12 malam Gua Sakti
Malam yang pekat Kamal dan Uda masih lagi berjaga di atas tembok istana Gua Sakti. Mereka ambil giliran untuk berehat tatkala salah seorang dari mereka keletihan. Tapi kali ini Uda nampaknya agak lemah dari biasa. Uda sedar akan keadaan dirinya yang agak lemah dan keletihan. Namun, dia tidak mahu mengalah dan teruskan juga melangkah setapak demi setapak walaupun terasa keperitan.
"Uda!, kau ni lain macam je aku tengok...Kalau kau sakit, rehat dulu..."
"Aku kalau boleh memang nak berjaga malam ni, tapi perut aku memulas sakit ..."
"Tak mengapa Uda...kau rehat dulu...biar aku dan Budin yang jaga,"
"Aku tak pasti apa yang aku makan buat perut aku memulas camni..."
"Aku tak ada rasa apa-apa lagipun apa yang kita makan semuanya sayuran mentah dan ikan salai je...camna kau boleh sakit perut?"
"Itu yang buat aku fikir panjang ni..."
"Dah! tak payah nak fikir-fikir panjang, lebih baik kau turun bawah dan pergi berehat, ni ubat untuk sakit perut, insyallah besok kau akan sembuh."
"Eh! kau simpan ubat?"
"Itulah kau bukannya ingat, aku ada bawa macam-macam ni tau...biskut, sardin, maggi pun ada...ha!ha!ha!"
"Kalau kau lapar kau makan ok"
"Syukur aku dapat kawan yang perihatin macam kau ni....ni Kamal..."
"Woi! Kamal sorang je ke?"
"Aku yang tolong pergi kedai beli barang-barang...." pintas Budin
"Hai...menang dia ni tak boleh orang lain kena puji, dia pun nak..."
"Dah! kau jalan elok-elok, kalau nampak puteri Ratna nanti kirim salam ye..."
"Ha!ha!ha!...berangan la kau, dia tu suka kat Mus la sengal!"
Jukak ular jadian hijau sedang memerhatikan gerak geri Uda. DIa pasti kali ini Uda akan masuk ke perangkapnya. Jukak kembali menjadi ular jadian tatkala Uda melintas lalu. Hanya Mus yang dapat mengesan jejakya tapi manusia biasa seperti Uda, Kamal dan Budin tidak dapat mengesan kehadirannya. Dia bersembunyi di sebalik tembok. Dia akan tunggu sehingga Uda ambil ubat dan tidur. Pada masa itu dia akan menyerang Uda hingga nyawa Uda berada di gemgamannya.
1 pagi Istana Alam Duyong
Mustafa sedang berlegar di ruang rasmi persidangan menteri-menteri orang-orang duyong. Dahulu mereka seramai lima puluh orang, tapi sekarang hanya tinggal dua puluh orang sahaja. Mereka menanti dan terus menanti akan arahan yang bakal diterima.
"Sepatutnya Orion akan datang ke mari... tapi hingga sekarang jejak Orion tidak kesampaian..."
"Ya! memang begitu rancangan mereka sama saja..."
"Agaknya mereka sudah tahu lebih awal kau berada di sini!" seorang menteri utama duyong membalas.
"Mungkin, tapi siapa yang bagitahu pada mereka?"
Suasana menjadi diam sepi. Tidak mungkin ada di kalangan orang duyong seorang pembelot pada makhluk perosak Sang Mata Satu.
"Sang Mata Satu ada pengintip! Kita harus sentiasa berwaspada...."
Mus menutup matanya dan menarik nafas, dia benar-benar ingin tahu siapakah dia pengintip Sang Mata Satu. Tiba-tiba ilham dari Tuhan datang di dalam kotak imaginasinya. Seekor manusia ular berwarna hijau terpancar dalam kotak fikiran.
"Ular hijau..."
"Siapa lagi kalau bukan Jukak!"
"Ular jadian yang sama menyerang kita dahulu....tapi dia penakut!"
"Tapi sekali patukan boleh rebah satu badan!"
Wajah rakan baiknya Kamal, Uda dan Budin menjelma dalam kotak fikiran Mus. Sudah pasti Jukak akan menyerang salah seorang dari mereka.
"Aku harus pergi sekarang! Kamu jangan bimbang, Orion tak akan serang di sini. Dia sudah tahu aku ada di sini! Sekarang, jangan pecah mulut di mana aku berada... aku akan datang kembali!"
Mus terus masuk ke dalam kolam gua dan menuju ke arah pintu gerbang alam duyong. Sepantas gelombang tsunami, ikan lumba-lumba datang dan berikan dia tunganggan. Mus naik ke belakang ikan dan mengarahkan ke alam Gua Sakti Separa Duyong.
3 pagi Gua Sakti
Uda rasa tidak sedap badan semasa tidur di atas katil. Walaupun semuanya keperluannya lengkap di bilik itu, dia tidak dapat tidur lena. Deria ke enamnya seperti ingin menyampaikan sesuatu. Dia tidak pasti dan cuba lelapkan mata. Dia perlukan tenaga dan pulih sedia kala. Jukak meyusup ke arah bawah katil Uda menanti masanya untuk mematuk.
"Zup! Jukak cuba mematuk Uda, tapi dapat ditepis. Uda cuba dapatkan pedangnya tapi agak jauh dari dirinya.
Jukak terus menjelmakan dirinya dari seekor ular hijau kepada manusia jelmaan ular. Separuh badanya ular manakala separuh badannya seperti seorang perempuan yang hodoh. Rambutnya kerinting mengerbang. Gigi taringnya terkeluar dari bibir yang hitam. Matanya merah, wajahnya terlalu bengis dan menyeramkan. Uda tidak berganjak dari tempatnya. Dia bangun dan cuba berlawan dengan Jukak walaupun badanya lemah.
"Dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, berikan aku kekuatan untuk menyerang makhlukMu Ya Tuhan!"
"Ha!ha!ha!...kau lemah! aku dah racuni kau! kau tak akan hidup lama!"
Uda cuba bangun untuk menyerang, tapi dia sendiri terpelanting dengan libasan tangan Jukak. Setelah beberapa kali dia menyerang, dia masih rebah. Dia tidak mahu menyerah kalah. Dia cuba bangun beberapa kali, mencuba dengan segala kudrat kekuatan yang ada.
"Ha!ha!ha! ucapkan wasiat kali terakhir kau!"
Mus menyelma di sebalik bilik. Dia tak sempat bagitahu pada sesiapa, matlamatnya hanya satu menyelamatkan Uda. Deria rasa ke enamnya sangat kuat akan di mana arah tuju. Bauan Jukak semakin hampir. "Pang! pintu bilik Uda terbuka.
"Nah! Ambil kau!"
Pedang sakti duyong hampir-hampir memotong tubuh Jukak, tapi berjaya dielak. Rasa takut yang kuat menyebabkan Jukak terus menukarkan badanya pada bentuk asal seekor ular hijau dan terus menyusup keluar dari bilik.
"Arggg!"
Mus cuba menyerang, tetapi suara Uda yang mengerang kesakitan menyebabkan dia kembali mendapatkan Uda, lantas di letakkan kembali tubuh Uda yang longlai di atas katil. Seluruh badan Uda sudah lemah dan kaku. Dia menggigil menahan kesakitan yang amat dasyat. Jukak sudah selamat menghilangkan diri di sebalik pohon-pohon hijau di dasar lautan.
"Uda! kau harus bersabar, banyakkan ingat Tuhan Yang Maha Esa!, tiada siapa yang boleh selamatkan kau selain diriNYA"
"Ya! Mus...aku minta maaf atas segala kesalahan aku..."
"Kau tak ada salah apa-apa."
Mus membaca sesuatu pada gelas yang berisi air kosong. Lantas dia memapah Uda untuk meminum air jampi itu. Walaupun payah, Uda memaksa dirinya untuk menelan dan menghabiskan seluruh air yang diberikan. Matanya semakin kabur, tapi terasa terubat dengan air yang Mus berikan.
"Terima kasih Mus...kalau aku tak dapat hidup lama....arghhh!"
Uda mengerang kesakitan akibat racun yang memasuki tubuhnya dan kesan-kesan lebam akibat libasan tangan dan ekor Jukak.
"Kau jangan risau Uda, Aku tahu apa yang patut aku lakukan kalau kau tak dapat hidup lama...kau kawan aku dunia dan akhirat, aku akan tolong kau sedaya upaya yang aku ada...sekarang kau rehat...jangan banyak cakap, biarkan aku ubati kau!"
Mus menanggalkan pakaian Uda yang koyak rabak. Lalu diambil tuala dan dilapkan perlahan-lahan.
"Aduh!" Uda mengerang kesakitan yang amat. Tidak dapat digambarkan betapa sakitnya Uda. Mus amat merasainya di seluruh nadi yang berdenyut. Lantas dia mengambil tanduk dam menyedut darah dengan teknik bekam di belakang dan bahu Uda. Racun yang itu masih lagi berada di dalam aliran darah Uda. Sedikit demi sedikit racun itu terkeluar melalui tanduk bersama darah kotor hitam pekat.
Gunung Berapi Sang Mata Satu
"Tuanku!, hamba pasti Uda sudah mati!"
"Kau pasti dia mati? Huh!"
"Ya! tuanku, dia telah aku racun!"
"Huh! kalau benar dia mati, kau akan dapat habuan....tapi kalau dia masih lagi hidup...nahas kau aku kerjakan!"
Jukak berdiri sambil menggigil ketakutan. Dia tidak mahu dilemparkan ke dalam api Gunung Berapi. Dia masih lagi mahu hidup selamanya di alam dasar lautan.
"Sekarang kau cari pula kelemahan Kamal dan Budin, aku mahu kau buat cara yang sama...aku nak besok mereka sudah mati!"
"Maaf tuanku, berikan hamba sedikit masa lagi, hamba perlu berehat tuanku..."
"Bodoh! kau nak berehat? Ada aku bagi izin pada kau?"
"Tiada tuanku!"
"Tahu pun, sekarang bangun kau keluar sekarang dan pergi ke Gua Sakti!"
"Cepat pergi! tiba-tiba suara Orion menyampuk.
"Woi! kau ular naga bahalol! sempat kau menyampuk! kau tu harapkan badan aja besar, tapi penakut nak mampus! Kau pergi sekarang, aku nak kau sedia tuk Serang Gua Sakti tak lama lagi!"
"Bbbbbaik tuanku!"
Degupan jantung Orion semakin pantas. Tapi dia amat yakin Mus akan berada di alam duyong menanti serangan dari sana. Dia amat takut berlawan dengan Mus. Kalau Mus tiada, dia akan menjadi berani. Dia teragak-agak untuk melangkah pergi. Dia pasti salah seekor dari keturunan Orion akan mati di tangan Mus.
"Apa yang kau tunggu lagi bodoh! Pengecut! Cepat!"
Perkarangan Pintu Gerbang Gua Sakti
Gelama, Harwan dan Patin kesatria terkuat duyong datang ke alam Gua Sakti. Mereka sedar, walaupun orang duyong sudah tidak ada ketahanan lagi, mereka mesti bersatu dengan orang Gua untuk menentang Orion dan sekutunya habis-habisan.
"Mus, tak tahu kita datang ni, boleh ke ni Gelama?"
"Memang tujuan kita nak bertarung kan...aku pasti Mus akan terima kita sebagai pejuang..."
Pintu gerbang utama dasar lautan terbuka, mereka menyelusuri masuk ke alam gua. Kedatangan mereka di sambut oleh kesatria manusia Kamal dan Budin. Kedatangan Mus memudahkan perkenalan antara mereka.
"Gelama, Harwan, Patin....mengapa kau datang ke sini?"
"Kami datang untuk berjuang bersama kau Mus..."
"Terima kasih...kenalkan ini kesatria alam manusia kawan sepejuangan aku Kamal dan Budin."
Mereka tunduk dan bersalaman. Ikatan persaudaraan terjalin tatkala mereka tatkala tangan mereka menyentuh dan berpelukan persaudaraan. Walaupun mereka berlainan specis dan datang dari alam yang berbeza. Mereka harus berganding bahu dengan kerjasama pasukan yang amat kuat.
"Nampaknya kita semua dah bersedia untuk hapuskan Orion lenyap dari alam dasar lautan!"
Kesemua mereka bersetuju dan bersemangat tatkala Mus ada bersama. Air mata Mus hampir menitis, mengenangkan ramai rakan-rakannya sanggup berjuang bersama-sama. Mungkin ada salah seorang dari mereka yang terkorban. Inilah saat-saat mereka untuk menghabiskan masa bersama sebelum askar Sang Mata Satu datang dengan gerombolan askar ular naga mereka.

Bersambung
Sinopsis
Baca dari awal klik
Pada awal niat Mustafa hanyalah untuk mendapat kepastian dan mencuba keberanian. Akhirnya dia sendiri sedang berada dalam dilema terperangkap di alam duyong yang serba asing baginya. Cabaran demi cabaran ditempoh, misteri sejarah dirinya sendiri terungkai di dasar lautan. Siapa yang patut dikorbankan bila ancaman datang menjelma dirinya atau orang-orang asing yang tidak pernah diketahui selama ini.
Penaja
Wedding Planner Complete Package! Gerenti Murah! Berbaloi
Sinar Jahitan

No comments:
Post a Comment