Showing posts with label Misteri Nelayan Hilang Terperangkap di Alam Ikan Duyong. Show all posts
Showing posts with label Misteri Nelayan Hilang Terperangkap di Alam Ikan Duyong. Show all posts

Siri 22 Misteri Nelayan Terperangkap Alam Duyong

Gua Taat Alam Manusia

Demi cinta
Demi rasa rindu
Suatu Malam Bila Bulan Purnama
Aku akan datang menemuimu
Kerana hanya kau
Hanya kau Mus
Cinta sejatiku
Abadi selamanya


Lebaran surat dari Puteri Ratna Sari tersemat kemas dalam kocek beg Mustafa. Bait-bait kata dalam isian lebaran dibaca berulang kembali. Mustahil Puteri Ratna Sari akan datang ke sini. Dia tidak pernah melintasi alam lain selain dari alam separa duyong Gua Sakti. Rasa risau dan resah menyelubungi hati Mustafa. Dia sedar Puteri Ratna Sari sanggup buat apa saja untuk bertemu dengannya. Tapi, dia tidak mahu mengisi kotak fikiran dan hatinya dengan perasaan cinta. Perjalanannya semakin jauh dan semakin lama semakin mencabar. 

"Apa yang kau fikirkan Mus?"
"Err....Kamal!"
"Apa yang kau baca tu? Lain macam je ... Kertas tu mesti dari alam Gua Sakti, ehem!ehem!"
"Apa kau ni berehem-ehem dengan aku!"
"Tak apa Mus! Apa saja keputusan kau, aku sokong seratus peratus!"
"Kau rasa perempuan kalau dia dah jatuh cinta dia sanggup buat apa sajakah?"
"Kau tanya aku?"
"Iyalah Kamal kau kawan aku...siapa lagi aku nak tanya,"
"Kau tanya aku yang tak ada pengalaman langsung?"

Mustafa terpinga-pinga dan masih lagi menunggu jawapan dari Kamal. Fikiran dia buntu. Buntu dengan apa yang dia patut lakukan supaya Puteri Ratna Sari tidak akan datang ke alam manusia. 

"Bagi pendapat aku, yang tak ada pengalaman ni, aku rasa memang perempuan akan lakukan apa saja kalau dah jatuh cinta dengan penuh di hatinya."
"Bahaya ni!"
"Apa yang bahaya?"

Kamal mengambil lebaran kertas keras yang sedang berada di tangan Mustafa. Setiap bait tulisan dibaca dan diperhatikan dengan penuh teliti. 

"Puteri Ratna Sari ke yang tulis ni?"
"Aku pun tak pasti Kamal"
"Kau tak rasa ini macam satu perangkap saja?"
"Aku lebih rela ia perangkap daripada betul-betul dia nak datang sini!"
"Kau memang suka korbankan kawan-kawan kau, dari aweks kau kan...ha!ha!ha!"
"Dia bukan girl friend aku, aweks aku ke apa saja!"
"Janganlah marah kawan! Gurau-gurau tak kan tak boleh..."
"Aku risau kalau terjadi apa-apa kat dia nanti, kalau dekat macam London tak apa, ini kau tahu la alam lain,"
"Issh! bahaya tu!"
"Ini pun salah aku jugak, masa kita pergi sana, aku tak sempat pun nak borak-borak dengan dia, sebab tu dia terasa terkilan nak jumpa aku"
"Habis sekarang macam mana? Kita nak pergi sana balik kah? Aku on saja!"
"Sekarang ni masalah Sang Mata Satu pun tak abis lagi, ada pulak masalah lain...mmmmm"
"Jangan risau Mus... aku kawan kau akan sentiasa sokong siapa saja pilihan hati kau, kalau kau nak aku pergi sana sorang-sorang pun tak mengapa"
"Ish! kau ni Kamal! aku tak akan sesekali tinggalkan ikatan persahabatan ni,"
"Mus! ingat apa saja kita sekawan akan hadapi bersama, aku faham... perempuan mana yang terpikat dengan kau yang gagah dan kacak macam kau, lainlah aku ni sebelah mata pun tak nampak!"
"Kau jangan nak bersandiwara sedih-sedih dengan aku boleh? ha!ha!ha! Kalau aku boleh bagi dah lama aku pass kat kau..."
"Ish! tak baik kau cakap camtu...dia betul-betul iklas nak kat kau, sanggup renang beribu-ribu batu mengharungi rintangan demi kau Mus"
"Dah la! kau jangan nak serabutkan lagi fikiran aku ni..."

Gua Sakti Alam Separa Duyong

Raja Harlem memerhatikan gelagat satu-satunya puterinya Ratna Sari. Dia rasa agak pelik dengan tingkah lakunya yang tidak ketentuan dan keresahan. Dia sudah mengagak ini pasti berkaitan dengan hati dan perasaannya terhadap Mustafa. Tapi dia sengaja untuk mendapatkan kepastian. 

"Kau ada masalahkah, bapak tengok macam risau saja..."
"Bapak! tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan...saya terasa tak sedap badan saja..."
"Betul ni? atau kau rasa resah sebab Mustafa?"
"Eh! tak ada lah saya sedar dia tak mudah untuk dimiliki..."
"Baguslah begitu nak... Kita tak boleh mengharap pada manusia, berharap hanya pada Tuhan yang Maha Esa, di tanganNya segala jalan penyelesaian...Dia tak akan sesekali menghampakan hambaNya yang sentiasa mengharapkan pertolongan. Kalau kau berharap pada manusia....tunggulah musibah yang akan datang pada kau..."

Tiba-tiba air mata Puteri Ratna Sari menitis satu demi satu. Raja Harlem sedar anaknya sedang berada dalam keresahan disebabkan rasa cinta dan rindu pada Mustafa. Puteri Ratna Sari sudah miliki apa saja yang setiap wanita inginkan. Dia boleh beli apa saja di alam ini. Dia sudah punyai kuasa dan kecantikan. Namun, di hatinya masih lagi kosong. Kosong dengan rasa cinta dan belaian kasih sayang dari seorang kekasih dan lebih tepat lelaki yang berjaya menambat hatinya. 

"Banyakkan ingat pada Tuhan...nak...ingat apa yang bapak cakap,"
"Baiklah pak"

Mereka saling berpelukan. Permaisuri Raja Harlem, ibu tiri Puteri Ratna Sari melihat suami dan anak tirinya saling berpelukan. Rasa cemburu mulai membakar di hatinya. Namun, dipendam saja. Dia akan tunggu masa yang sesuai. Sekarang bukan lagi masanya. 

Alam Duyong

Gelama sedang memerhatikan Sang Suri yang termenung keseorangan. Hatinya memang sukar dimiliki oleh sesiapa saja. Walaupun rasa cinta pandang pertama pada Sang Suri masih lagi mekar di hati Gelama, mulutnya masih lagi berat untuk meluahkan isi hatinya. Apatah lagi untuk meluahkan perasaan cinta dan rasa ikhlas untuk menyunting Sang Suri menjadi permaisurinya.

"Gelama! aku tak sedar kau ada kat belakang..."
"Mmmm aku akan sentiasa berada di belakang dan menyokong kau Suri..."
"Apa yang kau merepek ni?"
"Eh! tersilap cakap pulak! ha!ha!ha!"
"Ha! tahu pun kau tak payahlah susah-susah nak lindungi aku... tempat kita akan dah selamat..."
"Mana kau tahu selamat? Sang Mata Satu masih lagi hidup, dia boleh rekrut askar yang baru bila-bila masa,"
"Itu aku tahu, tapi dia tak akan serang tempat kita dalam masa terdekat ni,"
"Baiklah tuan puteri...tapi izinkan patik menjadi pelindung dan teman hidup tuan puteri?"
"Apa maksud kau Gelama?"
"Aku sedar siapalah aku di hati kau, tapi cinta tak semesti akan berakhir dengan perkahwinan..."
"Bagi aku masa untuk berfikir Gelama..."

Gelama menganguk sambil menoleh ke belakang. Dia rasa malu dan tidak sanggup menentang mata pada Sang Suri. Perlukah dia bagitahu padanya yang dia adalah cinta pandang pertama? Gelama masih lagi menunggu masa yang sesuai. Memburu cinta wanita bukanlah mudah. Dia sedar dia harus bersabar.

"Gelama!"

Entah mengapa jantung Gelama mula berdegup kencang tatkala menoleh ke arah Sang Suri. Pipinya bertukar kemerahan menahan rasa malu. Malu akan kata-katanya yang bertepuk sebelah tangan.

"Terima kasih, tak pernah seumur hidup aku ada lelaki yang seberani kau, aku akan fikirkan sedalamnya..."
"Tak perlu terburu-buru...sayangku!"

Eh! mengapa pula terkeluar kata sayang di mulutnya. Gelama tersipu malu sekali lagi. Sang Suri hanya membalas senyuman dan tunduk. Mereka berdua beredar melayan perasaan masing-masing yang mulai tersemai dengan benih yang baru.

Setelah 10 bulan
Rumah Mustafa Alam Manusia pukul 12 malam



Mustafa sedang baring di atas katil. Dia masih lagi tidak boleh memejamkan mata. Fikirannya jauh melayang mengimbas cabaran demi cabaran yang telah ditempuh. Dia masih lagi rasa tidak percaya yang dia berada di rumah dalam zon selamat dan selesa. Dia cuba melelapkan mata sekali lagi, tapi masih lagi tidak terdaya. Lantas dia membuka lebaran kita suci, beberapa kali dia baca akhirnya dia mampu tidur lena.

Pukul 3 pagi

Tiba-tiba Pak Tua menjelma dalam mimpinya. Lantas dia terjaga semula. Adakah Pak Tua sedang memanggilnya? Hatinya berat untuk bertemu Pak Tua.

Tok! Tok! Tok!
"Assalamualaikum!"

Ya Tuhan! Siapalah pula gerangan yang datang mengetuk pintu rumah pukul 3 pagi? Mustafa tidak sedikit pun terasa takut di hati, langkahnya begitu berkeyakinan lantas dibuka pintu rumah.

"Pak Tua! Mengapa datang tak bagi tahu?"

Kebetulan Kamal dan Budin juga terjaga dari tidur. Mereka terus bersalaman dengan Pak Tua.

"Jemputlah duduk Pak Tua"
"Cantik rumah kau ni Mustafa..."
"Terima kasih Pak Tua, dah ada jongkong-jongkong emas dari alam duyong, tu buat apa simpan... lebih baik digunakan, betul tak Mus?"
"Lain orang tanya, lain orang pulak yang menjawap! ha!ha!ha!"
"Baguslah, Pak Tua tak menghalang, kita  sebagai manusia memang sentiasa idamkan kehidupan yang mewah dan selesa, tapi kamu jangan terlalu lama berada di dalam zon selesa ni..."
"Kami faham Pak Tua"
"Hidup kita adalah satu perjuangan, Jangan terlalu bersenang-lenang. Bukan di sini tempatnya."

Mustafa, Kamal, Budin dan Uda masih lagi terpinga-pinga akan maksud setiap bait kata-kata Pak Tua. Adakah ini satu petanda mereka akan pergi mengembara lagi? Adakah Sang Mata Satu sudah kembali dengan tenteranya yang bakal memusnakan segenap lapisan bumi? Segalanya menjadi persoalan. Tiba-tiba jantung mereka berdegup kuat, mereka faham perjalanan ini satu permulaan.

Tamat

Nantikan



http://infojelita.blogspot.com/2013/12/misteri-nelayan-terperangkap-alam-duyong.html
Pada awal niat Mustafa hanyalah untuk mendapat kepastian dan mencuba keberanian. Akhirnya dia sendiri sedang berada dalam dilema terperangkap di alam duyong yang serba asing baginya. Cabaran demi cabaran ditempoh, misteri sejarah dirinya sendiri terungkai di dasar lautan. Siapa yang patut dikorbankan bila ancaman datang menjelma dirinya atau orang-orang asing yang tidak pernah diketahui selama ini.



Infrared Sauna Pants
Bakar Lemak 3x Ganda Lebih Pantas

Kuruskan Badan Dengan Pantas
Jom Sauna!
Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori. 
Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori 
Teknologi sauna pants infrared mampu membakar lemak di sekitar punggung dan paha denga hanya 10 min setiap hari
Percuma losyen panas lavender, gerenti panas dan membakar lemak, dapat juga melembutkan kulit dan berbau harum


Siri 21 Misteri Nelayan Terperangkap Alam Duyong

Istana Raja Harlem Gua Sakti


Mustafa berlari menaiki tangga yang paling tinggi. Dia harus pantas berjumpa dengan Raja Harlem. Mungkin penawar itu ada padanya? Dia tidak pasti. Tiba-tiba Puteri Ratna Sari sedar akan kehadiran Mustafa. Dia cuba menegur tapi langkah Mus telalu laju menuju ke arah Raja Harlem yang sedang berada dalam persidangan diraja. Pintu diketuk, Mus terus masuk tampa menunggu keizinan dari penghuni dalamnya. Kelihatan Raja Harlem dan beberapa menteri sedang bersidang. 

"Maaf tuanku!"
"Mustafa! silakan masuk, maaflah kami sedang bermesyuarat."
"Maafkan Mus sekali lagi, kami datang untuk pinta pertolongan. Uda salah seorang kesatria manusia sedang sakit menahan bisa gigitan ular jadian Jukak, jadi saya ingin minta pertolongan sekirannya tuanku ada penawar pada bisa tu..."

Ahli mensyuarat terdiri dari menteri-menteri tertinggi saling berpandangan. Masing-masing menunggu sekirannya ada sesiapa yang dapat berikan pertolongan pada Mustafa. Kamal dan Mustafa masih lagi menunggu dan menunggu. 

"Tunggu!, beta akan panggil doktor diraja datang ke sini, mungkin dia boleh bantu Uda."
"Tak mengapa tuanku, biar saya dan Kamal ke sana"

Mustafa dan Kamal terus menuju ke anak tangga. Dia pasti di mana arah tempat perubatan orang-orang Gua Sakti. Sekali lagi dia terserempak dengan Puteri Ratna Sari. 

"Mus?"
"Salam, tuan puteri, maaf kami tak ada masa nak berbual."
"Err...."

Belum sempat Puteri Ratna Sari berikan sepatah kata, Mustafa dan Kamal sudah melepaskan senyuman selamat tinggal padanya. Dia semakin hairan, tampa mereka sedari dia sedang mengekori mereka berdua dari arah belakang. 

Pusat Perubatan Gua Sakti

"Ini dia ubatnya, kalau terkena sebarang gigitan ular laut,"
"Terima kasih, kami terpaksa berangkat pulang secepat mungkin,"
"Baiklah! kamu harus cepat sebelum barah gigitan itu merebak,"

Mus dan Kamal berlari ke arah bot laju mereka. Cu dan askar pengawal hanya memerhatikan mereka saja. 
"Cu! Maafkah aku, tak sempat nak berbual, kami terpaksa pulang Uda perlukan penawar gigitan Jukak!"
"Ya! Mus, kalau senang datanglah lagi di sini!"

Mus dan Kamal hanya meganguk. Mereka bergerak dengan secepat kilat. 

Gua Taat Alam Manusia

"Pak Tua...saya rasa dah tak lama, sakitnya bisa ni..."
"Jangan putus asa dengan rahmat Tuhan, Uda. Selagi kau masih lagi bernafas, kau kena sentiasa berharap dan berusaha. Banyakkan zikir ya nak."
"Aduh! Tak tahan Pak Tua"

Pak Tua, sudah tidak sanggup melihat Uda yang mengadu kesakitan. Lantas terus membawanya ke hospital. Langkahnya longlai namun Uda masih lagi mampu menahan sakit.

"Sabarlah Uda...sakit ini salah satu ujian buat diri kau. Jangan sesekali mengalah, sementara tunggu penawar baik Pak Tua akan bawa kau ke hospital"
"Bolehkah ubat doktor ubati penyakit saya ni?"
"Nanti doktor bagi ubat tahan sakit, kau sabarlah nak..."

Perairan Bermuda

Bot laju mereka terpaksa melepasi kawasan Perairan Bermuda salah satu lubuk Sang Mata Satu. Pusaran air semakin dekat menghampiri bot laju, namun Mustafa teruskan melewati dari sisi tepi pusaran air.

"Mus! ada pusaran air!" sahut Kamal.
"Teruskan! Kita terpaksa ikut jalan ni!"
"Jalan ini shortcut ke pengkalan."
"Tapi jalan ni kan tempat Sang Mata Satu!"
"Kita dah tak ada pilihan lain, kalau ikut jalan lain, kita akan semakin lambat"

Tiba-tiba mereka terdengar satu suara yang mengaum dari bawah arah pusaran. Kamal dan Budin saling berpandangan. Mereka masih lagi belum bersedia dari segi mental dan fizikal untuk mempertahankan diri. Misi utama mereka adalah cepat sampai ke pengkalan Gua Taat.

"Perlahankan bot!" Arah Mus dari atas.
"Auuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuun!"

Bunyian itu semakin lama semakin dekat menghampiri. Degupan jantung mereka semakin pantas.

"Sssh! kita menyorok dulu di sebalik batu!"
"Aku rasa bunyi tu bukan dari arah pusaran air..."
"Bunyi apa tu Mus?"
"Aku masih lagi tidak pasti, macam suara dari langit!"

Yulam seekor naga berwarna hitam dan kelabu sedang duduk di atas batu bukit.

"Apa tu Mus? Macam naga!"
"Ya Tuhan! besarnya!"
"Kau rasa dia nampak kita"
"Sssh! dia tak nampak, jangan ke mana-mana kita tunggu di sini"


Mus hanya berdiam diri. Dia pasti naga itu bertuankan Sang Mata Satu. Naga itu seolah-olah sedang menunggu kehadiran tuanya. Mustafa ingin mencari kepastian. Dia akan teruskan menuggu dan mengintip di sebalik batu.

"Zuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuup!"

Satu bunyi yang besar seolah-olah keluar dari pusaran air yang laju. Gelombang ombak yang melawan arus putara semakin lama semakin kuat menghampiri tempat persembunyian bot Mus dan rakannya.

"Zuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuup!"

Kelihatan badan Sang Mata Satu keluar dari arah pusaran air. Kekuatan dirinya semakin terserlah. Degupan jantung Mus berdegup kencang. Dia masih lagi tidak mampu melancarkan serangan.

"Errrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr"

Seekor naga yang sedang menunggu terbang mendapatkan tuannya. Sang Mata Satu melompat ke arah tunggangan dan mereka terus keluar dari arah pusaran. Kelibat mereka semakin lama semakin pudar dan hilang dengan arakan awan.

"Mus!, kita dah boleh teruskan perjalanankah?
"Ya!, mari kita teruskan, Uda sedang menanti kita!"

Sepanjang perjalanan Mustafa kerap berfikir tentang kekuatan yang ada pada Sang Mata Satu. Adakah dia perlu terus berlawan sedangkan dia tidak punyai kekuatan seperti Sang Mata Satu. Adakah dia harus biarkan sementara dia melakukan kerosakan dan demi kerosakan di mana-mana alam yang dituju? Dia tidak pasti. Apa yang dia pasti Sang Mata Satu ada perancangan tersendiri untuk terus melakukan kerosakan dan kemusnahan. Tapi di mana dia pergi?

Hospital Kuala Terengganu

Setibanya Mus dan Kamal di hospital mereke berlari menuju ke arah wad kecemasan di mana Uda berada. Pintu kecemasan dibuka. Kelihatan Uda sedang kuat menahan sakit. Beberapa orang jururawat sedang berada di sisinya untuk mengambil ujian darah.

"Kamal, Budin kamu berdua tunggu aku di sini, aku akan rawat Uda dengan ubat ni,"
"Ingat! Kamu berdua awasi sekirannya ada sesiapa yang nak datang masuk, kamu lengahkan."
"Baiklah Mus!"

Uda sudah ternampak kelibat Mus di sebalik langsir. Mus berikan isyarat senyap dengan meletakkan jarinya di bibir. Sudah pasti doktor hospital tidak benarkan sebarang ubat traditional masuk ke dalam hospital. Uda menganguk tanda faham akan isyarat Mus. Mereka harus berhati-hati. Wajah Uda semakin pucat dan bengkak yang ada di bahagian sisi pinggangnya semakin membesar.

"Baiklah Encik Uda, kami dah berikan suntikan ubat tahan sakit, harap bersabarlah sehingga kami dapat keputusan dari ujian darah,"
"Terima kasih nurse"

Sebaik saja jururawat-jururawat itu keluar dari wad, Mustafa terus masuk ke dalam seorang diri. Sebotol penawar bisa ular laut yang dia dapati Pusat Perubatan Gua Sakti sedang dipegang rapi.

"Nah! kau minum air ni sikit! Jangan habiskan!"
"Ah!Sedap pulak ubat orang gua sakti ni...tak macam kita,"

Mustafa menyelak baju Uda. Kelihatan bengkak semakin lama semakin membesar. Lantas dia titiskan ubat penawar di tempat bengkakan.

"Pssssssssssssss pedihnya Mus!"
"Ssh! tahan sikit,"

Tiba-tiba seorang jururawat terdengar perbualan mereka seolah Uda sedang dirawat.

"Maaf, Encik Uda ada apa-apa kah?
"Tak ada apa-apa nurse. Saya cakap sorang-sorang saja tadi. Memang perangai saya camni. he!he!he!"
"Dah! jangan banyak cakap sangat...awak perlu berehat!"

Mustafa sedang menyorok di sebalik langsir. Dia menuggu sehingga jururawat itu keluar dari wad. Uda masih lagi belum habis dirawat.

"Mus! aku rasa lega sikit..."
"Biar betul, tak kan la cepat sangat ubat ni meresap?"

Sekali lagi Mus menyelak kain selimut. Memang benar kesan bengakakan semakin menyusut dengan cepat.

"Mujarab betul ubat orang Gua Sakti ni..." pintas Mus sambil membelek botol ubat itu sekali lagi.
"Aku dah boleh balik kah?"
"Kau tanya aku, macamlah aku ni doktor!"
"Kau memang doktor pun Mus, ha!ha!ha! Aku ikut kau?"
"Eis! jangan...kau rehat dulu kat sini. Aku dah titiskan air penawar ni dalam botol air mineral ni. Jadi jururawat tak akan tahu."
"Bila kau dah betul-betul sihat, kau balik sendiri di tempat biasa kita...."
"Aku nak balik sekarang la Mus!"
"Kau ni jangan jadi macam budak-budak boleh tak? Kau tunggu sini."
"Baiklah boss!"

Bersambung
http://infojelita.blogspot.com/2013/12/misteri-nelayan-terperangkap-alam-duyong.html
Pada awal niat Mustafa hanyalah untuk mendapat kepastian dan mencuba keberanian. Akhirnya dia sendiri sedang berada dalam dilema terperangkap di alam duyong yang serba asing baginya. Cabaran demi cabaran ditempoh, misteri sejarah dirinya sendiri terungkai di dasar lautan. Siapa yang patut dikorbankan bila ancaman datang menjelma dirinya atau orang-orang asing yang tidak pernah diketahui selama ini.



Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

Siri 20 Misteri Nelayan Terperangkap Alam Duyong

Gua Taat Alam Manusia

Bot Laju berlabuh di tepian pantai. Mustafa dan rakan-rakannya selamat pulang. Misi mereka sudah berjaya menyelamatkan orang-orang duyong dan orang Gua Sakti dua alam. Pak Tua datang menyambut mereka. Raut wajahnya tenang sambil melakarkan senyuman.

"Syukur pada Tuhan, kau semua selamat pulang..."
"Pak Tua! terima kasih..."

Mereka saling berpelukan. Selama dua tahun Mustafa bertarung nyawa dengan berbagai dugaan yang mencabar. Kali ini dia sudah semakin berani dan matang mengharungi segala ranjau berduri di mana saja dia berada. 

"Mus, Pak Tua bangga dengan kau, Kau telah diuji dengan fizikal, mental dan emosi, tapi kau berjaya mengatasinya dengan bijaksana."
"Eh! Mus sajakah Pak Tua?" pintas Kamal dengan berseloroh. Pak Tua terus memeluk Kamal, Uda dan Budin. 
"Kau semua juga, telah banyak berkorban. Inilah erti persahabatan yang sejati. Sanggup bersusah dan bersama walauapapun rintangan. Kamu semua hadapi bersama. Kita sebagai makluk Tuhan telah diciptakan saling lengkap melengkapi tak ada yang boleh hadapi ujian ini berseorangan..."

Gunung Berapi Bermuda

Lautan dalam berpusar dengan tekanan yang amat kuat. Sang Mata Satu masih lagi memerhatikan pusaran air laut lantas terjun masuk ke dalam. Hatinya begitu geram. Dendamnya pada Mustafa memuncak, dia terus masuk ke dalam pusaran dan menahan segala rintangan kesakitan tolakan air yang amat kuat. Zup! terus dia naik ke atas semula di kaki bukit gunung berapi. Sang Mata Satu punyai kekuatan yang luar biasa. Tiada manusia yang dapat mengalahkan diriya dengan mudah, kecuali dengan izin Tuhan Yang Esa. Dialah Raja segala kejahatan yang boleh hidup dalam mana-mana alam yang dia inginkan. Bakal perosak dan pemusnah ketamadunan. Otaknya ligat merancang merekrut pengikut dan askar-askar yang baru.

"Hum! Hum! Hum! Yal nal ka Yulam!"

Seekor naga merah bersayap datang dengan patuh. Sang Mata Satu naik ke atas tunggangan. 

"Aku namakankan kau Yulam! Aku tuan kau! Cepat tunjukkan jalan aku ke tempat keluarga kau!"

Yulam patuh akan segala arahan Sang Mata Satu. Dia terus terbang laju membawa Sang Mata Satu ke arah langit biru. Sayapnya terus mengipas laju beribu batu menuju ke sarang tempat dia dan specisnya berada. Sebuah gunung yang amat tinggi diselimuti awam biru tersergam di depan mata. Kelihatan beberapa naga sedang terbang bebas di sekitar gunung.

"Woi! naga! dengar sini, aku sekarang jadi ketua kau di sini. Kau dengar arahan aku atau aku hantar puting beliung hapuskan segala apa yang kau miliki di sini."

Naga-naga sedang mengurumi Sang Mata Satu. Mereka tidak mahu Sang Mata Satu mengetuai mereka. Salah seorang dari ketua puak naga tiba-tiba datang terbang dengan pantas sedang cuba membunuh Sang Mata Satu namun dapat dielak dan dipancung kepalanya.

"Nah! rasakan! Ada sesiapa yang berani lawan dengan aku?"
Naga-naga itu tunduk patuh. Mereka terpaksa bertuankan Sang Mata Satu.

"Auuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuum"
Bunyi jeritan naga Yulam. Mereka tidak pasti apa yang akan berlaku pada mereka apabila bertuankan Sang Mata Satu. Sudah beratus tahun mereka berada di alam yang tidak diami  dan tidak bertuan. Tidak ada  walau seorang makhluk Tuhan yang berani menentang dan mengawal naga-naga liar Yunam dengan mudah.

Gua Taat Alam Manusia

Pak Tua duduk bersila sambil menjamah hidangan yang tersedia. Riak wajahnya tenang tapi gembira dengan pencapaian anak didiknya dapat pergi lebih jauh dan lebih hebat dari dirinya.

"Dengar sini, Pak Tua dah tak dapat hidup lama, bila-bila masa akan datang jemputan malaikat maut."
"Jangan cakap begitu, Pak Tua masih lagi sihat"
"Iyalah Pak Tua, kalau nak nikah satu lagi pun boleh ni," celah Kamal dengan nada berseloroh. Pak Tua hanya berdiam tidak memberikan sebarang tindakbalas.
"Kau ni, Kamal kalau nak bergurau pun agak-agaklah..." Mus membalas sambil menolak bahu Mus dengan bahunya.
"Maafkan saya Pak Tua..."
"Tak mengapa, bukan itu yang risaukan Pak Tua."

Pak Tua masih berdiam diri. Ada sesuatu berita yang ingin disampaikan. Namun, dia tidak mahu anak didiknya terasa beban. Mereka baru saja mengharungi rintangan dan dugaan yang amat dasyat semasa mereka di alam duyong. Sang Mata Satu tidak akan sesekali mengalah. Selagi makhluk-makluk Tuhan Yang Maha Kuasa tidak mahu mengikut telunjuk dan menyembahnya selagi itu dia akan membuat kerosakan dan kemusnahan di mana-mana saja dia berada.

"Jangan begitu Pak Tua, kalau ada yang boleh saya bantu...saya akan lakukan sekali lagi walaupun kembali ke alam duyong,"
"Eh! Mus kau memang kena balik kat alam duyong, girlfriend kau kat sana kan...ha!ha!ha!" Celah Budin dengan nada berseloroh.
"Kau ni Budin agak-agaklah...mamat tu baru je putus cinta!" Balas Kamal.
"Oh! ya ka...ada chance ni...ha!ha!ha!"
"Budin, kau suka yang mana? Puteri duyong berambut panjang ke kaki tu ke puteri macam tangan katak tu?"
"Tak berani la...ha!ha!ha! Aku pass kat Uda! Dia tak mana ada aweks lagi..."
"Aku juga yang jadi mangsa, dah la aku kena serang. Kamu semua tak sedar pulak tu..."
"Pak Tua...kesian betul Uda, dah la keracunan lepas tu kena serang pula dengan ular hantu tu...kami betul-betul tak sedar ular tu boleh masuk ke kawasan istana. Bila jadi ular dia boleh jadi kecil, bila dia menyerang boleh pula tukar bentuk manusia yang berekor ular..."
"Aduh...Sampai sekarang ni, aku masih lagi terasa bisa-bisa kat badan ni"
"Uda, tunjukkan pada Pak Tua, ular tu ada gigit aku patuk kau kah?"
"Ada Pak Tua..."
"Mengapa kau tak bagitahu aku Uda..." Pintas Mustafa dengan nada kerisauan. Lantas dia mendekati Uda, mencari tempat gigitan Jukak si ular jadian.
"Aku tak nak susah kan korang semua..."

Uda melabuhkan punggung dan baring dengan perlahan-lahan. Gerakannya lambat, dia terasa sakit setiapkali ada pergerakan pada sisi pinggangnya. Pak Tua membuka lapisan bajunya. Kelihatan satu benjolan umpama kanser seadang merebak ke seluruh badan Uda.

"Ya Tuhan! Mengapa Uda kau senyap aja..."
"Bagaimana ni Pak Tua, ubat hospital bolehkah rawat gigitan ular ni?"
"Kamal, boleh kau pergi beli ubat tahan sakit di parmasi," Uda bercakap dengan nada tersekat-sekat. Dia sendiri tidak menyangka kesan gigitan itu begitu berbisa.
"Baiklah aku akan pergi secepat mungkin!"

Kamal berlari keluar dari Gua dan terus menuju ke pekan yang berdekatan. Jantungnya berdegup kencang, dia sayangkan Uda. Mereka sudah berkawan sejak dari enam tahun hingga ke sekarang. Segala susah senang dihadapi bersama. Kamal dan merasai kesakitan yang amat kuat terpaksa ditahan oleh Uda di sepanjang perjalan dari alam duyong ke Gua Taat.

"Kamal! Nanti dulu!" Jerit Mustafa
"Ubat pada bisa ini tak ada di sini,"
"Jadi di mana Pak Tua?"
"Di alam Gua Sakti separa duyong, kau minta penawar untuk bisa ni dari perubatan di sana"
"Baiklah, aku akan pergi sana sorang," Pintas Mustafa
"Kalau macam itu, aku juga nak ikut Mus!" Kamal bangun berdiri menawarkan diri untuk kembali ke alam Gua Sakti.

"Baiklah kamu berdua pergilah secepat mungkin, Budin tak akan dapat bertahan lama dengan gigitan bisa ni..."

Kamal dan Budin terus melangkah pergi secepat mungkin. Bot laju mereka masih lagi boleh digunakan. Segala wang dari jongkong-jongkong emas telah habis digunakan.

"Kamal jangan risaukan pasal wang, aku ada sebanyak mana yang kau mahu aku dapat berikan,"
"Mus, bot ni kena repair dulu...sebelum berlayar kembali,"
"Kita dah tak ada masa..."
"Jadi macam mana Mus?"
"Apa lagi, kita pergi ke pengkalan, contact James kita nak sewa bot laju, kalau tak ada kita sanggup bayar berapa saja, asalkan ada bot laju."
"Baiklah Mus! Aku gerak sekarang"

Bot laju bergerak pantas sekali lagi mereka terpaksa kembali ke alam Gua Sakti. Kali ini misi menyelamatkan Budin mendapatkan penawar racun bisa gigitan Jukak.

"Bagus Kamal, bot ini lebih canggih dan lebih laju, mengapa kau tak beli bot ni dulu?"
"Aku mana tahu Budin... James tu pun dah ketok aku cukup-cukup, dia ingat aku ni tak ada duit."
"Dia tak tahu, kita boleh beli bisnes kapal dia kalau kita nak," pintas Budin.
"Kesian aku pada Uda, mengapalah dia senyap aja tak berbunyi sakit langsung..."
"Dia sebenarnya tak suka susahkan orang lain,"
"Tapi sekarang ni, kita dah kena kembali ke alam Gua Sakti"
"Budin! bukankah kau akan jumpa kembali dengan Puteri Ratna Sari yang cantik dan menawan tu?"
"Itu aku tahulah, sambil menyelam minum air...ha!ha!ha!"

Mustafa masih lagi mengemudi bot laju hingga ke pengkalan perlabuhan orang-orang Gua Sakit. Perjalannya mereka tidak lagi diganggu oleh makhluk hodoh Sang Buaya. Mereka tidak berani melawan dan meyerang Mustafa.

Mereka tiba di sebuah gua pulau yang terletak di tengah-tengah lautan yang terpencil. Tampa mereka sedari, Mustafa terjun masuk ke dalam lautan. Dia menyelam jauh ke dasar lautan menuju ke suatu petunjuk arah masuk ke alam Gua Sakti. Bila dia ternampak susunan batu-batu hitam, dia terus menolak dinding gua. Pintu masuk ke alam Gua Sakti terbuka.

"Kita dah sampai!"
Cu kesatria yang mengawal pintu utama ke Istana Raja Harlem lihat bot Mustafa dan Kamal masuk berlabuh. Lantas diterus mengarahkan pengawal agar membuka pagar gerbang istana dengan pantas. Bot laju terus menyelusuri aliran sungai yang masuk ke dalam Gua Sakti. Mustafa, Kamal dan Budin terus melompat keluar dari bot dan berlari masuk ke istana. Cu masih lagi tertanya-tanya atas apa yang telah berlaku.

"Sepatutnya dia datang jumpa aku dulu," Cu bercakap dengan askar-askar Gua Sakti.
"Tak mengapalah tuan, mesti ada sesuatu yang cemas."
"Risau pulak aku..."

Bersambung



koleksi fesyen-fesyen muslimah

Novel Bersiri Misteri Nelayan Terperangkap Alam Duyong



http://infojelita.blogspot.com/2013/12/misteri-nelayan-terperangkap-alam-duyong.html
Pada awal niat Mustafa hanyalah untuk mendapat kepastian dan mencuba keberanian. Akhirnya dia sendiri sedang berada dalam dilema terperangkap di alam duyong yang serba asing baginya. Cabaran demi cabaran ditempoh, misteri sejarah dirinya sendiri terungkai di dasar lautan. Siapa yang patut dikorbankan bila ancaman datang menjelma dirinya atau orang-orang asing yang tidak pernah diketahui selama ini.

Siri 19 Misteri Nelayan Terperangkap Di Alam Duyong

Istana Alam Duyong

Sang Suri menarik nafas lega bila kesemua kesatria duyong kembali dari perang dengan selamat.  Kelihatan wajah-wajah yang ceria disambut dengan sorakan gembira oleh kaum keluarga dan sanak-saudara yang sentiasa memanjatkan kesyukuran atas kemenangan mereka menentang makhluk Orion yang telah banyak membunuh orang-orang duyong selama ini.  Namun, Sang Suri masih lagi kerisauan, matanya liar menanti seseorang yang amat ditunggu datang kembali menemuinya. 

"Kau cari aku kah?"
Mustafa datang dari arah belakang lantas mengejutkan Sang Suri. 
"Memang lah! Tahniah Mus atas kemenangan ni..."
"Terima kasih...tak payah la nak puji aku lebih-lebih....aku dah tak larat nak dengar...ha!ha!ha!"
"Kau nak kembali ke alam manusia?"
"Mmmmm ya Sang Suri...."
"Jadi kedatangan kau kali ini untuk ucapkan selamat tinggal kan..."
"Benar...aku harap kau tolong jagakan datuk...sementara aku tak ada..."
"Kau nak pergi juga, walaupun kau tahu datuk nak kau ada di sini... jadi pewaris diraja duyong..."
"Aku akan datang kembali tuk melawat datuk...tapi aku tak boleh jadi raja sepenuh masa di sini...aku dah lantik kau menjadi wakil aku..."
"Tapi..."
"Kau boleh Suri, kau boleh jaga orang-orang kita di sini... dan aku harap kau diketemukan dengan jodoh yang baik..."
"Sebenarnya...aku cintakan kau Mus..."
"Aku tahu ...tapi kau tahu aku tak boleh berada di alam ini selamanya...perjalanan aku masih lagi belum tamat...tak semestinya kita akan kahwin dengan orang yang kita cinta betul?"
"Tapi alangkah indahnya kalau kita dapat miliki apa yang kita cinta..."
"Aku pasti ada seseorang yang lebih baik dari aku sedang menanti, walaupun tak sama tapi dia mampu berikan kau kebahagiaan dan jaga kau dan bakal anak-anak kau dengan baik..."

Mustafa memegang erat tangan Sang Suri. Dia tidak mahu melukakan hati seorang perempuan yang terlalu mengharapkan padanya sesuatu yang dia tidak mampu berikan. Kemudian dia lepaskan dan memandang tajam mata Sang Suri yang berlinangan air mata. 

"Aku mahu kau jadi seorang yang kuat...kau yang akan memimpin orang-orang kita di sini..."

Sang Suri tidak dapat menahan air mata yang menitis dengan laju. Matanya masih lagi memandang Mus, mungkinkah ini pertemuan kali yang terakhir. Hatinya yang resah masih lagi mengharap dan tidak berputus harap pada Mus. 

"Kau akan datang lagi?"
"Dengan izin Tuhan Yang Maha Esa, ya... aku akan datang kembali...Janganlah nangis camni...aku rasa macam nak mati pulak...ha!ha!ha!"

Mus sengaja bergurau untuk memecahkan rasa kesyahduan dan kesedihan Sang Suri. Secara jujurnya dia tidak pernah punyai sekelumit perasaan pada Sang Suri. Tapi demi menjaga hati seorang perempuan, dia tidak akan memberitahu padanya. 

Sang Suri hanya mampu memandang dan melambaikan tangan, tatkala Mustafa dikerumuni oleh orang-orang duyong yang mengucapakan selamat tinggal. Seekor penyu emas yang menjadi tunggangannya sudah sedia menanti di perkarangan istana duyong. Lantas dia hilang dan terus hilang dari pandangan mata. 

Perkarangan Istana Gua Sakti


Kamal, Uda dan Budin sudah sedia menanti kehadiran Mustafa untuk berangkat pulang ke alam manusia. Bot laju mereka yang hanyut dengan angin puting beliung dijumpai semula oleh orang-orang duyong. 

"Mus! kau ni lama sangat la...dating ke? ha!ha!ha!"
"Kau ni Uda, aku tahu la kau dah tak sabar nak makan rendang mak kau..."
"Ha! tahu tak pe..."
"Jom kita berangkat...semua dah bersedia?"
"O.k. boss!"
"Mus kita ada problem sikit la..."
"Hah! apa pulak?"
"Minyak bot ni aku rasa tak cukup tuk kita sampai ke pengkalan..."
"Ha! itulah aku dah cakap ... hari tu... kau ni Kamal, bekalan makanan kita banyak lagi, minyak pulak tak ada...ha!ha!ha!" pintas Uda.
"Eh! Uda kau ni time kita sesak camni kau nak buat lawak dengan aku..."
"Tak mengapa, korang jangan risau, aku ada jalan..."

Mus terus terjun dan menyelam ke dasar lautan. 
"Ok aku akan tolak dari bawah!"
"Kau biar betul Mus..."
"Aku boleh la...tak kan kau nak terperangkap di alam duyong pulak?"

Kamal, Uda dan Budin saling berpandangan. Lantas mereka biarkan Mus menolak bot laju. Walaupun perlahan, tapi bot itu masih lagi dapat bergerak. 

"Lepaskan kain layar!"
"Baik!"

Mus masih lagi menyelam dan menolak bot laju mereka. Tiba-tiba Gelama dan Patin datang dari arah dasar lautan. Semakin lama wajah mereka tergambar di permukaan air lautan. 

"Kamu ada masalah kah?"
"Gelama, Patin...terkejut aku tiba-tiba timbul camni...ha!ha!ha!" pintas Kamal. 
"Kamu semua jangan bimbang....Yang Mulia Mustafa dipersilakan naik ke atas bot, biar kami yang tolak bot ni"
"Tak mengapalah, biarlah kita bersama yang tolak..."
"Jangan begitu Yang Mulia Mustafa, ini satu penghormatan bagi kami berdua dapat tolong tuanku..."

Mustafa menganguk dia naik ke atas bot semula. Tiba-tiba bot mereka ditolak dengan laju dengan bantuan Gelama dan Patin. Sesekali Kamal, Uda dan Budin menjenguk ke bawah. Inilah kali pertama pengalaman mereka dibantu oleh orang-orang duyong semasa dalam bot. 

"Woi! Kamal mengapa kau tak bagi tahu aku awal-awal yang bot ni dah  tak ada minyak?"
"Mana aku tahu kau boleh tolak bot camni, tak payah guna enjin pun tak apa ha!ha!ha!"

Mereka menarik nafas lega. Agak jauh juga Gelama dan Patin menolak bot mereka tapi mereka tidak sesekali mengeluh kepenatan. Mereka lakukan dengan penuh kerealaan dan keikhlasan. Hati Mustafa tersentuh dengan pertolongan Gelama dan Patin. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan satu bunyian.

"ssssssssssssssssssssssssssssss"
Kedengaran bunyi seperti ular jadian alam duyong. Mus pasti bunyi itu adalah Jukak. Dia terus terjun masuk ke dalam lautan. Gelama dan Patin sedang berdepan dengan Jukak. Masing-masing sudah bersedia dengan pedang tersemat di dada. 

"Berani kau datang lagi!"
"Errr maafkan aku Mus, aku tak nak berlawan dengan kau semua..."
"Apa yang kau nak?"
"Aku nak tolong kau Mus..."
"Jangan pecaya dengan dia tuanku!" pintas Gelama yang sedang bersedia dengan pedang. Mustafa hanya diam dan tidak mahu berlawan dengan Jukak. Baginya Jukak amat mudah dikalahkan.

"Aku boleh bawa kau ke tempat Sang Mata Satu... kau boleh bunuh dia di sana..."

Mereka semua terdiam memikirkan sesuatu. Masing-masing punyai persepsi tersendiri dengan Jukak. Mana mungkin Jukak boleh dipercayai. Dia adalah seekor ular jadian yang boleh menjelma dan menghilangkan diri dengan sekelip mata.

"Apa? Kau ingat kami semua bodoh nak pecayakan kau?"
"Pecayalah Mus, aku bukan lawan kau! Bila-bila masa kau boleh bunuh aku, tapi kali ini bagilah aku peluang untuk menebus segala kesalahan aku,"
"Kau dah insaf?"
"Ya! aku tak punyai pilihan lain..."
"Baiklah di mana dia berada?"
"Kaki Gunung Berapi Bermuda...kalau kau naik bot ni, dalam masa satu minggu kau akan tiba di sana...aku akan tunjukkan jalan"

Mustafa naik ke atas bot. Kamal, Uda dan Budin sedang menunggu. Mereka turut sama berada dalam kerisauan.
"Mus, aku rasa kau tak payah dengar kata-kata Jukak tu... lebih baik kita bunuh saja dia...dia boleh menyamar dan berpura-pura..."
"Aku memang nak bunuh dia tadi, tapi aku tak boleh bunuh dengan orang yang tak serang aku..."
"Biar aku saja yang pergi sana...kau teruskan perjalanan pulang..."
"Aku rasa lebih baik kita bincang dulu dengan Pak Tua, dia pasti ada cadangan yang lebih baik..."
"Aku setuju dengan Kamal, kita perlu merancang untuk serang dia buat kali ke dua..."

Mus kembali ke dasar lautan. Dia perlukan masa untuk membuat keputusan yang seteruskan. Sekembalinya ke alam manusia, patutkah dia biarkan Jukak berlegar di kawasan orang-orang duyong dan orang-orang Gua? Gelama memintas. Dia sedar Mus sedang berfikir dan membuat keputusan.

"Mus, kau jangan risau, kalau setakat Jukak ni aku boleh uruskan...Biarkan dia merayau-raya di sini...aku tahu kalau dia balik ke Sang Mata Satu dia pasti kena bunuh."

Jukak sedar mereka sedang bercakap tentang dirinya. Dia tidak pasti mengapa dia sanggup menawarkan diri untuk menolong Mustafa menghapuskan Sang Mata Satu.

"Jukak, aku nak kau tunggu aku di sini. Kau jangan sesekali masuk ke mana-mana alam Gua Sakti atau Duyong. Kalau kau menceroboh....nahas kau! Kau jangan ingat aku bodoh!"
"Bbbbaik tuan Mustafa..."

Gua Taat Alam Manusia

Setelah seminggu orang-orang duyong tolong menolak bot laju, mereka akhirnya tiba di alam manusia. Kamal, Uda dan Budin begitu teruja dan gembira tatkala mereka semakin hampir ke arah Gua Taat tempat mereka bertemu dan berlatih bersama Pak Tua.

"Kita sudah hampir di sini, Gelama, Patin kami ucapkan terima kasih atas pertolongan kau semua...setakat sini saja, kau dah sampai ke tempat manusia ni...hati-hati..."
"Tak mengapa Mus, kami tahu jaga diri. Ini bukan kali pertama kami masuk ke tempat manusia, he!he!he!...Gelama selalu perhatikan kau dulu..."
"Tak mengapalah, hati-hati...sampaikan salam aku pada datuk"
"Sang Suri sekali kah?"
"Err....tak mengapalah Patin...Itu dah jadi buah hati Gelama sekarang...ha!ha!ha!"
"Kau ni Mus, memang pandai ambil hati aku..." Gelama mencelah. Dia sudah mengagak Mus dan Sang Suri tidak akan berakhir dengan satu ikatan yang sah. Mus masih lagi muda dan banyak yang perlu ditempuh dan dirasai.

"Baiklah kami balik dahulu... terima kasih sekali lagi Mus...jangan lupakan kami di sini. Datanglah bila-bila masa, kami akan setia meraikan kepulangan raja duyong kami...."
Gelama dan Patin menundukkan diri memberikan tanda hormat pada Mustafa, Kamal, Uda dan Budin. Sesungguhnya mereka telah banyak membantu dengan segala kudrat kekuatan yang ada pada mereka. Orang-orang duyong tidak sesekali dapat membayar segala hutang budi mereka. Gelama dan Patin terus menyelam masuk ke dasar lautan dan hilang dari pandangan


Bersambung


Belajar Main Golf Dengan Professional Murah, Cepat dan Efisien

http://infojelita.blogspot.com/2013/12/misteri-nelayan-terperangkap-alam-duyong.html
Pada awal niat Mustafa hanyalah untuk mendapat kepastian dan mencuba keberanian. Akhirnya dia sendiri sedang berada dalam dilema terperangkap di alam duyong yang serba asing baginya. Cabaran demi cabaran ditempoh, misteri sejarah dirinya sendiri terungkai di dasar lautan. Siapa yang patut dikorbankan bila ancaman datang menjelma dirinya atau orang-orang asing yang tidak pernah diketahui selama ini.



Siri 18 Misteri Nelayan Terperangkap Alam Duyong

Perairan Gua Sakti

Istana Raja Gua Lautan Yang Mulia Halem, specis manusia dua alam sedang dikawal ketat. Itulah kelebihan utama yang dikurniakan Tuhan pada mereka dapat bernafas di dalam air dan darat. Tapi mereka tidak sekuat orang duyong yang kuat bertarung di dasar lautan. Mereka mudah ditewaskan oleh makhluk Sang Buaya dan Orion. Kulit mereka licin, tangan dan kaki menyerupai katak dan badan mereka agak lembut. Mereka boleh menyelam tapi tidak bertahan lama seperti orang duyong. Mustafa akan menggunakan kelebihan yang ada pada orang gua ini untuk menyerang secara hendap dari arah darat dan air. 

"Ingatlah walaupun kamu ada kelemahan, kamu semua akan kuat kalau kamu bersatu!"
"Ya!" 
Askar separa duyong menyahut kata-kata semangat dari Mustafa bersama-sama dengan laungan yang kuat.

"Kamu berperang bukan untuk diri sendiri tapi demi Tuhan Yang Maha Kuasa! Kamu akan bertarung dengan makluk jahat yang dilaknat Tuhan! Ingatlah Tuhan akan sentiasa bersama kamu!"
"Ya!"
"Jangan sesekali menyerah kalah! bertarunglah dengan titisan darah yang terakhir!"
"Ya!"

Barisan askar separa duyong, kesatria duyong berbaris rapi. Mereka sedia dengan segala arahan yang datang dari Mus. Patin dan Gelama kesatria duyong menyelam memeriksa barisan tentera pertahanan yang terdiri dari askar-askar duyong. Pertarungan ini amat penting bagi mereka. Sekirannya mereka kalah, makhluk-makluk perosak Orion akan terus ke alam duyong dan menghabiskan segala sisa-sisa orang-orang duyong yang ada di dasar lautan. Kesemuanya mereka tidak ada pilihan lain selain dari menang. 

"Ya Tuhan, kami mohon pertolongan dari Mu, berikanlah kemenangan pada orang-orang lautan ini, sekirannya mereka kalah, maka tiada lagi orang-orang lautan yang akan memuji dan menyembah Mu, berikanlah kemenangan. Hanya kau yang paling kuat dan gagah, Kau yang mampu berikan kemenangan..."

"Sssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss"
Kedengaran bunyi ular naga Orion semakin hampir ke arah istana Gua Sakti. 
"Mereka sudah datang!"

Sarung pedang warisan diraja duyong ditarik. Mus sudah bersedia dengan langkah pertama untuk mengharungi libasan berbisa Orion. Dia berada di barisan yang paling depan.


"Woi! Orion! aku di sini!"

Suara Mus menyentak Orion. Dia tidak menyangka Mus berada di Gua Sakti. Dia terus berpaling ke arah Mus dan berikan wajah bengis dan marah padanya. Namun, di sudut hatinya sungguh takut dan menggeletar bila terdengar suara Mus memanggilnya.

"Cis! kau Jukak! Kau penipu! Jukak!"

Mata-mata Orion sedang tercari-cari kelibat Jukak. Ternyata dia berada di barisan belakang selepas makhluk Sang Buaya. Dia tidak punyai pilihan lain selain menggunakan segala kekuatan yang ada untuk menyerang Mus dan askar-askarnya. 

Orion melibaskan ekornya ke arah askar-askar separa duyong. Zap! ramai yang terpelanting. Mus segera mematahkan langkah libasan ekor Orion. Satu demi satu angkatan bersaudara Orion cedera parah dengan tikaman pedang Mus. Kamal dan Budin datang dari arah belakang dan terus menikam Orion dari arah belakang. 

Angkatan Orion panik dengan serangan bertubi dari arah depan dan belakang diketuai oleh kesatria manusia. Serangan kali ini amat kuat dan dasyat. 

Tup! Tup! Tup!
Bunyi balingan batu dari arah Istana Gua Sakti. Satu-satu batu-batu besar lautan itu menimpa askar-askar Sang Buaya. Askar-askar dari dalam istana di ketuai oleh Puteri Ratna Sari tangkas menyerang dari segenap sudut. Zap! libasan ekor Orion yang kuat menyerang ke arah penyerang batu-batu istana. Ramai askar-askar separa duyong terpelanting dan terkena hantukan batu. Puteri Ratna Sari sempat mengelak. Namun, terjatuh rebah tidak sedarkan diri. 

"Nah! Rasakakan! Ha! Ha! Ha!"
Zap!
Mus dan Kamal bertarung tenaga menyerang dan menikam Orion sehingga ke akhirnya. Jukak terus melarikan diri keluar dari barisan perang tatkala melihat Orion sudah hampir menemui ajalnya. Melihat Jukak berundur, askar lemah Sang Buaya lari bergelimpangan ke arah belakang. Pasukan pemanah terus menyerah dari arah belakang. Hanya segelintir askar Sang Buaya yang dapat melepaskan diri di dalam dasar lautan. Mustafa menarik nafas lega. Mereka sudah menang dalam pertarungan. Ular naga Orion mati bersama saudara seangkatannya. Tiada lagi makluk perosak yang akan datang membinasakan kediaman orang-orang duyong dan separa duyong. 

Kaki Gunung Berapi

Sang Mata Satu seakan tidak percaya makhluk terkuat  dasar luatan ular naga Orion dapat dikalahkan. Jukak dan askar-askar Sang Buaya tidak sesekali berani bertembung dengan Sang Mata Satu. Mereka menyorok ke segenap arah. 

"Huh! Jangan kau ingat aku ni lemah! Tak apa, kali ini kau menang Mustafa!"

Sang Mata Satu berdiri di atas Gunung Berapi melihat sendiri kematian askar-askarnya dalam pertarungan. Otaknya ligat berfikir dan merancang strategi yang bakal dilaksana. 

"Kosong!"

Sang Mata Satu berdengus dengan kemarahan. Matanya liar mencari sisa-sisa askar Sang Buaya dan Jukak, namum mereka amat takut bertemu dengannya.


"Jukak!"
Suara Sang Mata Satu kedengaran. Dia terus melompat dan menyelam menuju ke arah Istana Gua Sakti. Hatinya terlalu marah. Dendamnya pada Mustafa memuncak tinggi. Jukak menyorok di sebalik daun-daun hijau dasar lautan. Dia terlalu takut untuk berdepan dengan Sang Mata Satu. Dia pasti akan mati di tangan ketua bengis itu.


"Woi! Nelayan!"
Sang Mata Satu tidak mahu memanggil nama Mustafa, nama itu punyai kekuatan tersendiri dan di sebabkan nama itu dia mengenal siapa dirinya yang sebenar. 

"Aku di sini! Mari serang aku kalau kau berani!"
Sahut Mustafa dengan lantang. Dia sudah bersedia untuk bertarung dengan Sang Mata Satu. 
"Kau tak akan boleh kalahkan aku!"
"Kalau kau berani datang ke sini!"

Bunyi ombak yang kuat menghampiri ke arah mereka. Ombak itu semakin lama semakin kuat. 

"Awas! ombak besar! semua masuk ke dalam kubu istana!"

"Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu"

Bunyi ombak besar semakin lama semakin menghampiri kubu bertahanan Gua Sakti. 

"Cepat Kamal!, Budin kamu awasi askar-askar masuk ke dalam Gua!"
"Tapi Mus...aku nak bersama kau!"
"Jangan melawan! masuk ke dalam!"

Kamal dan Budin terus akur dan berlari bersama dengan orang-orang separa duyong, masuk ke dalam istana. Ombak besar itu semakin lama semakin hampir. 

"Zuuuuup!"

Ombak itu menghempaskan libasan air kuat ke arah Istana Gua Dua Alam. Gegaran gua kedengaran. Orang-orang awam yang berselindung dalam gua berada dalam ketakutan. Kamal dan Budin nampak kerekahan yang ada pada Gua. Sekirannya Gua ini runtuh, merekalah yang akan lemas dahulu, kerana mereka tidak mampu bertahan lama di dalam air. 

"Jangan bimbang Kamal! aku akan bawa kau naik ke atas daratan!"

Gelama timbul dari arah bawah dan menimbulkan separuh badannya.

Kau Gelama! buat terkejut aku aja!"

Gelama mampu tersenyum sebentar, walaupun dia begitu teringin untuk bergurau senda bersama Kamal dan Budin, tapi keadaan Mustafa lagi utama pada mereka. Wajah mereka kerisauan di sebalik gegaran ombak satu-satu menghempas ke arah Istana Gua Sakti. Mereka semua tidak pasti hanya pasrah pada Tuhan agar Mustafa berjaya dalam pertarungan.

Ombak-ombak besar itu terus berputar laju. Mustafa tidak mampu bertahan lama dia turut berputar. Sesekali dia ingin mengorak langkah menuju ke arah Sang Mata Satu, dia tidak mampu menahan putaran ombak yang bertalu-talu.

"Ha! Ha! Ha! Kau akan kalah Nelayan!"

Mustafa cuba bertahan, hati dan fikirannya bersatu hanya Tuhan yang satu tempat dia meminta pertolongan dan bergantung harap. Dia tetap tidak akan berputus asa mengorak langkah melawan putaran ombak besar.

Matanya terpejam kaku. Dia terus berdoa dan mengharap pertolongan di saat-saat akhir nafasnya yang semakin sesak bernafas dalam putaran ombak.

"Wahai angin...berhentilah! Ingatlah kau adalah makhluk Tuhan! Patuhi lah aku! Berhentilah!"

Sang Mata Satu tidak percaya, angin ombak yang menyerang Mus dan Istana Gua Sakti semakin lama semakin lemah menghempas ombak ke arah mereka. Dia tidak berani berdepan dengan Mus. Lantas berundur diri dan menghilangkan diri dari arah mereka.

"Terima kasih Tuhan Yang Maha Kuasa!"

Mus terus sujud berterima kasih atas pertolonganNya. Seluruh makhluk dasar lautan keluar dari kubu istana. Lantas apabila melihat Mustafa sedang sujud membongkokkan diri tanda berterima kasih pada Tuhan, mereka juga mengikut sama.

Yang Mulia Gusdur Raja Duyong tersenyum melihat kemenangan yang sering dinanti-nantikan. Makhluk ular naga Orion akan menjadi tanda sejarah yang abadi di kalangan makluk dasar lautan.

"Tahniah Mus! kau sudah berjaya!"
"Datuk..."

Mereka saling berpelukan. Yang Mulia Gusdur adalah satu-satunya saudara terdekat Mus yang sentiasa bersamanya di alam dasar lautan. Mus tidak dapat menahan sebak. Air matanya gugur juga di bahu datuknya. Belainan seorang datuk terasa di dada.

"Kemenangan ini adalah usaha kita bersama!"

Mustafa mengadap ke arah askar dan orang-orang gua dan orang-orang duyong. Mereka diam kaku mendengar butiran kata-kata dari Mus.

"Sang Mata Satu masih lagi hidup!, jangan leka dengan kemenangan, dia akan sentiasa ambil kesempatan tatkala kita leka dan bersenang-lenang! Kali ini mari kita raikan kemenagan kita bersama!"

"Yeay!"

Suara-suara mereka berteriak keseronokkan. Orang-orang duyong dan Gua bersatu dalam kegembiraan. Kelihatan Kamal, Budin sedang bergaul mesra dengan orang-orang duyong dan orang gua dua alam. Inilah masa yang panjang buat mereka berkenalan dan bergurau sapa. Sebelum ini semuanya berada dalam tekanan dan kerisauan yang melampau tinggi.

"Gelama! kau tak payah la selamatkan aku! he!he!he"
"Aku tahu la...tapi kalau kau nak tahu, bot laju korang dah hanyut!"
"Alamak ye ke?"
"Betul la...kau tak tahu ombak besar tu yang hanyutka bot korang...habisla...kau jadi orang duyong la senang! ha!ha!ha!"

Gelama ketawa dengan nada mengusik, sedangkan Budin dan Kamal sedang berada dalam kebingungan dalam kegembiraan.

"Adus! nak tak nak kau yang kena cari bot kami! ha!ha!ha! Kalau tak .... Mus mesti suruh kau punya!"

"Memang dah jadi tugas dia la tu sekarang..." Cu kesatria orang gua dua alam mencelah dalam hilai ketawa.

"Aku baru nak rehat-rehat ada saja kerja baru nak kena buat!"
"Ha! baru padan dengan muka kau! ha!ha!ha!"

Mustafa berlari menuju ke arah suatu sudut sudut istana. Naluri hatinya tergerak untuk mencari Puteri Ratna Sari. Dia menyelam dan berlari ke arah anak-anak tangga. Kelihatan Puteri Ratna Sari sedang rebah pengsan.

"Puteri Ratna!"

Dia terus memapah dan mengerakkan tubuh Puteri Ratna Sari yang lemah longlai.

"Puteri Ratna! Bangun! Cepat! Tolong yang lain!"

Mus mengarahkan askar-askar Gua Dua Alam bergerak pantas menyelamatkan mangsa-mangsa libasan ekor Orion yang memecahkan batu-batu gua yang menimpa ke arah mangsa.

"Mus..."
"Kau dah selamat sekarang..."

Perlahan-lahan mata Puteri Ratna Sari terbuka. Sekali lagi dia terkena pahanan cinta Mus yang terpancar dari kelopak matanya. Wajah dan senyuman Mus terus terusik dan menusuk kalbu. Dia membalas kembali senyuman dan menarik nafas kesyukuran. Dia sedar Mus sekali lagi telah berjaya dalam pertarungan.

"Kita dah menang!"
"Aku tahu...dan aku dapat rasakannya...."
"Ha!ha!ha! Mus terketawa sendirian. Dia tidak memahami kata-kata Puteri Ratna Sari yang baru terjaga dari pengsan.

"Aku tahu Mus... kau akan datang selamatkan kita...terima kasih..."
"Ah! kau ni...jangan cakap begitu, ini semua atas kerjasama semua orang....kau pun sama...kau yang jadi kubu kuat istana ni!"
"Ah! memang betul ha!ha!ha!..."

Tiba-tiba sepasukan penyelamat diraja datang menuju ke arah mereka.

"Maaf, biarkan aku tolong Puteri..."
"Baiklah...rawat dia dengan baik ya..."
"Mus! aku pergi dulu, kau jangan pergi dari alam ni sebelum ucapkan apa-apa pada aku..."
"Iyah...dah la kau pergi berehat. Kau penat tu..."

Puteri Ratna Sari tidak sanggup melepaskan pandangannya ke arah Mustafa sedangkan dirinya telah diusung pergi ke arah pusat rawatan. Bibirnya mengukir senyuman, hatinya tidak mampu terungkap dengan kata-kata. Rasa cinta dan rindu yang membara terpaksa ditahan dan ditelan sepahitnya. Dia sedar Mus tidak akan mudah dimiliki olehnya.

Aku akan tetap menyintai mu sampai bila-bila...Hatinya bersuara.

Bersambung


Baca dari Siri Yang Awal klik
Klik Sini Ikuti Siri 1 Hingga Yang Terkini

Misteri Nelayan Terperangkap Di Alam Duyong

Pada awal niat Mustafa hanyalah untuk mendapat kepastian dan mencuba keberanian. Akhirnya dia sendiri sedang berada dalam dilema terperangkap di alam duyong yang serba asing baginya. Cabaran demi cabaran ditempoh, misteri sejarah dirinya sendiri terungkai di dasar lautan. Siapa yang patut dikorbankan bila ancaman datang menjelma dirinya atau orang-orang asing yang tidak pernah diketahui selama ini.



Siri 17 Misteri Nelayan Terperangkap Alam Duyong

20 tahun yang lalu, Gua Suci berdekatan Istana Duyong

"Kau betul-betul tekad nak serahkan anak ini?"
"Ya...ayah, semua orang pasti tidak percaya saya sudah berkahwin dengan orang duyong, alam manusia lain dari sini, saya tak nak dia rasa tertekan nanti..."
"Bapak faham...tapi anak ini bakal pewaris tahta alam duyong nanti..."
"Bapak jangan bimbang, satu masa nanti dia akan kembali..."
"Tapi aku tak ada pilihan lain buat masa ini, dia tak boleh dibesarkan di alam duyong, sebab dia punyai badan seperti aku..."
"Kesian cucuku..."

Yang Mulia Gusdur menutup mata, terpaksa berpisah dengan satu-satunya cucu lelaki pewaris tahta duyong. Dia tidak punyai pilihan lain selain dari membenarkan pemergian menantu dan cucunya. Dia tidak pasti bila akan diketemukan semula. Dia hanya mampu berdoa semoga Tuhan berikan dia kesempatan untuk merasai dan membelai cucunya Mustafa. 

"Kau jagalah anak ini dengan baik, berikan kepada keluarga nelayan, ayah akan sentiasa awasi dia dari jauh..."
"Baiklah ayah...terima kasih atas segala layanan keluarga sementara aku berada di sini."
"Ya...kau pergilah nak...jaga diri elok-elok..."

Puteri Jarlem sedang baring kepenatan. Sejak kelahiran anak kembarnya, badannya menjadi longlai. Sudah sebulan dia tidak sedarkan diri. Inilah kali pertama dia melahirkan anak yang menyerupai manusia. Sejak awal perkenalan dengan Tengku Yus, dia teringin menjadi manusia agar dia dapat bersama dengan suaminya setiap masa seperti mana isteri-isteri lain.

"Ayah...bagaimana dengan anak-anak aku?"
"Puteri kau dah berhenti bernafas sejak dia lahir..."
"Arghhh!" Puteri Jarlem menjerit menangis sekuat hatinya. Dia sudah tidak sanggup lagi hidup.
"Kau jangan putus asa, anak kau seorang lagi seorang manusia, tapi terpaksa di bawa pergi oleh suami kau...dia perlukan susu, kau sudah sebulan terbaring kaku..."

3 bulan lalu Istana Alam Duyong 

"Tapi nyata, jangka hayat Puteri Jarlem tidak lama, setelah beberapa hari dia terjaga, dia asyik menangis dan sedih, akhirnya dia dia menutup mata dan pergi meniggal dunia duyong selamanya"
"Sekarang Mus faham datuk"

Walaupun tidak dapat berjumpa dengan ayah dan ibu kandungnya, sekurang-kurannya dia bersyukur kerana diketemukan dengan Yang Mulia Gusdur, asal keturunan ibunya.

"Satu lagi kau perlu tahu, ayah kau masih lagi hidup, dia sudah berkahwin dengan manusia biasa atas perancangan datuk kau keluarga diraja"
"Mus faham datuk...dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa, satu hari nanti, pasti Mus akan bertemu dengan ayah dan adik beradik tiri Mus."
"Baguslah kalau begitu Mus..."

Yang Mulia Gusdur mengajak Mus ke arah pintu rahsia di alam duyong. Mus mengekori langkahnya dari arah belakang.

"Mari ikut datuk...ada sesuatu yang datok ingin berikan..."

Yang Mulia Gusdur membuka sebuah kotak besi. Dalamnya terbuka sebuah pedang lantas di gilap dan diberikan terus dengan kedua belah tangannya pada Mus.

"Inilah pedang warisan diraja duyong...gunalah pedang ni, dia akan setia menurut perintah. Hanya kau satu-satunya pewaris diraja duyong yang dapat menjadi tuan pada pedang ni..."
"Apa pedang ini hidup?" Mus kekeliruan.
"Ya...pedang ini juga makhluk Tuhan...dia akan serasi hanya dengan keturunan kita...Sudah tiba masanya kau ambil pedang ni dan gunakan tuk berjuang"
"Semua pewaris tahta duyong moyang kau mati berlawan dengan makhluk terkutuk Sang Mata Satu bersama pedang ini...mereka pejuang dan pahlawan duyong yang handal, sudah beratus Orion mereka bunuh, cuma datuk saja yang masih lagi hidup...."
"Huh? tapi..."
"Sebab datuk ingin sekali wariskan pedang pusaka ini pada kau selagi hayat Datuk masih ada, sekarang tugas Datuk dah hampir selesai...Mmmm satu lagi yang datuk ingin berikan..."

Yang Mulia Gusdur melangkah kaki menuju sebuah bilik yang agak jauh terpelosok. Mus hanya mengekori Datuknya dari belakang. Laluan mereka diterangi dengan sinaran kerdipan sisik ikan gul yang halus. Ikan-ikan gul itu akan sentiasa mengekori Yang Mulia Gusdur di masa gelap. Mereka setia dan patuh pada tuannya. Mereka tiba di sebuah pintu emas. Kunci pintu dibuka oleh Yang Mulia Gusdur. Mereka berdua masuk ke dalam sebuah gua yang punyai separa air dan separa darat. Emas berbentuk kristal tersusun rapi di sana-sini. Batu-batu berlian yang berwarna warni berada di mana-mana. Mus menarik nafas sedalamnya. Inilah kali pertama dia melihat emas yang sebegitu banyak seumur hidupnya.


"Ini semua milik kau Mus...gunakanlah dengan bijaksana... Datuk percaya kau akan gunakan demi kebaikan orang-orang duyong dan juga makhluk-makluk alam lain yang kau akan temui nanti..."
"Mus, tak tahu nak buat apa dengan segala emas-emas ni..."
"Tunggulah, satu masa nanti kau akan perlukan...kalau bukan kau keturunan kau nanti pasti perlukan..."

Mus hanya mengangguk setuju. Mereka bersama keluar dari bilik harta diraja duyong. Selangkah demi selangkah, tiba-tiba Yang Mulia Gusdur memegang bahu Mus.

"Nah! kau simpanlah kunci ni...Datuk dah tak inginkan semua ni lagi...Apa yang datuk fikirkan sekarang bekalan amalan datuk nanti. Datuk dah tak boleh hidup lama....bila-bila masa datuk akan pergi selamanya...."
"Terima kasih datuk...terima kasih atas segala yang telah Datuk berikan. Selagi hayat Mus masih ada, akan Mus jaga amanah ni sebaiknya... Mus akan jaga datuk..."

Mereka saling berpelukan. Bahu berat yang dipikul Yang Mulia Gusdur selama menjadi raja duyong terus terasa ringan sebaik saja dia menyerahkan segala apa yang dia ada pada satu-satunya pewaris diraja duyong. Dia pasrah akan segala yang bakal ditimpa.

Gua Sakti 

Suara Puteri Ratna Sari memecah kehingan malam sewaktu Mus mengimbas kenangan lampau. Masih banyak lagi misteri perjalanan hidupnya yang tidak lagi terungkai. Dia tidak akan sesekali mengalah dan berputus asa dalam berjuang. Dari jauh Mus nampak dia sedang bersiap sedia dengan kelengkapan perang. Dia kelihatan sibuk menyusun batu-batu peluru bersama askar-askar separa duyong yang masih lagi tinggal. Sudah ramai askar-askar mereka maut tatkala bertarung dengan Orion. Mereka tidak punyai pilihan lain selain berperang bersama-sama dengannya.

"Kau tak perlu susah payah, biar aku yang buat semua ni..."

Puteri Ratna tunduk malu. Dia malu akan segala kata-kata cinta yang terluah dari mulutnya yang terlalu mengikut perasaan. Dia tidak mampu berkata apa-apa lagi takut terlepas kata. Kakinya mengundur ke belakang, membiarkan Mus mengemas kini segala kelengkapan perang. Hati emosi Mus tidak boleh di ganggu lebih-lebih lagi di saat getir ini. Mus orang penting yang perlu dijaga.

"Mus, aku minta maaf sebelum ni aku terlepas kata..."
"Eh! terlepas kata rupanya...he!he!he! nasib baik...tak mengapalah aku tak ambil hati pun..."

Puteri Ratna Sari hanya mampu memandang Mus dari jauh. Mus sedar gerak geri dirinya sedang diperhatikan oleh Puteri Ratna Sari. Dia faham perasaan yang terpendam di lubuk hati seorang wanita yang inginkan belaian dan kasih sayang seorang lelaki. Kalaulah dia boleh lakukan dan berikan segalanya pada Ratna Sari, tapi dia sedar bukan ini tujuannya datang ke alam Gua Sakti. Tiba-tiba Uda datang dengan langkah yang lemah.

"Uda! kau perlu rehat..."
"Aku tak boleh rehat Mus...tak boleh tidur dengar korang semua bersiap tuk perang...biarlah apa yang terjadi aku nak ikut sekali dengan korang semua..."
"Kau ni Uda...camna kau nak berlawan kalau badan kau masih lagi lemah camni..."

Kamal dan Budin datang menuju ke arah mereka berdua. Mereka rasa bersalah kerana tidak dapat bantu Uda melawan Si Jukak ular jadian.
"Kami yang patut minta maaf pada kau Uda..."
"Dah ...apa yang kau cakapkan ni..."
"Aku betul-betul tak dengar apa-apa masa kau kat bilik...sepatutnya aku biarkan kau rehat kat sini aja sama dengan aku..." pintas Kamal.
"Dahla..segala yang terjadi pasti ada hikmahnya..sekarang kita sudah tahu, Jukak tak akan sesekali berani datang ke sini..."
"Uda...kau patut rehat."
"Baiklah boss, aku rehat kat sini aja...aku tak nak tidur atas katil..."
"Adalah tu tujuan Uda...nak tengok Puteri Ratna Sari kan..." usik Budin
"Ha! tahupun kau...ha!ha!ha!"
"Dah agak dah...si Uda ni...memang kuat mengintai..."

Mus mengundur diri melihat gelagat rakan-rakanya sedang seronok berceloteh. Biarlah mereka mengambil sisa-sisa masa yang ada sementara menunggu. Apa yang pasti tentera Sang Mata Satu akan datang secara besar-besaran malam besok. Dia sendiri dapat merasakan kedatangan mereka dengan ilham yang datang dari deria ke enamnya.

Askar Sang Mata Satu memang kuat dan gagah. Memang itulah lumrah kejadian Tuhan. Dia ingin menguji hambaNya di sebalik kekuatan, kebengisan makluk Sang Mata Satu, siapa yang mereka patut takuti. Sekirannya pengikut Sang Mata Satu yang ditakuti, Tuhan tiada ada lagi sebagai penolong dan pemberi pelindung. Peperangan inilah salah satu ujian keimanan. Walau apa yang terjadi Mus akan pastikan kemenangan akan diberikan pada makhluk alam lautan ini.

Kaki Gunung Berapi

Sang Mata Satu sedang duduk di singgahsana sambil memerhatikan askar-askarnya sedang bersiap sedia dengan kelengkapan perang. Dia pasti kali ini, seluruh makhluk alam Gua Sakti akan lenyap di telan ombak lautan.


"Ha!ha!ha! tak lama lagi kita akan tengok mayat-mayat bergelimpangan..."
"Hoi! Jukak! mari sini!"
"Ya...tuanku" sahut Jukak dengan nada yang bergetar. Dia amat takut sekirannya Sang Mata Satu tahu yang Uda masih lagi hidup dan Mus sekarang berada di alam Separa Duyong Gua Sakti.
"Cepat buat persiapan! terhegeh-hegeh! ha!ha!ha! kali ini semuanya akan mati!"
"Aku nak lepas ni, kau tunjukkan aku mayat manusia bangsat tu! Kau faham tak siapa yang aku cakap?"
"Mustafa tuanku!"
"Memang tolol! bengap! Baru tadi kau bagitahu pada aku Mustafa tak ada di Gua Sakti, kau jangan cakap bohong...kau nampak tu....api yang nak telan kau bila-bila masa kau boleh campakkan kau dalam neraka gunung berapi ni...."
"Ya, tuanku, tapi bukankah neraka Tuhan tu lagi panas tuanku?"
"Itu kau tak payah bagitahu! Kau yang akan masuk dulu! ha!ha!ha!"

Di sebalik hilai ketawa Sang Mata Satu, dia sedar pengakhir dirinya di mana. Namun, dia tetap tidak mahu mengalah. Dendamnya pada Mustafa semakin hari semakin membakar dirinya. Api dendam itulah menjadi semangat buat Sang Mata Satu untuk teruskan hasrat memusnahkan apa saja yang berkaitan dengan Mus. Biar dia rasai apa itu kesengsaraan, kepedihan dan kegurisan hati yang melampau sakit.

Bersambung


Baca dari Siri Yang Awal klik
Klik Sini Ikuti Siri 1 Hingga Yang Terkini

Misteri Nelayan Terperangkap Di Alam Duyong

Pada awal niat Mustafa hanyalah untuk mendapat kepastian dan mencuba keberanian. Akhirnya dia sendiri sedang berada dalam dilema terperangkap di alam duyong yang serba asing baginya. Cabaran demi cabaran ditempoh, misteri sejarah dirinya sendiri terungkai di dasar lautan. Siapa yang patut dikorbankan bila ancaman datang menjelma dirinya atau orang-orang asing yang tidak pernah diketahui selama ini.


Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...