Perasaan itu secara tiba-tiba datang...
Rasa takut tak tentu pasal
Rasa macam rendah diri tak tentu pasal
Rasa macam akan ditinggalkan tak tentu pasal...
Rasa cemburu tak tentu pasal...
Ha...itulah antara tanda-tanda rumah tangga akan mengalami kegoncangan...
Enti kali ni saya nak share tips agar rumah tangga kekal bahagia walaupun usia pun dah meningkat, wajah pun dah semakin banyak garis-garis kedutan. Nafsu pun dah kurang, rasa penat aja memanjang...
Jadi satu masa nanti bila usia perkahwinan dah meningakt lebih dari 5 tahun, macam aku la...hehehe. Rumahtangga akan mulai rasa suram dan nikmat cinta akan tengelam dengan rutin yang sungguh membosankan.
Oklah..saya dapat info tips ni, cara-cara nak eratkan hubungan, dan jadikan suami anda setia pada anda, tambah sikit dengan pemerhatian saya...
1. Cium tangan suami setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa berazam untuk berikan yang lebih baik dari sekarang. Kalau sekarang anda obesiti, tak kisah pasa kecantikan dan kesihatan, anda kena berubah.
Tapi ramai perempuan bila dah jadi janda pandai plak jaga kecantikan sampai kurus dan ramping, asset yang montoks, pandai bergaya dan melaram dan paling utama menggoda.
Bila keadaan dah terdesak, laki orang pun tak kisah asalkan ada ongkosnya... Yes, dah banya saya perhatikan dari pengalaman kawan-kawan saya sendiri.
Sebenarnya tak payah la nak cari kesempurnaan, tak ada seorang pun yang perfect ok...kita manusia akan melakukan kesalahan dan boleh berubah ke arah kebaikan.
Cuma... kalau kita nak orang lain berubah, kita pun kenalah mula dulu
Ok Selamat Mencuba
No comments:
Post a Comment