Ibu Berhenti Kerja Jaga Anak Sindrom Sleeping Beauty



JARUM jam sudah menunjukkan pukul 2 petang, namun Bethany-Rose Goodier masih belum bangkit daripada tidurnya.

Menurut ibunya, Janine Goodier, 43, tiada sesiapa dapat mengejutkan anak gadisnya yang lebih mesra disapa Beth itu daripada lena.

“Apabila Beth melelapkan mata, dia mampu tidur selama 22 jam sehari, malah tidurnya itu boleh berlanjutan sehingga berhari-hari lamanya.

“Kami pernah berjaya membangunkannya untuk ke sekolah, namun dia kembali tidur seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Keadaan Beth begitu membimbangkan sehingga kami terpaksa membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” jelasnya seperti dipetik portal Daily Mail.

Jejas ingatan

Cerita Janine, keadaan anaknya itu bermula kira-kira empat tahun lalu ketika dia berusia 16 tahun.

“Saya terpaksa berhenti kerja untuk menjaga Beth kerana dia berperwatakan seperti kanak-kanak. Jadi, saya perlu memantau aktivitinya sepanjang masa,” katanya.

Sementara itu, Beth mengakui dia bukan sahaja gagal menyiapkan kerja sekolah dan menduduki peperiksaan, malah turut terlepas sambutan Hari Krimas bersama keluarga.

“Saya banyak menghabiskan masa berada di katil. Secara purata saya tidur sekitar 18 jam setiap hari. Penyakit ini benar-benar meragut kehidupan saya dan membuatkan saya seperti hidup dalam keadaan koma,” katanya.

Beth yang berasal dari Stockport, Greater Manchester, Britain didapati menghidap Sindrom Kleine-Levin, juga dikenali sebagai penyakit Sleeping Beauty yang menyebabkan pesakit boleh tidur lena selama berminggu-minggu.

Lebih malang, remaja berusia 20 tahun itu turut mengalami amnesia atau kegagalan mengingati sesuatu perkara yang berlaku dalam hidupnya.

Berbeza daripada manusia normal yang tidur antara tujuh hingga lapan jam sehari, Beth mengalami episod tidur setiap lima minggu sekali dan selalunya akan tidur sekitar 22 jam sehari dalam tempoh tersebut.

“Pesakit tidak tidur sepanjang masa. Seringkali ia berlaku dalam tempoh tertentu. Sebagai contoh, seseorang itu akan mengalami sindrom ini selama tiga hingga empat bulan dalam setahun. Selebihnya, pesakit adalah normal,” kata Perunding Neurologi di Hospital Guy, London, Dr. Guy Leschziner.

Menurutnya, masalah tidur yang jarang ditemui itu lazimnya menyerang pesakit ketika usia remaja dan ada juga kes yang dilaporkan bermula selepas diserang sesuatu penyakit seperti selesema.

Akibat penyakit ganjil itu, kebanyakan pesakit murung, sensitif, cepat marah, bersikap kebudak-budakan serta makan secara berlebihan. - kosmo

Aku rasa nak tidur plak bila baca atikel ni...Seronoknya kalau hidup ini sentiasa tidur, Tapi kita semua ada komitmen untuk terus hidup


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...