3 Petua Awet Muda Yang Mudah di praktikkan



Ada mahu nampak muda 10 tahun dari usia sebenar? 

Mestilah...

Wanita mana yang tak nak nampak muda dari usia yang sebenar... Ini adalah lumrah semulajadi wanita yang ingin kekal cantik dan sihat. Tapi masa tetap akan beredah dan meninggalkan kita, setiap masa yang berlalu akan memakan segala sel-sel yang telah sekian lama terbina. Jika kita tak dapat gantikan sel-sel yang mati itu dengan sel-sel yang baru maka kita akan cepat tua..


Ada 3 petua yang boleh anda praktikkan

1) Bersihkan wajah sebelum bakteria dan kuman meresap masuk ke dalam wajah. Wajah yang kotor dengan make up, foundation dan bedak akan meresep masuk ke dalam wajah dan menyebabkan liang-liang udara tersumbat. Jadi cepat bersihkan wajah anda kalau boleh selang 2 hari dngan scrub yang tidak kasar. 


2)  Jauhi cahaya matahair yang terik. Kalau ada kerja dalam aircon sentiasa, itu yang bagus, tapi ia juga boleh menyebabkan kulit kering. Cuba sentiasa berada di dalam rumah atau di tempat-tempat yang redup. Sekirannya anda keluar, pastikan and menggunakan SPF sunscreen 30 untuk menghalang UVA dan UVB ray.


3) Tenangkan fikiran, dan jangan bebani diri anda dengan situasi yang menyebabkan anda berada dalam tertekan atau marah. Cara yang terbaik adalah cuba meletakkan diri ada pada orang yang kita marah dan ambil perkara yang remeh sebagai salah satu ujian dan dugaan dari Tuhan. Jangan besar-besarkan...Kalau anda berada dalam keadaan tertekan cuba tarik nafas dalam dan lepaskan ke arah mulut anda dan bayangkan segalanya akan selesai. 

Berikut beberapa petua untuk kekal awet muda cara Islam. Semestinya mudah & selamat. semua petua awet muda ini dikongsikan dari laman mirlme.com
Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.
Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.
Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.
Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.
Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu).
Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.
Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Petua awet muda ini sekadar perkongsian yang boleh diamalkan. In Shaa Allah dengan izin Nya ia berkesan untuk memberikan wajah berseri dan awet muda



Nak tahu cara nak hilangkan kedutan dengan lebih pantas dan selamat?  klik 
Hilangkan Kedutan di Dahi Dengan Mudah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...