3 Cara Nak Berniaga Online Pada Surirumah

Salam

Hari ni saya nak kasi beberapa tips yang simple pada suri rumah atau peniaga wanita yang nak memulakan perniagaan online. Antara kelemahan utama wanita adalah mempelajari bahagian teknikal. Nak tahu selok belok koding, cara nak letak iklan, cara nak kasi iklan murah, cara teknikal berkaitan dengan internet dan media sosial 
Tapi kelebihan wanita adalah kita target utama seluruh peniaga. Ya! hampir 80% barangan tertumpu pada wanita. Sebab itu wanita susah nak kaya beb...asyik kerja shopping saja...semua orang nak jual pada wanita. Barang wanita memanglah tersangat banyak di pasaran. Walaupun banyak persaigan ia masih lagi laku dan peniaga masih lagi buat banyak untung. Kita sebagai wanita beruntung sebab kita sendiri dapat tahu barang apa yang kawan-kawan kita suka dan kita suka. Peniaga lelaki akan pasti tanya pada wanita dahulu, kalau tersilap jual nanti tak ada yang nak beli. 


Oklah...kita mulakan dengan menulis. 
1) Yes, dengan penulisan anda dapat tarik orang untuk membaca dan ketahui tentang diri anda. Kalau orang tak kenal susah juga sebab sekarang ni ramai sangat persaigan peniaga online dan ramai yang tertipu dengan bermacam-macam skim cepat kaya. Cuba anda tulis tentang diri anda, apa yang anda suka, apa yang anda pertahanankan dalam hidup, untung-untung dapat jadi penulis novel yang berjaya. Kalau tak ada penerbit yang nak publish buku anda, anda boleh jual online guna google e book, atau letakkan saja di blog untuk tarik traffic.

2) Anda boleh cuba rakamkan masakan anda semasa anda keluar makan luar atau masak untuk keluarga. Sekaran blog yang mendapat rating tertinggi adalah blog yang berkaitan dengan masakan dan cara nak masak. Anda boleh jual tepung campuran buatan sendiri, makanan sejuk beku dan sebagainya. 

3) Anda juga boleh jual pakaian. Keluar saja di rumah dan cari pemborong baju berlambak di area Kenanga KL, cuba ambil gambar dan posing sikit baju-baju tu kalau guna model lagi bagus. Letakkan dalam facebook, blog, lambat laun pasti ada permintaan. Jika anda letak iklan berbayar, lagilah pantas jana pendapatan. 

Oklah itu saja yang dapat saya kongsikan. Semoga mendapat manfaat.

montokkan payudara anda dengan selamat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...