Kisah Pahang Menang, Tujuh Gadis di samun


Tahniah kepada pasukan pahang

Kuantan: Tujuh gadis yang meraikan sambutan skuad Pahang menjulang Piala Malaysia 2014 di Perkarangan Stadium Darul Makmur disamun empat lelaki mengakibatkan kerugian RM10,000, dalam kejadian di Jalan Bukit Sekilau, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, empat penyamun terbabit yang bersenjatakan sebilah pisau menceroboh masuk ke rumah sewa gadis berkenaan melalui pintu depan sebelum mengarahkan semua mangsa mendiamkan diri.
Difahamkan, sebelum kejadian, tujuh gadis berkenaan berusia lingkungan 20 tahun meraikan wira pasukan kesayangan mereka itu di perkarangan Stadium Darul Makmur bersama kira-kira 15,000 penyokong setia yang hadir.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, selepas meraikan kejayaan itu, mangsa yang bekerja di gedung pakaian terkemuka di bandar ini berjalan pulang ke rumah sewa mereka tanpa menyedari diekori empat penyamun terbabit menaiki dua motosikal.
"Sebaik tiba di rumah mangsa, suspek yang bersenjatakan sebilah pisau masuk ke dalam rumah dan menutup pintu depan bagi mengelak perbuatan jenayah mereka disedari orang awam," katanya.
Beliau berkata, empat penyamun terbabit mengarahkan semua mangsa menyerahkan wang tunai dan barangan berharga sebelum suspek merampas tujuh telefon bimbit dan satu komputer riba mengakibatkan jumlah kerugian RM10,000.
Katanya, selepas merampas semua barangan berharga itu, empat penyamun terbabit melarikan diri dengan menaiki dua motosikal sebelum mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuantan, malam tadi. - hmetro

Kita sebagai perempuan selalu jadi mangsa penyamun terutama golongan yang lebih kuat dari kita, jadi sentiasalah berhati-hati. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...