Tuesday, December 17, 2013

Siri 19 Misteri Nelayan Terperangkap Di Alam Duyong

Istana Alam Duyong

Sang Suri menarik nafas lega bila kesemua kesatria duyong kembali dari perang dengan selamat.  Kelihatan wajah-wajah yang ceria disambut dengan sorakan gembira oleh kaum keluarga dan sanak-saudara yang sentiasa memanjatkan kesyukuran atas kemenangan mereka menentang makhluk Orion yang telah banyak membunuh orang-orang duyong selama ini.  Namun, Sang Suri masih lagi kerisauan, matanya liar menanti seseorang yang amat ditunggu datang kembali menemuinya. 

"Kau cari aku kah?"
Mustafa datang dari arah belakang lantas mengejutkan Sang Suri. 
"Memang lah! Tahniah Mus atas kemenangan ni..."
"Terima kasih...tak payah la nak puji aku lebih-lebih....aku dah tak larat nak dengar...ha!ha!ha!"
"Kau nak kembali ke alam manusia?"
"Mmmmm ya Sang Suri...."
"Jadi kedatangan kau kali ini untuk ucapkan selamat tinggal kan..."
"Benar...aku harap kau tolong jagakan datuk...sementara aku tak ada..."
"Kau nak pergi juga, walaupun kau tahu datuk nak kau ada di sini... jadi pewaris diraja duyong..."
"Aku akan datang kembali tuk melawat datuk...tapi aku tak boleh jadi raja sepenuh masa di sini...aku dah lantik kau menjadi wakil aku..."
"Tapi..."
"Kau boleh Suri, kau boleh jaga orang-orang kita di sini... dan aku harap kau diketemukan dengan jodoh yang baik..."
"Sebenarnya...aku cintakan kau Mus..."
"Aku tahu ...tapi kau tahu aku tak boleh berada di alam ini selamanya...perjalanan aku masih lagi belum tamat...tak semestinya kita akan kahwin dengan orang yang kita cinta betul?"
"Tapi alangkah indahnya kalau kita dapat miliki apa yang kita cinta..."
"Aku pasti ada seseorang yang lebih baik dari aku sedang menanti, walaupun tak sama tapi dia mampu berikan kau kebahagiaan dan jaga kau dan bakal anak-anak kau dengan baik..."

Mustafa memegang erat tangan Sang Suri. Dia tidak mahu melukakan hati seorang perempuan yang terlalu mengharapkan padanya sesuatu yang dia tidak mampu berikan. Kemudian dia lepaskan dan memandang tajam mata Sang Suri yang berlinangan air mata. 

"Aku mahu kau jadi seorang yang kuat...kau yang akan memimpin orang-orang kita di sini..."

Sang Suri tidak dapat menahan air mata yang menitis dengan laju. Matanya masih lagi memandang Mus, mungkinkah ini pertemuan kali yang terakhir. Hatinya yang resah masih lagi mengharap dan tidak berputus harap pada Mus. 

"Kau akan datang lagi?"
"Dengan izin Tuhan Yang Maha Esa, ya... aku akan datang kembali...Janganlah nangis camni...aku rasa macam nak mati pulak...ha!ha!ha!"

Mus sengaja bergurau untuk memecahkan rasa kesyahduan dan kesedihan Sang Suri. Secara jujurnya dia tidak pernah punyai sekelumit perasaan pada Sang Suri. Tapi demi menjaga hati seorang perempuan, dia tidak akan memberitahu padanya. 

Sang Suri hanya mampu memandang dan melambaikan tangan, tatkala Mustafa dikerumuni oleh orang-orang duyong yang mengucapakan selamat tinggal. Seekor penyu emas yang menjadi tunggangannya sudah sedia menanti di perkarangan istana duyong. Lantas dia hilang dan terus hilang dari pandangan mata. 

Perkarangan Istana Gua Sakti


Kamal, Uda dan Budin sudah sedia menanti kehadiran Mustafa untuk berangkat pulang ke alam manusia. Bot laju mereka yang hanyut dengan angin puting beliung dijumpai semula oleh orang-orang duyong. 

"Mus! kau ni lama sangat la...dating ke? ha!ha!ha!"
"Kau ni Uda, aku tahu la kau dah tak sabar nak makan rendang mak kau..."
"Ha! tahu tak pe..."
"Jom kita berangkat...semua dah bersedia?"
"O.k. boss!"
"Mus kita ada problem sikit la..."
"Hah! apa pulak?"
"Minyak bot ni aku rasa tak cukup tuk kita sampai ke pengkalan..."
"Ha! itulah aku dah cakap ... hari tu... kau ni Kamal, bekalan makanan kita banyak lagi, minyak pulak tak ada...ha!ha!ha!" pintas Uda.
"Eh! Uda kau ni time kita sesak camni kau nak buat lawak dengan aku..."
"Tak mengapa, korang jangan risau, aku ada jalan..."

Mus terus terjun dan menyelam ke dasar lautan. 
"Ok aku akan tolak dari bawah!"
"Kau biar betul Mus..."
"Aku boleh la...tak kan kau nak terperangkap di alam duyong pulak?"

Kamal, Uda dan Budin saling berpandangan. Lantas mereka biarkan Mus menolak bot laju. Walaupun perlahan, tapi bot itu masih lagi dapat bergerak. 

"Lepaskan kain layar!"
"Baik!"

Mus masih lagi menyelam dan menolak bot laju mereka. Tiba-tiba Gelama dan Patin datang dari arah dasar lautan. Semakin lama wajah mereka tergambar di permukaan air lautan. 

"Kamu ada masalah kah?"
"Gelama, Patin...terkejut aku tiba-tiba timbul camni...ha!ha!ha!" pintas Kamal. 
"Kamu semua jangan bimbang....Yang Mulia Mustafa dipersilakan naik ke atas bot, biar kami yang tolak bot ni"
"Tak mengapalah, biarlah kita bersama yang tolak..."
"Jangan begitu Yang Mulia Mustafa, ini satu penghormatan bagi kami berdua dapat tolong tuanku..."

Mustafa menganguk dia naik ke atas bot semula. Tiba-tiba bot mereka ditolak dengan laju dengan bantuan Gelama dan Patin. Sesekali Kamal, Uda dan Budin menjenguk ke bawah. Inilah kali pertama pengalaman mereka dibantu oleh orang-orang duyong semasa dalam bot. 

"Woi! Kamal mengapa kau tak bagi tahu aku awal-awal yang bot ni dah  tak ada minyak?"
"Mana aku tahu kau boleh tolak bot camni, tak payah guna enjin pun tak apa ha!ha!ha!"

Mereka menarik nafas lega. Agak jauh juga Gelama dan Patin menolak bot mereka tapi mereka tidak sesekali mengeluh kepenatan. Mereka lakukan dengan penuh kerealaan dan keikhlasan. Hati Mustafa tersentuh dengan pertolongan Gelama dan Patin. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan satu bunyian.

"ssssssssssssssssssssssssssssss"
Kedengaran bunyi seperti ular jadian alam duyong. Mus pasti bunyi itu adalah Jukak. Dia terus terjun masuk ke dalam lautan. Gelama dan Patin sedang berdepan dengan Jukak. Masing-masing sudah bersedia dengan pedang tersemat di dada. 

"Berani kau datang lagi!"
"Errr maafkan aku Mus, aku tak nak berlawan dengan kau semua..."
"Apa yang kau nak?"
"Aku nak tolong kau Mus..."
"Jangan pecaya dengan dia tuanku!" pintas Gelama yang sedang bersedia dengan pedang. Mustafa hanya diam dan tidak mahu berlawan dengan Jukak. Baginya Jukak amat mudah dikalahkan.

"Aku boleh bawa kau ke tempat Sang Mata Satu... kau boleh bunuh dia di sana..."

Mereka semua terdiam memikirkan sesuatu. Masing-masing punyai persepsi tersendiri dengan Jukak. Mana mungkin Jukak boleh dipercayai. Dia adalah seekor ular jadian yang boleh menjelma dan menghilangkan diri dengan sekelip mata.

"Apa? Kau ingat kami semua bodoh nak pecayakan kau?"
"Pecayalah Mus, aku bukan lawan kau! Bila-bila masa kau boleh bunuh aku, tapi kali ini bagilah aku peluang untuk menebus segala kesalahan aku,"
"Kau dah insaf?"
"Ya! aku tak punyai pilihan lain..."
"Baiklah di mana dia berada?"
"Kaki Gunung Berapi Bermuda...kalau kau naik bot ni, dalam masa satu minggu kau akan tiba di sana...aku akan tunjukkan jalan"

Mustafa naik ke atas bot. Kamal, Uda dan Budin sedang menunggu. Mereka turut sama berada dalam kerisauan.
"Mus, aku rasa kau tak payah dengar kata-kata Jukak tu... lebih baik kita bunuh saja dia...dia boleh menyamar dan berpura-pura..."
"Aku memang nak bunuh dia tadi, tapi aku tak boleh bunuh dengan orang yang tak serang aku..."
"Biar aku saja yang pergi sana...kau teruskan perjalanan pulang..."
"Aku rasa lebih baik kita bincang dulu dengan Pak Tua, dia pasti ada cadangan yang lebih baik..."
"Aku setuju dengan Kamal, kita perlu merancang untuk serang dia buat kali ke dua..."

Mus kembali ke dasar lautan. Dia perlukan masa untuk membuat keputusan yang seteruskan. Sekembalinya ke alam manusia, patutkah dia biarkan Jukak berlegar di kawasan orang-orang duyong dan orang-orang Gua? Gelama memintas. Dia sedar Mus sedang berfikir dan membuat keputusan.

"Mus, kau jangan risau, kalau setakat Jukak ni aku boleh uruskan...Biarkan dia merayau-raya di sini...aku tahu kalau dia balik ke Sang Mata Satu dia pasti kena bunuh."

Jukak sedar mereka sedang bercakap tentang dirinya. Dia tidak pasti mengapa dia sanggup menawarkan diri untuk menolong Mustafa menghapuskan Sang Mata Satu.

"Jukak, aku nak kau tunggu aku di sini. Kau jangan sesekali masuk ke mana-mana alam Gua Sakti atau Duyong. Kalau kau menceroboh....nahas kau! Kau jangan ingat aku bodoh!"
"Bbbbaik tuan Mustafa..."

Gua Taat Alam Manusia

Setelah seminggu orang-orang duyong tolong menolak bot laju, mereka akhirnya tiba di alam manusia. Kamal, Uda dan Budin begitu teruja dan gembira tatkala mereka semakin hampir ke arah Gua Taat tempat mereka bertemu dan berlatih bersama Pak Tua.

"Kita sudah hampir di sini, Gelama, Patin kami ucapkan terima kasih atas pertolongan kau semua...setakat sini saja, kau dah sampai ke tempat manusia ni...hati-hati..."
"Tak mengapa Mus, kami tahu jaga diri. Ini bukan kali pertama kami masuk ke tempat manusia, he!he!he!...Gelama selalu perhatikan kau dulu..."
"Tak mengapalah, hati-hati...sampaikan salam aku pada datuk"
"Sang Suri sekali kah?"
"Err....tak mengapalah Patin...Itu dah jadi buah hati Gelama sekarang...ha!ha!ha!"
"Kau ni Mus, memang pandai ambil hati aku..." Gelama mencelah. Dia sudah mengagak Mus dan Sang Suri tidak akan berakhir dengan satu ikatan yang sah. Mus masih lagi muda dan banyak yang perlu ditempuh dan dirasai.

"Baiklah kami balik dahulu... terima kasih sekali lagi Mus...jangan lupakan kami di sini. Datanglah bila-bila masa, kami akan setia meraikan kepulangan raja duyong kami...."
Gelama dan Patin menundukkan diri memberikan tanda hormat pada Mustafa, Kamal, Uda dan Budin. Sesungguhnya mereka telah banyak membantu dengan segala kudrat kekuatan yang ada pada mereka. Orang-orang duyong tidak sesekali dapat membayar segala hutang budi mereka. Gelama dan Patin terus menyelam masuk ke dasar lautan dan hilang dari pandangan


Bersambung


Belajar Main Golf Dengan Professional Murah, Cepat dan Efisien

http://infojelita.blogspot.com/2013/12/misteri-nelayan-terperangkap-alam-duyong.html
Pada awal niat Mustafa hanyalah untuk mendapat kepastian dan mencuba keberanian. Akhirnya dia sendiri sedang berada dalam dilema terperangkap di alam duyong yang serba asing baginya. Cabaran demi cabaran ditempoh, misteri sejarah dirinya sendiri terungkai di dasar lautan. Siapa yang patut dikorbankan bila ancaman datang menjelma dirinya atau orang-orang asing yang tidak pernah diketahui selama ini.



No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas