Kelebihan Lidah Buaya Anti Kedut, dan Anti oksida



Anda Sedang Mencari-cari bahan-bahan semulajadi yang dapat mengembalikan keanjalan di wajah anda? 
Mungkin apa yang anda perlukan adalah tumbuhan yang dekat dengan rumah dan kawasan anda. 
Masih lagi ingat zaman tahun 90an banyak produk-produk kecantikan MLM menggunakan aloe vera. Ada yang dibuat minum, ada yang untuk sapuan luaran dan ada yang untuk sabun. Memang banyak kelebihan lidah buaya ini sebenarnya. Semenjak MLM tu dah tutup, lidah buaya pun dah semakin tak popular. Tapi jangan sesekali ingat pokok lidah buaya / aloe vera ini tidak punyai khasiat untuk kecantikan wajah. 

Mengikut kajian dari para saintis, pokok lidah buaya / aloe vera punyak beberapa kelebihan antaranya: 



Anti-Penuaan Dan Anti-oksida


Kandungan mineral seperti Vitamin C, Vitamin E dan Zink dalam lidah buaya bermanfaat sebagai anti-oksida secara semula jadi, sekali gus ia membantu melambatkan proses penuaan. Selain itu, terdapat juga kandungan nutrisi yang membantu dalam mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan pada wajah yang sudah mulai kelihatan. Kandungan zat yang terdapat dalam lendir lidah buaya ini boleh menembusi dan meresap ke dalam kulit, untuk membantu melembapkan kulit selain menjadikan kulit lebih awet muda.

Atasi Kulit Berminyak
Bagi mereka yang memiliki kulit jenis berminyak, pastinya ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit. Salah satunya adalah timbulnya banyak jerawat di wajah. Kandungan pH di dalam lidah buaya, dikatakan boleh membantu mengawal dan menyeimbangkan pengeluaran minyak yang berlebihan pada wajah. Justeru, pemakaian masker lidah buaya setiap hari, boleh membantu dalam mengembalikan kulit wajah kembali normal serta dapat mengatasi masalah jerawat misalnya.

Menyegarkan Kulit Wajah
Adakah kulit wajah anda tergolong dalam kulit jenis sensitif dan terasa tegang setiap kali terdedah pada sinaran matahari. Jika betul, hindari kulit daripada sinaran matahari. Sebaiknya jangan terus mencuci wajah dengan air untuk menyejukkannya.

Biarkan wajah beberapa minit, kemudian, sapukan seluruh wajah dengan lidah buaya. Lendir yang terdapat dalam batang lidah buaya dikatakan mampu mendinginkan wajah yang terbakar akibat sinaran matahari. Setelah itu, biarkan beberapa saat, kemudian bilas dengan air.

Mengendurkan Otot Di Bahagian Mata
Apabila anda terasa otot-otot pada bahagian mata mulai terasa penat letih dan pedih akibat terlalu lama berada di depan komputer, apa kata anda segarkan kembali mata dengan cara dengan menggunakan lidah buaya. Caranya mudah, belah dua batang lidah buaya lalu menyimpannya di dalam peti sejuk sebelum digunakan. Kemudian letakkannya di atas mata sambil tidur beberapa saat. Anda akan lihat hasilnya, mata akan terasa lebih relaks dan segar.

Cara-caranya



1) Wapkan wajah dengan air panas atau boleh guna mesin wap yang berteknologi nano klik sini


2) Keluarkan lendir dari aloe vera dan campurkan dengan madu lebah. Sapukan di seluruh wajah


3) Urut wajah selama 30 minit, atau gunakan photon ultrasonic, untuk serapan maksima. Kadar vibration photon ultrasonic menjangkau 2 juta gegaran dalam satu 10 saat anda. Gegaran ini sudah pasti lebih power dari urutan tangan. Anda hanya perlu gunakan di wajah selama 5 minit saja sudah memadai. Klik sini 

4) Biarkan sekurannya 1 jam. Dan kemudian bilas kembali wajah anda. 

Buat 3 kali seminggu, 



Hasilnya anda akan dapat nampak sendiri dalam masa 1 minggu. 
Kulit anda bertambah bermaya, sihat dan bebas dari kemikal yang terkandung dalam kosmetik biasa.

Selamat Mencuba


1 comment:

  1. Jus Qalbi diadunkan dari halia, lemon, bawang putih, madu dan cuka epal. Ia utk kesihatan menyeluruh. Wsapp: 0125139060

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...