Perlawanan Kuasa Politik PRK Kajang


BANGI: Barisan Nasional (BN) tidak akan memberi laluan mudah kepada mana-mana calon lawan dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang nanti, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata walaupun ada pihak memberikan pandangan supaya BN tidak payah bertanding andai PRK DUN Kajang diadakan, amalan biasa BN ialah menawarkan peluang kepada pengundi untuk memilih calon. "Saya tak fikir kita (BN) nak bagi laluan mudah untuk pihak pembangkang bertanding sama ada (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim atau sesiapa sahaja (yang bertanding)," katanya dalam sidang media selepas membuat tinjauan mengejut harga barang di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, di sini pada Isnin.
https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Pertarungan_Antara_Dua_Alam?id=D6WaAgAAQBAJBeliau berkata walaupun kerusi itu dimenangi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum lalu, namun pengundi kawasan itu diberikan pilihan sekali lagi untuk memilih wakil rakyat mereka. Kerusi DUN Kajang kosong selepas anggota DUN itu, Lee Chin Cheh dari PKR meletak jawatan pada 27 Januari lepas, dan pakatan pembangkang menamakan Anwar yang juga Penasihat PKR sebagai calon mereka jika pilihan raya kecil diadakan.
Mengenai calon BN, Muhyiddin berkata ia akan diputuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pengerusi BN dengan mendapat pandangan daripada pemimpin parti komponen BN selepas pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). "Secara peribadi (tradisi) kawasan itu adalah kawasan MCA, ada yang berpandangan dengan kepimpinan baharu MCA, kemungkinan kita nak bagi peluang, nak menguji penerimaan pengundi disitu tentang kepimpinan baharu MCA," katanya. - mstar
Sebenarnya Feredea tak suka sangat komen politik, tapi kali ini PRK Kajang akan menjadi perbualan kedai kopi, Feredea nak kongsi sikit pendangan Feredea mengenai scenario politik yang Feredea anggap ianya satu permainan antara dua pihak pro kerajaan dan pembangkang. Semoga Maju Jaya dan teruskan berkempen. Apa yang penting kita dapat hidup bekerjasama tampa mengira pandangan atau falsafah politik dan sentiasa bersangka baik sesama manusia. Itu yang dituntut dalam Islam dan berikan contoh teladan dan akhlak yang baik insyallah. amin.



Penaja

Sinar Jahitan


Blouse, Baju Muslimah, Dress, Jubah, Tops, Fesyen Terkini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...