Siri 15 Misteri Nelayan Terperangkap Alam Duyong

10 pagi Kaki Gua Sakti Alam Separa Duyong

"Mus! kami setuju ikut kau ke alam duyong!"
"Aku faham kau nak ikut aku, tapi kau semua tak boleh sampai ke dasar lautan ..."
"Kita umpan mereka sampai ke sini"
"Bagus idea kau Kamal!"
"Biar aku jadi umpan mereka!"
"Korang bersiap sedia dengan pertahanan kita"
"Baik..."
"Kau perlu ingat kita akan bertarung dengan ular naga, kelemahan ular ini terletak pada lidah dan ekornya"

Mus teruskan menyelam ke dasar lautan. Dia sedar peperangan kali ini kekuatan yang ada pada rakannya Kamal, Budin dan Uda. Walaupun mereka tidak pernah bertarung dengan ular naga Orion, tapi Mus tidak ada sesiapa yang datang membantunya selain rakannya. Dia tidak ada pilihan lain. 
"Ya! rakan aku pasti boleh mengalahkan naga ular! Aku mesti yakin dengan mereka"

Yang Mulia Halem turun mengadap Mus dan rakannya. Dia sedar tampa pertolongan mereka, segala populasi orang gua separa duyong akan lenyap di telan ombak. 
"Yang Mulia Halem..."
Mus dan rakannya tunduk memberikan tanda hormat pada Raja Separa Duyong. 
"Aku yang sepatutnya hormat pada kau Mus, terima kasih sekali lagi kerana tolong kami..."
"Tidak mengapa, Mus ikhlas membantu..."
"Bagitau apa saja yang kau perlukan, beta akan sediakan selagi ada kemampuan...."

12 tengah malam perkarangan gunung berapi 

"Mustafa! Kau masih lagi terlepas kali ini..."
Kepala Sang Mata Satu masih lagi ligat memikirkan strategi penipuan. Puteri Ratna Sari sudah dijadikan umpan, tapi tidak berjaya. Fikirannya buntu."
Jukak seekor ular laut jelmaan datang mengadap. Dia datang dalam bentuk ular dan terus berubah menjadi makhluk manusia separa ular apabila mengadap Raja Kejahatan Sang Mata Satu.
"Ha! apa lagi maklumat yang kau ada? Kalau kau lambat lagi kali ni...aku humban kau dalam neraka!"


Sang Mata Satu menunjukkan api gunung berapi kepada Jukak. Dia memang sengaja pilih tempat ini, agar dapat biasakan diri apabila di alam neraka nanti. Selagi Mus masih lagi bebas bernafas di alam lautan, dia masih lagi tidak akan puas hati.

"Maaf tuanku! askar kita Sang Buaya kalah dalam pertarungan!"
"Bodoh! Bahalol, siapa yang arahkan serang Mustafa?"
"Patik, tuanku!"
"Kau memang bodoh Orion! Mengapa kau saja tak pergi sana? Kau takut mati?"
"Bukan begitu tuanku, kami tak terima apa-apa arahan pun dari tuanku,"

Orion berbohong, dia sedar Sang Mata Satu memang sukar bezakan benar dan bohong. Orion walaupun punyai bilangan lebih dari satu ratus ekor tapi jiwa mereka sentiasa berada dalam ketakutan. Mereka amat takut bertarung sekirannya ada Mustafa. 

"Huh! sekarang kita sudah kurang askar..."
"Buat apa kita simpan askar Sang Buaya yang lemah tu?"
"Ya! Sang Buaya memang bodoh! tapi mereka tak pengecut macam kau! Orion, harapkan badan saja besar, tapi pengecut! orang awam yang lemah tu kau berani la!"

Orion senyap membisu, benar kata-kata Sang Mata Satu. Dia tidak berani mencelah lagi. Apa yang dia perlukan adalah bersiap sedia dengan kekalahan demi kekalahan sekirannya Mustafa masih lagi ada di alam dasar lautan. Dia tahu kemampuannya setakat mana.

"Satu lagi Sang Mata Satu, aku dapat maklumat Mus berjaya panggil tiga rakannya untuk bantu dia"
"Cis! sekali lagi! Itu aku dah tahu! Tak boleh diharap!"
"Baik tuanku, hamba memang bodoh"
"Tapi...mmmmm cuba kau siasat siapa di antara mereka yang paling lemah? Kita jadikan dia umpan! kali ni kita tak boleh kalah! Pergi cepat!"
"Baik Tuanku!"

Jukak terus menukarkan badannya menjadi ular air berwarna hijau belang, bermata merah. Dia taat pada perintah. Sup! dia menyelinap dan terus hilang dari pemerhatian. Walaupun dia ular yang kecil, tapi kelebihannya punyai kemampuan menyamar dan menyelinap di mana-mana tempat yang kecil untuk berlindung. Mata dan telinga tajam mendengar dan melihat di dasar lautan. 

3pm Alam Duyong Lautan Pasifik


Mustafa terus menyelam, dia semakin lagi semakin berani mengharungi cabaran yang lebih besar. Alam duyong dan Gua Sakti Separa Duyong tidak jauh seperti penempatan manusia. Dia tidak perlu menggunakan bot laju. Jukak ular hijau  berwarna merah sedang sentiasa memerhatikan gerak geri Mus satu persatu. Dia sukar untuk dikesan kerana saiz yang kecil dan boleh bergerak pantas menyembunyikan diri di sebalik batu-batu karang dan tumbuhan lautan. 

Sang Suri sedang memerhatikan Mustafa yang sedang bergerak menuju ke arah istana. Wajahnya terpancar senyuman. Rasa rindu, cemburu dan cinta membuatkan degupan jantungnya berdegup lebih pantas dari biasa. Pada awal pertemuan dengan Mus dia tidak sebegini, setelah sekian lama panahan cinta tertikam, dadanya menjadi sesak, mulutnya menjadi kaku tatkala mereka bertemu. 

"Mus! Kau datang juga akhirnya..."
Yang Mulia Gusdur Raja Duyong menyambut Mus sekaligus memeluk satu-satunya cucu lelaki yang dia masih ada. 
"Datuk! maafkan Mus kerana terpaksa pergi tiba-tiba...."
"Tidak mengapa, datuk faham, tugas kau berat..."
"Datuk...kita perlu lancarkan serangan pada Orion"
"Ya! benar, Datuk memang nak hapuskan makluk tu..."
"Datuk tahu bagaimana nak panggil dia datang ke mari?"
"Tapi mengapa perlu dia datang ke sini? Kau perlu tahu Mus, askar-askar kita sudah banyak yang mati, sepeninggalan kita di Gua Sakti."

Sang Suri terus datang tatkala melihat perbualan antara Yang Mulia Gusdur dan Mustafa. Dia tidak mahu tunggu masa yang sesuai, baginya sudah tiada masa untuk menunggu kembali.

"Ya, Mus...kami banyakkan harapkan kau agar datang kembali."
"Suri, aku faham, tapi aku juga manusia biasa yang punyai batasan, aku tak boleh bertarung dua tempat pada satu masa..."
"Datuk faham,"
"Tapi kali ini, Datuk jangan bimbang, kita tak sudah ada kesatria alam manusia yang sedia membantu."
"Siapa mereka?"
"Rakan sepejuangan Mus, mereka tidak dapat ke alam duyong, tapi mereka sedang berada di kaki Gua Sakti untuk berikan pertahanan."
"Kemudian apa yang kita perlu lakukan?"
"Datuk...Mus nak tahu bagaimana hendak panggil Orion tu datang ke sini? Dia seekor binatang, pasti ada sesuatu yang boleh kasi dia umpan."
"Kau tahu Mustafa, sejak kau ada Orion sudah banyak mengalah. Datuk akan tolong kau"

Yang Mulia Gusdur mengundurkan diri berikan masa pada Sang Suri untuk berbicara. Dia sedar, sejak Mus tiada Sang Suri sudah menjadi tidak menentu, sebak rasa rindu pada Mus.

"Kau sihat semasa di alam manusia?"
"Ya, terima kasih ..."

Mus ingin menutup perbualan antara Sang Suri dengannaya. Sejak kedatangannya dia sudah banyak berikan kesusahan dan keresahan pada Sang Suri dan Puteri Ratna Sari. Masing-masing terlalu mengharap. 

"Kau dah fikirkan pada yang Datuk bagi tahu pada kau?"
"Mmmmm kau ni...Sang Suri, mengapa tanya soalan tu pada aku?"
"Mengapa pula tak boleh kah?"
"Boleh...tapi tak ada jawapan...hehehe"
"Kau rasa bila kau boleh bagi jawapan?"
"Janganlah begitu Sang Suri, aku tahu ... kau memanglah seorang yang cantik dan menawan...kau tahukan...kita sedang berperang..."
"Aku faham...tapi aku perlukan jawapan! Mengapa? susah sangatkah kau nak terima aku? Demi orang-orang kita Mus..."

Sekali lagi Mus tunduk dan diam membisu, tidak tahu apa yang patut keluar dari mulutnya. Sekali lagi fikiran dan emosinya kembali terganggu. 
Fokus!
Mus terus menarik nafas sedalamnya dan melangkah jauh dari Sang Suri.

10 malam Kaki Gua Sakti Alam Separa Duyong

Kamal, Budin dan Uda senang berjaga di tembok istana orang separa duyong. Masing-masing masih lagi menunggu kehadiran Mus dan Orion ular naga yang besar dan berbisa. Sesekali rasa takut datang menyelma, namun atas setia kawan dan niat kerana Tuhan, diketepikan. 
Menanti dan terus menanti.

"Kamal, kau jaga dulu aku tidur kejap!"
Budin perhatikan Uda sejak dari semalam. Uda seperti kurang sihat sejak memasuki alam separa duyong.
"Kau tak apa-apa ke?"
"Aku O.K. kau jangan risau!"

Jukak sempat mendengar perbualan yang singkat lantas dia sudah amat berpuasti dan teruskan perjalanan membawa mesej ini pada Sang Mata Satu. Dia benar-benar mengharapkan dirinya dapat pujian dari tuannya.

2 pagi Istana Alam Duyong

Sang Suri masih lagi termenung sendirian mengenangkan nasibnya. Dia sedar dia sudah terlepas kata. Dia tidak sepatutnya bercakap tentang perkahwinan sedangkan orang-orangnya berada dalam ancaman. Sesekali hatinya terdetik.

"Adakah aku ni pentingkan diri sendiri?"

Yang Mulia Gusdur datang tatkala melihat satu-satunya waris darah diraja alam duyong berbicara seorang diri. Harapan untuk menyatukan Sang Suri dan Mustafa sudah menjadi kabur tatkala melihat gelagat Sang Suri yang masih lagi kebudakan. Dia tidak mahu Mus menjauhkan diri dari alam duyong bilamana dia akan terperangkap dengan pernikahan diraja alam duyong. Sedangkan Mustafa sentiasa akan bersama dengannya walauapa juga yang berlaku. Dia sanggup kembali ke alam duyong, mengorbankan diri.

"Apa lagi yang aku inginkan dari cucuku, Mustafa...sudahlah dia sudah banyak berkorban..."

"Datuk..."
"Suri, mari sini datuk ingin nak cakap sedikit,"
"Suri, datuk tahu, kau amat cintakan Mus, tapi...dia tak boleh didesak macam tu... Kau masih lagi ingat pesanan datuk, gunakan kebijaksanaan dan kelembutan kau...."
"Maafkan Suri datuk, datuk tak tahu betapa berat hati Suri...ni..."
"Datuk faham, tapi kau perlu tahu lelaki tak suka didesak, datuk nak kau berikan dia ruang dan masa, sekirannya ada jodoh kau dengan dia, jangan bimbang....Tuhan akan satukan kau berdua dengan kuasaNya..."

Yang Mulia Gusdur mengurut rambut cucunya. Mereka berpelukan kasih sayang seorang datuk terhadap cucunya tidak akan tercalar walau apa juga kesilapan yang terselit antara mereka berdua.

Bersambung

Sinopsis
Baca dari awal klik
Klik Sini Ikuti Siri 1 Hingga Yang Terkini

Misteri Nelayan Terperangkap Di Alam Duyong

Pada awal niat Mustafa hanyalah untuk mendapat kepastian dan mencuba keberanian. Akhirnya dia sendiri sedang berada dalam dilema terperangkap di alam duyong yang serba asing baginya. Cabaran demi cabaran ditempoh, misteri sejarah dirinya sendiri terungkai di dasar lautan. Siapa yang patut dikorbankan bila ancaman datang menjelma dirinya atau orang-orang asing yang tidak pernah diketahui selama ini.

Penaja

Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...