4 Tips Memikat Suami



Hari ni saya nak berkongsi pada anda teknik nak memikat kembali suami anda atau mendapatkan pasangan yang anda minati. Ada kalanya dah bertahun-tahun bercinta tapi masih lagi tak dapat nak pujuk si dia untuk bernikah terutama pada janda atau anak dara. Jika anda bahagia dengan suami nantikan tips yang paling menganas akan datang

Ok...

Jom kita baca apa yang lelaki nak pada seorang wanita. Hasil kajian ini ditulis oleh seorang lelaki Dr Cinta... jom layan


#1 Jangan Tunjukkan Keterdesakan Anda Untuk Mendapatkan Si Dia
Macam yang dinyatakan seperti di atas, lelaki ini memiliki ego yang sangat-sangat tinggi. Dan mereka akan bertambah ego jika ada wanita yang cuba untuk menguratnya. Mereka akan berbangga dan merendah-rendahkan martabat anda dihadapan rakan-rakan beliau.
Lelaki jarang menghargai sesuatu benda yang mudah didapati. Bagi mereka, semakin sukar dan susah untuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan, semakin kuat perasaan untuk mereka mendapatkan menjadikan hak milik mereka. Cubalah jadi seorang yang bersederhana :)


#2 Jaga Penampilan Anda
Semua orang tahu penampilan sangat penting bagi seorang wanita. Melalui penampilan anda sahaja, lelaki boleh membuat tafsiran tentang perangai dan tingkah laku anda.
Sebelum pergi kerja ataupun pergi kelas, mekap dahulu sedikit dan jangan terlalu tebal. Cukup hanya mengenakan foundation, maskara dan sedikit lipstik. Kemudian pakai cantik-cantik dan lepas tu jaga adab. Tak cantiklah kalau muka dah lawa, pakai baju lawa-lawa, sekali terpekik terlolong depan orang ramai. Nanti jatuhlah saham kan. Nak nampak gojes kenalah nampak cool.

#3 Tunjukkan Sikap Penyayang Terhadap Budak-Budak
Lelaki lebih mudah tertarik dengan wanita yang mempunyai sifat suka dan sayang kepada budak-budak. Bagi mereka, wanita yang penyayang kepada budak-budak sebenarnya adalah seorang bakal menjadi ibu yang baik untuk anak-anak mereka kelak.

#4 Berikan Si Dia Merasai Masakan Anda
makanan
Apa kata anda ambil sedikit masa memasak dan berikan kepada si dia merasai air tangan anda. Untuk pengetahuan anda, lelaki lebih suka memakan masakan si isteri apabila kahwin nanti berbanding makan di luar.
Anda boleh selidik dengan rakannya tentang makanan kegemarannya. So, dari situ, anda boleh belajar sesuatu yang baru tentang makanan kegemarannya dan juga belajar memasak resepi baru. Ataupun anda boleh memberinya merasa makanan kegemaran anda kepada si dia. Mana tahu taste anda berdua sama kan? So dari situ, anda sudah mendapat 1 point dalam hati si lelaki.

Ok ...setakat ini tips untuk pada wanita yang sedang dalam proses membina hubungan yang baru. Pada atikel akan datang saya akan kongsikan tip memikat lelaki lagi ye...selamat mencuba

Gel Mantapkan Payudara

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...