Rusuhan Kaum Di Singapura


SINGAPURA - Pemerintah Singapura semalam merancang untuk mengusir 53 orang dan mengeluarkan amaran kepada kira-kira 200 orang lagi kerana terlibat dalam rusuhan paling buruk di negara ini dalam tempoh lebih 40 tahun pada 8 Disember lalu. Menurut polis, semua 53 orang itu merupakan warga India namun seorang rakyat Bangladesh berada di dalam penjara dan dia tidak akan dibenarkan datang ke Singapura pada masa depan. Dakwaan ke atas tujuh orang yang terlibat dalam rusuhan di Little India itu akan digugurkan sekali gus menjadikan hanya 28 orang sahaja yang akan didakwa melakukan rusuhan. Kesemua 28 orang yang didakwa itu merupakan warga India. Mereka akan dihukum tujuh tahun penjara jika disabit kesalahan. Seramai 200 orang lagi itu akan hanya diberikan amaran oleh polis dan dibenarkan tinggal di Singapura. Rusuhan itu berlaku selepas kira-kira 400 orang bertindak membakar beberapa buah kenderaan polis selepas seorang pekerja India mati akibat dilanggar sebuah bas. - Reuters
Inilah kali pertama aku tengok rusuhan kaum antara cina dan india di singapura....orang melayu dah tinggal sikit ramai yang dah jadi warganegara Malaysia. Semoga pemimpin Singapura ambil tindakan yang sebaiknya tuk tangani masalah ni..

Penaja
http://infojelita.blogspot.com/2013/12/misteri-nelayan-terperangkap-alam-duyong.html
Pada awal niat Mustafa hanyalah untuk mendapat kepastian dan mencuba keberanian. Akhirnya dia sendiri sedang berada dalam dilema terperangkap di alam duyong yang serba asing baginya. Cabaran demi cabaran ditempoh, misteri sejarah dirinya sendiri terungkai di dasar lautan. Siapa yang patut dikorbankan bila ancaman datang menjelma dirinya atau orang-orang asing yang tidak pernah diketahui selama ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...