Kelebihan Teh Serai Merawat Kanser





Anti-Kanser : Citral boleh mematikan Sel Kanser
Doktor dan saintis telah menemui bahawa 1gram serai mengandungi Citral yang mencukupi untuk mematikan sel kanser! Citral terbukti mampu menyebabkan aktiviti apoptosis (self desturct) yang boleh memusnahkan sel-sel kanser. 
Pesakit kanser di Israil telah digalakkan oleh doktor untuk minum jus serai pada hari mereka menjalani rawatan kemoterapi atau radiasi untuk mempercepat proses rawatan.

Apa itu Citral: Citral merupakan salah satu komponen di dalam serai yang mempunyai pelbagai khasiat pada kesihatan manusia. Citral terdapat di dalam beberapa tumbuhan lain juga tetapi mempunyai kandungan yang tinggi di dalam daun serai.

Apa itu Citralife: Citralife merupakan minuman herba serai yang mempunyai kandungan Citral yang tinggi iaitu 280% berbanding serai mentah.


Anti-Oksidan
Kajian terbaru dari 'Food and Nutrition Research Institue' dari Jabatan Sains dan Teknologi (DOST) menyatakan setiap 100 grams serai yang direbus mengandungi lebih dari 24.205 micrograms beta karotin. Beta Karotin merupakan salah satu komponan anti oksidan yang kuat dan mampu mencegah kanser. 




Detoksifikasi- Proses Pembuangan Toksin dari Badan
Minuman Herba Citralife mengandungi Citral yang menyah toksin di dalam badan dengan meningkatkan kekerapan urinisasi dan perpeluhan. Aktiviti ini membantu membersihkan buah pinggang, hati, pankreas, sistem pencernaan, saluran darah dan membuang bahan toksin yang tidak diperlukan badan melalui proses urinisasi. 
Penyingkiran urik asid dan bahan toksin dari badan mampu mengurangkan berat badan berlebihan seseorang.


Menstabilkan tekanan darah dan Kolestrol
Daun serai mempunyai elemen Citral yang merangsang untuk menyingkirkan kolestrol berlebihan, urik asid, toksin dan lemak dalam badan. Aktiviti ini menggalakkan peredaran darah ke seluruh anggota badan.

Meminum minuman herba Citralife setiap hari mampu menstabilkan tekanan darah seseorang.


Ahli akademik di 'Department of Nutritional Sciences' dari University of Wisconsin telah menyiarkan penemuan mereka, perhubungan diantara serai dan kolestrol di dalam Jornal Kesihatan Lemak (medical journal Lipids) pada tahun 1989. Mereka menjalankan kajian pada 22 orang peserta yang mempunyai masalah kolestrol yang tinggi.  Setiap peserta dikehendaki mengambil 140 mg kapsul pati serai setiap hari. Kesannya, purata peserta telah berjaya menurunkan kadar kolestrol dari 310 ke 294. Selepas 3bulan, kebanyakan peserta rata-rata dapat menurunkan kadar kolestrol sebanyak 38 mata.


Sembelit
Membantu membuang toksin dari badan dengan membersihkan pankreas, hati, buah pinggang, dan saluran darah. Memudahkan pembuangan air besar dan melancarkan sistem pencernaan badan.



Demam dan Selsema
Tumbuhan serai mempunyai banyak khasiat dalam kesihatan manusia dan telah ditemui nenek moyang kita sebagai salah satu tumbuhan herba.Serai juga pernah dikenali sebagai daun demam (fever grass) kerana mampu mengubati demam.




Senak Perut
Serai selalunya diminum seperti teh kerana dipercayai dapat membantu dalam masalah pencernaan, diarrhea dan senak perut. Minuman serai dapat menenangkan ketegangan, dan melegakan senak perut. Minuman ini bukan hanya sesuai untuk orang dewasa tetapi kanak-kanak juga boleh meminumnya.



Anti-Bakteria dan Anti-Kulat
Serai mempunyai komponen anti-bakteria dan anti-kulat. Kebanyakan suri rumah menggunakan serai di dalam masakan untuk melegakan batuk dan demam. Tetapi masih ramai orang yang tidak tahu mengenai khasiat serai pada kesihatan manusia.



Artritis, Gout dan Sakit Sendi
Serai sangat sesuai dijadikan minuman untuk orang yang mengalami Artritis. Pesakit yang menderita kerana masalah sendi tulang dan urat akan mendapat banyak manfaat dari khasiat serai.



Angin di dalam perut
Minuman serai dan minyak serai sangat mujarab untuk merawat angin dalam perut. 



Membantu Sistem Pencernaan Badan
Minuman Citralife menggalakkan sistem pencernaan dan mampu memberi kelegaan pada sakit gastrik. Minuman Citralife juga mampu melegakan kembung perut dengan memudahkan pembuangan angin dalam badan.
Serai juga memberi kesan positif kepada yang ingin mengurangkan berat badan. Selain itu minuman Citralfe mampu menurunkan lebihan kolestrol seseorang dan dapat mengawal pembinaan selulit di badan.



Mari kita amalkan gaya hidup sihat, Mencegah adalah lebih mudah dirawat. Tukar gaya hidup, kita dapa jimat masa, penyakit dan ribuan ringgit. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...