8 Cara Tingkatkan Keyakinan Diri Wanita


Anda nak tingkatkan keyakinan diri? Orang perempuan memanglah kurang keyakinan diri berbanding dengan lelaki. Jadi sebagai seorang wanita juga, saya nak share sikit tips yang saya dapat untuk tingkatkan keyakinan diri.

1) Banyakkan membaca cara untuk tingkatkan pendapatan dan kekayaan.
Kekayaan dan keyakinan diri seling berkait rapat. Kalau anda nak tambah kenyakinan diri cuba cari atikel cara nak berniaga, ada banyak atikel yang dapat anda baca yang boleh meningkatkan keyakinan diri anda. 

2) Banyakkan bergaul dengan orang yang kaya dan berjaya
Orang-orang yang kaya dan berjaya banyak bercakap tentang perkara yang positif, jika anda bergaul dengan mereka secara tidak langsung anda pun akan terikut untuk menjadi seperti mereka. Cara nak jumpa dengan mereka, banyakkan pergi kursus niaga yang mahal-mahal, nanti jumpa la dengan diorang ni...


3 Amalkan Pemakanan Sihat (Serius?)
Ya, kami serius. Dengan mengamalkan makan buah buahan & sayuran setiap hari anda anda mempunyai lebih tenaga dan percayalah tenaga semulajadi ini akan membuatkan anda lebih yakin dengan diri tanpa anda sedari. Dan ianya juga baik untuk kesihatan jangkamasa panjang.



4. Pastikan Anda Bersenam, Setiap Hari
Walaupun hanya 10 minit berjalan kaki sekitar kediaman atau hey, sekadar mengemas rumah. Ianya akan membantu diri anda secara mental & fizikal sekaligus meningkatkan keyakinan anda hari demi hari. Cara ini paling kami sarankan.

5. Baiki Postur Badan, Gaya Jalan
Ini akan mengambil sedikit masa (seperti tips yang lain sebenarnya), jika anda fokuskan diri anda untuk mempunyai postur badan yang lebih baik dan berjalan dengan gaya peragawati di atas pentas fesyen, anda akan nampak lebih kurus dan berkeyakinan. Dari jauh pun orang lain boleh hidu, so tighten your core, stand or sit up straight.
6. Luang Masa Bantu Orang Lain
Paling mudah ahli keluarga atau rakan rapat anda sendiri. Jika anda luangkan masa dan tenaga membantu orang lain yang memerlukan, ianya akan membina keyakinan diri anda. Membantu orang lain tunjukkan diri anda yang tidak pentingkan diri dan personaliti yang baik. Lagipun, ianya satu perkara yang mulia ‘kan?

7. Jaga Kecantikan Diri, Kulit Muka
Bukanlah kerana dunia ini penuh materialistik tetapi lebih kepada membina kepercayaan & keyakinan diri untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja. Anda pastinya tidak mahu bertemu si dia dengan penampilan yang tak menarik. Jaga badan dan asset anda. 

8. Senyum!
Mulakan hari anda dengan senyuman dan hey, jangan kedekut senyuman dengan sesiapa pun. Kajian menunjukkan jika anda suka senyum dan positif dalam hidup, kejayaan akan datang bergolek dan pastinya anda akan lebih berkeyakinan.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...