Tuesday, February 11, 2014

Betulkah Kalau Jodoh, Mukanya Mirip?

Pepatah dari  Indonesia ada mengatakan -  “ kalau jodoh, mukanya mirip” yang membawa maksud yang kita selalunya akan bertemu jodoh dengan orang yang ada iras dengan kita. Malah, penyelidikan saintifik juga telah membuktikan bahawa , pasangan yang telah lama hidup bersama akan mula menyerupai wajah  pasangan mereka.Berdasarkan pemerhatian ini, seorang jurugambar dari Indonesia Christina Phan atau Yaya telah mencipta siri foto yang  telah dipamerkan dalam pameran solo pertama beliau yang dipanggil “ Eksposisi Satu,” di Galeri Seni Halus Marsio di Menteng.

https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Katrina_Kahfi?id=HFLLAgAAQBAJMenurut Yaya, beliau berasa tertarik melihat bagaimana setiap ahli keluarga boleh mempunyai mulut yang berbentuk sama atau bagaimana pergerakan seorang anak dan ibunya boleh menjadi sama. Yaya turut menambah yang apabila mencari cinta, seseorang itu akan mencari yang mempunyai persamaan dengan diri mereka,yang mereka rasa serasi dengan mereka. Kajian saintifik juga turut menyokong bahawa terdapat proses penyesuaian di antara pasangan yang dicerminkan melalui wajah mereka.

Dalam pameran beliau, Yaya telah mengambil potret wajah 26 pasangan, kemudian beliau menggabungkan separuh wajah pasangan dengan pasangan mereka sendiri menjadi 1 montaj. Hasil yang didapati sangat mengejutkan, dalam beberapa kes, gabungan wajah yang dihasilkan begitu seiras sekali sehingga rasa sukar untuk dpercayai. Pastinya terdapat perbezaan dari segi ciri-ciri wajah seperti wajah lelaki mungkin sedikit keras dan kening perempuan lebih terbentuk, namun bila diteliti pandangan mata kedua-duanya , penjelasannya adalah – ini adalah soulmates.

Tambah menarik lagi, apabila pasangan yang berkahwin dengan pasangan yang berlainan bangsa turut mengalami fenomena yang sama.  Seorang lelaki Indonesia dan isterinya yang berasal dari Perancis mempunyai hidung, rahang dan gigi yang sama.  Yaya turut menyatakan bahawa  ketika beliau melaksanakan projek tersebut, persamaan wajah pasangan yang digabungkan begitu menakjubkan sehingga mengejutkan beliau. Beliau berharap bahawa projek ini akan akan menjadi refleksi yang baik kepada pasangan-pasangan ini untuk lebih memahami konsep ‘soulmates. Keputusan projek-projek ini juga turut sama mengejutkan pasangan-pasangan yang dieksperimentasi. - wanista.com

Tapi kalau wajah pasangan anda tak sama sekali, jangan lah cepat mengalah pulak. Ini adalah salah satu experiment saja. Kalau dah tak ada jodoh, wajah seiras macam mana pun, macam pelanduk dua serupa pun tak akan menjadi.


Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas