Siri 20 Misteri Nelayan Terperangkap Alam Duyong

Gua Taat Alam Manusia

Bot Laju berlabuh di tepian pantai. Mustafa dan rakan-rakannya selamat pulang. Misi mereka sudah berjaya menyelamatkan orang-orang duyong dan orang Gua Sakti dua alam. Pak Tua datang menyambut mereka. Raut wajahnya tenang sambil melakarkan senyuman.

"Syukur pada Tuhan, kau semua selamat pulang..."
"Pak Tua! terima kasih..."

Mereka saling berpelukan. Selama dua tahun Mustafa bertarung nyawa dengan berbagai dugaan yang mencabar. Kali ini dia sudah semakin berani dan matang mengharungi segala ranjau berduri di mana saja dia berada. 

"Mus, Pak Tua bangga dengan kau, Kau telah diuji dengan fizikal, mental dan emosi, tapi kau berjaya mengatasinya dengan bijaksana."
"Eh! Mus sajakah Pak Tua?" pintas Kamal dengan berseloroh. Pak Tua terus memeluk Kamal, Uda dan Budin. 
"Kau semua juga, telah banyak berkorban. Inilah erti persahabatan yang sejati. Sanggup bersusah dan bersama walauapapun rintangan. Kamu semua hadapi bersama. Kita sebagai makluk Tuhan telah diciptakan saling lengkap melengkapi tak ada yang boleh hadapi ujian ini berseorangan..."

Gunung Berapi Bermuda

Lautan dalam berpusar dengan tekanan yang amat kuat. Sang Mata Satu masih lagi memerhatikan pusaran air laut lantas terjun masuk ke dalam. Hatinya begitu geram. Dendamnya pada Mustafa memuncak, dia terus masuk ke dalam pusaran dan menahan segala rintangan kesakitan tolakan air yang amat kuat. Zup! terus dia naik ke atas semula di kaki bukit gunung berapi. Sang Mata Satu punyai kekuatan yang luar biasa. Tiada manusia yang dapat mengalahkan diriya dengan mudah, kecuali dengan izin Tuhan Yang Esa. Dialah Raja segala kejahatan yang boleh hidup dalam mana-mana alam yang dia inginkan. Bakal perosak dan pemusnah ketamadunan. Otaknya ligat merancang merekrut pengikut dan askar-askar yang baru.

"Hum! Hum! Hum! Yal nal ka Yulam!"

Seekor naga merah bersayap datang dengan patuh. Sang Mata Satu naik ke atas tunggangan. 

"Aku namakankan kau Yulam! Aku tuan kau! Cepat tunjukkan jalan aku ke tempat keluarga kau!"

Yulam patuh akan segala arahan Sang Mata Satu. Dia terus terbang laju membawa Sang Mata Satu ke arah langit biru. Sayapnya terus mengipas laju beribu batu menuju ke sarang tempat dia dan specisnya berada. Sebuah gunung yang amat tinggi diselimuti awam biru tersergam di depan mata. Kelihatan beberapa naga sedang terbang bebas di sekitar gunung.

"Woi! naga! dengar sini, aku sekarang jadi ketua kau di sini. Kau dengar arahan aku atau aku hantar puting beliung hapuskan segala apa yang kau miliki di sini."

Naga-naga sedang mengurumi Sang Mata Satu. Mereka tidak mahu Sang Mata Satu mengetuai mereka. Salah seorang dari ketua puak naga tiba-tiba datang terbang dengan pantas sedang cuba membunuh Sang Mata Satu namun dapat dielak dan dipancung kepalanya.

"Nah! rasakan! Ada sesiapa yang berani lawan dengan aku?"
Naga-naga itu tunduk patuh. Mereka terpaksa bertuankan Sang Mata Satu.

"Auuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuum"
Bunyi jeritan naga Yulam. Mereka tidak pasti apa yang akan berlaku pada mereka apabila bertuankan Sang Mata Satu. Sudah beratus tahun mereka berada di alam yang tidak diami  dan tidak bertuan. Tidak ada  walau seorang makhluk Tuhan yang berani menentang dan mengawal naga-naga liar Yunam dengan mudah.

Gua Taat Alam Manusia

Pak Tua duduk bersila sambil menjamah hidangan yang tersedia. Riak wajahnya tenang tapi gembira dengan pencapaian anak didiknya dapat pergi lebih jauh dan lebih hebat dari dirinya.

"Dengar sini, Pak Tua dah tak dapat hidup lama, bila-bila masa akan datang jemputan malaikat maut."
"Jangan cakap begitu, Pak Tua masih lagi sihat"
"Iyalah Pak Tua, kalau nak nikah satu lagi pun boleh ni," celah Kamal dengan nada berseloroh. Pak Tua hanya berdiam tidak memberikan sebarang tindakbalas.
"Kau ni, Kamal kalau nak bergurau pun agak-agaklah..." Mus membalas sambil menolak bahu Mus dengan bahunya.
"Maafkan saya Pak Tua..."
"Tak mengapa, bukan itu yang risaukan Pak Tua."

Pak Tua masih berdiam diri. Ada sesuatu berita yang ingin disampaikan. Namun, dia tidak mahu anak didiknya terasa beban. Mereka baru saja mengharungi rintangan dan dugaan yang amat dasyat semasa mereka di alam duyong. Sang Mata Satu tidak akan sesekali mengalah. Selagi makhluk-makluk Tuhan Yang Maha Kuasa tidak mahu mengikut telunjuk dan menyembahnya selagi itu dia akan membuat kerosakan dan kemusnahan di mana-mana saja dia berada.

"Jangan begitu Pak Tua, kalau ada yang boleh saya bantu...saya akan lakukan sekali lagi walaupun kembali ke alam duyong,"
"Eh! Mus kau memang kena balik kat alam duyong, girlfriend kau kat sana kan...ha!ha!ha!" Celah Budin dengan nada berseloroh.
"Kau ni Budin agak-agaklah...mamat tu baru je putus cinta!" Balas Kamal.
"Oh! ya ka...ada chance ni...ha!ha!ha!"
"Budin, kau suka yang mana? Puteri duyong berambut panjang ke kaki tu ke puteri macam tangan katak tu?"
"Tak berani la...ha!ha!ha! Aku pass kat Uda! Dia tak mana ada aweks lagi..."
"Aku juga yang jadi mangsa, dah la aku kena serang. Kamu semua tak sedar pulak tu..."
"Pak Tua...kesian betul Uda, dah la keracunan lepas tu kena serang pula dengan ular hantu tu...kami betul-betul tak sedar ular tu boleh masuk ke kawasan istana. Bila jadi ular dia boleh jadi kecil, bila dia menyerang boleh pula tukar bentuk manusia yang berekor ular..."
"Aduh...Sampai sekarang ni, aku masih lagi terasa bisa-bisa kat badan ni"
"Uda, tunjukkan pada Pak Tua, ular tu ada gigit aku patuk kau kah?"
"Ada Pak Tua..."
"Mengapa kau tak bagitahu aku Uda..." Pintas Mustafa dengan nada kerisauan. Lantas dia mendekati Uda, mencari tempat gigitan Jukak si ular jadian.
"Aku tak nak susah kan korang semua..."

Uda melabuhkan punggung dan baring dengan perlahan-lahan. Gerakannya lambat, dia terasa sakit setiapkali ada pergerakan pada sisi pinggangnya. Pak Tua membuka lapisan bajunya. Kelihatan satu benjolan umpama kanser seadang merebak ke seluruh badan Uda.

"Ya Tuhan! Mengapa Uda kau senyap aja..."
"Bagaimana ni Pak Tua, ubat hospital bolehkah rawat gigitan ular ni?"
"Kamal, boleh kau pergi beli ubat tahan sakit di parmasi," Uda bercakap dengan nada tersekat-sekat. Dia sendiri tidak menyangka kesan gigitan itu begitu berbisa.
"Baiklah aku akan pergi secepat mungkin!"

Kamal berlari keluar dari Gua dan terus menuju ke pekan yang berdekatan. Jantungnya berdegup kencang, dia sayangkan Uda. Mereka sudah berkawan sejak dari enam tahun hingga ke sekarang. Segala susah senang dihadapi bersama. Kamal dan merasai kesakitan yang amat kuat terpaksa ditahan oleh Uda di sepanjang perjalan dari alam duyong ke Gua Taat.

"Kamal! Nanti dulu!" Jerit Mustafa
"Ubat pada bisa ini tak ada di sini,"
"Jadi di mana Pak Tua?"
"Di alam Gua Sakti separa duyong, kau minta penawar untuk bisa ni dari perubatan di sana"
"Baiklah, aku akan pergi sana sorang," Pintas Mustafa
"Kalau macam itu, aku juga nak ikut Mus!" Kamal bangun berdiri menawarkan diri untuk kembali ke alam Gua Sakti.

"Baiklah kamu berdua pergilah secepat mungkin, Budin tak akan dapat bertahan lama dengan gigitan bisa ni..."

Kamal dan Budin terus melangkah pergi secepat mungkin. Bot laju mereka masih lagi boleh digunakan. Segala wang dari jongkong-jongkong emas telah habis digunakan.

"Kamal jangan risaukan pasal wang, aku ada sebanyak mana yang kau mahu aku dapat berikan,"
"Mus, bot ni kena repair dulu...sebelum berlayar kembali,"
"Kita dah tak ada masa..."
"Jadi macam mana Mus?"
"Apa lagi, kita pergi ke pengkalan, contact James kita nak sewa bot laju, kalau tak ada kita sanggup bayar berapa saja, asalkan ada bot laju."
"Baiklah Mus! Aku gerak sekarang"

Bot laju bergerak pantas sekali lagi mereka terpaksa kembali ke alam Gua Sakti. Kali ini misi menyelamatkan Budin mendapatkan penawar racun bisa gigitan Jukak.

"Bagus Kamal, bot ini lebih canggih dan lebih laju, mengapa kau tak beli bot ni dulu?"
"Aku mana tahu Budin... James tu pun dah ketok aku cukup-cukup, dia ingat aku ni tak ada duit."
"Dia tak tahu, kita boleh beli bisnes kapal dia kalau kita nak," pintas Budin.
"Kesian aku pada Uda, mengapalah dia senyap aja tak berbunyi sakit langsung..."
"Dia sebenarnya tak suka susahkan orang lain,"
"Tapi sekarang ni, kita dah kena kembali ke alam Gua Sakti"
"Budin! bukankah kau akan jumpa kembali dengan Puteri Ratna Sari yang cantik dan menawan tu?"
"Itu aku tahulah, sambil menyelam minum air...ha!ha!ha!"

Mustafa masih lagi mengemudi bot laju hingga ke pengkalan perlabuhan orang-orang Gua Sakit. Perjalannya mereka tidak lagi diganggu oleh makhluk hodoh Sang Buaya. Mereka tidak berani melawan dan meyerang Mustafa.

Mereka tiba di sebuah gua pulau yang terletak di tengah-tengah lautan yang terpencil. Tampa mereka sedari, Mustafa terjun masuk ke dalam lautan. Dia menyelam jauh ke dasar lautan menuju ke suatu petunjuk arah masuk ke alam Gua Sakti. Bila dia ternampak susunan batu-batu hitam, dia terus menolak dinding gua. Pintu masuk ke alam Gua Sakti terbuka.

"Kita dah sampai!"
Cu kesatria yang mengawal pintu utama ke Istana Raja Harlem lihat bot Mustafa dan Kamal masuk berlabuh. Lantas diterus mengarahkan pengawal agar membuka pagar gerbang istana dengan pantas. Bot laju terus menyelusuri aliran sungai yang masuk ke dalam Gua Sakti. Mustafa, Kamal dan Budin terus melompat keluar dari bot dan berlari masuk ke istana. Cu masih lagi tertanya-tanya atas apa yang telah berlaku.

"Sepatutnya dia datang jumpa aku dulu," Cu bercakap dengan askar-askar Gua Sakti.
"Tak mengapalah tuan, mesti ada sesuatu yang cemas."
"Risau pulak aku..."

Bersambung



koleksi fesyen-fesyen muslimah

Novel Bersiri Misteri Nelayan Terperangkap Alam Duyong



http://infojelita.blogspot.com/2013/12/misteri-nelayan-terperangkap-alam-duyong.html
Pada awal niat Mustafa hanyalah untuk mendapat kepastian dan mencuba keberanian. Akhirnya dia sendiri sedang berada dalam dilema terperangkap di alam duyong yang serba asing baginya. Cabaran demi cabaran ditempoh, misteri sejarah dirinya sendiri terungkai di dasar lautan. Siapa yang patut dikorbankan bila ancaman datang menjelma dirinya atau orang-orang asing yang tidak pernah diketahui selama ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...