Monday, February 3, 2014

Novel Katrina Kahfi Sudah Siap

Katrina Kahfi




Penulis

Feredea

Sinopsis

1960. Katrina seorang remaja perempuan yang tersilap langkah. Masalah keluarga yang menghimpit dirinya menyebabkan dia memberontak keluar dari rumah dalam mencari suatu erti kedamaian. Lantas dia terjebak dengan sindiket pelacuran remaja wanita. Nasibnya berubah apabila dapat lepaskan diri dari belenggu rumah pelacuran. Pelarian Katrina terhenti apabila dia nampak sebuah gua untuk mencari perlindungan. Pertemuan dengan Kiai Habib adalah suatu yang tidak dirancang akan terjadi pada dirinya. Di dalam gua dia belajar mengenal Pencipta dan memuhasabah diri bersama Kiai Habib. Tiba masanya dia akan keluar dari gua dan mulakan hidup baru yang lebih bermakna dan bermanfaat pada dirinya.
Tapi ada sesuatu yang aneh berlaku. Zaman sudah berubah. Dia perlu sesuaikan dirinya yang baru berada di tahun 2014. Dalam perjalanan merintasi masa, cucu saudaranya Aliff terpikat pada Katrina yang masih lagi muda, tapi dia terpaksa mengelak dari perkahwinan terancang.
Setiap manusia sudah diberikan masa tertentu untuk terus hidup, tiba ajal tiada siapa yang boleh mengelak walau apa jua kelebihan yang dia ada.  Katrina cuba gunakan ilmu yang dipelajari untuk memintas masa, tapi tetap meninggal dunia pada usianya 80 tahun. Dalam gelap alam roh dia berjalan dan bertemu semula dengan Kiai Habib yang membawa dirinya ke tempat yang lebih terang dan aman.


Akhirnya Feredea sudah siap novel terbaru Katrina Kahfi, Vol.1. sebanyak 10,813 patah perkataan. Ilham datang semasa Feredea memasuki gua yang kosong. Gua ini sebenarnya di kosongkan untuk pertunjukkan silap mata di Tambun tapi tak ada dibiarkan saja. Bila saja masuk duduk dan menghayati setiap detik yang berlalu sambil menarik nafas menghirup udara dalam gua, Feredea dapat sedikit Ilham untuk buat cerita ini. Semoga pembaca terhibur. Sekarang masih lagi dalam proses coding HTML untuk memasuk Google Apps, tak lama lagi Feredea akan publish secara percuma selama 1 bulan saja hehehe....

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas