Siri 17 Misteri Nelayan Terperangkap Alam Duyong

20 tahun yang lalu, Gua Suci berdekatan Istana Duyong

"Kau betul-betul tekad nak serahkan anak ini?"
"Ya...ayah, semua orang pasti tidak percaya saya sudah berkahwin dengan orang duyong, alam manusia lain dari sini, saya tak nak dia rasa tertekan nanti..."
"Bapak faham...tapi anak ini bakal pewaris tahta alam duyong nanti..."
"Bapak jangan bimbang, satu masa nanti dia akan kembali..."
"Tapi aku tak ada pilihan lain buat masa ini, dia tak boleh dibesarkan di alam duyong, sebab dia punyai badan seperti aku..."
"Kesian cucuku..."

Yang Mulia Gusdur menutup mata, terpaksa berpisah dengan satu-satunya cucu lelaki pewaris tahta duyong. Dia tidak punyai pilihan lain selain dari membenarkan pemergian menantu dan cucunya. Dia tidak pasti bila akan diketemukan semula. Dia hanya mampu berdoa semoga Tuhan berikan dia kesempatan untuk merasai dan membelai cucunya Mustafa. 

"Kau jagalah anak ini dengan baik, berikan kepada keluarga nelayan, ayah akan sentiasa awasi dia dari jauh..."
"Baiklah ayah...terima kasih atas segala layanan keluarga sementara aku berada di sini."
"Ya...kau pergilah nak...jaga diri elok-elok..."

Puteri Jarlem sedang baring kepenatan. Sejak kelahiran anak kembarnya, badannya menjadi longlai. Sudah sebulan dia tidak sedarkan diri. Inilah kali pertama dia melahirkan anak yang menyerupai manusia. Sejak awal perkenalan dengan Tengku Yus, dia teringin menjadi manusia agar dia dapat bersama dengan suaminya setiap masa seperti mana isteri-isteri lain.

"Ayah...bagaimana dengan anak-anak aku?"
"Puteri kau dah berhenti bernafas sejak dia lahir..."
"Arghhh!" Puteri Jarlem menjerit menangis sekuat hatinya. Dia sudah tidak sanggup lagi hidup.
"Kau jangan putus asa, anak kau seorang lagi seorang manusia, tapi terpaksa di bawa pergi oleh suami kau...dia perlukan susu, kau sudah sebulan terbaring kaku..."

3 bulan lalu Istana Alam Duyong 

"Tapi nyata, jangka hayat Puteri Jarlem tidak lama, setelah beberapa hari dia terjaga, dia asyik menangis dan sedih, akhirnya dia dia menutup mata dan pergi meniggal dunia duyong selamanya"
"Sekarang Mus faham datuk"

Walaupun tidak dapat berjumpa dengan ayah dan ibu kandungnya, sekurang-kurannya dia bersyukur kerana diketemukan dengan Yang Mulia Gusdur, asal keturunan ibunya.

"Satu lagi kau perlu tahu, ayah kau masih lagi hidup, dia sudah berkahwin dengan manusia biasa atas perancangan datuk kau keluarga diraja"
"Mus faham datuk...dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa, satu hari nanti, pasti Mus akan bertemu dengan ayah dan adik beradik tiri Mus."
"Baguslah kalau begitu Mus..."

Yang Mulia Gusdur mengajak Mus ke arah pintu rahsia di alam duyong. Mus mengekori langkahnya dari arah belakang.

"Mari ikut datuk...ada sesuatu yang datok ingin berikan..."

Yang Mulia Gusdur membuka sebuah kotak besi. Dalamnya terbuka sebuah pedang lantas di gilap dan diberikan terus dengan kedua belah tangannya pada Mus.

"Inilah pedang warisan diraja duyong...gunalah pedang ni, dia akan setia menurut perintah. Hanya kau satu-satunya pewaris diraja duyong yang dapat menjadi tuan pada pedang ni..."
"Apa pedang ini hidup?" Mus kekeliruan.
"Ya...pedang ini juga makhluk Tuhan...dia akan serasi hanya dengan keturunan kita...Sudah tiba masanya kau ambil pedang ni dan gunakan tuk berjuang"
"Semua pewaris tahta duyong moyang kau mati berlawan dengan makhluk terkutuk Sang Mata Satu bersama pedang ini...mereka pejuang dan pahlawan duyong yang handal, sudah beratus Orion mereka bunuh, cuma datuk saja yang masih lagi hidup...."
"Huh? tapi..."
"Sebab datuk ingin sekali wariskan pedang pusaka ini pada kau selagi hayat Datuk masih ada, sekarang tugas Datuk dah hampir selesai...Mmmm satu lagi yang datuk ingin berikan..."

Yang Mulia Gusdur melangkah kaki menuju sebuah bilik yang agak jauh terpelosok. Mus hanya mengekori Datuknya dari belakang. Laluan mereka diterangi dengan sinaran kerdipan sisik ikan gul yang halus. Ikan-ikan gul itu akan sentiasa mengekori Yang Mulia Gusdur di masa gelap. Mereka setia dan patuh pada tuannya. Mereka tiba di sebuah pintu emas. Kunci pintu dibuka oleh Yang Mulia Gusdur. Mereka berdua masuk ke dalam sebuah gua yang punyai separa air dan separa darat. Emas berbentuk kristal tersusun rapi di sana-sini. Batu-batu berlian yang berwarna warni berada di mana-mana. Mus menarik nafas sedalamnya. Inilah kali pertama dia melihat emas yang sebegitu banyak seumur hidupnya.


"Ini semua milik kau Mus...gunakanlah dengan bijaksana... Datuk percaya kau akan gunakan demi kebaikan orang-orang duyong dan juga makhluk-makluk alam lain yang kau akan temui nanti..."
"Mus, tak tahu nak buat apa dengan segala emas-emas ni..."
"Tunggulah, satu masa nanti kau akan perlukan...kalau bukan kau keturunan kau nanti pasti perlukan..."

Mus hanya mengangguk setuju. Mereka bersama keluar dari bilik harta diraja duyong. Selangkah demi selangkah, tiba-tiba Yang Mulia Gusdur memegang bahu Mus.

"Nah! kau simpanlah kunci ni...Datuk dah tak inginkan semua ni lagi...Apa yang datuk fikirkan sekarang bekalan amalan datuk nanti. Datuk dah tak boleh hidup lama....bila-bila masa datuk akan pergi selamanya...."
"Terima kasih datuk...terima kasih atas segala yang telah Datuk berikan. Selagi hayat Mus masih ada, akan Mus jaga amanah ni sebaiknya... Mus akan jaga datuk..."

Mereka saling berpelukan. Bahu berat yang dipikul Yang Mulia Gusdur selama menjadi raja duyong terus terasa ringan sebaik saja dia menyerahkan segala apa yang dia ada pada satu-satunya pewaris diraja duyong. Dia pasrah akan segala yang bakal ditimpa.

Gua Sakti 

Suara Puteri Ratna Sari memecah kehingan malam sewaktu Mus mengimbas kenangan lampau. Masih banyak lagi misteri perjalanan hidupnya yang tidak lagi terungkai. Dia tidak akan sesekali mengalah dan berputus asa dalam berjuang. Dari jauh Mus nampak dia sedang bersiap sedia dengan kelengkapan perang. Dia kelihatan sibuk menyusun batu-batu peluru bersama askar-askar separa duyong yang masih lagi tinggal. Sudah ramai askar-askar mereka maut tatkala bertarung dengan Orion. Mereka tidak punyai pilihan lain selain berperang bersama-sama dengannya.

"Kau tak perlu susah payah, biar aku yang buat semua ni..."

Puteri Ratna tunduk malu. Dia malu akan segala kata-kata cinta yang terluah dari mulutnya yang terlalu mengikut perasaan. Dia tidak mampu berkata apa-apa lagi takut terlepas kata. Kakinya mengundur ke belakang, membiarkan Mus mengemas kini segala kelengkapan perang. Hati emosi Mus tidak boleh di ganggu lebih-lebih lagi di saat getir ini. Mus orang penting yang perlu dijaga.

"Mus, aku minta maaf sebelum ni aku terlepas kata..."
"Eh! terlepas kata rupanya...he!he!he! nasib baik...tak mengapalah aku tak ambil hati pun..."

Puteri Ratna Sari hanya mampu memandang Mus dari jauh. Mus sedar gerak geri dirinya sedang diperhatikan oleh Puteri Ratna Sari. Dia faham perasaan yang terpendam di lubuk hati seorang wanita yang inginkan belaian dan kasih sayang seorang lelaki. Kalaulah dia boleh lakukan dan berikan segalanya pada Ratna Sari, tapi dia sedar bukan ini tujuannya datang ke alam Gua Sakti. Tiba-tiba Uda datang dengan langkah yang lemah.

"Uda! kau perlu rehat..."
"Aku tak boleh rehat Mus...tak boleh tidur dengar korang semua bersiap tuk perang...biarlah apa yang terjadi aku nak ikut sekali dengan korang semua..."
"Kau ni Uda...camna kau nak berlawan kalau badan kau masih lagi lemah camni..."

Kamal dan Budin datang menuju ke arah mereka berdua. Mereka rasa bersalah kerana tidak dapat bantu Uda melawan Si Jukak ular jadian.
"Kami yang patut minta maaf pada kau Uda..."
"Dah ...apa yang kau cakapkan ni..."
"Aku betul-betul tak dengar apa-apa masa kau kat bilik...sepatutnya aku biarkan kau rehat kat sini aja sama dengan aku..." pintas Kamal.
"Dahla..segala yang terjadi pasti ada hikmahnya..sekarang kita sudah tahu, Jukak tak akan sesekali berani datang ke sini..."
"Uda...kau patut rehat."
"Baiklah boss, aku rehat kat sini aja...aku tak nak tidur atas katil..."
"Adalah tu tujuan Uda...nak tengok Puteri Ratna Sari kan..." usik Budin
"Ha! tahupun kau...ha!ha!ha!"
"Dah agak dah...si Uda ni...memang kuat mengintai..."

Mus mengundur diri melihat gelagat rakan-rakanya sedang seronok berceloteh. Biarlah mereka mengambil sisa-sisa masa yang ada sementara menunggu. Apa yang pasti tentera Sang Mata Satu akan datang secara besar-besaran malam besok. Dia sendiri dapat merasakan kedatangan mereka dengan ilham yang datang dari deria ke enamnya.

Askar Sang Mata Satu memang kuat dan gagah. Memang itulah lumrah kejadian Tuhan. Dia ingin menguji hambaNya di sebalik kekuatan, kebengisan makluk Sang Mata Satu, siapa yang mereka patut takuti. Sekirannya pengikut Sang Mata Satu yang ditakuti, Tuhan tiada ada lagi sebagai penolong dan pemberi pelindung. Peperangan inilah salah satu ujian keimanan. Walau apa yang terjadi Mus akan pastikan kemenangan akan diberikan pada makhluk alam lautan ini.

Kaki Gunung Berapi

Sang Mata Satu sedang duduk di singgahsana sambil memerhatikan askar-askarnya sedang bersiap sedia dengan kelengkapan perang. Dia pasti kali ini, seluruh makhluk alam Gua Sakti akan lenyap di telan ombak lautan.


"Ha!ha!ha! tak lama lagi kita akan tengok mayat-mayat bergelimpangan..."
"Hoi! Jukak! mari sini!"
"Ya...tuanku" sahut Jukak dengan nada yang bergetar. Dia amat takut sekirannya Sang Mata Satu tahu yang Uda masih lagi hidup dan Mus sekarang berada di alam Separa Duyong Gua Sakti.
"Cepat buat persiapan! terhegeh-hegeh! ha!ha!ha! kali ini semuanya akan mati!"
"Aku nak lepas ni, kau tunjukkan aku mayat manusia bangsat tu! Kau faham tak siapa yang aku cakap?"
"Mustafa tuanku!"
"Memang tolol! bengap! Baru tadi kau bagitahu pada aku Mustafa tak ada di Gua Sakti, kau jangan cakap bohong...kau nampak tu....api yang nak telan kau bila-bila masa kau boleh campakkan kau dalam neraka gunung berapi ni...."
"Ya, tuanku, tapi bukankah neraka Tuhan tu lagi panas tuanku?"
"Itu kau tak payah bagitahu! Kau yang akan masuk dulu! ha!ha!ha!"

Di sebalik hilai ketawa Sang Mata Satu, dia sedar pengakhir dirinya di mana. Namun, dia tetap tidak mahu mengalah. Dendamnya pada Mustafa semakin hari semakin membakar dirinya. Api dendam itulah menjadi semangat buat Sang Mata Satu untuk teruskan hasrat memusnahkan apa saja yang berkaitan dengan Mus. Biar dia rasai apa itu kesengsaraan, kepedihan dan kegurisan hati yang melampau sakit.

Bersambung


Baca dari Siri Yang Awal klik
Klik Sini Ikuti Siri 1 Hingga Yang Terkini

Misteri Nelayan Terperangkap Di Alam Duyong

Pada awal niat Mustafa hanyalah untuk mendapat kepastian dan mencuba keberanian. Akhirnya dia sendiri sedang berada dalam dilema terperangkap di alam duyong yang serba asing baginya. Cabaran demi cabaran ditempoh, misteri sejarah dirinya sendiri terungkai di dasar lautan. Siapa yang patut dikorbankan bila ancaman datang menjelma dirinya atau orang-orang asing yang tidak pernah diketahui selama ini.


Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...