Wednesday, February 26, 2014

Bengkel Drama Festival KL







Teringat masa Drama Festival KL, Feredea ingin menulis tentang bengkel ini. Bengkel ini ada 4 module selama dua hari. Aku pergi ke dua hari. Tapi yang rasa terkilan kena pula pilih nak pergi bengkel yang mana.
Sebab ada bengkel yang berjalan serentak selama dua hari. Antara nak belajar dengan Fawziah Nawi dan Erma Fatima mana yang korang pilih? Nak Belajar dengan dengan Rosyam Nor atau Kabir Bakhtiar?
Kalau diberikan pilihan aku nak belajar semua. Bukan senang nak menuntut ilmu dengan otai-otai ni, kebanyakannya masa mereka memang padat dan mereka kesuntukan masa.
Biasalah kalau orang yang banyak duit, memang tak banyak masa. Tapi kalau orang yang sentiasa available aja tu korang tahu je la income diorang macam mana huhuhu.

Aku dapat suntikan semangat motivasi sewaktu belajar dengan Rosyam Nor, dia banyak berikan kata-kata semangat supaya kita terus tingkatkan kejayaan. Tengoklah pelakon-pelakon lain yang seangkatan dengan dia, tah mana pergi hilang populariti dan dah tak dapat tawaran belakon ada juga yang tak meniaga apa-apa. Jadi tinggal kenangan saja. Tapi Rosyam Nor selain dari tingkatkan populariti dia juga banyak buat bisnes sana sini. Pendek kata semuanya duit beb. Tahniah Rosyam Nor, Eh! Dato Rosyam Nor kerana berjaya menjadi multi millionaire Malaysia.

Aku sempat buat buku dari hasil pembelajaran aku bersama dengam Umie Aida dan Rosyam Nor. Rosyam Nor banyak bercakap tentang cara nak maintain populariti, nak buat branding. Tapi ada kalanya masa dah singkat dia asyik nak buat cerita aja untuk menghiburkan kami, tapi sebenarnya kami nak ilmu. Umie Aida memanglah boring, agaknya dia tak bersedia nak cakap apa masa presentatation, tapi yang menariknya dia cakap semunya fakta dan pengalaman. Apa yang paling penting adalah tip dan cara-cara nak berlakon dan menjimatkan masa dan tenaga. Klik kalau nak baca primadona ni. hehe
https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Seni_Lakonan?id=WT_nAgAAQBAJ


No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas