliements tak menjadi jugak?


Menurut Pakar Ada 5 sebab utama

1) Faktor Penuaan
2) Stress
3) Pengambilan Kopi dan Teh Kerap
4) Penyusuan anak yang ramai
5) Merokok dan Alkohol

Pemenang Maharaja Lawak Mega 2014




Wah! Tahniah diucapkan pada pemenang Zero berjaya merangkul tempat pertama sempena Maharaja Lawal Mega 2014. Tempat kedua pula dimenangi oleh Sepahtu dan ke tiga Nabil. 
Memang terbaik, semua dapat seorang seratus ribu lebih, best nye.. kan. 
Tapi mereka semua dah berusaha sehabis mungkin dengan memberikan persembahan yang terbaik kepada penonton. Nak kasi orang sedih dan minta simpati memang senang, tapi nak buat orang ketawa bukannya perkara yang mudah kan...

Thursday, February 5, 2015

Menu Makanan Merawat Kanser



Saya ingin kongsikan cara nak buat sandwich sayuran yang sedap. Kita selalu makan makanan yang berasid seperti daging, kopi dan sebagainya sampai kita lupa makan sayuran dan buahan. 
Sandwich ini memang sedap di makan dan berkhasiat untuk mencegah kanser. Makan setiap hari ya. 

Kapal Terbang Taiwan Terhempas





Seram pula tengok kapal terbang terhempas dekat sangat dengan jalan raya. Kalau nampak camni, rasa nak naik kapal terbang buat masa terdekat ini pun rasa seram sejuk kan....

9 Makanan Cegah Kanser Payudara




Sedar atau tidak, kanser merupakan antara penyakit yang paling ditakuti oleh para wanita, sebab wanita adalah mangsa yang paling ramai dalam mengidap penyakit ini. Kita pula banyak terdedah pada gaya hidup yang sibuk, stress amalan pemakanan yang berproses dan berperisa banyak menyumbang kepada punca kanser dalam tubuh badan kita. 

Saya nak kongsikan hasil infomasi yang didapati bagaimana kita nak mencegah kanser dari awal agar kita hidup bebas kanser sehingga kita tua, insyallah.

Wednesday, February 4, 2015

Gambar Aeril dan Wawa Bersanding


Amboi! Cantiknya pelamin bergermerlapan dan penuh dengan bunga-bunga rose. Sukernye....
Sepadan sama cantik dan sama padan. Tahniah!
Dah lama tunggu mereka berdua ni bersanding sama-sama, akhirnya tercapai...

6 Negara Paling Ramai Jutawan



Inilah fakta yang terkini dari AFP. Jika anda sudah miliki RM9.63 anda sudah tergolong di kalangan Top 5% populasi dunia yang bertuah! Bukan senang beb...
US adalah negara yang paling ramai jutawan, diikuti denagn Jepun, Prancis, Britain, Jerman, Itali. 
Jom layan lagu kalau aku kaya....
Nak tahu statistik klik baca lagi

Mengapa Perlu Pertikai Jackie Dapat Gelaran Dato?


Baru-baru ni, ramai yang kasi komen di media sosial, kena Jackie diberikan gelaran Dato. Apa kena mengena dia dan rakyat Malaysia? Saya tak ada pula nak pertikaikan mengapa, sebab tak suka nak pertikaikan rezeki orang. Lebih baik fikirkan bagaimana nak tambah rezeki sendiri betul tak? 
Hari ini saya dapat satu atikel dari hmetro, Ustaz Kazim yang duduk bersebelahan dengan Jackie menceritakan pengalaman dia bila bersama dengan Jackie. Rupanya Jackie ni seorang yang dermawan pada rakyat Malaysia terutama pada pesakit buah pinggang. Berapa ratus ribu orang kat Malaysia ni yang mengalami sakit buah pinggang dan terpaksa bayar jutaan ringgit untuk cuci kan... 
Memang patut dia dapat gelaran Dato selain menderma, filem-filem dia memang saya suka sebab best kelakar dan banyak aksi tak boring...

15 Tips Teknik Urutan Payudara



Anda ada masalah payudara yang kendur dan leper? 
Adakah kerjaya anda banyak sangat stress? Selalu minum caffien seperti kopi dan teh? 
Ini adalah antara faktor payudara anda cepat mengalami penuaan dan kendur. 
Ada caranya selain dari pemakanan yang sihat, anda perlu lakukan urutan untuk mengaktifkan otot payudara anda agar menjadi kental dan mantap. 
Otot payudara sama seperti bahagian yang lain, perlu dimantapkan dengan senaman. Jangan ingat berjogging atau berjalan saja dapat mengembalikan payudara anda yang kendur... Confirm la tak boleh beb....

Selain meransang, urutan pada payu dara atau buah dada boleh memberikan manfaat lain kepada wanita. Teknik urutan payu dara atau buah dada yang betul akan membentuk dan menegangkan payu dara atau buah dada wanita. Ok mari kita mulakan...

Monday, February 2, 2015

Bolehkah Lepas Cerai Tinggal Serumah?



Jumpa lagi kita...
Baru-baru ni salah satu kumpulan muzik terkenal di negara kita sedang menghadapi pergolakan rumah tangga, dia ada bagi tahu dia sudah menceraikan isterinya dan kemudian mereka masih lagi tinggal serumah. Tapi saya rasa macam pelik juga, mengapa dah cerai masih lagi tinggal serumah? 
Rupanya kalau masa iddah 3 kali suci masih lagi dibenarkan tinggal serumah suami isteri. 
Jadi hasil carian google saya kali ini mengenai hukum bercerai tapi masih lagi tinggal serumah. 

Menurut Islam Tanya & Jawab, Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid

Jackie Chan Dapat Title Dato


Tahniah pada Jackie Chan kerana dapat bergelar Dato'. Saya pasti ramai di kalangan orang Malaysia yang meminati Jackie Chan. Kalau sebut saja nama dia, pasti ramai yang mengenalinya. Sehingga sekarang filem-filem dia masih lagi segar ditayangkan di negara kita. Filem-filemmya banyak aksi fizikal dan membawa maksud pengajaran pada ending filem tersebut. Dia bukan sebarangan orang. Semoga dengan perlantikan ini dapat berikan suntikan semangat pada kita untuk bekerja lebih keras untuk mencapai cita-cita. 
Tahniah Dato Jackie Chan

Sunday, February 1, 2015

3 Tips Hubungan Yang Complicated



Adakah situasi hubungan anda suami isteri complicated? Nak bercerai atau nak teruskan kehidupan sebagai suami isteri? Memanglah tak dinafikan tiada rumah tangga yang tidak pernah dilanda ombak badai. Semua orang akan melalui proses pergaduhan dan ketidak fahaman. Kita manusia biasa, tapi kalau dah sampai tahap serius dan sukar untuk dipulihkan kembali. Pasti anda ada terfikir adakah perlu atau tidak...
Nak minta nasihat dari orang lain pun berbeza-beza
Ada member bukan islam bertanya pada aku, "mengapa orang islam ramai yang bercerai?" Dah satu hal nak jawap soalan ni.... Aku cakap "walaupun talak terletak pada suami, tapi islam itu adil isteri pun boleh minta fasakh dan proses penceraian di mahkamah syariah agak mudah, lagipun boleh selamatkan orang perempuan..." Member aku kata "Oh! Ya lah...kami bukan Islam tak senang wo....semua kena duit, nak bayar lawyer, mahal ..." Aku hanya senyap saja...
. Jadi saya nak share sikit tips yang saya dapat dari google. 

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas