Followers

Tuesday, May 21, 2013

Teknik Makan Gajah



Berapa ramai yang ingin mencapai perkara dalam hidup dia tapi akhiranya umur “berlari” dan end up tidak tercapai impian mereka?

Berapa ramai pula yang tidak merasai peningkatan dalam hidup mereka malah rasa “Pening” dengan tahap hidup mereka?

Antara sebab utamanya adalah kerana tidak ada senarai fokus atau matlamat yang jelas.

Kuasa fokus manusia adalah terletak di dalam kekuatan dia atau kuasa dia untuk menguasai apa yang dia fikir dan dirasai dijiwa serta terus dilakukan dengan tindakan.

Kajian saya bertahun-tahun mengkaji tingkahlaku mereka yang berjaya mendapati, orang yang berjaya mempunyai senarai perkara yang jelas tentang apa yang mahu mereka capai atau fokuskan samada dengan fokus besar dalam masa 10 tahun akan datang, kemudian dikecilkan untuk 5 tahun akan datang, dikecilkan lagi kepada 3 tahun akan datang, kemudian dikecilkan lagi kepada 1 tahun akan datang, dikecilkan lagi kepada 6 bulan akan datang, dikecilkan lagi kepada 3 bulan (90-hari) dan kemudian dikecilkan kepada 1 bulan (30-hari) dan kecilkan kepada 1 minggu (7-hari) dan akhirnya 1 hari (Hari Ini).

1 perkara yang suka nak share adalah, Ramai orang “nampak” sibuk tapi Produktif tapi ada juga orang yang nampak tak sibuk tapi juga produktif. Dan ramai juga yang tak sibuk dan tak produktif.

Apa itu Produktif? Asal dari perkataan “Production” atau Pengeluaran, bahasa kita hasil atau Result.

Contoh, katalah matlamat anda ialah mahu makan seekor Gajah besar. Boleh tak anda nak makan Gajah tersebut sekaligus? Tak bolehkan? Sebab cara makan gajah paling mudah adalah makan sikit-sikit. So, apa yang anda kena buat adalah mengenalpasti BERAPA BESAR Gajah tersebut dan BERAPA TAHUN anda perlukan untuk makan habiskan Gajah tersebut jika makan seorang.  p

Katakah anda perlukan 10 tahun untuk habiskan makan gajah tersebut (Ini contoh jer), anda perlu tuliskan

Matlamat 10-tahun: Makan Seekor Gajah

Kemudian anda kecilkan proses makan gajah kepada 5-tahun, maksudnya anda kena tulis,

Matlamat 5-tahun: Makan separuh Gajah.

Matlamat 3- tahun: Makan separuh dari separuh gajah (Mungkin punggung dulu atau kepala dulu) buat steak ke….

dan seterusnya, sampailah kepada matlamat 1-minggu.

Contoh: Matlamat 1-minggu ini adalah apa? anda kena senaraikan. Contoh mungkin, cari pisau pemotong gajah, cari peti ais besar nak simpan gajah, cari pengasah pisau, cari pakar sembelih gajah dan macam-macam lagi yang membawa kepada proses pencapaian besar nanti.

Baca dan buat ini:-

Apa yang anda perlu belajar buat dengan baik adalah menulis sekurang-kurangnya 10 Perkara yang anda ingin capai atau lakukan dari hari ini hingga ke hujung minggu dari segi 3 aspek general mengikut format mudah dibawah :-

WINS (Apakah kejayaan yang anda capai minggu lepas dan tuliskan 3 perkara samada kejayaan dalam tugas kerja atau personal achievement)

1.
2.
3.

TTA (Thing To Achieve) (Ini adalah senarai perkara yang anda pending atau baki kerja minggu lepas yang belum selesai Carried Forward+Baru, tuliskan mengikut Priority/Keutamaan)

At Work (Min 10)

1.
2.
.
.
.
10.

Personal (Min 10)
1.Contoh- Kemas dapur
2.Cari kain untuk baju raya
3.
.
.
10.

Kemudian tentukan yang mana satu No.1 keutamaannya yang anda kena buat hari ini dan yang mana satu boleh delegate untuk orang lain buat tapi anda monitor atau pastikan deadline bila siap, kemudianyang mana satu tak berapa penting sekarang. (Lagi banyak anda boleh delegate lagi bagus). Gunakan juga teknik “Eat The Frog” yang bermaksud, Makan Katak? Bukan, maksudnya ialah buat yang paling susah tapi sangat penting terlebih dahulu.

Disiplinkan diri ambil sedikit masa setiap ahad atau isnin awal pagi sebelum masuk pejabat atau pada hari pertama bekerja minggu tersebut untuk tuliskan atas kertas dengan jelas. Ia mengambil sedikit masa 15-60 minit untuk anda tuliskan tetapi ianya akan buat anda capai banyak perkara setiap minggu ke arah matlamat besar anda. Dan jangan lupa untuk raikan Wins anda setiap hari dan setiap minggu. Orang berjaya kita mencapai kejayaan setiap hari dan memberi pengiktirafan kepada pencapaian diri setiap hari, orang gagal? Tunggu pengiktirafan dunia satu hari nanti…..Sambil bersedih main biola tepi Sungai Klang.

Apa yang saya kongsikan ini perlu menjadi disiplin mingguan anda sehingga anda Master Your Life kerana bila anda Master Your Life anda Master Your Time!

Saya doakan anda kaya berjaya dan diberkati! Terima kasih kerana membaca dengan sabar dan saya izinkan untuk kongsikan dengan ramai orang lain! Disiplin kunci kejayaan!

- AzizanOsman-


Dah Plan apa yang kita nak buat besok? Catitkan segala planning kita...segala catatan adalah doa..semoga dimakbulkan oleh Allah...
Rasa nak lebih cantik dan menarik tuk keyakinan diri? Kenyakinan meningkat, boleh dapat lelaki yang lebih baik ....kacak dan bujang.

Gabungan herba-herba ini dapatkan montokkan dan anjalkan payudara dan punggung, ketatkan faraj, dan jadikan kulit lebih cantikan halus dan gebu 100% herba sahaja, halal dan suci PM Feredea Power atau terus 
whatsup 018 263 7833 PM Feredea Power 

Lelaki 50an Tipu Mengaku Bujang Perempuan Pula Percaya Bulat-Bulat

gambar hiasan 



Kisah Benar
Baru-baru ni, ada satu kes penipuan, lelaki umur 50 tahun lebih mengaku bujang, tapi dah ada isteri. Lelaki ni kenal dengan perempuan tu, janda umur awal 30-an, katanya anak dua. Bila berkenalan dalam 4 bulan, mereka pun bernikah. Lelaki ni bawak kereta hebat juga, mulanya perempuan tu kata kereta nilai RM 100,000. Kerja pulak, mengaku kerja pengurus di sebuah syarikat. Nikah suka sama suka, janda kawin dengan bujang le katakan.

Dua minggu lepas kawin, ada seorang perempuan datang ke rumah perempuan tu, mengaku isteri lelaki tu. Terkejut beruk ler perempuan tu, rupanya dia tu dimadukan. Lelaki tu rupanya dah ada anak 6 dan ada 2 orang cucu. Kereta yang dia pakai tu bukan harga 100,000 tapi sekitar 20,000 jer. Kereta lama tapi convert edisi baru. Lelaki tu bukan pengurus seperti disangka, tapi buruh biasa jer.

Maka perempuan ni datang mengadu di pejabat Kadi. Ok lah, dah mengadu kita ambil tindakanlah. Tindakan apa ? Itu kena serah pada kitalah apa nak buat, janganlah nak mendesak kami pulak, nasihat saya pada dia. Bukan apa, bila dah buat laporan, kenalah ikut prosedur kita dan jangan  nak lebih-lebih, bimbang nanti boleh ganggu proses siasatan dan pendakwaan. Saya cakap atas pengalaman saya lama di Bahagian Penguatkuasa dan jadi Pendakwa Syarie, kekadang pengadu ni nak kita ikut kehendak dia, kita nak ikut kehendak undang-undang.

"Boleh ke tuan keluarkan satu surat menyatakan saya tak tahu lelaki tu dah kawin ?" Kata perempuan tu.

"Kenapa pulak nak keluar surat tu ?". Kata saya.

"Yer le tuan, saya nikah, saya tak tahu dia dah ada isteri, saya ingat dia bujang" Kata perempuan tu.

"Ok lah. Kalau begitu, kenapa pulak saya perlu keluar surat ? Keluarlah surat sendiri.". Kata saya.

Dia pun terdiam, mungkin dia faham sendiri, kenapa pulak saya yang perlu keluar surat pulak. Lepas tu saya tanya, kenapa percaya lelaki tu masih bujang, kan dah umur 50 tahun lebih.

"Macam ni tuan. Dia ni, setiap kali kalau saya telefon atau sms, dia jawab, tak kira bila, siang ke malam. Kalau dia dah kawin, tentu kekadang payah nak jawab telefon atau sms". Kata dia.

Oh gitu rupanya dia percaya lelaki ni bujang.  Setakat telefon dan sms selalu dijawab dah dikira bujang. Kalau gitu, kepada sesiapa yang nak menyamar bujang....kalau perempuan sms dan telefon, kena jawab bila-bila masa saja. Barulah perempuan tu percaya.

Blog Kadi


--------
Memang perempuan akan terpedaya...kalau setiap kali lelaki dan dia sms semuanya terbalas walaupun tengah lewat malam...tapi jangan tak percaya ia munking palsu...selain orang dah kahwin lain caranya...ajak dia pergi juma parents atau minta dia bawa ke rumah saudara atau jumpa dengan kawan-kawan dia...cari kenalan dia di facebook dan tanya kenalan dia...macam-macam lagi kita boleh cek...


Rasa nak lebih cantik dan menarik tuk keyakinan diri? Kenyakinan meningkat, boleh dapat lelaki yang lebih baik ....kacak dan bujang.

Gabungan herba-herba ini dapatkan montokkan dan anjalkan payudara dan punggung, ketatkan faraj, dan jadikan kulit lebih cantikan halus dan gebu 100% herba sahaja, halal dan suci PM Feredea Power atau terus 
whatsup 018 263 7833 PM Feredea Power 



Kisah Benar 20 Tahun Merana Diganggu Dan Dirogol Oleh Jin






Kisah Benar 20 Tahun Merana Diganggu Dan Dirogol Oleh Jin | Mukhadimah ; Gangguan jin saka adalah perkara yang boleh dikatakan kerap juga berlaku dalam sesetengah keluarga masyarakat Melayu. Ia adalah keadaan bila mana seseorang itu dihuni tubuhnya atau didampingi oleh jin (berbagai jenis) sama ada dia sendiri mahukan perkara itu atau dia terperangkap (oleh perbuatan oranglain), atau atas faktor keturunan.

Seorang guru wanita yang telah berkahwin lebih 3 tahun (tapi belum dapat anak) kini sedang diganggu saka dan masih dalam peringkat berubat. Punca saka itu adalah dari bapa mertuanya (kini sudah meninggal).

Khabarnya semua adik-beradik suaminya juga diganggu oleh saka tersebut. Gangguan itu agak menyukarkan juga. Petik suiz lampu tidak menyala, terdengar bunyi seakan anak kucing mengiau, bunyi seperti orang main guli, bunyi kerusi ditarik, bunyi mencakar-cakar, termasuklah rumah berdentum dan bergegar.

Hal itu menyeramkan bulu roma hinggakan guru wanita itu tidak berani balik ke rumahnya sekembali dari kerja. Dia duduk di masjid sementara menunggu suaminya pula pulang dari kerja (suaminya kerja hingga jam 10 malam).

Di waktu malam pula, walaupun suaminya ada di sisinya, dia tetap diganggu dengan berbagai bunyi hingga sukar untuk tidur. ***** Saya dan adik beradik selalu terlihat lembaga hitam yang besar seakan manusia setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling'

"SAYA menerima qada dan qadar ini serta reda atas setiap ujian Allah SWT tetapi kadang-kadang saya terfikir mengapa seseorang itu sanggup 'mengorbankan' keluarga sendiri demi mewarisi adat nenek moyang yang jelas bertentangan dengan Islam."

Begitulah luahan seorang wanita selepas membaca rencana mengenai angkara Saka yang disiarkan dalam Dimensi, tiga minggu lalu. Wanita yang hanya mahu menggelar dirinya Alia, menghantar emel untuk berkongsi pengalamannya lebih 20 tahun dihantui Saka yang diwariskan datuk kepada ayahnya. Berikutan itu, Alia menetap di luar negara untuk mengelak pelbagai gangguan mistik dan menyeramkan angkara saka itu. Ikuti luahannya:

Datuk meninggal dunia ketika saya masih kecil, baru darjah dua. Sebelum meninggal, datuk sebelah ayah lumpuh selama setahun.

Sejak kematian datuk, selalu ada kesan lebam di badan saya terutama paha ke bawah tetapi ibu anggap ia perkara biasa kerana kanak-kanak sering bermain, kerap jatuh dan terlanggar.

Ketika saya di sekolah rendah, ayah bekerja di negeri lain menyebabkan kami tinggal berasingan. Ketika ketiadaan ayah, saya dan adik beradik lain selalu terlihat kelibat lembaga hitam yang amat besar dan berbentuk seakan manusia di rumah kami. Lembaga hitam itu setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling.

Saya selalu demam terkejut melihat lembaga berkenaan. Saya beritahu ibu tapi ibu kata itu hanyalah khayalan kanak-kanak.

Disebabkan ayah bekerja di negeri lain, dua minggu sekali barulah dia pulang melihat kami. Dua atau tiga hari sebelum ayah pulang, saya dan ibu pasti terdengar suara ayah memanggil tetapi apabila berlari ke pintu dan membukanya, saya hanya terlihat kelibat lembaga hitam.

Ibu selalu mengadu sakit pinggang dan bisa di kaki. Badannya terasa seperti dicucuk jarum halus apabila ayah pulang. Dalam rumah pula, selalu muncul serangga seperti belalang bersaiz empat hingga lapan sentimeter panjang, berwarna hijau keperang-perangan dan merah malah serangga itu berbunyi sungguh kuat dan berdesing.

Ketika kami berpindah tinggal bersama ayah apabila saya di sekolah menengah, keadaan menjadi bertambah teruk. Saya selalu lewat bangun ke sekolah kerana setiap malam, badan terasa dihimpit lembaga hitam yang besar.

Apabila bangun tidur, lebam sebesar syiling 50 sen atau lebih besar kelihatan di kaki dengan kesan gigitan. Pinggang terasa seperti paku mencucuk. Sebelum datang haid, saya ada lebam di paha dan kitaran haid juga tidak normal malah kadang-kadang tiada langsung.

Sebelum muncul lebam, serangga seperti belalang muncul dalam rumah bersama bau bangkai yang amat busuk selain bau darah hanyir. Perkara ini kerap berlaku pada malam Jumaat dan badan saya akan berasa panas. Saya sering mengadu kepada ayah sebaliknya dimarahi dan memberi pelbagai alasan.

Disebabkan terlalu kerap menghidap penyakit itu, saya, ibu dan adik-beradik lain mengambil ujian darah kerana khuatir menghidap leukimia. Ujian darah bagaimanapun mengesahkan kami sihat.

Disebabkan keadaan kami semakin mudarat dan pemeriksaan kesihatan moden gagal mengesan sebarang penyakit, kami cuba berubat tradisional dan ramai pengamal perubatan mengatakan kami terkena sihir.

Ada antara mereka menyuruh kami mandi air garam, air daun, air tujuh masjid, tujuh kolah, tujuh perigi, air zamzam, meletak jala dalam rumah dan pelbagai kaedah lain tetapi lebam, bisa badan dan sakit pinggang tidak berkesudahan malah semakin teruk.

Perangai ayah juga berubah sejak kami tinggal bersamanya. Setiap malam Jumaat, dia bergegas ke rumah nenek tapi sebelum itu akan mengamuk dan naik berang tanpa sebab hingga kami ketakutan.

Kami terus berubat tradisional dan daripada seorang pengamal perubatan, kami diberitahu masalah ibu dan saya berpunca daripada 'belaan' keluarga suami. Dia menyatakan lebam itu akibat jin belaan memakan darah sebagai perjanjian menjaga harta benda dan anak cucu yang dibuat lama dulu oleh keturunan ayah.

Beliau menyuruh ibu membawa ayah berjumpa dengannya jika hendak berubat. Pengamal perubatan menjelaskan sendiri kepada ayah tapi sebaik mendengar penjelasan itu, ayah benar-benar marah dan tidak percaya. Dia menuduh keluarga ibu terbabit.

Kali ketiga kami datang untuk berubat, pengamal perubatan itu tidak lagi mahu menerima kedatangan kami kerana keluarganya kacau bilau dan isteri pengamal perubatan itu dirasuk lembaga hitam dan berbulu. Yang peliknya, sesiapa saja termasuk pengamal perubatan yang hendak menolong saya dan ibu pasti dilanda musibah pelik-pelik.

Sejak itu, saya dan ibu sakit bertambah teruk - selalu demam, tidur malam terasa dihimpit dan bermimpi dirogol lembaga hitam besar.

Sehinggalah kami bertemu seorang ustaz untuk berubat. Selepas diperiksa, ustaz itu mula menerangkan dengan terperinci perkara sebenar:

"Keturunan sebelah ayah dulu ada membuat perjanjian dengan makhluk itu melalui perantaraan seseorang yang dianggapnya sebagai 'wali' ketika menuntut. Wali itu menghadiahkan 'khadam' untuk menolong menjaga harta benda dan keturunan anak cucunya, membuka kebun selain menjadikan orang lain melihatnya gagah, kuat dan berasa gerun.

"Selepas datuk meninggal, makhluk itu terbiar lama, tidak diberi layanan dan ganjaran seperti janji tuannya dulu menyebabkan ia mengamuk dan mahukan layanan. Sebelum kehadiran makhluk jin besar keturunan Ifrit jantan atau digelar hantu raya dalam budaya Melayu itu, akan ada bau busuk dan serangga seperti belalang atau serangga lain.

"Makhluk itu berbulu seperti mawas, amat ganas dan memakan darah dan air mani manusia untuk hidup, akan menggigit dan meninggalkan tanda kepada semua keturunan keluarga ayah," katanya.

Ustaz itu juga menerangkan, makhluk itu kadang-kadang menyerupai ayah dan sering merogol ibu dan saya ketika tidur. Apabila kami tidur, kadangkala bermimpi melahirkan anak kecil.

Makhluk itu juga berupaya mengacau-bilau dan memecah belahkan keluarga jika tuntutannya tidak dipenuhi. Ustaz itu menambah, jika tidak berhati-hati, kemungkinan ada kematian kerana makhluk itu mahukan makanannya (darah) yang banyak. Saya tidak tahu betul atau tidak, tetapi ramai keluarga di sebelah ayah yang mati pada usia muda. Wallahualam.

Kami berubat tapi masalah lebam masih berterusan dan mimpi dirogol masih berterusan. Saya juga kerap bermimpi anak kecil selain bermimpi melahir dan menyusukan bayi. Pernah sekali antara sedar dan tidak, saya melihat lembaga hitam menyerupai ayah mengaku yang 'ia' sudah mati dan hendak memeluk saya.

Apabila saya sedar, saya menjerit dan lembaga itu hilang. Dua tiga hari selepas insiden itu, bau hanyir darah memenuhi bilik. Semua cadar dicuci tetapi bau masih ada. Insiden pelik lain ialah bunyi sesuatu menghempap bumbung dan mencakar siling terutama pada tengah hari dan malam.

Kelakuan ayah juga pelik apabila membiarkan sekeping bumbung (atap) rumah terbuka pada setiap bilik, meletakkan parang atau sebilah pisau kecil di bawah permaidani, katil atau kerusi dan makan dalam kuantiti yang banyak malah berpinggan-pinggan.

Ayah juga ada menyimpan keris kecil yang katanya, pusaka yang harus dijaga rapi selain sehelai kain putih berbentuk gelang yang dililit.

Setiap malam Jumaat atau malam Rabu, ayah memakai wangian yang baunya sungguh kuat dan membuka semua tingkap dengan luas. Ayah juga tidak mahu tidur dengan ibu dan mengunci diri dalam bilik keseorangan.

Pernah saya mengintai dan melihat dia bercakap seorang diri dan ketika itu di luar rumah ada bunyi serangga seperti belalang yang berdesing kuat.

Ustaz yang kami temui juga pernah berkata, datuk saya itu tidak boleh meninggal dunia selagi 'amalannya' diturunkan kepada waris keturunannya menyebabkan ustaz itu menasihatkan saya dan ibu memutuskan hubungan dengan ayah dan duduk sejauh mungkin bagi mengelakkan gangguan berterusan.

Alhamdulillah, kami mengikuti nasihat itu. Kini saya menetap di luar negara dan dalam proses membawa ibu tinggal bersama-sama. Masalah lebam masih ada tetapi sudah tidak seteruk dulu.

Buat masa ini, saya mengamalkan bacaan beberapa ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun untuk mengelak diganggu. Bisa di badan dan mimpi dirogol atau dihempap makhluk hitam, Alhamdulillah sudah tiada.

Memang sukar untuk masyarakat mempercayai perkara ini, tetapi pada hakikatnya inilah masalah yang melanda masyarakat Melayu hingga kini.

Mungkin ada sesetengah pihak menganggap perkara ini remeh tetapi amalan saka jika tidak dibendung membawa mudarat - perpecahan rumah tangga, perceraian suami isteri, syak wasangka, pergaduhan antara saudara dan masyarakat, sakit misteri berlanjutan dari segi fizikal dan mental serta hidup tidak lagi tenang.

Saya berharap jika ada sesiapa yang menghadapi masalah saka, berubatlah dan buanglah perkara jahil ini. Bertaubat serta kembalilah ke jalan Islam yang sebenar dan percayalah kepada kekuasaan Allah dan amalan Nabi dan Rasul.

-------iklan



Gabungan herba-herba ini dapatkan montokkan dan anjalkan payudara dan punggung, ketatkan faraj, dan jadikan kulit lebih cantikan halus dan gebu 100% herba sahaja, halal dan suci PM Feredea Power atau terus 
whatsup 018 263 7833 PM Feredea Power 


Kisah Sedih Beruang Koala Comel Hilang Tempat Tinggal Akibat Pembalakan

beruang koala sedih hilang tempat tinggal
Kehilangan tempat tinggal dengan tanpa disangka-sangka memang sesuatu yang sangat menyedihkan. Tapi agaknya pernah tak kita terfikir bagaimana perasaan haiwan yang kehilangan hutan tempat tinggal akibat aktiviti pembalakan?

Berdasarkan gambar seekor beruang koala yang kelihatan keliru ketika ditemui di satu tapak bekas hutan di Australia ini, kita boleh agak pasti ianya sedang bersedih. Menurut Wildlife Information, Rescue and Education Service (WIRES) Australia, beruang koala ini ditemui di tinggalan tapak yang satu masa dahulu adalah habitat tempat tinggalnya di sebuah hutan bernama Vittoria State Forest, New South Wales.

Walaupun aktiviti pembalakan tersebut mendapat kebenaran daripada jabatan perhutanan tempatan, namun jika dilihat dari riak wajah beruang koala yang menyedihkan ini, ia seolah-olah tidak menyangka ini akan terjadi. Menurut pengurus besar WIRES, Leanne Taylor, beruang-beruang koala akan dipindahkan terlebih dahulu sebelum aktivit pembalakan terancang dijalankan.

Menurut beliau lagi, "ianya adalah sesuatu yang biasa bagi beruang koala pulang semula kerumah mereka apabila aktiviti pembalakan selesai dan berasa keliru apabila mendapati rumahnya telah tiada. Seorang pekerja terlihat seekor beruang koala yang duduk diam di atas timbunan kayu-kayu pada siang hari selama lebih satu jam."

Beruang koala tersebut, yang didapati mengalami kecederaan pada bahagian mata, telah dihantar ke klinik haiwan sebelum ditempatkan semula di bahagian hutan yang berlainan, bersama tiga ekor lagi beruang koala yang dijumpai pekerja perhutanan.

Walaupun aktiviti pembalakan tersebut adalah terancang, namun apa yang benar-benar menyedihkan adalah beruang koala ini kelihatan sangat keliru. Ianya tidak mengerti peraturan dunia moden, bahkan untuk mengetahui perbezaan antara pembalakan yang dibenarkan undang-undang ataupun yang dijalankan secara haram. Apa yang ianya tahu adalah satu masa dahulu ianya mempunyai tempat tinggal, namun kini ianya telah tiada.
beruang koala di bekas tapak hutan

sumber dari Tree Hugger

Tak sampai hati tengok beruang ni duduk berjam2 di tempat yang sama mungkin dia masih lagi teringat akan tempat tinggal dia yang asal. Sedih....

10 Cara Hilangkan Bosan Di tempat Kerja


Pernahkan Anda merasakan bahwa pada saat Anda bekerja, Anda hanya melakukan pekerjaan yang membosankan dan waktu berjalan begitu lama? Hal ini mungkin sering dialami Anda yang bekerja di industri siklis, yang sibuk hanya pada saat-saat tertentu. Berikut 10 cara untuk mengatasi dan menghilangkan rasa bosan tersebut.

10. Tanyakan Rekan Kerja Anda, Apakah Ada yang Perlu Dibantu?

bantu rekan kerja

Jika Anda bosan karena tidak ada kerja dan rakan kerja Anda sedang sibuk dengan kerjaannya, Anda dapat menanyakan rakan kerja Anda apakah mereka memerlukan bantuan Anda? Tidak hanya Anda akan mengisi kebosanan Anda, Anda juga akan dianggap orang yang rajin dan mendapatkan poin lebih dalam kerja Anda Setidaknya, membantu rekan kerja Anda akan meningkatkan kerja sama tean.

9. Borak kosong dengan rakan Kerja Anda
ngobrol dengan rekan kerja

Jika orang di dekat Anda terlihat sama bosannya dengan Anda, mulailah pembicaraan untuk mengisi kebosanan Anda. Tentunya hal ini harus dilakukan dengan hati-hati agar tidak mengganggu suasana pejabat Di lain mengisi kebosanan Anda, hal ini juga membangun kerja sama dan lingkungan kerja.

8. Buat Meja Kerja atau Ruang Kerja Anda Lebih Produktif, Hias Meja

meja kerja produktif
Lingkungan kerja Anda adalah salah satu hal yang mempengaruhi mood kerja Anda, dan sebuah meja kerja yang membosankan, kecil dan berantakan tentu akan dapat mengarah ke kebosanan kerja. Anda dapat memberikan dekorasi seperti lampu, tanaman atau sejenisnya yang dapat memberikan rasa sedap.

Hal lain yang Anda dapat lakukan adalah menjadi penggila kebersihan, bersihkanlah meja kerja atau ruang kerja Anda jika Anda bosan, hal ini akan mengisi waktu Anda dengan cepat. Jika meja kerja Anda sudah bersih, bersihkanlah file-file di komputer Anda.

7. Buatlah Snack, Kopi atau Teh

buat snack kopi teh
Makan biskut minum kopi atau teh, adalah salah satu hal favorit di beberapa tempat kerja. Hal ini juga dapat membantu Anda dalam mengatasi rasa bosan saat bekerja, karena selain meningkatkan mood, hal ini juga akan memotivasi Anda untuk bekerja kembali.
Jika Anda membuat kopi atau teh sendiri, hal tersebut akan dapat menghabiskan waktu sekitar 1 minit.

6. Lawan Rasa Lelah dan Kembali Bekerja
lawan rasa lelah
Mungkin masalah dari kebosanan Anda bukan karena kerja Anda, tetapi karena rasa lelah dan Anda tidak mempunyai energi untuk melanjutkan kerja Anda, jadi rasa bosan-pun datang. Ada beberapa cara untuk melawan rasa lelah tersebut, seperti menggunakan air dingin atau berolahraga kecil untuk memacu darah Anda dan membangunkan Anda.

5. Cari Hobi Baru
hobi baru
Anda sudah tahu bahwa pada hari itu Anda akan merasa bosan di kantor karena memang sedang sepi-sepinya. Untuk itu, Anda mungkin dapat menyiapkan hobi Anda terlebih dahulu sebelum ke pejabat tetapi Anda tentu harus terlebih dahulu mengetahui peraturan dan kebijakan kantor terkait atas hal itu.

4. Dapatkan Tanggung Jawab Baru
tambah beban kerja

Jika Anda selalu dapat dengan cepat menyelesaikan pekerjaan Anda, dan membantu rekan kerja Anda-pun cepat selesainya, Anda dapat berbicara denan bos Anda untuk meminta perubahan atau penambahan beban kerja Anda.Dengan begitu, Anda akan mendapatkan poin tinggi di mata bos Anda, dan kerja-pun mungkin akan jadi lebih menarik bagi Anda.

3. Perdalam Keahlian atau Kemampuan Anda
perdalam keahlian
Salah satu cara terbaik dan pintar untuk menghabiskan waktu karena rasa bosan adalah mempelajari keahlian baru. Online training mungkin adalah pilihan yang tepat. Anda dapat menggunakan keahlian tersebut untuk membuat Anda lebih kompetitif, sembari mengembangkan peluang karir Anda. Ini benar-benar solusi yang pintar.
Seperti sebelumnya, Anda harus memastikan peraturan dan kebijakan perusahaan terkait atas proyek pribadi sebelum Anda memperdalam keahlian Anda.

2. Perkaya Imajinasi Anda
tingkatkan imajinasi Anda
Anda merasa lelah untuk melakukan sesuatu, dan Anda bosan. Bagaimana jika Anda sedang dalam situasi tersebut? Maka dalamilah rasa bosan Anda dan masuk ke dunia pikiran Anda sendiri. Pikirkanlah ide-ide baru yang mungkin dapat memberikan Anda pekerjaan baru atau idea-idea untuk membantu Anda dalam brainstorming di kantor.Intinya, hargailah rasa bosan tersebut dan perkaya imajinasi Anda.

1. Keluar dari Pekerjaan Anda Sekarang
keluar kerja 
Anda mempertimbangkan alternatif ini. Tapi, Anda harus tentu harus mengetahui akibat dari alternatif ini.


Rasa nak lebih cantik dan menarik tuk keyakinan diri? Keyakinan bertambah seiring dengan naik pangkat...tak ada org yang naik pangkat tapi rasa rendah diri dan banyak masalah.

Gabungan herba-herba ini dapatkan montokkan dan anjalkan payudara dan punggung, ketatkan faraj, dan jadikan kulit lebih cantikan halus dan gebu 100% herba sahaja, halal dan suci PM Feredea Power atau terus 
whatsup 018 263 7833 PM Feredea Power 

Lelaki 72 Tahun Nikah Denga Janda 35 Tahun


Lelaki ini umur 72 tahun, kerja kebun sendiri, pernah tiga kali bernikah sebelum ini. Pernikahan pertama dikurniakan 6 anak, kemudian isterinya meninggal dunia. Perkahwinan kali kedua dikurniakan 2 anak kemudiannya bercerai. Pernikahan ketiga bercerai tapi tidak dikurniakan cahaya mata.

Sekarang, Tokki ini bernikah kali keempat dengan janda 35 tahun, anak seorang. Kira okeylah tu 72 dengan 35. Kalau umur isteri muda lagi pada tu pun tak apa, hehehe....
Selamat Pengantin Baru....

Sumber blog kadi
------
Aku pun tak faham camne seorang perempuan pilih calon sebagai suami...kalau dah jodoh, tak ke mana kan....mungkin kebun dia tu besar agaknya...

Rasa nak lebih cantik dan menarik tuk keyakinan diri dan kebahagiaan rumahtangga?

Gabungan herba-herba ini dapatkan montokkan dan anjalkan payudara dan punggung, ketatkan faraj, dan jadikan kulit lebih cantikan halus dan gebu 100% herba sahaja, halal dan suci PM Feredea Power atau terus 
whatsup 018 263 7833 PM Feredea Power 

Kelebihan Kolagen

Rumpai Laut bukan kolagen


Kolagen memainkan peranannya dalam kesihatan penjagaan kulit, otot, tulang, rawan, urat, rambut, kuku dan gigi. Rantaian kolagen yang kuat yang juga dikenali sebagai fiber kolagen merupakan komponen utama pada matrik ekstraselular yang mengukuhkan tisu serta struktur sel. Kolagen merupakan komponen utama dan fascia, cartilage, ligamen, tendon tulang serta kulit. Dengan adanya lapisan keratin yang lembut, ia membantu dalam menguatkan struktur lapisan kulit di samping elastisiti kulit. Selain itu, kolagen juga membantu dalam menguatkan saluran darah serta memainkan peranannya dalam membentuk tisu tubuh.
Secara semulajadi, ia memerangkap kelembapan dan untuk keanjalan kulit.

Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit manusia. Ia bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal. Kolagen menjadi kurang dengan bertambahnya usia. Kulit menjadi berkedut. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ramai yang mencari-cari sumber dalam usaha menangani kesan ketara penuaan pada kulit. Selain itu, kolagen diperlukan dalam hal perubatan, turut dijual sebagai suplemen bagi melancarkan pergerakan sendi. Kadang-kadang digunakan dalam merawat dan mengubat kes-kes melecur yang serius. Bagi merawat kes melecur, ia digunakan bagi mencipta ganti kulit palsu.

Salah satu fungsi kolagen adalah merawat luka pada kulit. Ia merangsang platelet darah agar cepat membeku dan membentuk selapisan bagi melindungi luka.
Tahukah anda dari mana sumber kolagen dalam suplemen yang ada di pasaran??

1) Daripada bovine (lembu) – diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand
2) Daripada babi (porcine origin)
3) Daripada haiwan laut – contohnya ikan dan gamat
4) Daripada tumbuhan – contohnya kacang soya
5) Daripada Yak – produk dari China
6) Daripada manusia – plasenta, janin yang digugurkan dan ada cerita dari banduan yang ditembak mati!

Oleh itu, pastikan kolagen yang anda makan/gunakan itu dari sumber yang halal. Kalau tidak pasti, sila tanya ahli farmasi yang bertugas, tentu mereka bersedia membantu (kalau mereka ikhlas).
Hati-hati! Terdapat produk kolagen yang tidak dapat dipastikan sumbernya dengan jelas dan produk ini adalah diragui. Walau bagaimanapun, jika produk kolagen tersebut jelas berasal daripada `Seafood’ atau gamat atau tumbuhan, memang tidak diragukan halalnya. Kalau sumber selain daripada itu perlulah diselidiki sebelum dibeli/dimakan/digunakan kerana sumber kolagen yang paling mudah diperolehi adalah daripada kulit babi atau gamat.

Kalau nak kulit cantik amalkan ambil makanan laut, dan kacang soya,


Rasa nak lebih cantik dan menarik tuk keyakinan diri dan kebahagiaan rumahtangga?

Gabungan herba-herba ini dapatkan montokkan dan anjalkan payudara dan punggung, ketatkan faraj, dan jadikan kulit lebih cantikan halus dan gebu 100% herba sahaja, halal dan suci PM Feredea Power atau terus 
whatsup 018 263 7833 PM Feredea Power 

Hiraukan Apa yang Orang Cakap Keep Focus


Dalam hidup kadang-kadang sama macam naik kapal ke satu-satu destinasi. Kadang-kadang ada badai, ombak tinggi dan kadang-kadang kita terlari dari koordinat destinasi. Kadang-kadang kita ada orang dari pulau yang kita lalu yang cakap “Tak payahlah kau teruskan, baik lepak jer dengan kita kat pulau ni!”…. Kadang-kadang ada orang yang akan buat forum khas untuk kutuk perjalanan anda! Dan apa yang penting adalah pilihan kita! Adakah kita terus fokus atau sibuk “melayan” semua cabaran yang ada, “memadamkan api” sehingga terlupa ke mana kita patutnya pergi? Keep going baby! Focus! Focus! Focus! Tidak ada perjalanan yang mudah, miskin pun orang cakap, kaya pun orang cakap. Kaya berzakat dan bersedekah pun orang cakap, kaya kedekut pun orang cakap! Kerja pun orang cakap, berniaga pun orang cakap! So, eventually faham satu perkara, kita hanya akan ditanya tentang amal (perbuatan) kita, bukan amal orang lain! So, fokus untuk teruskan buat apa yang kita nak buat asalkan ianya memberi manfaat kepada ramai orang lain di sepanjang perjalanan tersebut! Adios! – azizanosman -



Rasa nak lebih cantik dan menarik tuk keyakinan diri dan kebahagiaan rumahtangga?

Gabungan herba-herba ini dapatkan montokkan dan anjalkan payudara dan punggung, ketatkan faraj, dan jadikan kulit lebih cantikan halus dan gebu 100% herba sahaja, halal dan suci PM Feredea Power atau terus 
whatsup 018 263 7833 PM Feredea Power 

Wanita Rugi RM19k dalam Facebook





Bangkok: Seorang wanita di Samut Prakan memberitahu polis dia diperdaya oleh seseorang yang ditemuinya di Facebook dan mendakwa dirinya lelaki dari Australia.

Dia ditipu kerana menyerahkan 190,000 baht (RM19,223) selepas lelaki terbabit berjanji untuk berkahwin dengannya.
Nawaporn Chaiaumporn, 35, kakitangan pejabat di Samut Prakan memfailkan aduan itu di Divisyen Pengawalan Jenayah (CSD) semalam.

Nawaporn berkata, pada 14 Mei lalu, seorang rakan sekerja memintanya berhubung dengan orang asing di Facebook dalam bahasa Inggeris. Lelaki terbabit memperkenalkan dirinya di profil Facebook sebagai warga Australia bernama Frank Franklin.


Polis diberitahu bahawa lelaki itu menghantar foto kepada mangsa dan mendakwa bekerja sebagai pegawai di kedutaan Amerika Syarikat (AS). Dia juga mengatakan tertarik dengan mangsa dan ingin berkahwin dengannya.


“Franklin” berkata, dia akan memberi AS$300,000 (RM904,208) dan barangan berharga lain termasuk telefon pintar serta rantai emas kepada mangsa.

Dua hari kemudian, Nawaporn menerima panggilan daripada seorang wanita yang mendakwa memperkenalkan dirinya sebagai Tidawan Kongchan yang dirinya sebagai pekerja di syarikat penghantaran. Dia memberitahunya bahawa ada bungkusan dialamatkan kepada Nawaporn dari negara lain. - Bangkok Post

Bukan saja di Bangkok, kat Malaysia ni pun dah berapa ramai wanita yang kena tipu dengan lelaki yang menyamar dalam facebook. Menyamar plak sebagai lelaki kaya, macma pilot, gambar plak siap dengan baju uniform dan topi pulak tu...ramai wanita yang ingat diorang ni kaya, walhal sangap dan tipu wanita....dari banyak2 wanita dia akan pilih yang kurang menarik, wanita tu plak apa lagi rasa macam bagus tapi akhirnya...duit dia yang lesap...berhenti berangan2 kosong!!!


Rasa nak lebih cantik dan menarik tuk keyakinan diri dan kebahagiaan rumahtangga atau dapat jodoh?

Gabungan herba-herba ini dapatkan montokkan dan anjalkan payudara dan punggung, ketatkan faraj, dan jadikan kulit lebih cantikan halus dan gebu 100% herba sahaja, halal dan suci PM Feredea Power atau terus 
whatsup 018 263 7833 PM Feredea Power 


Monday, May 20, 2013

Stesen Keretapi Paling Cantik Canggih Di Dunia

Foto


Foto
Riyadh: Pengguna kereta api bawah tanah London sudah pasti cemburu dengan gambar ini yang tidak lama lagi akan menjadi sistem kereta api antara bandar paling mewah di dunia.
Kelihatan lebih seperti berada di dalam hotel lima bintang, rangkaian yang dicadangkan di Riyadh, Arab Saudi itu akan mempunyai rekaan zaman angkasa dengan tempat laluan bermarmar, dinding bersalut emas dan berhawa dingin sepenuhnya.
Kawasan berkenaan akan direka untuk membolehkan cahaya memasukinya tetapi pada masa sama menghalang haba panas dari pancaran matahari.

Dalam pada itu, keseluruhan reka bentuknya bertujuan untuk mengingatkan mengenai bukit pasir yang membentuk muka bumi negara itu.

REKA bentuk stesen itu akan membenarkan kemasukan sinaran matahari, tetapi penghawa dingin membolehkan pengguna merasa sejuk.

Lebih mengagumkan, rangkaian enam landasan berkenaan diarah untuk disiapkan oleh Raja Abdullah dalam masa hanya empat tahun.

Tempoh itu sama dengan masa yang diambil untuk mengubah suai hanya sebuah stesen di New York.

Apa yang akan lebih mengecewakan pengguna kereta api di London ialah ciri utama sistem baru, sebuah persimpangan bertingkat tiga hala di stesen paling sibuk di Riyadh itu direka oleh arkitek warga Britain, Zaha Hadid yang menjadi tunggak di sebalik perkembangan projek pembangunan di seluruh dunia.

Pereka yang berpangkalan di London itu dan mempunyai darah keturunan Iraq adalah orang bertanggung jawab di sebalik pembangunan di Dataran Hoxton dan Eaton Place, di London selain projek antarabangsa lain, termasuk di bandar raya New York, Singapura dan Dubai. - AP Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/21 - Harian Metro


Nak Pegi Jalan-Jalan Tempat yang Menarik? 
Rasa nak lebih cantik dan menarik tuk keyakinan diri dan kebahagiaan rumahtangga?

Gabungan herba-herba ini dapatkan montokkan dan anjalkan payudara dan punggung, ketatkan faraj, dan jadikan kulit lebih cantikan halus dan gebu 100% herba sahaja, halal dan suci PM Feredea Power atau terus 
whatsup 018 263 7833 PM Feredea Power 

Suami Curang Tidur Dengan Perempuan Lain



Kisah Benar
Saya dah baca semua maslaah di sini dan majoriti semua x puas hati dgn suami...Atas pengalaman, kaum lelaki bukan teruk sgt tp mereka mampu berubah mnjadi sgt baik dengan sokongan kita..

Umpama sakitnya melahirkan anak tetapi kt bahagia melihat kelahiran bayi..untuk bahagia rumahtangga perlukan pengorbanan dan paling penting kesabaran..

Sy seorang isteri 31 tahun memiliki 2 org anak lelaki yg masih kecil..sudah 5 thb bkahwin.q
tugas sy sbg isteri dan penjawat swasta....

Pengalaman sy..dgr baik2..suami pernah tidur wanita lain,suami abai nafkah batin..suami tak peduli perasaan, suami asyik layan fb , tak suka bercakap dgn sy..pendek kata mmg sakit hati sgt layanan dia pada sy..

Jadi ape sy buat..dulu asyik mintak cerai sbb tak tahan..tp skarang sy nak tukar statement kat atas" suami sy adalah lelaki yg palin baik buat saya" sbb dari seburuk2 perangai di atas dia dh bertukar jadi suami yg paling romantik, suka bersembang, dah tak layan fb, tak miss nafkah batin dan semakin syg pada sy..

Apa? Sy bomohkan dia ..no no no..i tak main benda2 tu..mesti pelik kan kenapa dia berubah..now let me tell u the truth..bukan sy suruh dia berubah..tp sy ubah diri saya sendiri..atau ayat lain "muhasabah diri"

Kawan kawan..kenapa suami sy dulu sgt teruk..sebab saya dahulunya adalah:

Perempuan yg malas
Suka merungut
Tak rajin masak
Suka sakiti hati suami
Malas nak berhias utk suami
Suka lawan cakap
Suka potong cakap suami..

Yang lebih teruk sy byk buat maksiat sebelum kahwin..

Sy bertaubat dan dekatkan diri pada allah..sy ubah diri sy sendiri

Pertama dr segi penampilan, berhias dan wangi utk suami...rajin masak dan kemas rumah..bercakap dgb lembut..hatta nak ajak makan pun sy akan iring suami ke meja makan..tidak merungut ...tidak lawan ckp..

Yang paling penting..bykkan doa..jaga solat dan doakan suami kt..
Alhamdulillah...jika susah nak tgk dia senyum..sekarang dia mesti bergurau hari2 sbb dia rasa bahagia dgn layanan sy..

Cubalah tips sy sendiri..kalau suami pernah curang, maafkan dia jgn ungkit kesilapan dia

Berilah kasih syg dan pengorbanan yg tak berbelah bagi pada suami..nanti anda akan lihat perubahan yg tidak dijangka..

Selamat mencuba

Itulah hasilnya sekirannya kita bagi yang positif, kita akan dapat yang baik-baik saja...mulakan dengan sangka yang baik2 dan sentiasa muhasabah diri sendiri sebelum tengok pada orang lain...


Rasa nak lebih cantik dan menarik tuk keyakinan diri dan kebahagiaan rumahtangga?

Gabungan herba-herba ini dapatkan montokkan dan anjalkan payudara dan punggung, ketatkan faraj, dan jadikan kulit lebih cantikan halus dan gebu 100% herba sahaja, halal dan suci PM Feredea Power atau terus 
whatsup 018 263 7833 PM Feredea Power 

Rindu Seorang Wanita



Betul tak?

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.” (Abu Daud)

Setiap penyakit ada ubatnya, jika bersesuaian ubat tersebut, maka ia akan sembuh dengan izin Allah S.W.T. Selaku seorang Islam kita diwajibkan berikhtiar untuk mendapatkan rawatan yang halal dan menjauhi perkara yang haram apalagi yang melibatkan perbuatan syirik kepada Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...