Friday, February 28, 2014

10 Binatang Pelik Yang Anda Tidak Tahu Kewujudannya



Pelik betul binatang-binatang ni. Memang tak pernah nampak, tapi mereka wujud rupanya.
Cuba teka antara 1-10 binatang yang pelik yang mana yang anda pernah nampak di mana-mana?
Feredea tahu binatang ke 10

Kilang Haram Curi Air 7 tahun


Pelabuhan Klang: Ketika rakyat Selangor mengalami krisis air hingga arahan catuan keperluan asas itu dikeluarkan Isnin lalu, sebuah gudang di Jalan Pelabuhan Klang, di sini pula sanggup ‘merompak’ keperluan asas berkenaan apabila mereka melakukan penyambungan haram dari paip utama milik Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

Lebih mengejutkan kejadian yang baru dibongkarkan semalam itu bukan baru berlaku sehari dua malah sudah berlanjutan sejak enam tahun lalu mengakibatkan syarikat utiliti berkenaan mengalami kerugian sebanyak RM656,000.


Perbuatan kilang menyimpan baja itu dikesan hasil risikan Unit Penguatkuasaan SYABAS sebelum satu serbuan dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa syarikat berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari semalam.Pengarah Eksekutif Projek Air Tanpa Hasil (NRW) SYABAS Yusof Badawi berkata, serbuan membabitkan 13 anggota bersama kakitangan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Menurutnya, pihaknya menerima maklumat mengenai penggunaan air meragukan di kawasan itu sebelum membuat risikan selama seminggu. “Hasil siasatan itu, kami dapati pemilik gudang tidak membuat sebarang pendaftaran untuk penggunaan air dan kami juga mendapati gudang berkenaan tidak mempunyai meter air sejak mula beroperasi pada 2006 hingga sekarang. - metro

Wah! selama 7 tahun kilang dapat air percuma? Dapat jimat ratusan ribu ringgit plak tu...Lain kali Syabas perlu lakukan pemeriksaan pada kilang-kilang. Ini asyik-asyik rumah saja diorang pergi cek meter. Kilang suka hati je dapat air percuma bertahun-tahun. Lagilah kalau rumah kondo, apartment harga air memanglah lagi mahal dari orang yang tinggal di rumah teres. Kalau bagi kat aku air percuma best juga. 



Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

Thursday, February 27, 2014

Kereta Mewah Apa Menjadi Pilihan Orang Kaya di Malaysia?

Malaysia continues to be vital growth market for BMW as the sales of BMW in Malaysia increased by 14%. The BMW Group has recently announced its highest performance record in the company"s history with its 2013 sales performances globally and in Malaysia at an exclusive media briefing session held in Hayati Hotel in Kuala Lumpur. 

As the world"s largest premium automobile group, the BMW Group in 2013 delivered a total of 1,963,798 vehicles worldwide, setting yet another record performance with a 6.4% . Similarly, the Asia Pacific (APAC) region delivered a remarkable 17.3% increase to a record total of 575,616 vehicles.

BMW Group Malaysia also mirrored the group"s dynamic performances with a total of 7,974 BMW, MINI and Motorrad vehicles delivered in 2013, charting an all-time high of 14% growth from the same period in 2012 (6,988). 


A key driver of BMW Group Malaysia"s success were the introduction of new vehicles from the record year – all of which has redefined their respective segments by pushing the boundaries of innovation and technology which has redesigned the definition of luxury in the premium segment. - utusan

https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Katrina_Kahfi?id=HFLLAgAAQBAJ
Cuba bayangkan rakyat Malaysia yang kaya, semakin banyak sampai meningkat sebanyak 14% orang yang beli kereta mewah. Siapa yang tak sukakan kereta mewah, kalau boleh semua orang nak...tapi bukannya mudah mendaki puncak. hehehe
Kereta BMW tetap menjadi pilihan utama golongan yang berada. Cayalah!

Krisis Air Di Selangor

Pada Rabu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menandatangani MoU berkenaan dengan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri berkenaan dengan suntikan dana RM2 bilion oleh kerajaan pusat bagi pengambilalihan saham syarikat konsesi. Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat akan membenarkan Putrajaya meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2. Selain itu, kerajaan negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor. Ekoran pengambilalihan tersebut, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor yang akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB). Kerajaan Selangor menjangkakan pengambilalihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan. Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli bahawa pimpinan Pakatan Rakyat tidak dimaklumkan mengenai perkara itu, Zaid berkata tidak menjadi satu kesalahan jika Abdul Khalid tidak berbuat demikian.

"Tindakan Abdul Khalid itu tepat kerana ia dilakukan atas kapasiti beliau sebagai menteri besar. Justeru beliau tidak perlu memaklumkan mengenainya kepada parti. "Malah saya sebagai orang yang lama menetap di Selangor pun rasa lega dan gembira. Sekurang-kurangnya krisis air di negeri ini dapat diselesaikan," katanya. Jelas Zaid, beliau yakin pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor sudah sedia maklum mengenai perkara itu cuma mereka tidak bersetuju perjanjian itu ditandatangani. - star

Apalah nasib orang yang tak ada air, memang teruk beb! Terutama yang tinggal di apartment, flat, atau kondominium. Macam mana nak tadah air hujan? Harap ada penyelesaian. Tan Sri Khalid selesaikan masalah negeri ni secepat mungkin. Apa salahnya mengalah, demi tanggung jawap dan amanah, jalankanlah tugas dengan sebaiknya. Kesianlah pada kanak-kanak, aku tengok penat balik dari sekolah dah kena angkat air dalam baldi. Ibu mengandung, ibu yang ada anak-anak kecil. Cuba rasa sendiri betapa azabnya tak ada air. Feredea pun ada anak kecil memang lah penat angkat air. Budak kecil mesti nak kena bersih, kalau tak nanti kena jangkitan. Cepat-cepatlah selesaikan masalah ini.

Penaja

Guantanamo Along


Kuala Lumpur: “Dalam keadaan tangan atau kaki dirantai, saya disepak terajang, dipukul dengan kayu, besi atau tali pinggang, kuku kaki dicabut menggunakan playar. Tidak cukup dengan itu, kemaluan turut dihentak dengan objek tumpul.

“Saya tidak dibenarkan menjamah makanan sebaliknya penyeksaan itu dilakukan konco along hampir 24 jam secara bergilir-gilir setiap hari...ia bagaikan neraka dunia,” kata Ah Kim, 39, seorang daripada mangsa along yang dikurung dalam ‘penjara’ ciptaan kumpulan lintah darat itu bagi mereka yang gagal melunaskan hutang. Menurutnya, dia menggelarkan penjara along itu sebagai ‘Guantanamo along’ kerana konsep penyeksaan kejam dilakukan kumpulan terbabit terhadap peminjam sepertinya.

Ah Kim yang juga peniaga sayur mendakwa mula meminjam wang RM3,000 daripada lintah darat itu pada 2009. “Ikutkan (perjanjian), saya diarahkan membayar RM100 setiap hari sehinggalah hutang selesai. Selepas enam bulan, perniagaan mula merosot dan disebabkan itu, bayaran mula tertunggak. Disebabkan itu, kadar bunga mula meningkat dan mencecah RM13,000. - hmetro

Kesian sebenarnya pada mereka yang meminjam dengan along. Kadang-kadang mereka tak sedar, selalu sangat ada iklan along, peminjam berlesen. Sebelum pinjam dipenuhi dengan janji manis tapi selepas tu...hampeh! Bank yang paling mesra alam, bank RHB. Sepatutnya semua bank buat macam RHB, jadi orang tak la nampak sangat nak pinjam dengan along. 

Penaja
Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan


Wednesday, February 26, 2014

Lelaki yang didakwa menyembelih anak bongsunya mengaku masih sayang pada anak-anak

KAJANG - Lelaki yang didakwa menyembelih anak bongsunya serta mencederakan dua lagi anak perempuannya memberitahu Mahkamah Majistret di sini semalam bahawa dia menyayangi anak-anaknya itu.

Norazman Mohammad, 43, yang hadir ke mahkamah semalam dengan keadaan kepala masih berbalut membuat pengakuan tersebut dengan tenang di hadapan Majistret A. Jalil Salam Muhammad.- kosmo
https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Katrina_Kahfi?id=HFLLAgAAQBAJ
Semoga dia insaf di dalam penjara. Semua manusia tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Tapi bila kita bertaubat dan insaf, walau segunung dosa Allah akan ampunkan kecuali dosa syirik. Sebagai bapa kita hendaklah sentiasa menjaga amanah anak dengan baik. Ada orang tak ada anak, dia senang-senang sembelih anak. Adus tak tahu betapa siksanya kematian anak tu. Semoga rohnya dicucuri Allah. Semuanya akan dituntut dan disoal di hari pembalasan. Bertaubatlah sebelum terlambat.




Life Aleesya dengan Papa



https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Power_Misteri_Nelayan_Terperangkap_di_Alam?id=8AJ8AgAAQBAJ
Semestinya “stress” untuk menjadi manusia yang bernama Engku Emran sekarang ini. Setelah berkongsi beberapa gambar anaknya Engku Aleesya di akaun Instagram, sebuah laman blog hiburan menggunakan gambar tersebut dengan tujuan menunjukkan kononnya Engku Aleesya bersedih tanpa ibunya (Erra Fazira) di sisi. Menariknya Engku Emran menggunakan teknik “sindiran” untuk menepis dakwaan tak masuk akal itu. - abang nara

Anak mana yang suka tengok ibubapa bercerai. Kalau kita tanya diri kita sendiri, tak ada ramai yang suka tengok ibubapa bercerai. Semoga Aleesya tabah menghadapi ujian sewaktu dia masih lagi kecil dan perlukan bimbingan dari ibubapa. 
Penaja


Hormat Tempoh Edah, Adegan Intim Awie & Erra Fazira Dikurangkan

KUALA LUMPUR: Pengarah Konsert Teaterikal Suara Kita Erma Fatima menghormati permintaan Erra Fazira agar adegan intim melibatkan dia dengan Awie dikurangkan dalam teater berkenaan.

Erma berkata, dia memahami situasi Erra yang sedang dalam tempoh edah selama tiga bulan selepas perceraiannya selain dia juga tidak mahu beraksi secara berlebihan pada pementasan itu nanti.

"Sebagai pengarah saya mahu melihat mereka ikut semua babak-babak daripada filem asal dalam pementasan ini termasuk adegan romantik supaya penonton dapat merasai seperti mana mereka menonton filem Sembilu 20 tahun lalu.

"Bagaimanapun dengan tempoh edah yang sedang dilalui Erra, saya hormati permintaannya untuk mengurangkan babak intim kerana ingin menjaga batas sepanjang tempoh itu," katanya kepada mStar Online. Erma ditemui ketika sesi latihan teater tersebut di Istana Budaya pada Selasa.

Selain Erra dan Awie, Konsert Teaterikal Suara Kita turut menampilkan Ziana Zain dan ia bakal berlangsung pada 3 hingga 9 Mac depan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Pada 18 Februari lalu Erra, 40, mengejutkan peminat dunia hiburan apabila dia dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39, bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, dekat sini selepas tujuh tahun hidup bersama.

Dalam pada itu, Erra berkata, dia lega apabila Erma memahami keadaan itu walaupun pada mulanya dia sukar untuk berbuat demikian kerana bimbang permintaan itu akan menyusahkan semua pihak yang telah menyusun perancangan.Jelas Erra, selain ingin menjaga batas selepas bercerai dia juga tidak mahu ada sesetengah pihak tersalah anggap berhubung aksinya dengan Awie di atas pentas nanti.

"Sebelum membuat keputusan itu kami duduk berbincang terlebih dahulu dan mujur Erma memahami," katanya.

Dalam pada itu, Erra mengakui agak penat sepanjang menjalani latihan teater berkenaan kerana perlu mempersiapkan diri dari segi lakonan, nyanyian dan tarian.

Bagaimanapun dia yakin dapat memberikan persembahan terbaik untuk peminat mereka pada pementasan itu nanti.

"Paling saya bimbang kerana perlu menyanyi secara 'live' dan sudah lama tidak berbuat demikian membuatkan saya sedikit gementar," ujarnya. - mstar

Memang betul apa yang Erra cakap, tapi seelokknya teater ni, di buat selepas Erra habis iddah itu yang sebaiknya. Memang tak salah seorang isteri yang telah diceraikan keluar untuk mencari nafkah, tapi kareer seni terutama berganding dengan Awie boleh mengundang fitnah dan mengata sesama islam. Kalau dah tak boleh elak nak buat camne, flyer, advertising pun bukannya senang nak tukar kalau dah ikut dengan schedule yang telah ditetapkan. Harap semuanya faham dengan situasi Erra. 

Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

Bengkel Drama Festival KL







Teringat masa Drama Festival KL, Feredea ingin menulis tentang bengkel ini. Bengkel ini ada 4 module selama dua hari. Aku pergi ke dua hari. Tapi yang rasa terkilan kena pula pilih nak pergi bengkel yang mana.
Sebab ada bengkel yang berjalan serentak selama dua hari. Antara nak belajar dengan Fawziah Nawi dan Erma Fatima mana yang korang pilih? Nak Belajar dengan dengan Rosyam Nor atau Kabir Bakhtiar?
Kalau diberikan pilihan aku nak belajar semua. Bukan senang nak menuntut ilmu dengan otai-otai ni, kebanyakannya masa mereka memang padat dan mereka kesuntukan masa.
Biasalah kalau orang yang banyak duit, memang tak banyak masa. Tapi kalau orang yang sentiasa available aja tu korang tahu je la income diorang macam mana huhuhu.

Aku dapat suntikan semangat motivasi sewaktu belajar dengan Rosyam Nor, dia banyak berikan kata-kata semangat supaya kita terus tingkatkan kejayaan. Tengoklah pelakon-pelakon lain yang seangkatan dengan dia, tah mana pergi hilang populariti dan dah tak dapat tawaran belakon ada juga yang tak meniaga apa-apa. Jadi tinggal kenangan saja. Tapi Rosyam Nor selain dari tingkatkan populariti dia juga banyak buat bisnes sana sini. Pendek kata semuanya duit beb. Tahniah Rosyam Nor, Eh! Dato Rosyam Nor kerana berjaya menjadi multi millionaire Malaysia.

Aku sempat buat buku dari hasil pembelajaran aku bersama dengam Umie Aida dan Rosyam Nor. Rosyam Nor banyak bercakap tentang cara nak maintain populariti, nak buat branding. Tapi ada kalanya masa dah singkat dia asyik nak buat cerita aja untuk menghiburkan kami, tapi sebenarnya kami nak ilmu. Umie Aida memanglah boring, agaknya dia tak bersedia nak cakap apa masa presentatation, tapi yang menariknya dia cakap semunya fakta dan pengalaman. Apa yang paling penting adalah tip dan cara-cara nak berlakon dan menjimatkan masa dan tenaga. Klik kalau nak baca primadona ni. hehe
https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Seni_Lakonan?id=WT_nAgAAQBAJ


Tuesday, February 25, 2014

Gambar Artis Karpet Merah Drama Festival KL



cutenya anak Nabila Huda
Anugerah Drama Festival ini banyak menampilkan artis-artis yang baru dalam industri filem. Mula-mula masuk jadi pelakon extra, lama-lama sudah ada ramai follower boleh la ke artis yang utama. Selamat mencuba semua. 

https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Seni_Lakonan?id=WT_nAgAAQBAJ
Pada sesiapa yang berminat nak menceburi bidang lakonan. Feredea dah belajar dari Kak Umie Aida. Memang sukar sebenarnya jadi pelakon ini. Ia adalah satu kesenian. Kalau macam tak ada bakat tapi nak mencuba jadi pelakon, belajar dulu seni lakonan, nanti pergi audition tak lepas, habis masa saja datang jauh-jauh. Boleh la baca buku ini

Buat Pembedahan Hidung Sahaja RM50 000

https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Katrina_Kahfi?id=HFLLAgAAQBAJ
Kuala Lumpur: Tuntutan kerjaya yang mahukan selebriti sentiasa berwajah cantik walaupun usia semakin meningkat membuatkan kebanyakan daripada mereka berbelanja besar untuk mencantikkan wajah.

Tidak hairanlah ada yang sanggup membelanjakan sehingga lebih RM50,000 untuk mendapatkan hidung yang lebih cantik apabila hidung asal ‘rosak’ kerana tercedera atau mengalami masalah kesihatan.Temu bual Harian Metro dengan beberapa selebriti yang memang menampakkan perubahan wajah yang ketara berbanding sebelum ini mendapati memang mereka berbelanja besar untuk kelihatan terus cantik, malah lebih menarik atau tampan daripada ketika usia muda.

Penyanyi, Winnie Kok atau Winnie K mengaku terpaksa melakukan pembedahan hidung di Korea dengan kos lebih RM50,000.Bagaimanapun, katanya, pembedahan itu terpaksa dilakukan selepas hidungnya senget teruk akibat jatuh ketika membuat persembahan di pentas dua tahun lalu. - kosmo

Sebenarnya manusia ni terutama perempuan tak akan puas hati dalam soal kecantikan wajah. Kadangkala kita dah tengok dia memang cantik, tapi pergi lagi buat pembedahan plastik beberapa kali. Sebenarnya kecantikan dalaman itulah yang patut diberikan keutamaan. Luaran tak akan kekal selamanya. 

Penaja

Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan


Dengkel 1 Bulan Tak ada Air

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor mengumumkan untuk melaksanakan catuan bekalan air di seluruh negeri mulai hari ini bagi menangani masalah penyaluran air di kawasan yang terjejas terutamanya di Batu 11, Cheras dan Bukit Tampoi, Dengkil. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, melalui program itu, kawasan yang terbabit akan mendapat bekalan air selama dua hari diikuti catuan bagi dua hari berikutnya. Menurut beliau, tempoh catuan air itu akan diteruskan sehingga ke satu masa yang sesuai dengan jangkaan ia berlarutan sehingga penghujung Mac depan. - kosmo

https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Power_Misteri_Nelayan_Terperangkap_di_Alam?id=8AJ8AgAAQBAJ
Feredea baru je dengar radio, tadi ada orang komplen tak ada AIR!!!! marah betul. Yelah! siapa yang tak marah kalau balik rumah tiba-tiba tak ada air dan berlarutan sampai SEBULAN. Sebulan okay...lama tu...
Kita sebagai rakyat biasa ni, tak kisah siapa yang nak dapat projek bekalan air Selangor dari parti A atau B, apa yang penting keperluan asas tu, janganlah abaikan. Kesianlah pada penduduk....Terutama yang ada anak-anak yang masih lagi sekolah dan masih lagi kecil. 

Monday, February 24, 2014

Mark Adam Berhijrah ke Malaysia Mencuba Nasib Bidang Nyanyian

Bercerita lebih lanjut mengenai koleksi lagu yang ditulis dan dicipta sendiri oleh Mark, guru vokal The Singing Shop itu memberitahu dia kini memiliki lebih 100 buah lagu yang disimpan sejak zaman remaja hingga sekarang.

"100 buah lagu itu menunggu masa untuk dirakamkan dalam format studio. Setiap kali saya mempunyai idea untuk menulis atau berkarya, saya akan merakamkan lagu saya menerusi telefon saja. "Ia kemudian disimpan dalam bentuk digital, mana tahu suatu masa nanti boleh dipakai. Biasanya lagu-lagu yang saya cipta menceritakan mengenai kehidupan dan pengalaman saya sehari-hari.

"Kadang-kadang kalau selalu berimaginasi pun boleh timbul idea untuk mencipta lagu," tambahnya. 
https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Katrina_Kahfi?id=HFLLAgAAQBAJSelepas meninggalkan tanah airnya, Pulau Cebu, Filipina, untuk berhijrah ke Malaysia lebih 13 tahun lalu, Mark mengakui dia masih mempunyai masalah untuk bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih. "Guru saya adalah isteri saya. Selama ini saya tidak pernah mengikuti mana-mana kelas vokal. Malah sampai sekarang saya ada masalah untuk menyebut beberapa perkataan bahasa Melayu. "Paling sukar adalah untuk saya menyebut perkataan 'melekat' dalam lagu Pencuri. Walau diajar berulang-ulang kali pun memang susah untuk saya sebut perkataan itu," jelasnya. - kosmo

Beruntung kalau pandai cipta lagu, gubah lagu dan pandai bermain muzik dan punyai suara vokal yang mantap. Rupa paras pun hansem. Mesti dia boleh pergi jauh dalam industri hiburan. Semuanya terpulang pada diri sendiri tak kira asal mana dari Filipina, Indonesia, Singapura, rakyat Malaysia ni semuanya baik-baik hati. Sesiapa saja boleh berjaya di Malaysia asalkan pandai ambil hati, bekerja keras dan berbakat.

Para penunjuk perasaan yang menceroboh kediaman Presiden Ukraine, Viktor Yanukovich terpegun dengan gaya hidup mewah


KIEV - Para penunjuk perasaan yang menceroboh kediaman Presiden Ukraine, Viktor Yanukovich terpegun dengan gaya hidup mewah pemimpin berkenaan selepas mendapati hartanah itu mempunyai sebuah zoo, berpuluh koleksi kereta antik dan sebuah kapal layar, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Kediaman Yanukovich yang terletak di Mezhyhirya kira-kira satu jam perjalanan dari Kiev diserbu para penunjuk perasaan selepas pasukan keselamatan meninggalkan hartanah tersebut.

Yanukovich melarikan diri ke sebuah lokasi rahsia selepas kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan menawan bangunan Parlimen dan beberapa institusi pentadbiran sebagai usaha menubuhkan sebuah kerajaan sementara.

Para penunjuk perasaan hampir tidak percaya apabila melihat hartanah berkeluasan 140 hektar itu yang lengkap dengan sebuah zoo, sebuah garaj kereta antik, sebuah kapal layar, rumah tetamu, pad pendaratan helikopter dan padang golf.

Kediaman milik pemimpin itu juga dilengkapi dengan perhiasan mewah sedangkan rakyat negara berkenaan hanya mempunyai pendapatan purata kurang £300 (RM1,600) sebulan.

"Kami tidak sangka Yanukovich semewah ini dan beliau juga sangat melampau kerana menggunakan wang rakyat yang miskin seperti kami dengan sewenang-wenangnya,'' kata seorang penunjuk perasaan, Serhiy Remezovsky.

Krisis di Ukraine bermula selepas kerajaan pimpinan Yanukovich enggan menandatangani Perjanjian Hubungan Ukraine-Kesatuan Eropah pada November lalu kerana beliau lebih berminat menjalinkan hubungan dengan Rusia.

Siri protes antikerajaan semakin memuncak apabila beribu-ribu penunjuk perasaan bertempur dengan pihak polis pada minggu lalu mengakibatkan hampir 100 orang terbunuh.

Dalam perkembangan terbaru, Parlimen negara itu semalam memecat Yanukovich kerana didakwa bertanggungjawab dalam kejadian terburuk dalam sejarah negara itu. - Agensi

Kat dunia ni kalau nak cepat kaya dengan cara menipu dan menabur janji-janji manis guna politik. Kalau pandai bercakap, tapi malas buat kerja pun tak mengapa. Tak kiralah dia dari parti mana, guna pendekatan nasional atau agama, semua bermatlamat nak cepat senang. Tapi tak dinafikan ada sesetengah yang berjuang demi agama, demi bangsa. Tapi kalau dah poket kosong, berkempen sana sini, mestilah nak penuhkan poket juga kan...

Siapakah Pemenang Anugerah Drama Festival KL?

KUALA LUMPUR: Drama berjudul Love You Mr Arrogant arahan Eoon Suhaini diumumkan sebagai Drama Pilihan pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang berlangsung di Hotel Royale Chulan di sini, malam Sabtu.

Drama 26 episod ini turut mengangkat pelakon lelaki utama Azlee Khairi sebagai Pelakon Lelaki Pilihan.


Drama yang berjaya menarik tontonan lebih 4.6 juta penonton itu juga melayakkan gandingan Azlee Khairi dan Zara Zya dipilih sebagai Hero dan Heroin Pilihan.

Manakala, Nur Fathia Latif memenangi kategori Pelakon Wanita Pilihan menerusi drama Diandra.

Sementara pengarah drama Sebenarnya Saya Isteri Dia, Raja Ahmad Alauddin diumum sebagai Pengarah Pilihan.

Anugerah DFKL yang pertama kali dianjurkan rangkaian televisyen Media Prima Berhad, TV3 dan TV9, membuka undian kepada penonton di laman web DFKL sejak 1 Januari hingga 21 Februari lalu bagi memilih pemenang untuk tujuh kategori utama yang dipertandingkan.

Pemenang tujuh kategori utama membawa pulang trofi.

Undian terbabit turut memilih drama Sebenarnya Saya Isteri Dia sebagai Barisan Pelakon Pilihan.

Manakala penulis skrip drama Dalam Setiap Sujud, Mufid Suhaimi dipilih sebagai Penulis Skrip Pilihan.

Selain kategori utama, DFKL turut mempertandingkan Drama Pendek Terbaik yang diadili oleh juri profesional yang memilih drama Singh Susu arahan Azmir Affendi sebagai juara dan meraih hadiah wang tunai RM10,000.

Manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi drama Gadis Payung Merah arahan Al Hafiz Burhanuddin dan drama Kawan arahan Wesley Tan dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan RM3,000.

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur dihoskan oleh Zulin Aziz dan Sherry Al Hadad.

Majlis tersebut turut dihiburkan dengan persembahan Awie, Erra Fazira, Nomad, Kumpulan Bocey, Black dan Jaclyn Victor.

Anugerah DFKL ini bertujuan mengiktiraf drama-drama pilihan penonton yang dipilih berdasarkan kadar tontonan tertinggi di semua slot drama TV3 dan TV9 sepanjang tahun 2013.

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur disiarkan secara langsung menerusi TV3.

Senarai penuh pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur:

Drama Pilihan: Love You Mr Arragant

Pelakon Lelaki Pilihan: Azlee Khairi

Pelakon Wanita Pilihan: Zara Zya

Pengarah Pilihan: Raja Ahmad Alauddin (Sebenarnya Saya Isteri Dia)

Penulis Skrip Pilihan: Mufid Suhaimi (Dalam Setiap Sujud)

Barisan Pelakon Pilihan: Sebenarnya Saya Isteri Dia

Pasangan Serasi Pilihan: Azlee Khairi dan Zara Zya (Love You Mr Arrogant)

Drama Pendek: Singh Susu, Gadis Payung Merah dan Kawan

Tahniah pada yang menang.

Penaja
Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

Sunday, February 23, 2014

Tips Cara Agar Cepat Hamil

Kehamilan dan mendapatkan keturunan merupakan sebuah harapan yang besar bagai pasangan suami isteri, khususnya bagi mereka yang baru saja melangsungkan pernikahan. Hadirnya buah hati dalam kehidupan keluarga menambah lengkap suasana. Momen tatkala hasil test kehamilan menunjukkan postif, adalah sebuah moment yang sangat dinanti oleh pasangan suami isteri bagi mereka yang mendambakan hadirnya generasi penerus keluarga.

Namun ada kalanya, harapan akan mendapatkan kehamilan dan keturunan terasa mulai sirna tatkala kehamilan yang ditunggu-tunggu belum datang juga. Stress dan putus asa banyak menghinggapi pasangan suami isteri yang telah lama menanti. Kadang kondisi ini banyak membuat sebuah keluarga menjadi tidak harmonis dan akhirnya terjadi perceraian gara-gara kasus ini. Sebetulnya banyak kasus yang menyebabkan sulitnya sebuah pasangan suami isteri untuk mendapatkan keturunan, di mulai dari adanya penyakit, gangguan hormonal, gangguan sistem reproduksi dan berbagai macam hal lainnya yang tentunya hal ini perlu dilakukan pemeriksaan dan pengobatan lebih lanjut untuk mengatasinya. Namun ada kalanya juga seorang pasangan suami isteri sulit untuk cepat hamil dikarenakan kurangnya pengetahuan dasar mengenai kehamilan, sehingga kehamilan yang di nanti belum datang juga.

Berikut beberapa tips yang dapat dilakukan bagi pasangan suami isteri agar cepat mendapatkan kehamilan:
Berdoa Kepada Yang Maha Kuasa

Manusia hanyalah bisa merencanakan dan berusaha, sedangkan yang menentukan semuanya tentulah Tuhan. Oleh karena itu lengkapi usaha anda dengan berdoa kepada-Nya, agar diberkahi secepatnya karunia kehamilan. Doa begitu kuat, yang mampu mewujudkan sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin. Jadi, berdoalah!

Periksakan Kondisi Kesehatan Anda

Hal pertama yang perlu dilakukan adalah melakukan pemeriksaan kesehatan yang mencakup kesehatan tubuh anda sendiri, mengenai sistem reproduksi anda, tingkat kesuburan dan hal lainnya kepada ahlinya. Periksakan hal ini baik suami maupun isteri. Hal ini merupakan modal penting untuk terjadinya kehamilan dan  untuk diketahui oleh pasangan suami isteri, karena jika terjadi kendala pada hal tersebut, tentunya diperlukan perawatan dan pengobatan lebih lanjut dan bukan hanya sekedar tips. Jika setelah diperiksakan dan dinyatakan kondisi anda dan pasangan anda sehat, maka mungkin tips selanjutnya bisa bermanfaat dan dapat anda lakukan.

Menerapkan Pola Hidup Sehat

Hal lain yang tidak kalah penting adalah menerapkan pola hidup sehat. Inilah yang harus anda perhatikan :

Jika kebetulan anda atau suami perokok, sebaiknya menghentikan merokok. demikian juga dengan kebiasaan meminum alkhohol. meminum alkohol sedikit pun mengurangi peluang kehamilan hingga 50 %

Pastikan Berat Badan Anda Tidak Kurang/Tidak Lebih (ideal) karena berat badan yang kurang/lebih selain bisa mempersulit pembuahan, juga menjadi masalah saat anda hamil. Sedangkan bagi pria, kekurangan berat badan bisa mengurangi pembentukan sperma. Rajin Olahraga, dengan demikian kondisi badan anda selalu fit dan dalam proses pembuahan pun akan lebih besar terjadi. Pola Makan Bergizi Seimbang dalam mengkonsumsi makanan sarat gizi yang diperlukan untuk mendapatkan kehamilan sehat kelak.

Ketahui Masa Subur Anda

Masa subur ditandai oleh kenaikan Luteinizing Hormone secara signifikan sesaat sebelum terjadinya ovulasi (pelepasan sel telur dari ovarium). Kenaikan LH akan mendorong sel telur keluar dari ovarium menuju tuba falopii. Didalam tuba falopii ini bisa terjadi pembuahan oleh sperma. Masa-masa inilah yang disebut masa subur, yaitu bila sel telur ada dan siap untuk dibuahi. Sel telur berada dalam tuba falopi selama kurang lebih 3-4 hari namun hanya sampai umur 2 hari masa yang paling baik untuk dibuahi, setelah itu mati.

Untuk mengetahui cara menghitung masa subur anda, lengkapnya silahkan baca artikel kami:

Menghitung Masa Subur

Ketahui dan Hindari Masalah-Masalah Kesuburan (Infertilitas)

Masalah kesuburan terjadi akibat terganggunya sistem reproduksi pada wanita dan terjadinya penurunan kualitas dan kuantitas sperma pada pria. Sebuah penelitian menyatakan bahwa masalah kesuburan terjadi pada 40% akibat perempuan, 40% akibat laki-laki dan 30% akibat keduanya.

Banyak pakar kesuburan yang berpendapat bahwa posisi pria di atas saat berhubungan badan memberikan peluang terbaik bagi terjadinya kehamilan. Agar lebih efektif, wanita bisa mengganjal pinggulnya dengan bantal sehingga serviks-nya bisa menampung banyak sperma. Usahakan setelah ejakulasi antar pasangan terjadi, selama 10-20 menit agar wanita tetap dalam posisi berbaring. Janganlah beranjak dulu dari sikap tiduran ini karena dalam menit waktu ini cairan semen akan mencair, dan jika wanita bangkit cairan semen akan mengalir kembali ke vagina dan suasana asam membuat sperma melemah dan mati. Hal ini juga merupakan suatu supaya agar kesuburan seorang wanita dapat terjaga dengan baik.

Hadirkan suasana Santai Saat Berhubungan

Kegiatan berhubungan suami isteri ini selayaknya dilakukan dalam suasana yang santai dan juga romantis. Saat masa subur tiba dan direncanakan untuk berhubungan intim, sediakanlah waktu yang cukup. Jika selesai aktifitas dari suatu pekerjaan, istirahatlah terlebih dahulu untuk memberi waktu menyegarkan tubuh. Mandi bisa jadi suatu cara agar tubuh menjadi segar kembali. Jagalah mood dan bersikaplah santai, jangan terlalu stres dalam melakukan hubungan seksual, misalnya memikirkan apakah”kegiatan” kali ini akan membuahkan suatu kehamilan.

Ketahui Mengenai Pengetahuan Dasar Terjadinya Kehamilan

Hal ini juga penting diketahui oleh pasangan suami isteri agar dapat dijadikan sebagai gambaran untuk mendapatkan kehamilan. Mengetahui seberapa banyak jumlah sperma normal, kondisi serviks saat masa subur, berapa lama sperma mencapai sel telur dsb. Lengkapnya mengenai proses terjadinya kehamilan, dapat di baca melalui artikel di bawah ini:

Terjadinya Kehamilan
Minum Vitamin

Untuk cepat hamil, konsumsi vitamin maupun jenis makanan mengandung zat-zat dibutuhkan untuk kesuburan sangatlah penting untuk Anda dan pasangan. Vitamin C, salah satunya, dapat meningkatkan kualitas sperma. Mengkonsumsi 1000 mg dan 10 mcg vitamin D atau Vitamin E dapat meningkatkan kesuburan pria dan wanita. Dan wanita yang mengkonsumsi asam folat memiliki kesempatan hamil yang lebih baik dibanding mereka yang tidak mengkonsumsinya. Asam folat juga berperan penting dalam pembentukan tabung otak sang janin kelak. - revina

Sumber : Tips Cara Agar Cepat Hamil http://bidanku.com/tips-cara-agar-cepat-hamil#ixzz2u8i71b6H


Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas