Sunday, December 22, 2013

Siri 21 Misteri Nelayan Terperangkap Alam Duyong

Istana Raja Harlem Gua Sakti


Mustafa berlari menaiki tangga yang paling tinggi. Dia harus pantas berjumpa dengan Raja Harlem. Mungkin penawar itu ada padanya? Dia tidak pasti. Tiba-tiba Puteri Ratna Sari sedar akan kehadiran Mustafa. Dia cuba menegur tapi langkah Mus telalu laju menuju ke arah Raja Harlem yang sedang berada dalam persidangan diraja. Pintu diketuk, Mus terus masuk tampa menunggu keizinan dari penghuni dalamnya. Kelihatan Raja Harlem dan beberapa menteri sedang bersidang. 

"Maaf tuanku!"
"Mustafa! silakan masuk, maaflah kami sedang bermesyuarat."
"Maafkan Mus sekali lagi, kami datang untuk pinta pertolongan. Uda salah seorang kesatria manusia sedang sakit menahan bisa gigitan ular jadian Jukak, jadi saya ingin minta pertolongan sekirannya tuanku ada penawar pada bisa tu..."

Ahli mensyuarat terdiri dari menteri-menteri tertinggi saling berpandangan. Masing-masing menunggu sekirannya ada sesiapa yang dapat berikan pertolongan pada Mustafa. Kamal dan Mustafa masih lagi menunggu dan menunggu. 

"Tunggu!, beta akan panggil doktor diraja datang ke sini, mungkin dia boleh bantu Uda."
"Tak mengapa tuanku, biar saya dan Kamal ke sana"

Mustafa dan Kamal terus menuju ke anak tangga. Dia pasti di mana arah tempat perubatan orang-orang Gua Sakti. Sekali lagi dia terserempak dengan Puteri Ratna Sari. 

"Mus?"
"Salam, tuan puteri, maaf kami tak ada masa nak berbual."
"Err...."

Belum sempat Puteri Ratna Sari berikan sepatah kata, Mustafa dan Kamal sudah melepaskan senyuman selamat tinggal padanya. Dia semakin hairan, tampa mereka sedari dia sedang mengekori mereka berdua dari arah belakang. 

Pusat Perubatan Gua Sakti

"Ini dia ubatnya, kalau terkena sebarang gigitan ular laut,"
"Terima kasih, kami terpaksa berangkat pulang secepat mungkin,"
"Baiklah! kamu harus cepat sebelum barah gigitan itu merebak,"

Mus dan Kamal berlari ke arah bot laju mereka. Cu dan askar pengawal hanya memerhatikan mereka saja. 
"Cu! Maafkah aku, tak sempat nak berbual, kami terpaksa pulang Uda perlukan penawar gigitan Jukak!"
"Ya! Mus, kalau senang datanglah lagi di sini!"

Mus dan Kamal hanya meganguk. Mereka bergerak dengan secepat kilat. 

Gua Taat Alam Manusia

"Pak Tua...saya rasa dah tak lama, sakitnya bisa ni..."
"Jangan putus asa dengan rahmat Tuhan, Uda. Selagi kau masih lagi bernafas, kau kena sentiasa berharap dan berusaha. Banyakkan zikir ya nak."
"Aduh! Tak tahan Pak Tua"

Pak Tua, sudah tidak sanggup melihat Uda yang mengadu kesakitan. Lantas terus membawanya ke hospital. Langkahnya longlai namun Uda masih lagi mampu menahan sakit.

"Sabarlah Uda...sakit ini salah satu ujian buat diri kau. Jangan sesekali mengalah, sementara tunggu penawar baik Pak Tua akan bawa kau ke hospital"
"Bolehkah ubat doktor ubati penyakit saya ni?"
"Nanti doktor bagi ubat tahan sakit, kau sabarlah nak..."

Perairan Bermuda

Bot laju mereka terpaksa melepasi kawasan Perairan Bermuda salah satu lubuk Sang Mata Satu. Pusaran air semakin dekat menghampiri bot laju, namun Mustafa teruskan melewati dari sisi tepi pusaran air.

"Mus! ada pusaran air!" sahut Kamal.
"Teruskan! Kita terpaksa ikut jalan ni!"
"Jalan ini shortcut ke pengkalan."
"Tapi jalan ni kan tempat Sang Mata Satu!"
"Kita dah tak ada pilihan lain, kalau ikut jalan lain, kita akan semakin lambat"

Tiba-tiba mereka terdengar satu suara yang mengaum dari bawah arah pusaran. Kamal dan Budin saling berpandangan. Mereka masih lagi belum bersedia dari segi mental dan fizikal untuk mempertahankan diri. Misi utama mereka adalah cepat sampai ke pengkalan Gua Taat.

"Perlahankan bot!" Arah Mus dari atas.
"Auuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuun!"

Bunyian itu semakin lama semakin dekat menghampiri. Degupan jantung mereka semakin pantas.

"Sssh! kita menyorok dulu di sebalik batu!"
"Aku rasa bunyi tu bukan dari arah pusaran air..."
"Bunyi apa tu Mus?"
"Aku masih lagi tidak pasti, macam suara dari langit!"

Yulam seekor naga berwarna hitam dan kelabu sedang duduk di atas batu bukit.

"Apa tu Mus? Macam naga!"
"Ya Tuhan! besarnya!"
"Kau rasa dia nampak kita"
"Sssh! dia tak nampak, jangan ke mana-mana kita tunggu di sini"


Mus hanya berdiam diri. Dia pasti naga itu bertuankan Sang Mata Satu. Naga itu seolah-olah sedang menunggu kehadiran tuanya. Mustafa ingin mencari kepastian. Dia akan teruskan menuggu dan mengintip di sebalik batu.

"Zuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuup!"

Satu bunyi yang besar seolah-olah keluar dari pusaran air yang laju. Gelombang ombak yang melawan arus putara semakin lama semakin kuat menghampiri tempat persembunyian bot Mus dan rakannya.

"Zuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuup!"

Kelihatan badan Sang Mata Satu keluar dari arah pusaran air. Kekuatan dirinya semakin terserlah. Degupan jantung Mus berdegup kencang. Dia masih lagi tidak mampu melancarkan serangan.

"Errrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr"

Seekor naga yang sedang menunggu terbang mendapatkan tuannya. Sang Mata Satu melompat ke arah tunggangan dan mereka terus keluar dari arah pusaran. Kelibat mereka semakin lama semakin pudar dan hilang dengan arakan awan.

"Mus!, kita dah boleh teruskan perjalanankah?
"Ya!, mari kita teruskan, Uda sedang menanti kita!"

Sepanjang perjalanan Mustafa kerap berfikir tentang kekuatan yang ada pada Sang Mata Satu. Adakah dia perlu terus berlawan sedangkan dia tidak punyai kekuatan seperti Sang Mata Satu. Adakah dia harus biarkan sementara dia melakukan kerosakan dan demi kerosakan di mana-mana alam yang dituju? Dia tidak pasti. Apa yang dia pasti Sang Mata Satu ada perancangan tersendiri untuk terus melakukan kerosakan dan kemusnahan. Tapi di mana dia pergi?

Hospital Kuala Terengganu

Setibanya Mus dan Kamal di hospital mereke berlari menuju ke arah wad kecemasan di mana Uda berada. Pintu kecemasan dibuka. Kelihatan Uda sedang kuat menahan sakit. Beberapa orang jururawat sedang berada di sisinya untuk mengambil ujian darah.

"Kamal, Budin kamu berdua tunggu aku di sini, aku akan rawat Uda dengan ubat ni,"
"Ingat! Kamu berdua awasi sekirannya ada sesiapa yang nak datang masuk, kamu lengahkan."
"Baiklah Mus!"

Uda sudah ternampak kelibat Mus di sebalik langsir. Mus berikan isyarat senyap dengan meletakkan jarinya di bibir. Sudah pasti doktor hospital tidak benarkan sebarang ubat traditional masuk ke dalam hospital. Uda menganguk tanda faham akan isyarat Mus. Mereka harus berhati-hati. Wajah Uda semakin pucat dan bengkak yang ada di bahagian sisi pinggangnya semakin membesar.

"Baiklah Encik Uda, kami dah berikan suntikan ubat tahan sakit, harap bersabarlah sehingga kami dapat keputusan dari ujian darah,"
"Terima kasih nurse"

Sebaik saja jururawat-jururawat itu keluar dari wad, Mustafa terus masuk ke dalam seorang diri. Sebotol penawar bisa ular laut yang dia dapati Pusat Perubatan Gua Sakti sedang dipegang rapi.

"Nah! kau minum air ni sikit! Jangan habiskan!"
"Ah!Sedap pulak ubat orang gua sakti ni...tak macam kita,"

Mustafa menyelak baju Uda. Kelihatan bengkak semakin lama semakin membesar. Lantas dia titiskan ubat penawar di tempat bengkakan.

"Pssssssssssssss pedihnya Mus!"
"Ssh! tahan sikit,"

Tiba-tiba seorang jururawat terdengar perbualan mereka seolah Uda sedang dirawat.

"Maaf, Encik Uda ada apa-apa kah?
"Tak ada apa-apa nurse. Saya cakap sorang-sorang saja tadi. Memang perangai saya camni. he!he!he!"
"Dah! jangan banyak cakap sangat...awak perlu berehat!"

Mustafa sedang menyorok di sebalik langsir. Dia menuggu sehingga jururawat itu keluar dari wad. Uda masih lagi belum habis dirawat.

"Mus! aku rasa lega sikit..."
"Biar betul, tak kan la cepat sangat ubat ni meresap?"

Sekali lagi Mus menyelak kain selimut. Memang benar kesan bengakakan semakin menyusut dengan cepat.

"Mujarab betul ubat orang Gua Sakti ni..." pintas Mus sambil membelek botol ubat itu sekali lagi.
"Aku dah boleh balik kah?"
"Kau tanya aku, macamlah aku ni doktor!"
"Kau memang doktor pun Mus, ha!ha!ha! Aku ikut kau?"
"Eis! jangan...kau rehat dulu kat sini. Aku dah titiskan air penawar ni dalam botol air mineral ni. Jadi jururawat tak akan tahu."
"Bila kau dah betul-betul sihat, kau balik sendiri di tempat biasa kita...."
"Aku nak balik sekarang la Mus!"
"Kau ni jangan jadi macam budak-budak boleh tak? Kau tunggu sini."
"Baiklah boss!"

Bersambung
http://infojelita.blogspot.com/2013/12/misteri-nelayan-terperangkap-alam-duyong.html
Pada awal niat Mustafa hanyalah untuk mendapat kepastian dan mencuba keberanian. Akhirnya dia sendiri sedang berada dalam dilema terperangkap di alam duyong yang serba asing baginya. Cabaran demi cabaran ditempoh, misteri sejarah dirinya sendiri terungkai di dasar lautan. Siapa yang patut dikorbankan bila ancaman datang menjelma dirinya atau orang-orang asing yang tidak pernah diketahui selama ini.



Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas