Monday, February 10, 2014

Baby Sindeket Minta Sedekah


Kuala Lumpur: Kehadiran bayi dan kanak-kanak dipangku pengemis khususnya warga asing bagi menagih simpati orang ramai terutama di sekitar Lembah Klang yang dilihat bersikap pasif menimbulkan tanda tanya, mungkinkah bayi dan budak malang itu sudah diberi bahan khayal?

Tinjauan Harian Metro mendapati kebanyakan kanak-kanak berusia lingkungan 12 tahun ke bawah itu berada dalam keadaan longlai dan diam walaupun dipangku atau diriba berjam-jam dan ini sangat meragukan berbanding keadaan normal budak seusia mereka yang aktif dan ceria.Lebih menimbulkan persoalan apabila si comel dikendong pengemis yang diragui sama ada anak mereka atau bukan di merata-rata tempat termasuk di kawasan sibuk di ibu kota dan pasar malam di pinggir bandar raya itu kedudukannya sentiasa terbaring seperti memang sudah dilatih sebegitu.Modus operandi pengemis mengendong anak menyusu botol dan tidur sambil menggoncangkan baldi kecil yang berisi syiling sudah semestinya mengundang simpati.  -metro

Feredea memang rasa sangat simpati pada budak kecil yang masih lagi tak mengenal dunia, jadi mangsa sindiket peminta sedekah. Kesian tengok...pernah satu hari pergi pasar malam jumpa dengan perempuan dan budak camni, tengok baby tu hidup lagi tapi macam dah tak bermaya. Kesian sangat. Kalau kita sebagai orang awam bagi duit, gejala ni semakin banyak berleluasa. Lagi ramai budak yang akan jadi mangsa.
Pada pihak yang bertanggungjawap ...TOLONG!!! BUAT KERJA.!!!! Benci dengan pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan yang dapat gaji BUTA!!! Tak kisah la bukan warga negara pun, tapi dia masih lagi kanak-kanak. Selamatkanlah budak-budak ini jadi mangsa. Saya pernah pergi London tak ada kes-kes macam ni, tak kira warga negara asing, mereka akan tolong kanak-kanak. Itu bukan negara islam, tapi kita ni, nama aja negara islam tapi sesama islam pun buat tak pandang. Pada pihak yang bertanggungjawap tolonglah pergi pasar-pasar malam, cari diorang ni, masukkan ke dalam rumah perlindungan atau kebajikan. Kat sini lah mereka selalu beroperasi. Tak kan tak cukup pegawai kebajikan yang nak pergi pasar malam? Kalau bukan bahagian kebajikan pun tak apa, asalkan ada rasa tanggungjawap nak selamatkan kanak-kanak jadi mangsa sindiket minta sedekah ni. Kalau kena kat anak sendiri baru tahu...

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas