Mengapa Perlu Pertikai Jackie Dapat Gelaran Dato?


Baru-baru ni, ramai yang kasi komen di media sosial, kena Jackie diberikan gelaran Dato. Apa kena mengena dia dan rakyat Malaysia? Saya tak ada pula nak pertikaikan mengapa, sebab tak suka nak pertikaikan rezeki orang. Lebih baik fikirkan bagaimana nak tambah rezeki sendiri betul tak? 
Hari ini saya dapat satu atikel dari hmetro, Ustaz Kazim yang duduk bersebelahan dengan Jackie menceritakan pengalaman dia bila bersama dengan Jackie. Rupanya Jackie ni seorang yang dermawan pada rakyat Malaysia terutama pada pesakit buah pinggang. Berapa ratus ribu orang kat Malaysia ni yang mengalami sakit buah pinggang dan terpaksa bayar jutaan ringgit untuk cuci kan... 
Memang patut dia dapat gelaran Dato selain menderma, filem-filem dia memang saya suka sebab best kelakar dan banyak aksi tak boring...


Kuala Lumpur: “Jackie ada maklumkan kepada saya, dia teruja memakai songkok dan bersungguh-sungguh mahu tahu mengapa perlu memakainya.
“Saya terangkan kepadanya, ia antara prosedur ketika menerima pingat kebesaran di negara ini,” kata penceramah bebas , Datuk Mohammad Kazim Elias yang berkongsi pengalamannya beramah mesra dengan pelakon antarabangsa, Datuk Jackie Chan pada Ahad lalu.
Ketika itu, Mohammad Kazim atau mesra dengan panggilan Ustaz Kazim dan Jackie dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW), membawa gelaran Datuk dalam istiadat pengurniaan darjah kebesaran yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara sempena Hari Wilayah Persekutuan.
Menurut Mohammad Kazim, Jackie tiba pada 8.45 dan duduk di sebelahnya.
“Kami sempat berbual dan beramah mesra kira-kira 20 minit. Dia kagum melihat suasana di dalam istana dan saya turut jelaskan beberapa perkara termasuk barangan yang terdapat di sini (istana) untuk pengetahuannya.
“Saya akan ingat sampai bila-bila apabila dia menegur tali kasut saya terbuka ketika tiba giliran kami untuk menerima pingat. Dia seorang yang baik hati, mudah mesra dan tidak sombong,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Katanya, Jackie memaklumkan, dia bangga dan tidak menyangka dapat menjejakkan kaki di Istana Negara selain dianugerahkan pingat membawa gelaran Datuk.
“Jackie sempat memberitahu, dia bakal berlakon filem baru bersama pelakon Bollywood pada April ini,” katanya.
Menurutnya, ketika berbual-bual dengan rakan dari China sebelum ini, dia dimaklumkan bahawa Jackie adalah seorang dermawan.
Katanya, antara yang diberitahu, Jackie individu terawal membantu mangsa bencana tsunami di Acheh pada 2004 dengan memberi sumbangan tertentu.
“Ramai yang mempertikai dia mendapat gelaran Datuk. Itu hak kerajaan negara ini kerana mungkin Jackie seorang yang dermawan tanpa rakyat Malaysia tahu,” katanya.
Difahamkan, Jackie turut mempunyai yayasan atas namanya yang memberi sumbangan kepada pesakit buah pinggang di Malaysia.
Menurut laporan Gibbo, sebuah portal di China, Jackie dikatakan membuat wasiat mahu menyumbangkan hartanya kepada rakyat miskin di negara terbabit selepas meninggal dunia.
Berdasarkan laporan Forbes pula, Jackie tersenarai antara 10 pelakon yang sering melakukan kerja amal, malah sumbangannya mencecah jutaan ringgit kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu golongan miskin. - sumber hmetro
Penaja


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...