3 Tips Hubungan Yang Complicated



Adakah situasi hubungan anda suami isteri complicated? Nak bercerai atau nak teruskan kehidupan sebagai suami isteri? Memanglah tak dinafikan tiada rumah tangga yang tidak pernah dilanda ombak badai. Semua orang akan melalui proses pergaduhan dan ketidak fahaman. Kita manusia biasa, tapi kalau dah sampai tahap serius dan sukar untuk dipulihkan kembali. Pasti anda ada terfikir adakah perlu atau tidak...
Nak minta nasihat dari orang lain pun berbeza-beza
Ada member bukan islam bertanya pada aku, "mengapa orang islam ramai yang bercerai?" Dah satu hal nak jawap soalan ni.... Aku cakap "walaupun talak terletak pada suami, tapi islam itu adil isteri pun boleh minta fasakh dan proses penceraian di mahkamah syariah agak mudah, lagipun boleh selamatkan orang perempuan..." Member aku kata "Oh! Ya lah...kami bukan Islam tak senang wo....semua kena duit, nak bayar lawyer, mahal ..." Aku hanya senyap saja...
. Jadi saya nak share sikit tips yang saya dapat dari google. 



Berikut adalah beberapa nasihat yang anda patut tahu jika anda melalui penceraian:

1) Pertama sekali, jangan mengharapkan proses penceraian ini akan mengambil masa yang singkat. Ia bukan semudah yang anda sangkakan. Sebagai contoh, anda ingin bercerai hari ini dan menjangkakan ia akan berakhir dalam 2-3 hari berikutnya. Secara realiti, penceraian ini akan mengambil masa berbulan-bulan malah bertahun-tahun lamanya. Ini termasuk proses memfailkan, pengambilan penguam, prosiding dan berikutnya. Kalau nak cepat, suami dah jatuhkan talak, isteri sudah dibebaskan, cuma tinggal untuk buat pengesahan talak saja di mahkamah. 


2) Ada pepatah yang mengatakan "Marriage is GRAND and Divorce is TEN GRAND" dan ini adalah sememangnya betul. Kos untuk penceraian adalah sangat tinggi terutama melibatkan perkongsian harta sepencarian. Sudah tentu ia bergantung kepada peguam tertentu mengikut kehebatan kemahiran dan pengalaman seseorang peguam tersebut. Ini juga bergantung kepada berapa lama anda akan diheret keluar masuk mahkamah dan juga kertas kerja yang perlu dilakukan. Pada asasnya, lebih lama kita menyeret atau menangguhkan kes itu, bahawa lebih banyak wang yang akan anda perlu bayar kepada peguam. Ini juga lebih malang lagi, jika terdapat peguam yang sememangnya yang inginkan keuntungan tanpa menghiraukan anak guam dan pengalaman yang ada walaupun mereka adalah peguam yang baru. Sanggup mereka tundakan ke hari yang lain semata-mata untuk mendapat lebih wang dari anak guam. Jadi, anda perlu pintar memilih peguam. Dan jika penyelesaian ini boleh dibawa berbincang untuk mendapat kata sepakat untuk dua-dua pihak adalah lebih baik lagi. Sekiranya anda kurang berkemampuan, anda boleh dapatkan khidmat dari biroguaman  dengan PERCUMA bagi mereka yang mempunyai pendapatan dibawah RM1500.00


3) Perkara yang paling penting dan anda perlu akur adalah digalakkan kedua-dua pihak untuk lebih tenang dan bersabar sebaik mungkin. Ini adalah kerana, emosi dan juga keledekan hormon yang melampau semasa proses penceraian boleh membuatkan perkara menjadi lebih buruk dan teruk. Perkara yang dimaksudkan adalah bermaki hamun, jerit menjerit, berlawan malah perkara yang melibatkan tingkah laku yang kurang sopan akan terjadi. Ini adalah kerana, pihak yang ingin menegakkan kebenaran atau marah apabila dianiaya. Perkara ini boleh juga berlarutan apabila, sikap kedua-dua pihak yang tidak mahu mengaku kalah dan salahnya. Dan ia boleh membawa ke satu tahap yang lebih teruk dengan mengaibkan sesetengah pihak. Perkara ini berlaku apabila, yang dianiaya terasa dirinya perlu didengari, atau dirinya difitnah tanpa bukti yang asas. Ini juga berbalik kepada pihak yang ingin melakukan perkara jahat seperti menyuruh orang menyamar melalui telefon untuk berniat jahat, mencari khidmat bomoh  dan bermacam-macam lagi. Tetapi apa-apa pon perkara, kedua-dua belah pihak perlu atasi perkara ini dengan teliti dan bertindak dengan kadar minimum untuk mengelakkan tekanan yang berlanjutan. Kerana ia juga akan melibatkan ketegangan dan keburukan pada dua-dua pihak. Dan ini boleh melambatkan proses penceraian tersebut. 

Berbanding dengan wanita, lelaki lebih cepat cari perempuan yang lain semasa perhubungan menjadi complicated dan sukar dipulihkan. Saya sendiri mengalami situasi diganggu oleh suami orang yang mengaku bujang. Bila saya solat istkharah dia sendiri mengaku sebenarnya situasi dia dengan isteri adalah complicated dan dia nak cari pengganti. Bila dah tahu .... good bye! tak guna pun berkawan dengan lelaki yang sedang menghadapi situasi complicated, sebab perhubungan itu dibina bukan ikhlas tapi sekadar mengisi ruang kekosongan di hati. Just for fun la... katakan...

Di atas adalah antara cebisan nasihat yang anda perlu tahu jika anda ingin bercerai atau sedang melaluinya. Jika anda dapat mengikuti nasihat ini, insyaAllah proses ini akan lebih senang dan kalau boleh fikir masak-masak sebelum anda buat keputusan. 

Semoga kita semua di bawah lindungan Tuhan

Penaja
Nak tahu ? klik 
Montokkan Payudara Dengan Berkesan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...