8 Cara Menghilangkan Kahak Bayi



Kahak dan bayi memang sukar dipisahkan. Bayi mempunyai kadar antibodi yang lemah senang mengidap berbagai penyakit seperti selsema dan batuk. Lebih-lebih lagi kalau minum susu formula yang murah, antibodi dalam badan akan menjadi lebih lemah. Jadi para ibu yang tak mampu nak beli susu yang mahal pada bayi, berikan saja susu ibu itu yang lebih baik daripada kita bersusah payah hantar ke klinik merawat anak, beli ubat dah sama harga macam beli susu formula yang mahal. Pulak tu dah la tak dapat tidur malam sebab anak sakit, jiwa kita pun sakit. Kalau dah tak ada susu badan, sekurang-kurannya berikan susu formula yang mahal seperti enfagrow A+ sekurangnya dalam beberapa bulan, bila dia dah ada antibodi yang kuat dah banyak makan sayuran dan buahan, bolehlah kurangkan dan gantikan dengan susu yang biasa, macam dutchlady 123. Cara-cara di bawah hanya dapat membantu bila kahak melanda, tapi langkah pencegahan adalah yang lebih baik. Selamat mencuba ye...

1) Air kelapa

Minum air kelapa yang pure, yang tanpa gula. Nanti kahak keluar melalui hingus atau najis.

Kisah Benar Housemate HIV



Assalammualaikum untuk semua warga m.forum. Maafla kalau saya bercerita terlalu panjang lebar serta susunan ayat yang menjemukan untuk dibaca. Apa2 pun saya harus bercerita serta mahu dikongsikan bersama2 pembaca di m.forum ini, terpulanglah pada kalian untuk menilai samada baik atau buruk mengenai pengalaman saya lalui ini ataupun turut bersama2 untuk berkongsi pendapat,memberi cadangan serta pengalaman terutama bagi mereka yang pernah mempunyai pengalaman seperti saya ini.


Pengenalan

Ini adalah pengalaman pertama saya yang tinggal bersama2 dengan seorang housemate yang telah disahkan oleh doktor dimana beliau menghidap penyakit HIV+ dan seboleh2nya perkara ini telah dirahsiakan kepada saya pada mulanya tetapi akhirnya dapat diketahui setelah saya menyelidiki ubat yang diambil. Hal ini tidak diketahui oleh pihak yang lain seperti rakan2, ahli keluarga, saudara mara dan orang yang berkaitan melainkan saya sendiri. Untuk makluman pembaca semua, pada mulanya saya tidak pernah menyangka bahawa saya akan tinggal sebumbung bersama2 dengan penghidap penyakit HIV+ ini. Tetapi apakan daya sudah ditakdirkan oleh qada dan qadar Allah SWT untuk saya tinggal bersama2 dengan housemate saya yang menghidap HIV+ dan saya hanya redha serta pasrah malahan mampu untuk menerima hakikat seperti yang telah tesurat dan tersirat ini.


Pertemuan Yang Tidak Di Sengajakan

Cara Menghilangkan dan Mengurangkan Ketagihan Rokok

Kebanyakan orang mempunyai kebiasaan merokok setelah makan. Menurut mereka, tidak enak jika tidak merokok setelah makan. Hal ini sudah menjadi hal yang biasa dilakukan oleh para perokok aktif di Indonesia. Lalu bagaimana dari segi kesehatannya?

Dilarang Merokok – Ist



Menurut sejumlah sumber, merokok setelah makan itu ternyata mengandung bahaya 10 kali lipat dibanding merokok di waktu biasa. Kerusakan organ dalam tubuh akan menjadi lebih cepat. Hal ini disebabkan oleh peredaran darah yang meningkat.

Menghilangkan kebiasaan merokok setelah makan memang merupakan hal yang sangat sulit. Namun, ada beberapa hal yang bisa dilakukan untuk mencegahnya. Berikut tipsnya:

1. Menggosok gigi

Selain untuk membersihkan gigi setelah makan, menggosok gigi juga bisa mencegah Anda merokok setelah makan. Anda tentu akan enggan untuk merokok karena merasa mulut sudah bersih setelah gosok gigi.

2. Mencuci tangan dan piring

Cara Shawl Dengan Gaya Terkini


Kelebihan Barli Panas



Sejak kena gastrik, saya biasakan diri order barli panas dari minum teh ais atau teh tarik di kedai mamak. Memang tidak dinafikan teh tarik tu boleh buatkan kita jadi lebih enegetik dengan adanya kandungan kafien, tapi lambat laun ia mampu merosakkan organ dalaman kita kalau diminum setiap hari dalam jangka masa bertahun-tahun lamaya. Sebenarnya barli juga boleh menambahkan energi kita secara selamat dengan adanya kandungan serat yang boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam darah. Kolestrol itu banyak buatkan diri kita lembab, lemah dan penat. Kaffien boleh mengaktifkan sel tapi hanya pada jangka masa paling lama sejam. 
Jom kita ikuti kelebihan yang ada pada barli dalam research saya pada kali ini. 

Cara Bergaya dengan Jubah Dress


Dress yang berwarna-warni boleh dikenakan dengan berbagai majlis seperti kenduri kahwin atau besantai ke majlis agama di masjid. Dress ini tidak punyai cutting pinggang, jadi pada mereka yang mementingkan penampilan yang sopan, sesuai dikenakan dress ini. Walaupun bertudung pendek, ianya akan nampak elegan dan syariah compliance. Boleh juga di bawa ke umrah, kain jenis chiffon dan ada inner yang tidak jarang. Nak terus solat pun boleh. 
Kalau nak nampak trendy, cubalah gayakan dengan belt tebal dan bersalut silver. 
Pastikan tudung dan shawl yang dikenakan adalah warna yang ada dalam gabungan dua warna. 

3 Petua Hilangkan Jeragat



Jeragat iaitu bintik-bintik hitam yang muncul pada permukaan kulit akibat kekurangan nutrien (terjadi apabila usia makin meningkat/ faktor genetik), pengambilan pil perancang, cuaca atau kesan pemakaian produk-produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia.

Cubalah petua-petua di bawah ini untuk menangani masalah jeragat di kulit.

Petua hilangkan jeragat 1:

Ambil segenggam beras, rendam dalam air anggaran selama sejam. Toskan beras dan tumbuk bersama anggaran 1cm kunyit hidup hingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji putih telur hingga mesra. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.
Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.


Petua hilangkan jeragat 2:
Ambil sesudu susu tepung dan gaul dengan perahan limau nipis sehingga membentuk paste. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.
Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.

Petua hilangkan jeragat 3
Apa yang paling penting sentiasa makan banyak sayuran-sayuran dan buahan secara mentah, ini dapat berikan oksidatif kepada kulit dan penghasilan kulit yang lebih baru. Tapi ia memerlukan konsistensi dalam pemakanan. Kalau betul-betul nak cantik luar dan dalaman, mulakan sesuatu dari sekarang, tukar gaya hidup anda ke arah yang lebih sihat. 

Dia BerJaya Hilangkan Jeragat Klik 

Nasihat Li Ka Shing Lelaki Terkaya di Asia



Artikel ini khas untuk anda yang masih muda dan dah jadi usahawan muda. Kalau anda muda dan masih makan gaji, anda juga boleh ambil nasihat yang sama untuk mencapai misi menjadi usahawan muda. 

Siapa dia lelaki terkaya Asia?

Namanya ialah Li Ka-Shing. Jumlah kekayaan bersihnya mencapai USD31.9 billion !!!. Li Ka-Shing sekolahpun tak habis. Dia merupakan seorang kaki baca buku. Sifat itu adalah pengaruh daripada bapanya yang merupakan seorang guru yang mencintai ilmu.

Li Ka-Shing kehilangan bapanya sebelum berumur 15 tahun. Akibat daripada itu dia tidak dapat meneruskan persekolahan. Dia dilahirkan di ChaoZhou, sebuah tempat di daerah Guangdong, China pada 29hb Julai 1928.

Bermula daripada seorang buruh kasar di sebuah kilang plastik, dia mencuba nasibnya menjadi seorang jurujual, juga dalam industri barangan plastik. Cerita berkenaan lelaki paling kaya di Asia ini merupakan antara cerita paling mula yang saya tahu.

Terpengaruh dengan usahawan muda Li Ka-Shing

Cara Atasi Gangguan Maklus Halus Pada Bayi

Gangguan Pada Bayi:

Pernah tak anak anda menangis di waktu senja atau tengah malam? Mengikut kajian ada beberapa sebab bayi menangis.

Faktor Bayi Menangis:

1.Masalah kesihatan(perut kembung)

2.Lapar\Haus(nak susu)

3.Gangguan Makhluk halus(jin)

Hidup Tidak Tenteram Sebab Cintakan Wang Yang Berlebihan



SEJAK kebelakangan ini, kita digemparkan dengan gejala rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku dalam kes penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands, Pahang. Dua bulan sebelum itu, kita dikejutkan dengan soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dibocorkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Kes-kes salah laku seperti ini sebenarnya akan berterusan dan menjadi barah dalam sektor perkhidmatan awam.

Dalam istilah psikologi, gejala-gejala buruk dan menghinakan ini dinamakan sebagai counter productive behavior atau lencongan.

Cara Kuruskan Badan Dengan Detox Diet



Seringkali kita dengar kalau nak kurus cepat, kena buat detox dulu. Budaya orang Asia masih lagi tidak biasa dengan blender juice campuran sayuran dan buahan. Jadi cara detox yang terbaik adalah dengan blend kesemua berbagai jenis buahan dan sayuran dan minum setiap hari, terutama pada waktu pagi untuk mendapat tenaga yang maximum. Mari kita baca koleksi atikel nurulaziyana

Apakah yang dikatakan Detox
Detox atau nama glemernya adalah nyahtoxin merupakan satu proses membuang kekotoran atau sisa yang tidak diperlukan dari badan. Secara amnya, badan kita memang melakukan detox secara semulajadi contohnya melalui perkumuhan, perpeluhan dan pembuangan najis. Namun kadangkala proses ini menjadi tidak lancar dan tidak semua dapat dinyahkeluar dari badan terutamanya apabila melibatkan kolon.


Petua Tradisional Mengurangkan Kadar Kolestrol Dalam Badan




Ramuan Bahan2 adalah seperti berikut :-


1. Satu cawan Jus lemon

2. Satu cawan Jus Halia

3. Satu cawan Jus Bawang Putih
4. Satu cawan Cuka Epal
5. Tiga cawan Madu Asli.



Cara Membuatnya


Wanita Makan dan Bekerja Lebih Mudah Obesiti



MENIKMATI hidangan makan tengah hari di atas meja sambil melakukan kerja-kerja pejabat sering dilakukan oleh orang awam.

Ini kerana, kaedah tersebut dikatakan dapat menjimatkan masa seseorang.

Bagaimanpun menurut pakar pemakanan dari Eropah, Ashmina Kant, individu yang sering berbuat demikian disaran untuk menghentikan segera perbuatan tersebut kerana ia mampu mengundang risiko obesiti.

Bukan itu sahaja, kelakuan tersebut juga mampu menyebabkan seseorang mengalami kekurangan sumber vitamin dan meningkatkan jumlah kolestrol dalam badan.

“Perkara ini lebih banyak ditemui pada wanita dan orang dewasa berusia 50 tahun ke atas.

“Golongan ini rata-ratanya memiliki kandungan nutrisi yang rendah dalam badan selain kekurangan vitamin C dan E dalam darah,” jelasnya.

Bagi mengelakkan gejala ini daripada berlaku, individu disaran untuk makan tengah hari di tempat yang sesuai kerana ia bukan sahaja mampu mencegah daripada penyakit, malah menyegarkan fikiran untuk kembali segar. - kosmo

Ini semua terpulanglah pada diri sendiri, kalau dah tak ada masa sangat nak buat kerja, makan dan sambil buat kerja dapat menyembunyikan rasa sunyi kalau tak ada peneman orang nak makan. Lebih-lebih lagi kalau kerja sendiri-sendiri seperti kerja insuran agen, agen business lain-lain kebanyakan mereka kerap makan sambil bekerja dengan memandang handphone. Maklaumlah walaupun bekerja sendiri, makan bersama klien itu bukanlah ekonomik. 



Penceraian Orang Islam Paling Ramai Apa Puncanya?





Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, dalam tempoh antara Januari hingga Jun lalu, sebanyak 22,306 kes perceraian direkodkan Jabatan Pendaftaran Negara.

“Daripada 22,306 kes perceraian itu, 22,165 kes merupakan perceraian kalangan pasangan yang beragama Islam.

“Ini satu petanda yang tidak berapa baik. Bukan Islam pula pada 2012, 1,062 kes. Januari hingga Jun tahun ini 141 kes,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan Progam: November Bulan Keluarga 1Malaysia dengan tema ‘Jom Pentingkan Keluarga’ di ibu negara.

Statistik tahunan pula kata Rohani didapati terus meningkat dari tahun ke tahun.

Pada 2012, jumlah kes perceraian adalah sebanyak 47, 779 kes, 43,137 kes (2011) dan 38,000 kes pada 2010.

SETIAP pasangan yang berkahwin pasti mengharapkan hubungan dibina kekal sepanjang hayat. Tidak pernah tergambar akan melalui detik sukar membawa kepada perceraian yang akan memberi kesan terhadap beberapa pihak terutama anak-anak.

Punca perceraian perlu diambil kira untuk melihat apakah bentuk masalah yang boleh menyebabkan perceraian. Ada pelbagai punca perceraian antaranya faktor kekurangan kewangan, tiada persefahaman, kegagalan memahami serta melaksanakan tanggungjawab.

1) Sama ada kegagalan memahami tanggungjawab berpunca daripada kekhilafan mahupun kurangnya pendedahan diberikan hingga kadangkala pihak berkenaan tidak mengetahui akan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Kelebihan Bawang Putih Untuk Kecantikan Wajah




Kalau anda suka masak dengan menggunakan bawang putih, sudah pasti ada kelebihan bawang putih ini yang dapat diserap oleh badan anda menjadikan anda kebal dengan berbagai penyakit. Tapi kalau anda kerap makan diluar, atau kerap makan masakan barat, anda akan mengalami berbagai masalah kesihatan. Kelebihan masakan orang melayu adalah menumis, semasa menumis kita akan menggunakan bawang merah dan putih untuk menambahkan lagi bauan dan keharuman dalam masakan. Percayalah dengan gaya hidup sebegini, kita dapat menghindarkan diri dari berbagai masalah kesihatan. 

Bawang putih ternyata banyak khasiat untuk kesihatan. Ia mengandungi sebatian sulfur yang boleh merangsang sistem imun semula jadi untuk mengurangkan pertumbuhan tumor.


Khasiat lain termasuk mengubati demam, selesema, menyuburkan rambut, membersihkan jerawat dan menyembuhkan penyakit kulit.



Bagi mereka yang demam, ambil hirisan bawang putih dan campurkan dengan air panas selama beberapa minit sebelum diminum.



Untuk rambut subur pula, sapukan hirisan bawang putih di bahagian rambut sekurangkurangnya sekali seminggu untuk mendapatkan kesannya.

Selain itu, sapu hirisan bawang putih ke bahagian berjerawat untuk membersihkannya.

Antara kebaikan bawang putih

Cara Bergaya dengan Skirt Labuh Muslimah

Tips memilih warna untuk pemakaian skirt labuh adalah amat penting. Skirt labuh tidak seperti jean yang boleh dipakai dengan warna blouse apa sekali pun. Namun, begitu skirt labuh kenalah berpadanan dengan warna shawl dan blouse yang digayakan.
Kalau rasa susah, pilih saja warna yang berunsurkan tanah, dan natural seperti warna coklat gelap, kelabu atau hitam. Ia boleh matching dengan berbagai warna. 
Kalau anda pandai memadankan warna dan design, penampilan anda akan nampak lebih lain dari biasa. 
klik lagi untuk melihat gambar

7 Kelebihan Rawatan Refleksiologi

Refleksologi bukanlah satu pengubatan.  Dalam kaedah urutan refleksologi ini tiada ubat yang dimakan, tiada jarum yang ditusuk, tiada pembedahan yang dilakukan dan juga tiada kesan sampingan.  Rawatan melalui kaedah urutan refleksologi ini sangat berbeza dengan sistem perubatan biasa yang kebanyakannya menggunakan dadah dan tidak terlepas daripadanya kesan sampingan.  Juga kebanyakannya bukan menyembuhkan tetapi sekadar bertahan dari sakit.

Refleksologi juga bukan mengubat penyakit atau membenamkan penyakit, akan tetapi membetulkan sistem badan yang tidak betul sekaligus penyebab/punca kepada penyakit.  Apabila punca kepada penyakit sudah hilang, ini bermakna sudah selesai sakit tersebut/penyakit sudah pun sembuh. 

PENGERTIAN URUT REFLEKSOLOGI

Merupakan satu kaedah pemeliharaan kesihatan dan penyembuhan penyakit dengan cara menekan titik pusat uraf saraf yang ada di badan di mana titik pusat urat saraf tersebut berhubung dengan organ-organ tubuh berkaitan.

TUJUAN / MANFAAT URUT REFLEKSOLOGI PADA TUBUH

Kaedah rawatan refleksologi ini mempunyai pengaruh terhadap tubuh manusia dan memulihkan fungsi-fungsi anggta badan yang terganggu dengan cara menghilangkan penyebab dari gangguan itu sendiri iaitu pengaliran darah yang tidak lancar dalam badan serta saraf-saraf yang terganggu atau rosak.  Bila pengaliran darah di seluruh tubuh sudah normal dan lancar biasanya seseorang itu akan berada dalam keadaan sihat.  Jadi secara umumnya tujuan/manfaat rawatan refleksologi adalah untuk memastikan seseorang itu sentiasa dalam keadaan sihat.


CARA KERJA URUT REFLEKSOLOGI

Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah tapak kaki kita.  Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapat kelegaan daripada sakit dan kesakitan yang kita lihat seperti sakit jantung, pointnya ada pada kaki sebelah kiri.

Gambar di atas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat di kanan dan kiri kaki.

Baca Lagi klik di bawah

12 Cara Atasi Rambut Kering dan Rosak



Rambut atau sering disebut bulu adalah organ seperti benang yang tumbuh di kulit hewan dan manusia, terutama mamalia. Rambut muncul dari epidermis (kulit luar), walaupun berasal dari folikel rambut yang berada jauh di bawah dermis. Struktur mirip rambut, yang disebut trikoma, juga ditemukan pada tumbuhan. 

Rambut yang sihat dan indah menjadi dambaan setiap wanita. Namun terkadang banyak hal yang membuat rambut menjadi rosak. Diantaranya adalah rambut rontok, rambut kering dan rambut bercabang.

Rambut rosak bisa disebabkan oleh beberapa hal, diantaranya terlalu lama terkena sinar matahari, terkena berbagai zat kimia dari produk perawatan rambut yang tidak betul, atau kerana kesalahan dalam memperlakukan rambut itu sendiri.

Lalu seperti apa perawatan rambut yang benar agar tidak mudah rosak, kering maupun bercabang? 

1. Membersihkan Rambut

Bersihkan rambut Anda setiap hari atau setiap dua hari sekali menggunakan shampo yang mengandung vitamin E. Vitamin ini sangat baik untuk memperbaiki rambut rosak. Pastikan Anda membersihkan sisa shampo saat membilas rambut dengan air dingin.

2. Gunakan Kondisioner Rambut

Sekali dalam seminggu, gunakan kondisioner setelah keramas dengan shampo lalu diamkan selama 10 hingga 15 menit sebelum membilasnya. Pastikan tidak ada kondisioner yang tersisa saat membilas rambut. Saat menggunakan kondisioner, pastikan tidak mengenai kulit kepala karena akan membuat rambut lepek dan berminyak.

3. Cuka Epal

Cuka Epal mengurangi rambut rusak dan membuatnya menjadi lebih halus. Campurkan satu sendok makan minyak gandum dengan setengah cangkir cuka sari apel dan dua cangkir air. Oleskan campuran ke rambut, setelah keramas, saat rambut masih basah. Diamkan selama 10 menit, lalu bilas hingga bersih tanpa menggunakan shampo. Untuk menghilangkan aroma yang menyengat dari cuka apel, Anda bisa memulaskan kondisioner di ujung-ujung rambut. Lakukanlah perawatan ini dua kali sehari, untuk hasil yang lebih maksimal.

4. Mayonis

Asam lemak pada mayones berfungsi untuk melembutkan rambut dan meningkatkan minyak alami rambut. Setelah keramas dan mengeringkan rambut dengan handuk, oleskan satu sendok makan mayones pada rambut dan bungkus rambut dengan shower cap atau handuk panas. Biarkan mayones meresap kedalam rambut selama 15 - 20 menit. Kemudian bilas dengan shampo bayi atau herbal.

5. Minyak Alami

Gunakan minyak alami pada rambut seperti minyak kelapa, minyak bunga matahari atau minyak almond untuk meningkatkan kelembutan dan kehalusan rambut. Caranya dengan mengaplikasikan minyak alami pada rambut setelah keramas, bungkus rambut dengan handuk hangat, diamkan 15 - 20 menit. Lalu bilas rambut hingga bersih.

6. Minyak Zaitun

Sekali dalam dua minggu, aplikasikan minyak zaitun hangat pada rambut yang basah sebelum berkeramas. Biarkan selama lima menit, kemudian berkeramaslah dengan shampo seperti biasa. Untuk menghangatkan minyak zaitun, gunakanlah microwave.

7. Jangan Menggosok

Saat mengeringkan rambut, sebaiknya remaslah rambut dengan handuk daripada menggosoknya dengan handuk. Menggosok rambut menyebabkan gesekan yang dapat membuat kerusakan lebih lanjut pada lapisan terluar rambut.

8. Menyisir Rambut

Gunakan sisir rambut bergigi lebar untuk menyisir. Tidak perlu menyisir rambut berkali-kali, cukup lakukan hingga rambut tidak kusut lagi.

9. Gel Lidah Buaya

Ibu Berhenti Kerja Jaga Anak Sindrom Sleeping Beauty



JARUM jam sudah menunjukkan pukul 2 petang, namun Bethany-Rose Goodier masih belum bangkit daripada tidurnya.

Menurut ibunya, Janine Goodier, 43, tiada sesiapa dapat mengejutkan anak gadisnya yang lebih mesra disapa Beth itu daripada lena.

“Apabila Beth melelapkan mata, dia mampu tidur selama 22 jam sehari, malah tidurnya itu boleh berlanjutan sehingga berhari-hari lamanya.

“Kami pernah berjaya membangunkannya untuk ke sekolah, namun dia kembali tidur seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Keadaan Beth begitu membimbangkan sehingga kami terpaksa membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” jelasnya seperti dipetik portal Daily Mail.

Jejas ingatan

Cerita Janine, keadaan anaknya itu bermula kira-kira empat tahun lalu ketika dia berusia 16 tahun.

“Saya terpaksa berhenti kerja untuk menjaga Beth kerana dia berperwatakan seperti kanak-kanak. Jadi, saya perlu memantau aktivitinya sepanjang masa,” katanya.

Sementara itu, Beth mengakui dia bukan sahaja gagal menyiapkan kerja sekolah dan menduduki peperiksaan, malah turut terlepas sambutan Hari Krimas bersama keluarga.

“Saya banyak menghabiskan masa berada di katil. Secara purata saya tidur sekitar 18 jam setiap hari. Penyakit ini benar-benar meragut kehidupan saya dan membuatkan saya seperti hidup dalam keadaan koma,” katanya.

Beth yang berasal dari Stockport, Greater Manchester, Britain didapati menghidap Sindrom Kleine-Levin, juga dikenali sebagai penyakit Sleeping Beauty yang menyebabkan pesakit boleh tidur lena selama berminggu-minggu.

Lebih malang, remaja berusia 20 tahun itu turut mengalami amnesia atau kegagalan mengingati sesuatu perkara yang berlaku dalam hidupnya.

Berbeza daripada manusia normal yang tidur antara tujuh hingga lapan jam sehari, Beth mengalami episod tidur setiap lima minggu sekali dan selalunya akan tidur sekitar 22 jam sehari dalam tempoh tersebut.

“Pesakit tidak tidur sepanjang masa. Seringkali ia berlaku dalam tempoh tertentu. Sebagai contoh, seseorang itu akan mengalami sindrom ini selama tiga hingga empat bulan dalam setahun. Selebihnya, pesakit adalah normal,” kata Perunding Neurologi di Hospital Guy, London, Dr. Guy Leschziner.

Menurutnya, masalah tidur yang jarang ditemui itu lazimnya menyerang pesakit ketika usia remaja dan ada juga kes yang dilaporkan bermula selepas diserang sesuatu penyakit seperti selesema.

Akibat penyakit ganjil itu, kebanyakan pesakit murung, sensitif, cepat marah, bersikap kebudak-budakan serta makan secara berlebihan. - kosmo

Aku rasa nak tidur plak bila baca atikel ni...Seronoknya kalau hidup ini sentiasa tidur, Tapi kita semua ada komitmen untuk terus hidup


Cara Mandi Wajib Mengikut Kitab Imam Nawawi



Soalan; Macam mana mandi hadas besar dengan betul, mudah dan mengikut sunnah nabi. Bolehkah kita menyentuh kemaluan ketika mandi atau itu boleh membatalkan mandi kita tadi? Saya was-was dalam hal ini.

7 Bahan Semulajadi Menyembuhkan Selsema




Sebenarnya banyak alternatif lain untuk memulihkan demam, badan panas dan selesema selain menggunakan kaedah perubatan seperti makan ubat-ubatan
Selain itu, kita perlu mengetahui tanda-tanda awal sebelum demam, badan panas dan selesema bagi mengatasi masalah ini dengan berkesan supaya cepat sembuh
Simptom demam juga berkait rapat dengan selesema dan tanda awalnya adalah seperti hidung berair dan tersumbat mahupun sakit tekak
Menurut petua orang dahulu, jenis makanan yang akan disenaraikan seperti dibawah mampu membantu untuk memulihkan deman, badan panas dan selesema. 

Baca Lagi Untuk Dapatkan Tips Semulajadi Menyembuhkan Selsema

Kelebihan Teh Serai Merawat Kanser





Anti-Kanser : Citral boleh mematikan Sel Kanser
Doktor dan saintis telah menemui bahawa 1gram serai mengandungi Citral yang mencukupi untuk mematikan sel kanser! Citral terbukti mampu menyebabkan aktiviti apoptosis (self desturct) yang boleh memusnahkan sel-sel kanser. 
Pesakit kanser di Israil telah digalakkan oleh doktor untuk minum jus serai pada hari mereka menjalani rawatan kemoterapi atau radiasi untuk mempercepat proses rawatan.

Apa itu Citral: Citral merupakan salah satu komponen di dalam serai yang mempunyai pelbagai khasiat pada kesihatan manusia. Citral terdapat di dalam beberapa tumbuhan lain juga tetapi mempunyai kandungan yang tinggi di dalam daun serai.

Apa itu Citralife: Citralife merupakan minuman herba serai yang mempunyai kandungan Citral yang tinggi iaitu 280% berbanding serai mentah.


Anti-Oksidan
Kajian terbaru dari 'Food and Nutrition Research Institue' dari Jabatan Sains dan Teknologi (DOST) menyatakan setiap 100 grams serai yang direbus mengandungi lebih dari 24.205 micrograms beta karotin. Beta Karotin merupakan salah satu komponan anti oksidan yang kuat dan mampu mencegah kanser. 



Victoria Blouse Labuh Formal Ke Pejabat


Cara Bergaya Casual Muslimah



Pakaian casual adalah pakaian harian kita setiap hari, tak kan lah nak ke mana-mana dengan dress dan bertumit tinggi. Tidak sesuai nak ke tempat yang lasak, percutian dan kerja harian yang menjadi kebiasaan. Bagi wanita muslimah pemakaian casual lebih banyak menampilkan dengan jeans dan t shirt dan bertudung. Untuk menambahkan elegan, tambahkan dengan jaket yang nipis kerana negara kita kan panas dan seluar palazzo pasti anda akan nampak lebih kelaian. 


Punca dan Simptom Kanser Payudara



Ujar Dr. Ahmad Kamal, kanser payudara berlaku berikutan perubahan sel kepada sel kanser pada bahagian kelenjar payudara yang menghasilkan susu atau bahagian tiub iaitu yang mengalirkan susu ke puting.

"Sebanyak 95 peratus kanser berlaku pada bahagian tiub yang dipanggil invasive ductal carcinoma dan lima peratus pada bahagian kelenjar yang digelar invasive lobular carcinoma.

"Punca utama masih belum diketahui secara tepat cuma beberapa faktor menambahkan risiko kanser payudara dilihat ada kaitan dengan hormon wanita," ujarnya.

Berikut merupakan antara faktor meningkatkan risiko berlakunya kanser payudara.

1 Haid yang datang pada usia muda (sebelum 12 tahun).

2 Lewat putus haid (58 tahun ke atas).

3 Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada usia 30 tahun ke atas.

4 Sejarah keluarga, mempunyai ahli keluarga terdekat yang menghidapi kanser payudara seperti ibu atau adik-beradik perempuan.

5 Mengamalkan pemakanan tinggi lemak.

6 Menghidapi 'atypical hyperplasia’.

Simptom

Gambar Wanita Curi Handbag Masa Orang Sujud Di Masjid



Kuala Lumpur: Setiap kali sujud, dia dengan pantas mencuri beg tangan milik jemaah wanita yang diletakkan di depan saf dan perbuatan itu dilakukannya berulang kali.
Itu aksi seorang pencuri remaja dipercayai berusia belasan tahun yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) Masjid Al-Ikhwaniah Taman Cheras Utama, di sini, pada malam Jumaat lalu.
Kejadian berlaku di ruang solat wanita ketika beberapa jemaah menunaikan solat Maghrib, jam 7.10 malam.
Nazir masjid itu, Abd Karim Md Nor berkata, pihaknya mengambil inisiatif memasang CCTV sejak sebulan lalu berikutan kejadian mencuri yang semakin menjadi-jadi.
"Sebelum ini seorang wanita yang mengajar mengaji di masjid berkenaan turut kehilangan wang tunai serta barang kemas. Duit tabung masjid juga pernah dicuri dan bilik imam juga cuba dipecah masuk. - hmetro


Cara Atasi Period Pain



Soalan

Saya berumur 16 tahun dan setiap kali kedatangan haid, saya mengalami sakit perut yang teruk. Adakah sakit tersebut dianggap senggugut? Bagaimanakah cara untuk mengurangkan kesakitan tersebut?

* Remaja K, Johor.

Jawapan

Senggugut atau dismenorea merujuk kesakitan yang dialami semasa permulaan haid. Wanita mungkin mengalami kesakitan yang lebih teruk semasa dua hari pertama. Terdapat sebahagian gadis yang berumur belasan tahun mengalami senggugut yang teruk manakala ada bernasib baik cuma mengalami kesakitan yang agak sederhana atau sedikit sahaja.

Namun, masalah ini boleh mengganggu persekolahan dan kehidupan seharian remaja jika kesakitan yang dialami itu teruk dan berpanjangan. Penulis menjangkakan masalah yang dialami oleh gadis ini ialah dismenorea primer iaitu senggugut yang sering berlaku kepada wanita yang baharu (dua hingga tiga tahun) mengalami kitaran haid.

Kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Tujuannya adalah untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput dinding rahim (selaput endometrium).

Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim atau serviks. Kebiasaannya, saluran pangkal rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit menyebabkan ketulan darah tersebut agak susah untuk dikeluarkan.

5 Cara Menjaga Wajah




1 Hindari menyentuh wajah di saat tangan anda kotor. Usahakan untuk senantiasa mencuci tangan dengan airbersih sebelum menyentuh wajah sehingga kuman dan bakteri tidak menyerang wajah anda.

2- Biasakan untuk membersihkan wajah anda di pagi hari dan juga malam hari atau sebelum anda keluar rumah dengan pembersih yang sesuai dengan jenis kulit wajah anda.

3- Memakai pelembab saat keluar rumah untuk menghindari paparan sina matahari yang akan membuat flek hitam pada kulit anda.

-4 Pakai masker minima 2 kali dalam seminggu untuk membantu membersihkan kulit wajah anda.

5- Minum air putih minimal 8 gelas dalam sehari untuk menjaga kelembaban kulit wajah.

6 - Gunakan Alat Pembersih Muka Yang Paling Berkesan

Klik Sini

Cara Merawat Bisul



BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues.

Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua.
Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria.

“Sekiranya berlaku jangkitan peringkat awal, ia dipanggil cellulites - sifatnya merah, sakit dan panas. Jika di dalam kulit atau bisul, sifatnya akan terbentuk kumpulan nanah di dalam rongga manakala peringkat lebih serius dipanggil Necrotising facitis atau bakteria yang memakan isi," katanya kepada Berita Minggu.

Simptom utama proses keradangan atau jangkitan adalah kemerahan, panas, bengkak dan rasa sakit. Ia bukan saja terbentuk pada sebarang tisu pejal pada permukaan kulit, malah sering juga berlaku pada organ dalaman seperti paru-paru, otak, buah pinggang dan tonsil.

Sekiranya jangkitan berlaku sehingga terbentuk bisul, rawatan pilihan ialah pembedahan. Begitupun, sebelum pembedahan dijalankan, antibiotik akan diberi selain ujian darah bagi mengenal pasti masalah lain. 
Bagi kanak-kanak yang lebih gemar berdiam diri dan tidak tahu di mana lokasi jangkitan sebenar, imbasan MRI dan CT akan dijalankan.

Bisul disebabkan amino yang terjejas pula mampu merebak melalui darah. Di sini darah berfungsi sebagai lebuh raya dan menyebarkan bakteria ke seluruh tubuh. Oleh itu, remaja yang tidak menjaga kebersihan diri pasti akan terkena jangkitan ini.

Bagaimanapun, punca paling lazim adalah sifat kulit itu sendiri yang mudah terdedah kepada anasir yang tidak baik. Kulit bukan saja organ tubuh paling besar, malah berfungsi sebagai mekanisme pertahanan diri yang penting.

Setiap inci kulit diseimbangkan dengan bakteria baik dan bakteria tidak baik. Bakteria baik tidak akan membawa sebarang masalah tetapi sebaik saja tubuh kekurangan imuniti atau ketahanan diri, kecederaan kecil saja sudah mampu menyebabkan jangkitan. Tidak dinafikan kebersihan diri cukup penting tetapi perlu diingat terlalu bersih juga tidak baik kerana kita akan membunuh kedua-dua bakteria ini.

Jelas Dr Yong lagi, bisul yang biasa dan tidak serius boleh dirawat menggunakan antibiotik dan pembedahan. Tapi bagi bisul disebabkan amino yang terjejas, boleh merebak dengan cepat pada tisu dalam tubuh menyebabkan kegagalan beberapa organ dalaman. Dalam apa juga keadaan, pencegahan adalah perkara terbaik termasuk penjagaan kebersihan diri yang rapi dan imuniti diri lebih tinggi.

“Sekiranya simptom awal seperti merah, bengkak, sakit dan demam berlaku, terus berjumpa doktor bagi mengelak jangkitan merebak lebih ke dalam kulit.

“Di rumah, sebagai langkah awal ibu bapa boleh mencuci luka dengan menggunakan air panas, antiseptik dan iodin. Namun jika ia semakin membengkak, pesakit akan mula berasa tidak sihat, demam, luka menjadi kemerahan dan mula merebak, cepatlah berjumpa doktor,” katanya. 

Dari segi pemakanan, mengamalkan diet seimbang disarankan bagi mempercepatkan penyembuhan.

“Terlalu banyak pantang larang dalam masyarakat seperti ayam, udang, ikan dan telur yang dipercayai menyebabkan kegatalan. Ironinya untuk sembuh, kita memerlukan hemoglobin, albumin serta Vitamin C dan semua nutrien ini terkandung dalam diet yang disebutkan itu.

"Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bisul muncul, rawatan perubatan segera perlu diberikan," katanya. /BHarian

7 Cara Mengurangkan Nafsu Makan Secara Semulajadi


1 - Minum air mineral
Sebelum makan, minum 2 gelas air mineral, minimal 10 menit sebelumnya. Asal kalian tau Air mineral akan membuat perut Kamu terasa lebih penuh dan membuat nafsu makanmu berkurang.


2  - Tidur sejenak
Pada waktu siang hari biasanya adalah waktu dimana nafsu makan mulai meningkat dan ingin makan ini itu.Hal ini sering diakibatkan karena tubuh kelelahan dan membutuhkan istirahat.

Lebih baik ambil 5-10 menit tidur siang di atas meja kerja demi mengontrol nafsu makan Anda.

3 - Makan sayur dan buah-buahan segar
Sebelum kamu makan atau sarapan sempatkan terlebih dahulu untuk mengkonsumsi sayuran dan buah-buahan yang mengandung banyak air. Hal ini akan memberikan efek kenyang sebelum anda makan makanan yang berlemak.

Cara ini juga ampuh untuk memotong keinginan mencerna kalori lebih banyak.

4 - Jangan lupa sarapan
Hal utama yang perlu kamu lakukan saat diet adalah jangan melupakan sarapan. Pastikan Anda mengonsumsi menu tinggi protein untuk mengawali hari Anda.

Protein dicerna tubuh perlahan, sehingga akan membuat Anda tidak terlalu lapar di siang hari. Hal ini membantu Anda mengontrol nafsu makan, sehingga porsi yang Anda ambil juga tidak berlebihan.

5 - Makan Perlahan
Jangan terburu-buru dalam mengunyah makanan, dan konsentrasi saja mengunyah setidaknya 32 kali. Makan terburu-buru atau sambil melakukan ini itu akan membuat Anda cepat lapar dan tidak sadar telah memasukkan banyak makanan ke dalam tubuh.

Untuk itu, nikmati dengan perlahan dan sadari berapa banyak makanan yang masuk ke dalam perut Anda untuk menghindari nafsu makan yang gila-gilaan.

6 - Meningkatkan asupan makanan berserat
Apabila Anda ingin menurunkan berat badan dengan cara yang benar, maka konsumsilah banyak makanan berserat. Kurangi karbohidrat dan makanan berlemak yang membuat Anda cepat lapar.

Makanan kaya serat selain memperlancar pencernaan juga tidak membuat Anda lekas lapar.

7 - Selalu sibukkan diri
Jangan biarkan diri Anda hanya bersantai-santai sambil bengong dan menonton televisi saja seharian. Pastikan Anda sibuk melakukan ini itu sehingga Anda tidak selalu larut dalam kelaparan dan malah mencari camilan.

Saat Anda memang sedang sibuk, tubuh tahu berapa energi yang dibutuhkan. Tubuh akan mengambil dari kalori tubuh yang ada, dan apabila sudah habis, Anda bisa merefillnya tanpa harus menimbun berlebihan.

Sumber : Vemale.com


5 Cara Atasi Cemburu Tak Tentu Pasal



Cemburu tidak tentu pasal antara punca utama menyebabkan keruntuhan dalam hubungan. HAZRIL MDNOR meneliti perkara yang menyebabkan lelaki dan wanita berasa cemburu serta bagaimana cara mengatasinya. Lelaki dan wanita masing-masing perlu mengurangkan rasa cemburu buta untuk selamatkan hubungan percintaan.
Cemburu adalah aspek negatif yang ada dalam setiap pasangan kekasih. Mana tidaknya, perasaan cemburu muncul kerana rasa sayang kepada pasangan dan komited untuk memberikan yang terbaik pada pasangan.
Contohnya, apabila sudah ada rasa sayang, pasti seseorang itu mahu menjaga serta berkongsi semua masalah dan saat bersama pasangan hingga kadang-kadang pasangan menjadi cemburu berlebihan, sama ada tidak tentu pasal atau tidak bertempat sehingga wujud rasa tak selesa kepada pasangan mereka.
Justeru, perlukah rasa cemburu tidak bersebab sehing­ga boleh mengeruhkan hubungan? Rasanya jika kita hendak meneruskan perhubungan, perlu ada persefahaman dan elakkan sikap negatif yang boleh melunturkan perasaan cinta.
Misalnya, sama ada lelaki atau wanita, anda perlu amalkan tolak ansur dan berbincang bagi mencari jalan untuk mengurangkan rasa cemburu antara satu sama lain. Bagi mengukuhkan perhubungan, perlu ada persefahaman, perlu faham gaya hidup pasangan sepenuhnya. Gen Y ada caranya untuk anda hilangkan rasa cemburu.
Wanita perlu faham
Menurut statistik hasil kajian oleh Woman's day dan AOL Living membabitkan 2,000 wanita, 73 peratus wanita mengaku berasa cemburu berbanding 27 peratus lelaki. Kajian itu juga menunjukkan 63 peratus wanita yang belum berpasangan berasa cemburu dengan ­sahabat mereka yang sudah berkahwin. Ia menunjukkan wanita lebih cenderung cemburu berbanding lelaki.
Fakta sama turut disuarakan pengarang kanan laman web Huffington Post, Emma Gray dengan menyatakan wanita akan cemburu apabila mendapati 'pesaingnya' mempunyai lebih daya tarikan berbanding dirinya.
Katanya, wanita tidak akan berdiam diri, lebih-lebih lagi apabila pesaingnya seseorang yang berkerjaya atau lebih berjaya berbanding dirinya dalam bidang akademik dan kerja.
Namun, anda sebagai wanita perlu kurangkan rasa cemburu untuk selamatkan perhubungan dan bagi memastikan si dia setia dengan anda, hapuskan rasa cemburu sebaliknya berusaha memahami hati budinya dengan lebih mendalam.
Biasanya rasa cemburu selalu datang beriringan dengan curiga. Jika anda seorang yang sering berfikir negatif, maka perlu lapangkan minda ketika perasaan itu datang, jangan terus menerjah tanpa usul periksa dan lemparkan jutaan soalan kepadanya. Ia membuatkan pasangan anda rimas, sebaliknya berusaha memberikan masa dan ruang kepada diri anda untuk bertenang.
Ketika meluangkan masa berseorangan itu, ­tanya kepada diri apa silapnya sehingga timbul rasa cemburu dan cari jalan untuk ­mengatasinya. Ta­nyakan kepada diri apa akibatnya jika anda tersilap kerana perlu ingat, ­cemburu buta tanpa sebab munasabah boleh membuatkan hubungan putus.
Jika tidak suka dengan pasangan anda yang terlalu mementingkan kerja hingga tiada masa untuk anda, perlu difikirkan juga pasangan anda perlu bertanggung­jawab dan membina kerjayanya yang dia sayangi. Itu bukan dia tidak mahu melayani anda.
Anda sebagai wanita yang sering cemburu, perlu berfikiran terbuka dan mencari jalan untuk mengatur perjumpaan dengannya selagi ada masa terluang. Mungkin dalam seminggu anda boleh aturkan dua kali perjumpaan dan jika tiada peluang kerana sibuk, gunakan cara lain seperti melalui laman sosial, pesanan teks atau panggilan telefon.
Sebagai wanita, anda tidak boleh terlalu cemburu jika ternampak pasangan anda berjumpa dengan wanita lain kerana kemungkinan wanita itu hanyalah rakan sekerja, saudara-maranya yang anda tidak kenal atau mereka yang mempunyai urusan berkaitan kerja.
Bagi wanita yang cenderung mengongkong, sikap itu merimaskan lelaki. Bayangkan tindakan anda seolah-olah diperhati orang lain dan dia pastinya rimas.
Anda harus percayakan pasangan kerana saling percaya aspek penting dalam hubungan. Sekiranya pasa­ngan sanggup meluangkan masa dengan anda berbanding rakannya, itu menunjukkan hanya anda dalam hatinya. Justeru, jika anda benar-benar kenal pasangan, anda sendiri boleh tentukan sama ada dia ikhlas atau tidak, curang atau tidak.


Kurangkan rasa cemburu
Bagi lelaki, cemburunya lain kerana biasanya lelaki akan menyiasat siapa yang berjumpa dengan pasangannya. Bagi mereka, si wanita lebih mudah 'cair' kepada lelaki kacak, justeru ia mencabar ego mereka. Namun, sebagai lelaki, langkah terbaik ialah yakin kepada pasangan bahawa mereka boleh menahan godaan lelaki lain.


Hanya anda yang mengenali pasangan anda, justeru anda boleh menilai sejauh mana kuatnya cinta dan keteguhan kesetiaan si dia.
Jika anda sering melihat si dia bersama kawan lelaki, hilangkan tanggapan bahawa si dia mungkin tergoda dengan lelaki itu walaupun lelaki itu kacak. Mungkin lelaki itu kawan baiknya dan mereka berjumpa hanya sebagai kawan.
Anda boleh menilai perwatakan pasangan ketika melayan lelaki itu, sama ada dia melayan lelaki itu lebih daripada kawan atau tidak. Ada sesetengah wanita mudah mesra dengan semua orang tetapi itu tidak bermakna dia curang kerana itu sememangnya sifat dia.
Sebagai lelaki, anda perlu kurangkan rasa cemburu dan tunjukkan kuasa 'dominan' anda. Mungkin si dia mengharapkan perhatian, justeru ambil masa walaupun sekejap untuk menegurnya, sama ada melalui laman sosial, pesanan teks atau panggilan telefon walaupun anda sibuk. Itu membuatkan si dia merasakan dirinya dihargai.

Memetik kenyataan laman web AskMen, antara cara mengatasi sifat cemburu lelaki ialah mencari sumber yang betul untuk mendapatkan kepastian. Contohnya, buat rujukan dengan teman rapat bagaimana boleh ada rasa cemburu dan cara mengatasinya. Cari rakan baik yang mempunyai pengalaman dalam percintaan kerana ia lebih efektif menyelesaikan masalah anda.
Cuba lakukan sesi dengan diri sendiri, contohnya tanya apa kesalahan anda yang memungkinkan perasaan cemburu itu datang. Mungkin kerana perangai atau tugas di pejabat menyebabkan anda selalu sibuk sehingga tiada masa terluang bersamanya.
Kuncinya, turunkan ego dan sentiasa berusaha meluangkan masa untuk bersamanya. - hmetro

----------------------
Selamat mencuba ya...



Kisah Pahang Menang, Tujuh Gadis di samun


Tahniah kepada pasukan pahang

Kuantan: Tujuh gadis yang meraikan sambutan skuad Pahang menjulang Piala Malaysia 2014 di Perkarangan Stadium Darul Makmur disamun empat lelaki mengakibatkan kerugian RM10,000, dalam kejadian di Jalan Bukit Sekilau, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, empat penyamun terbabit yang bersenjatakan sebilah pisau menceroboh masuk ke rumah sewa gadis berkenaan melalui pintu depan sebelum mengarahkan semua mangsa mendiamkan diri.
Difahamkan, sebelum kejadian, tujuh gadis berkenaan berusia lingkungan 20 tahun meraikan wira pasukan kesayangan mereka itu di perkarangan Stadium Darul Makmur bersama kira-kira 15,000 penyokong setia yang hadir.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, selepas meraikan kejayaan itu, mangsa yang bekerja di gedung pakaian terkemuka di bandar ini berjalan pulang ke rumah sewa mereka tanpa menyedari diekori empat penyamun terbabit menaiki dua motosikal.
"Sebaik tiba di rumah mangsa, suspek yang bersenjatakan sebilah pisau masuk ke dalam rumah dan menutup pintu depan bagi mengelak perbuatan jenayah mereka disedari orang awam," katanya.
Beliau berkata, empat penyamun terbabit mengarahkan semua mangsa menyerahkan wang tunai dan barangan berharga sebelum suspek merampas tujuh telefon bimbit dan satu komputer riba mengakibatkan jumlah kerugian RM10,000.
Katanya, selepas merampas semua barangan berharga itu, empat penyamun terbabit melarikan diri dengan menaiki dua motosikal sebelum mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuantan, malam tadi. - hmetro

Kita sebagai perempuan selalu jadi mangsa penyamun terutama golongan yang lebih kuat dari kita, jadi sentiasalah berhati-hati. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...