Thursday, December 19, 2013

Pulau Perlupusan Sampah Singapura


Hari ini mari lihat bagaimana Singapura menguruskan sisa pejal mereka. Pulau Semakau ialah pulau sampah yang kini ditambak menggunakan sisa sampah dari pulau ini sendiri. Pulau Semakau pada asalnya ialah sebuah perkampungan nelayan dan menjadi syurga pemancing. Ia dibuka pada tahun 1999 sebagai satu-satunya tempat pelupusan sampah pejal negara ini. Debu dari sampah yang dibakar dari empat pusat pembakaran sampah Singapura dibawa ke Pulau Semakau pada waktu malam untuk dijadikan bahan tambakan. Jika dilihat dari udara ada terdapat kolam-kolam air yang menanti untuk diisikan oleh debu-debu sampah ini. Tak perlu import tanah dari Johor untuk menambak!  Walaupun ianya hanya seluas 3.5 kilometer persegi, Pulau Semakau dijangka dapat menampung sampah Singapura sekurang-kurangnya sehingga 2045. Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura percaya dengan pengurusan sampah dan kempen kesedaran kitar semula pulau ini boleh digunakan dengan lebih lama lagi. - penpatah
Aku salute dengan orang singapura, kalau bab kebersihan ni memang terbaik, kita sebagai negara islam, patut lebih bersih ...ini alamak lagi kotor...apa nak jadi...tak tahu la


Penaja
Dapatkan baju, blouse, kurung moden dan jubah dress terkini

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas