Cara Menghilangkan Kutu Rambut




Cara Menghilangkan Kutu Rambut

1. Menggunakan bawang merah
Cara pertama yang dapat anda coba yakni dengan menggunakan bawang merah. Adapun caranya yakni dengan membalurkan bawang merah yang sudah dihaluskan pada kepala anda, lakukan pula pemijatan secara perlahan. Setidaknya anda membutuhkan 5 siung bawang merah. Setelah itu diamkan selama 1-1,5 jam lalu bersihkan rambut dengan keramas menggunakan shampoo.

2. Jeruk nipis dan minyak kayu putih
Langkah pertama yakni campurkan air perasan jeruk nipis secukupnya dengan 4 sendok makan minyak kayu putih. Setelah kedua bahan tersebut tercampur rata kemudian balurkan pada kulit kepala serta rambut. Diamkan selama 2 jam, langkah terakhit yakni keramaslah dengan shampoo agar rambut bersih.

3. Minyak kelapa
Balurkan minyak kelapa secukupnya pada kulit kepala serta rambut anda, setelah itu tutuplah rambut anda menggunakan shower-cap atau plastik topi mandi. Diamkan selama 6 jam setelah itu baru keramas menggunakan shampoo seperti biasa.

4. Cuka putih
Telur kutu rambut dapat dilepaskan dengan mudah menggunakan cuka putih. Selain itu bahan alami yang satu ini juga mampu menggagalkan penetasan. Cara menggunakannya cukup membalurkan cuka putih secukupnya pada kulit kepala serta rambut anda. Setelah itu diamkan selama 2 jam dan keramaslah untuk membersihkan rambut.

5. Sisir serit atau sisir bergigi rapat
Sisir ini merupakan salah satu alat yang dapat anda gunakan untuk menghilangkan kutu serta telurnya. Anda dapat mendapatkan sisir serit di toko peralatan rambut ataupun pasar-pasar tradisional. Namun sebelum dan sesudah menggunakannya pastikan dalam keadaan bersih, jangan sampai ada kutu yang tertinggal di sisir tersebut.

Tips agar terhindar dari kutu rambut
Jangan tidur dengan orang yang positif mempunyai kutu rambut karena kutu tersebut dapat berpindah ke rambut anda.
Jika ada keluarga maupun teman yang merasa gatal dan rambutnya terdapat butiran putih segera periksa, bisa jadi itu telur kutu. Segera lakukan beberapa cara diatas untuk membasminya.
Cobalah untuk tidak berbagi benda yang berkaitan dengan rambut seperti sisir, jilbab, topi, handuk, dan benda lainnya. Karena kutu rambut dapat dengan mudah berpindah ke kepala anda melalui benda tersebut.
Selalu rawat kesehatan dan kebersihan kulit kepala serta rambut anda.

Silahkan mencoba beberapa cara menghilangkan kutu rambut dengan cepat yang sudah saya berikan diatas. Semoga tips kali ini dapat bermanfaat, sekian dan terimakasih. - http://www.cara-kesehatan.com

Lorna Blouse Labuh


Berbagai Jenis Blouse Labuh

7 Cara Memujuk Suami Yang Marah



Saya rasa memang ramai di kalangan isteri akan mengalaminya. Secara sengaja atau tidak, suami isteri pasti ada masanya mereka mengalami kekacauan dan kekeliruan dalam melayari bahtera perkahwinan. Memang tidak di sangkal, sewaktu sebelum kahwin lelaki lebih sensitif pada wanita, sebab bagi mereka cabaran untuk mendapatkan wanita yang mereka idamkan adalah suatu kerja yang perlu diselesaikan. Tapi bila sudah berada di tangan, maknanya kerja mereka sudah selesai, cabaran untuk mendapatkan wanita itu sudah tamat, jadi mereka menjadi kurang sensitif atau tidak ambil peduli dengan perasaan wanita. Jadi pada sang isteri banyak memainkan peranan untuk memikat suami supaya mereka sentiasa berasa senang dengan kita dan kita pun dapat fokus pada isu yang lebih penting seperti menjaga anak-anak dan pendapatan yang lebih untuk keluarga. Di sini saya ada sedikit tip yang didapati dari akupenghibur.com. 

Pertama : Berikan masa dan ruang 

Apabila konflik tercetus, jangan terus datang pada dia dan untuk memberitahu segalanya. Malah nanti akan jadi lebih teruk dan bila beremosi mungkin perkataan-perkataan yang tak di ingin akan keluar. Maka berikan dia ruang dan masa untuk dia fikirkan permasalahannya.

Kedua : Masakkan Makanan Kegemarannya

Ada sesetengah lelaki memang suka pada makanan , macam acik ehh. Ketika inilah kamu boleh masakan makanan kegemaran dia dan menunjukkan rasa prihatin kamu dan kesungguhan kamu dalam memujuk dia. Kalau dia menolak makanan itu , maka pandai-pandailah buat ayat, contohnya " yelah penat saya masak untuk awak, awak tak nak rasa ke ? sedap nie " 

Ketiga : Hantar surat kepadanya

Hantar surat ? mesti ramai yang tak faham , ketika ini mungkin segala mesej kamu, segala telefon kamu tidak akan di jawab. Maka gunakan cara alternatif dengan menulis surat kepadanya, tulislah yang kamu minta maaf dan jelaskan apa yang berlaku. Sekurangnya kamu sudah ada usaha. 

Keempat : Buatkan Kejutan untuknya

Kejutan ini bermaksud pekara-pekara yang dia suka, contohnya dia suka bola sepak, apa kata kamu ajak tengok perlawanan bola sepak dengannya. Kalau dia suka rock climbing , maka pergilah dengannya. Tunjukkan rasa keikhlasan kamu ,moga-moga dia akan cepat reda merajuknya.

Kelima : Mengakui kesalahan kamu dan janji tak buat lagi.

Kadang kala lelaki nak tengok sejauh mana kejujuran kamu, tak salah kalau kamu minta maaf tetapi jangan terlalu mendesak dan memaksa. Yang pastinya kamu perlu janji jangan buat pekara yang dia tak suka. 

Keenam :  Mencari punca dan mengalah Sedikit

Sebagaimana kamu ketahui ,carilah punca kenapa masalah ini terus terjadi. Maka mengalahlah sedikit, tunjukkan rasa prihatian kamu dan bertolak ansur. Kadang kala pekara remeh temeh , jadi mengalah tak bererti kalah, berikan dia peluang

Ketujuh : Merajuk Balik

Semua cara dah buat tapi tak berkesan, maka merajuklah balik, mesti dia tak sampai hati punya. Mesti tak akan merajuk lama-lama.

Selamat mencuba.

7 Cara Mengatasi Penyakit Gastrik


Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol

* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit

* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur

* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap

* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam

* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)

* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut

* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing

Selamat mencuba

Punca Masalah Gastrik Dalam Badan



Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah,ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :
* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi

Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

# Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)

Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini

# Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)


# Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :
i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan

ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini

# Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.

# Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab. kredit to : sihatselalu.com

Buat pertama kali dalam sejarah hidupku diserang penyakit gastrik, penyakit gastik ini memanglah lambat sembuh, ibarat macam kena operate perut, bila gelak sakit, bila batuk sakit, tidur tak lena dan selalu terjaga sebab badan rasa tak selesa. Bila kesakitan yang kuat, memanglah tak tahan dibuatnya. Pengalaman saya mengambil masa lebih dari seminggu untuk pulih sepenuhnya. 
Semoga atikel ini memberikan faedah pada kita semua .

4 Tips Menghilangkan Bekas Jerawat



Adakah anda sedang mencari cara-cara nak hilangkan bekas jerawat. Nak hilangkan juerawat yang baru lebih mudah dari bekas jerawat. Petua ini adalah untuk bekas jerawat yang baru, yang dah lama-lama kalau dah berlobang lagi la susah kan...Itulah sebabnya kena tahu cara-cara nak basuh muka dengan betul, Mencegah adalah lebih mudah dari merawat. 

Kalau dah ada bekas jerawat, boleh cuba petua ini yang diambil dari aylacream.com

1.      Menggunakan madu dan telur

Madu dan telur dapat digunakan sebagai bekas jerawat yang paling ampuh. Gunakan kedua bahannya secara bersama-sama agar hasilnya maksimal. Untuk menghilangkan bekas jerawat yang membandel pada wajah, Anda dapat membuat ramuan masker telur dan juga madu. Telur yang digunakan adalah putih telur. Penggunaan masker ini sebaiknya sebelum tidur sampai bangun lagi di pagi harinya.

2.      Menggunakan Lidah Buaya

Lidah buaya biasanya dikenal dengan obat alami penumbuh dan penyubur rambut. Namun Tahukah Anda, ternyata lidah buaya juga dapat dijadikan sebagai obat alami menghilangkan bekas jerawat. Untuk menghilangkan bekas jerawat dengan menggunakan lidah buaya sangatlah mudah, Anda tinggal ambil gel lidah buaya kemudian oleskan pada bagian wajah yang terdapat bekas jerawatnya. Lakukan hal ini secara rutin setiap harinya, maka bekas jerawat Anda berangsur-angsur akan menghilang.

3.      Menggunakan Air Jeruk Nipis

Jeruk nipis juga dapat digunakan untuk menghilangkan bekas jerawat yang membandel. Cara menghilangkan bekas jerawat secara alami dengan menggunakan jeruk nipis ini sama dengan yang lainnya, yaitu oleskan air perasan jeruk nipis pada wajah. Kemudian diamkan selama 10 sampai 15 menit lalu bilas dengan menggunakan air hangat.

4.      Menggunakan bawang putih

Untuk menghilangkan bekas jerawat yang ada pada wajah, Anda dapat menggunakan bawang putih. Caranya yaitu haluskan bawang putih kemudian oleskan pada wajah yang terdapat bekas jerawatnya.

Selamat mencuba. 

6 Cara Mengatasi Keputihan



Penyebab keputihan biasanya dikarenakan jamur , bakteri, virus dan parasit. Meskipun keputihan memiliki banyak jenisnya,akan tetapi hal itu sangat berbahaya apalagi kuman menyerang serviks. Pencegahan dini merupakan solusi awal untuk anda mengatasi keputihan .

1. Gunakan Pembalut yang tepat

Teman akrab bagi wanita ketika sedang menstruasi, pembalut wanita. Tidak dapat dihindari lagi pembalut merupakan cara simple yang sering digunakan untuk wanita yang sedang menstruasi agar mampu menyerap darah agar tidak meleleh kemana mana. Tapi taukah anda , salah memilih pembalut justru membuat anda mengalami keputihan . Pilihlah pembalut yang menggunakan bantalan kualitas, mengandung kandungan herbal . Dan yang terpenting gantilah pembalut 4 jam sekali dalam sehari.

10 Tips Mencari Jodoh


1- Jodoh adalah Taqdir Allah Swt

Allah Swt menetapkan tiga bentuk taqdir dalam masalah jodoh. Pertama, cepat mendapatkan jodoh. Kedua, lambat mendapatkan jodoh, tapi suatu ketika pasti mendapatkannya di dunia. Ketiga, menunda mendapatkan jodoh sampai di akhirat kelak. Apapun pilihan jodoh yang ditentukan Allah adalah hal terbaik untuk kita.

Allah Swt berfirman: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (QS. Al Baqarah: 216).

Kita harus terikat aturan Allah. Kita juga dibekali akal untuk memahami aturan-Nya. Ketika kita memutuskan untuk taat atau melanggar aturanNya adalah pilihan kita sendiri. Bagaimana cara kita untuk mendapatkan jodoh adalah pilihan kita. Dengan jalan yang diridhoiNya atau tidak. Tetapi hasil akhirnya Allah yang menentukan.

2- Pilih Kriteria Pasangan Ideal

Nabi bersabda: ”Apabila datang kepada kalian lelaki yang kalian ridhai agama dan akhlaknya,maka nikahkanlah ia (dengan puteri kalian).  Sebab jika tidak, maka akan terjadi fitnah dibumi dan kerusakan yang besar”.

Lelaki yang bertaqwa akan mencintai dan memuliakan istrinya. Jika ia marah tidak akan menzhalimi istrinya.

Kaum jahiliyah menikah dengan melihat kedudukan, kaum Yahudi menikah dengan melihat harta, kaum Nasrani menikah dengan melihat rupa, sedangkan umat Islam menikahkan dengan melihat agama.

Nabi bersabda:"Sesungguhnya dunia seluruhnya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita (isteri) yang sholehah”. Beliau juga bersabda: ”Wanita dinikahi karena empat faktor, yakni karena harta kekayaannya, karena kedudukannya, karena kecantikannya, dan karena agamanya. Hendaknya pilihlah yang beragama agar berkah kedua tanganmu.”

Sulit mencari jodoh bisa jadi karena kriteria terlalu muluk. Janganlah kita menginginkan kesempurnaan orang lain, padahal diri kita tidak sempurna. 

Aisya Blouse Labuh


Linda Blouse Labuh


Cara Mencuci Wajah Dengan Teknik Yang Betul


urut guna teknik yang betul

1. Pencuci Muka Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit

Pertama sekali, sebelum mencuci muka, kita haruslah memilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit. Contohnya, jika jenis berminyak, pilih pencuci muka yang berelemen tanah liat untuk menyerap minyak. Jika kulit kering, elakkan minyak mineral dan alkohol untuk mengelakkan iritasi.

2. Menggunakan Skrub Muka Dua Kali Seminggu

Sel dalam badan sentiasa diperbaharui dan sel-sel mati tetap kekal. Jadi, penting bagi kita untuk menggunakan skrub muka untuk menghilangkan sel mati kulit muka. Untuk muka dengan iritasi, pilihlah skrub muka yang kurang kasar untuk mengelakkan luka pada kulit muka yang lebih teruk.

3. Menggunakan Air Dengan Suhu Sederhana

Elak daripada menggunakan air dengan suhu eksterem; terlalu sejuk atau terlalu panas. Gunakan air paip biasa sahaja untuk mencuci muka untuk mengelakkan peningkatan daripada segi sensitiviti kulit dan stimulasi berlebihan.

Kelebihan Maal Hijrah






Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.


KISAH HIJRAH
RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.
Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.

Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.
Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.

Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah 

pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM
1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.


Semoga atikel dari http://mjbz14.blogspot.com dapat memberikan manfaat kepada kita semua agar menjadi insan yang lebih baik. Sememangnya iman kita adakalanya naik dan turun, namun apa yang paling penting graf keimanan kita sentiasa meningkat naik dengan aktiviti yang lebih bermanfaat, lebih banyak menyumbang, dan lebih banyak berusaha mencari rezeki yang halal dan lebih banyak memberikan zakat. 






5 tip memilih fesyen untuk remaja



Minat golongan remaja kini terhadap fesyen sentiasa dapat kita lihat menerusi penampilan mereka yang menarik dan unik. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, pastinya mereka ingin tampak bergaya di hadapan teman-teman.

Pelbagai fesyen boleh digayakan mengikut kesesuaian majlis atau bentuk tubuh badan dan yang paling penting adalah pemilihannya yang tidak keterlaluan.

Tip-tip seperti yang disenaraikan di bawah boleh dijadikan panduan dalam memilih pakaian yang sesuai:

1. Pilih pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuh badan yang dapat menyembunyikan kekurangan dan menonjolkan kelebihan pada tubuh.

2. Perhatikan fabrik yang digunakan sama ada selesa atau tidak ketika dipakai dan sesuaikan jenis pakaian mengikut aktiviti atau majlis yang ingin dihadiri bagi meningkatkan keyakinan diri ketika berada di khalayak ramai.
3. Hindari penampilan yang berlebihan atau meniru gaya dewasa. Sebaliknya, pilihlah pakaian yang dapat mencerminkan keperibadian positif diri.

4. Pilih pakaian berwarna cerah dan sesuai dengan kulit yang boleh dipadankan dengan warna semula jadi. Contohnya, baju berwarna terang seperti merah dipadankan dengan seluar atau skirt rona hitam atau putih.

5. Cuba cari perkembangan fesyen terbaru di majalah-majalah fesyen atau di Internet untuk dipertimbangkan sama ada ia sesuai atau tidak untuk digayakan.Sebagai contoh, bagi mereka yang mempunyai tubuh berbentuk lurus dan jam pasir, sebaiknya pilihlah baju yang mementingkan bahagian pinggang. Bagi mereka yang bertubuh gempal pula, memakai gaun panjang boleh membuatkan anda kelihatan tenggelam, jadi cara selamat ialah pilih gaun yang sederhana panjang dan tidak terlalu ketat.

Untuk tampil bergaya dengan fesyen yang menarik tidak semestinya perlu berbelanja besar tetapi anda haruslah bijak suai padan. Jadi, selamat mencuba - atikel ini http://www.tupai.com.my


Kelebihan Belalai Gajah Ubati Kanser



Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.Berbalik pada tajuk mengenai khasiat daun belalai gajah ni.. saya sebenarnya suka makan ulaman daun ni.. tambahan kalau ada khasiatnya.Hari tu adik praktikal di tempat kerja saya ada memberi batang pokok belalai gajah ni, balik rumah saya terus cucuk dalam pasu yang dah ada pokok kunyit... tak sangka mudah sungguh hidupnya... tengok sekarang di sedang berpucuk dengan jayanya...


Pengakuan pesakit2 selepas pengambilan jus daun belalai gajah 

·         Pesakit mengidap Uterus Cancer - Ketumbuhan sebesar 6cm dan harus dibedah. Selepas pengambilan jus daun belalai gajah, ketumbuhan surut 3.4cm. Doktor kata tidak perlu di bedah dan sambung meminum jus tersebut dan ketumbuhan akan hilang.

·         Pesakit Lang Cancer tahap 3 - Telah membuat chemotherapy sebanyak 6 kali. Ketumbuhan sebelum pengambilan jus daun belalai gajah sebesar 26mm, 44mm, 76mm. Tetapi selepas pengambilan jus tersebut ketumbuhan mengecil 20mm, 27mm, 67mm.

Cara2 kegunaan daun belalai gajah @ Sabah snake grass mengikut stage penyakit :

·         Stage 1 : 30 daun setiap hari
·         Stage 2 : 50 daun setiap hari
·         Stage 3 : 100 daun setiap hari
·         Stage 4 : 150 – 200 daun setiap hari 

*Jika pesakit sudah beransur sembur, kurangkan penggunaan daun tersebut

Cara2 membuat jus daun belalai gajah @ sabah snake grass
·         masukkan setengah @ satu cawan air dalam blender
·         masukkan 2 @ 3 ice cube jika suka
·         tambah setengah biji @ 1/4 jus lemon
·         masuk daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut stage seperti diatas. Elak basuh dgn air paip
·         masukkan sebiji apple hijau yang sudah dibuang kulit dan biji dan di potong 8
·         blend halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya akan hilang
·         jika badan terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia
·         Paling cepat berkesan jika diminum jam 4 pagi 

Semasa minum jus belalai gajah ini haruslah sedikit berpantang dengan makanan2 ini seperti gula atau makanan yang ada gula, madu, ikan kembung, 7 angled fish, ray fish, daging ayam, daging itik, keladi, beras pulut, butter atau planta, durian, sarang burung, ginseng atau mana2 herba2 lain. Cuba berpantang sementara untuk melihat hasil dari daun belalai gajah.
Saya ambil dilink ini -http://kongsibersamanora.

Berminat nak dapatkan teh belalai gajah

Whatsapp 018 263 7833 pm belalai gajah

Cara- cara Menghargai Orang Tua


Warga tua merujuk  kepada mereka yang berusia lebih daripada 60 tahun. Mereka merupapan ibu, bapa, datuk atau nenek, bapa saudara atau ibu saudara kita. Mereka merupakan golongan yang paling berjasa kepada keluarga, masyarakat dan negara. Warga tua telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan untuk membesarkan anak-anak. Namun, pada hari ini, warga tua sering diabaikan ibarat peribahasa melukut di tepi gantang dan jasa mereka dilupakan oleh masyarakat.

Ada sesetengah mereka pula dianggap seperti Quran buruk. Bagaimanapun, jasa dan sumbangan warga tua perlu dihargai oleh semua pihak.Ahli keluarga perlu menyayangi warga tua. Warga tua yang terdiri daripada ibu melahirkan zuriat dan berperanan mengurus rumah tangga serta mendidik anak-anak. Kaum bapa pula membanting tulang empat kerat mencari rezeki untuk keluarga. Pengorbanan ibu bapa perlu diingati serta dibalas dengan sebaik-baiknya.

 Sebagai anak, kita perlu menjaga ibu bapa kita ketika mereka tua serta uzur. Anak-anak tidak seharusnya menghantar mereka ke rumah orang tua-tua. Jika mereka berbuat demikian, mereka boleh dianggap sebagai kacang lupakan kulit.

Di samping itu, guru menjadi suri teladan menasihati pelajar agar menghormati ibu bapa serta warga tua. Kita perlu memberikan perhatian dan sering mendampingi mereka. Selain itu, anak-anak perlu bertutur dengan sopan apabila berkomunikasi dengan ibu bapa mereka. 

Ketika bersalam, anak-anak hendaklah mencium tangan mereka. Hal ini demikian kerana kasih ibu membawa ke syurga dan kasih bapa sanggupkah berpisah  berkorban nyawa. Sewajarnya anak-anak tidak mengabaikan warga tua tersebut.

Seterusnya, kerajaan dan pihak swasta turut berperanan menghargai warga tua. Kerajaan dan pihak swasta hendaklah berganding bahu seperti aur dengan tebing. Kedua-dua pihak tersebut hendaklah menyediakan pelbagai kemudahan untuk warga tua. Sebagai contoh,  rumah penjagaan warga tua yang mempunyai pelbagai kemudahan penjagaan hendaklah disediakan untuk mereka. 

Di samping itu, warga tua juga hendaklah diberikan rawatan percuma di hospital kerajaan. Sekiranya memerlukan bayaran, mereka hendaklah dikenakan kadar bayaran rendah di hospital kerajaan atau klinik swasta. Keperihatinan tersebut menunjukkan sikap mengambil berat tanpa mengira pangkat, demi keselesaan warga tua.             

Media massa tidak terkecuali dalam usaha menghargai warga tua. Media massa seperti surat khabar dan televisyen serta Internat boleh menyiarkan cerita-cerita yang berkaitan  dengan pengorbanan dan penderitaan hidup warga tua. Sebagai contoh,  rancangan yang disiarkan oleh TV3, iaitu ’Bersamamu”, menunjukkan terdapat pelbagai pihak yang sanggup menghulurkan bantuan khususnya kepada warga tua yang daif. Hal ini menyedarkan kita tentang pentingnya warga tua dalam hidup kita. Oleh itu, kita tidak boleh mengabaikan warga tua.

Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa  dan pengorbanan warga tua. Tanpa mereka siapalah kita. Jangan sesekali kita bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing kerana suatu hari nanti, kita juga pasti akan menjadi ’tua’ juga. Kita tidak boleh mengabaikan warga tua kerana merekalah yang telah berkorban melahirkan,  membesarkan, dan mendidik anak-anak hingga berjaya dalam hidup.  - Fareez






Punca Sebenar Kanser adalah Stress Oksidatif



Nampaknya hampir apa saja yang kita buat atau makan kini dikatakan menjadi punca kanser. Pendedahan yang berlebihan kepada cahaya matahari dikatakan akan meningkatkan risiko kanser kulit. Asbestos dan asap rokok menyebabkan kanser paru-paru, yang merupakan penyumbang tertinggi kepada statistik kematian yang disebabkan kanser. Apa lagi ya? Radiasi, daging atau sate hangus, lemak, sakarin (pemanis tiruan) dan karsinogen (bahan yang boleh menyebabkan kanser) seperti racun serangga dan racun rumpai.

Kita juga mempercayai bahawa genetik atau baka merupakan faktor utama yang meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser. Namun begitu kajian mendapati bahawa 80 hingga 90 % pesakit kanser datang dari keluarga yang tidak mempunyai sejarah kanser.

Apa lagi yang kita tidak tahu? Ramai penyelidik memberikan berbagai teori mengenai punca sebenar penyakit kanser. Namun begitu tiada satu pun teori yang dapat menjelaskan kepelbagaian aspek kanser dan perkembangan penyakit tersebut dalam tubuh manusia.

Dr. Peter Kovacic menulis satu ulasan yang menyeluruh mengenai teka-teki perubatan ini di dalam buku Current Medicinal Chemistry 2001. Beliau mengatakan daripada banyak teori yang telah dimajukan, hanya teori stres oksidatif sahaja yang terbukti kebenarannya. Ia boleh menjelaskan secara rasional dan mengaitkan secara sistematik kebanyakan aspek mengenai karsinogenesis (perkembangan kanser).

Apa itu stres oksidatif? Secara mudah stres oksidatif adalah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Stres oksidatif yang berlaku di dalam badan adalah punca asas sebahagian besar penyakit digeneratif kronik. Untuk mudah bagi anda melihat kesan stres oksidatif, cuba lihat gambar keluarga yang mengandungi berbagai generasi. Perhatikan kulit mereka, anda akan nampak perbezaan yang besar di antara kulit ahli keluarga yang muda dengan yang tua. Kesan yang ada nampak itu disebabkan oleh stres oksidatif pada kulit. Keadaan yang sama juga berlaku di dalam tubuh kita. Jadi kalau inginkan kulit yang cantik, bukan losyen pelembab jawapannya. Anda boleh memperbaiki keadaan ini dengan mengambil makanan atau suplemen yang kaya dengan antioksidan, satu bahan yang boleh menghapuskan radikal bebas dan memulihkan kerosakan yang disebabkan olehnya.

Kajian Dr. Kovacic menyokong bukti perubatan yang semakin banyak ia-itu apabila terdapat banyak radikal bebas berhampiran dengan nukleus sel, akan berlaku kerosakan teruk kepada DNA sel tersebut. Bila karsinogen menyerang, sistem tubuh akan memperbaiki DNA yang rosak. Namun apabila terlalu banyak stres oksidatif, sistem badan tidak lagi mampu memperbaiki kerosakan yang akan membawa kepada terjadinya mutasi (perubahan) DNA. Apabila sel berkenaan membiak (berpecah dua), DNA yang mengalami mutasi akan turut dibawa ke sel yang baru dibentuk. Bila DNA yang dimutasi ini terus terdedah kepada stres oksidatif, lebih banyak kerosakan akan terjadi. Sel berkenaan akan mula tumbuh di luar kawalan dan mempunyai kehidupan sendiri. Ia membina kemampuan untuk merebak dari satu bahagian badan ke bahagian yang lain (metastasis), lalu menjadi kanser. Di dalam tubuh orang dewasa, kanser mungkin mengambil masa 20 hingga 30 tahun untuk berkembang dari mutasi awal DNA. Di dalam tubuh kanak-kanak ia berkembang dengan lebih cepat kerana pembiakan sel yang lebih cepat.

Kini kita kalah dalam perjuangan menentang kanser. Adakah sebarang keraguan yang penyakit malignan ini perlu diperangi daripada peringkat awal perkembangannya sebelum kita dapat melihat penurunan dalam kadar kematian yang berpunca daripadanya? Anda tahu kita mempunyai harapan, memahami peranan stres oksidatif dalam perkembangan kanser memberikan kita harapan baru dalam pencegahan dan perawatan kanser. - http://kesihatan.biz
Semoga atikel ini dapat memberikan kita jalan fikirkan agar sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat

Tips Bergaya ke Pejabat Untuk Interview



RAMBUT basah, solekan comot, kuku sumbing. Ini merupakan antara kesalahan-kesalahan penting yang perlu dielakkan apabila hendak pergi ke pejabat.

Semua orang sedar yang kita perlu kelihatan kemas ke pejabat. Namun begitu, ramaikah di antara kita yang faham apa maksud penampilan kemas itu?

Cara anda bergaya di pejabat mempunyai banyak kaitan dengan budaya korporat syarikat tempat anda bekerja.

Sama seperti kod berpakaian, bidang kerja yang lebih kreatif dan relaks memberi ruang kepada rutin kecantikan yang tidak terlalu ketat. Bagaimanapun, terdapat beberapa ‘peraturan’ yang melibatkan hampir kesemua wanita.

Pertama sekali, jangan malu-malu menggunakan warna terutama apabila memilih gincu. Warna merah selalunya kelihatan cantik walaupun di bilik mesyuarat.

“Bibir merah sempurna, dengan sedikit pemerah pipi dan pembayang mata neutral selalu kelihatan sesuai,” menurut jurusolek, Napoleon Perdis yang sering digandingkan dengan pelakon Debra Messing.

Cuba elak gunakan pelembap bibir sebaliknya cuba jenis ‘matte’ dan berkrim seperti Brick Red – rona neutral, perang dan merah dari Bobbi Brown.

Yang penting, pastikan sapuan kemas. Untuk memastikan gincu tidak meleleh sekitar bibir, gunakan pensel bibir ‘nude’ sebelum menyapu gincu.

Katanya, solekan tebal boleh digayakan ke pejabat. Tetapi jika rutin kecantikan anda ketika ini hanya melibatkan pelembap muka dan senyuman, mula perlahan-lahan untuk belajar bersolek dengan betul.

Solekan ringkas selalunya membantu terutama apabila anda perlu menghadiri mesyuarat tergempar atau makan tengah hari penting. Trio sapuran maskara, ‘concealer’ dan pemerah pipi sudah mencukupi untuk memperkemaskan penampilan.

Rambut

Rambut, bagaimanapun, tidak selalunya mudah. Ramai wanita menghabiskan masa berjam-jam setiap pagi untuk mengeringkan rambut, mengerinting, meluruskan dan berdandan.

Untuk mendapatkan gaya terbaik, dandanan profesional selalunya berbaloi dengan bayaran dikenakan.

Mana-mana salon boleh mendandan rambut anda dengan harga yang tidak terlalu mahal. Beli syampu kering berasaskan bedak yang menyerap minyak dari akar rambut dan menghilangkan kekusutan selama beberapa hari.

“Untuk interbiu penting, laburkan wang anda untuk mendandan rambut. Gaya ringkas dan klasik boleh membantu anda mendapatkan kerja itu,” kata jurugaya rambut, Patrick Melville yang mempunyai klien seperti Jennifer Connelly dan Eva Longoria Parker.

Jika anda masih bimbang untuk membelanjakan wang yang banyak, terdapat pelbagai jenis produk menghilangkan kekusutan rambut di pasaran.

Bagi melembutkan rambut seeloknya menggunakan ester polifluoro, sejenis molekul yang mengurangkan kekusutan lebih baik dari silikon. Formula ini sesuai untuk beberapa jenis rambut termasuk kerinting, lurus, tebal atau nipis. - utusan online

Semoga atikel ini dapat memberikan manfaat pada kita

12 Kelebihan Pisang Yang Menakjubkan



Sungguh menakjubkan kelebihan makan pisang ini rupanya. Untuk pengetahuan semua pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

1- Tekanan: (pulih tekanan jiwa)
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

2- PMS: (neutralkan paras glukosa )
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

3- Anemia: (kawal pertumbuhan hemoglobin)
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

4- Tekanan Darah Tinggi: (stabilkan darah)
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

5. Kuasa Minda: (membantu pembelajaran)
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

6.Penghadaman:( stabilkan tindakan usus kecil dan besar)
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

7 Keletihan: (menyejukkan perut)
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

8 Panas Jantung:(kesan anti-asid semulajadi)
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

9 Demam Pagi: (pelihara kadar gula dalam darah)
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

10 Gigitan Nyamuk: (atasi kegatalan gigitan)
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

11 Saraf: (menenangkan sistem saraf)
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

12 Obesiti dan Tekanan Kerja: (karbohidrat tinggi)
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Sumber : Rahsia Sihat & Cantik Semulajadi

Tips Mendapatkan Jodoh

Adakah kita sama seperti mereka? Setiap orang lain caranya

Siapakah jodoh kita?

Bilakah waktunya tiba?

Di mana akan dipertemukan?

Apakah ia benar-benar orang soleh? 

Semua itu rahsia Allah Swt.

Jodoh adalah Takdir Allah Swt

Allah Swt menetapkan tiga bentuk takdir dalam masalah jodoh. 

Pertama, cepat mendapatkan jodoh. 

Kedua, lambat mendapatkan jodoh, tapi suatu ketika pasti mendapatkannya di dunia. 

Ketiga, menunda mendapatkan jodoh sampai di akhirat kelak. 

Apapun pilihan jodoh yang ditentukan Allah adalah hal terbaik untuk kita.

Allah Swt berfirman: (maksudnya)

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; 

Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” 

(Surah Al-Baqarah: Ayat 216)

Kita harus terikat aturan Allah. 

Kita juga dibekali akal untuk memahami aturan-Nya. 

Ketika kita memutuskan untuk taat atau melanggar aturanNya adalah pilihan kita sendiri. 

Bagaimana cara kita untuk mendapatkan jodoh adalah pilihan kita. 

Dengan jalan yang diredhaiNya atau tidak. 

Tetapi hasil akhirnya Allah yang menentukan.

Kriteria Pasangan Ideal

Nabi Saw bersabda: 

”Apabila datang kepada kalian lelaki yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia (dengan puteri kalian). 

Sebab jika tidak, maka akan terjadi fitnah dibumi dan kerosakan yang besar”.

Lelaki yang bertaqwa akan mencintai dan memuliakan isterinya. 

Jika ia marah tidak akan menzalimi isterinya.

Kaum jahiliyah menikah dengan melihat kedudukan, kaum Yahudi menikah dengan melihat harta, kaum Nasrani menikah dengan melihat rupa, sedangkan umat Islam menikahkan dengan melihat Agama dan akhlaknya. 

Orang yang sedikit pengetahuan Agamanya dan rendah akhlaknya tak pantas menjadi Imam bagi sebuah keluarga Islami.

Nabi bersabda:

”Sesungguhnya dunia seluruhnya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita (isteri) yang solehah”. 

Beliau juga bersabda: 

”Wanita dinikahi kerana empat faktor, yakni kerana harta kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Hendaknya pilihlah yang beragama agar berkah kedua tanganmu.”

Sulit mencari jodoh boleh jadi kerana mencari yang terlalu sempurna

Janganlah kita menginginkan kesempurnaan orang lain, padahal diri kita tidak sempurna.

Sikap memilih dalam mencari jodoh adalah hal yang baik tetapi terlalu memilih juga akan menimbulkan masalah.

Memperluas Pergaulan Sesuai Syar'i

Seringlah bersilaturrahim ke tempat saudara atau mengikuti pengajian. 

Ustaz, teman, orang tua, saudara, keluarga, dan lain-lain boleh dipohon bantuan.

Haram berpacaran (Ta’aruf yang Tidak Islami)

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” 

(Surah Al Israa’: Ayat 32). 

Kita dilarang berkhalwat, memandang lawan jenis dengan syahwat, wanita bepergian bersama laki-laki yang bukan mahram dan lain-lain.

Orang pacaran selalu menutupi kekurangannya dan menampilkan yang baik-baik saja.

Cari maklumat dari orang dekatnya (saudara, teman, tetangganya). 

Perlu juga penilaian dari orang tua dan keluarga kita. 

Biasanya kita tidak dapat melihat kekurangan orang yang kita cintai.

Terkadang orang yang memberikan penilaian buruk dan objektif dinilai sebagai penghalang.

PACARAN ITU HARAM

1. Tanpa komitmen yang jelas.
2. Kebanyakan berdasar dorongan hawa nafsu.
3. Dilarang Agama kita.
4. Mendapat dosa.
5. Melanggar larangan Allah dan Rasul-Nya.
6. Dekat dengan zina.
7. Sering mendapat fitnah.
8. Sukanya sembunyi-sembunyi.
9. Merendahkan kehormatan diri.
10. Allah SWT murka.
11. Selalu bergelimang kemaksiatan.
12. Syaitan tertawa bahagia dan bangga.
13. Sering kacau.
14. Berakhir penyesalan.

Muhasabah Diri

Jika kita ingin mendapatkan jodoh yang soleh, maka kita harus menjadi orang yang soleh juga. 

Allah Swt berfirman: (maksudnya)

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)” 

(Surah An Nuur: Ayat 26).

Rasulullah Saw bersabda: 

“Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat pada bentuk-bentuk (lahiriah) dan harta kekayaanmu, tapi Dia melihat pada hati dan amalmu sekalian. ” 

(Hadith Riwayat Muslim, Hadith no. 2564 dari Abu Hurairah). 

Jadi, lelaki atau wanita yang baik menurut pandangan Allah itu adalah lelaki atau wanita yang baik iman dan amalnya.

Secara lahiriah kita perlu menjaga kebersihan dan menjaga bau badan. 

Bukan berdandan berlebihan (tidak Islami), tapi tampil menarik.

Jika Gagal Berusaha Lagi

Jika kita gagal, jangan putus asa dan kecewa.

Kita harus sabar dan tetap berusaha mendapatkan yang lebih baik lagi. 

Yakinlah ada yang lebih baik yang sedang dipersiapkan Allah untuk kita.

Masa Penantian Jodoh

Jodoh tidak akan lari dan akan datang pada waktunya. 

Bersabarlah dan sibukkan diri dengan amal soleh. 

Hadapilah dengan sikap tenang, santai, tidak mudah emosi/sensitif, tidak larut dalam kesedihan, tidak berputus asa dan tetap bersemangat.

Rasulullah Saw bersabda: 

“Sungguh menakjubkan keadaan seorang mukmin. Segala keadaan dianggapnya baik, dan hal ini tidak akan terjadi, kecuali bagi seorang mukmin. 

Apabila mendapat kesenangan ia bersyukur, maka itu tetap baik baginya dan apabila ditimpa penderitaan ia bersabar maka itu tetap baik baginya.” 

(HR Muslim)

Gunakan tenaga dan kekuatan kita untuk lebih mendekatkan diri dan mencintai Allah Swt., orang tua, dan umat. 

Yakinlah dengan keadilan-Nya bahwa setiap manusia pasti memiliki jodoh masing-masing. 

Yakinlah bahwa semua keadaan adalah baik, berguna, dan berpahala bagi kita.

Siap Menerima Takdir Allah

Hidup adalah ujian. 

Boleh jadi saja, takdir jodoh kita bukan orang soleh. 

Allah Swt berfirman: 

“Wahai orang-orang yang beriman. Sesungguhnya di antara pasanganmu dan anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka… 

Sesungguhnya hartamu dan anakmu, hanyalah ujian bagimu, dan di sisi Allah pahala yang besar.” 

(Surah At-Taghaabuun: Ayat: 14-15)

Hal tersebut tetap boleh menjadi kebaikan apabila dijadikan sebagai landasan untuk beramal soleh dan batu ujian untuk meningkatkan keimanan, tawakal, dan kesabaran.

Wanita Melamar Lelaki

Bukan hal yang dilarang jika wanita menemukan lelaki soleh dan mengambil inisiatif menawarkan diri dalam pernikahan melalui perantaraan orang yang dipercayai Khadijah ra melalui pamannya melamar Nabi Muhammad Saw setelah mengetahui akhlak dan agama beliau. 

Semoga kita mendapat manfaat dari atikel ini, mungkin http://cgyurhamy.blogspot.com dia penulis sebenar atikel ni, semoga kita semua dapat manfaat. Segala yang baik itu datang dari Allah. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...