4 Cara Orang Perempuan Nak Cepat Kaya




Adakah anda teringin nak kaya? Eh! tak kan tak nak... semua perempuan nak kaya kecuali perempuan taraf wali macam Rabiatul Adawiyah. Kalau anda sudah mencari atikel ini, anda pasti nak cari jalan untuk kaya kan...bukan taraf wali la tu...hehehe

Oklah...

Saya nak share sikit info yang saya dapat, kalau nak kaya tak ada cara lain adalah dengan 


1) Buat bisnes
Anda boleh kerja keras pergi oversea, kerja jadi jururawat di Arab Saudi atau ke Singapore jadi tukang masak atau waitress, yes memang dapat gaji yang lumayan tapi .... berapa lama anda boleh simpan kekayaan itu? Lambat laun tenaga anda hilang, dah semakin tua dan tak boleh lagi kerja macam masa muda. Jadi buat bisnes adalah jalan yang paling terbaik untuk anda kaya raya...

Eh! betul ke? Napa aku tak kaya pun? 

Sebab cepat sangat mengalah dan kurang fokus...

Bukankah nabi dah pesan, orang yang bersabar itu adalah orang yang berjaya. 

9/10 kekayaan adalah dengan berniaga. 

Ah! susah la nak niaga sebab mesti kena tipu sana sini, kena berkorban dan usaha keras ... tak larat dan tak ada masa nak buat bisnes lagi dah... ada cara lain tak? 

2. Kahwin dengan orang kaya/jutawan..nanti duk kat rumah goyang kaki je.


Jalan ini banyak sangat persaingan di kalangan wanita, siapa yang tak nak lelaki kaya, ramai yang offer diri pun ada. Nak cuba jalan yang pertama itu amatlah sukar kecuali pada orang yang bersabar, kalau kahwin saja kan senang...kan....

Jadi pada anda yang pilih jalan ni, hati-hati anda bakal dikecewakan beberapa kali sehingga anda mungkin give up atau anda mungkin benar-benar bertuah. 

Saya boleh kongsikan beberapa tips nak pikat lelaki kaya...

Cubalah berlagak macam banyak duit, lelaki yang kaya selalunya akan pilih di kalangan perempuan yang ada taste dan berduit juga...

Cuba lepak di golf club, jadi pramugari business class, jadi seorang casher di restoran yang mahal, kerja hotel 5 star bahagian customer servis, kerja di butik bertaraf dunia macam LV ke ... mestilah selalu jumpa dengan orang kaya...

Kalau setakat nak lepak rumah, kerja ofis berangan nak kaya...mana dapat beb! Berangan jelah... Kenalah ada usaha dan tindakan cari kat mana mereka lepak..untung-untug dapat satu..dah boleh goyang kaki kan...

Satu lagi saya nak nasihat, ramai perempuan terpedaya dengan gaya lelaki kaya di profile facebook. Jangan beb...orang kaya tak akan tayang dia seorang yang kaya. Dia kalau boleh tak nak perempuan kejar dia sebab duit. Tapi kalau dia dah betul minat dan ada perasaan pada korang, dia mesti tunjukkan dia tu hebat, ada kereta mewah dan belagak la ...
Masa tu apa lagi...terima aja la .... haha

Kalau ada orang yang korang nampak profile picture berlagak kaya, ada kereta mewah la macam-macam lagi...itu semua tipu!

Sekali lagi nak remind, sebab ramai sangat perempuan yang dah terpedaya,
Jangan pecaya dengan status profile facebook ok!
Noktah!

3) Melabur
Anda boleh jadi kaya dengan melabur pada saham tapi jangan sesekali terlibat dengan skim cepat kaya tau...nak tahu skim betul ke tak, untung pelaburan itu tak masuk akal langsung. Cuba google earth lokasi ofis. 

Saya nak kongsikan kisah teladan, seorang kawan saya terlibat dengan skim forex, akhirnya terkandas...kalau skim yang kena cari orang downline tu tak payah la...itu skim ponzi namanya...

Jalan ni agak sukar kalau anda baru first time nak melabur, saya cadangkan simpan aja duit dalam tabung haji lebih selamat. Untung kat akhirat lebih kaya..kan...sekadar sedapkan hati ....
Insyallah...

4) Bekerja di luar negara
Cara ni ramai juga yang buat, bawa satu famili keluar dari negara seperti di Qatar, UAE, London, US dan paling dekat dengan Singapore cari kerja. Ada duit lebih simpan. Cuba bayangkan kalau dapat kumpul dalam RM3000 sebulan dalam setahun dah jadi berapa? Betul tak? 

Tapi sampai satu masa anda akan bersara juga, ramai yang golongan ni, bila bersara nak buat bisnes, tapi akhirnya hilang banyak duit sebab tak ada pengalaman. Jadi cadangan saya, simpan saja dalam amanah saham dan beli hartanah saja...itu pun cukup bagus. 

Semoga mendapat manfaat


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...