Thursday, October 30, 2014

7 Cara Memujuk Suami Yang Marah



Saya rasa memang ramai di kalangan isteri akan mengalaminya. Secara sengaja atau tidak, suami isteri pasti ada masanya mereka mengalami kekacauan dan kekeliruan dalam melayari bahtera perkahwinan. Memang tidak di sangkal, sewaktu sebelum kahwin lelaki lebih sensitif pada wanita, sebab bagi mereka cabaran untuk mendapatkan wanita yang mereka idamkan adalah suatu kerja yang perlu diselesaikan. Tapi bila sudah berada di tangan, maknanya kerja mereka sudah selesai, cabaran untuk mendapatkan wanita itu sudah tamat, jadi mereka menjadi kurang sensitif atau tidak ambil peduli dengan perasaan wanita. Jadi pada sang isteri banyak memainkan peranan untuk memikat suami supaya mereka sentiasa berasa senang dengan kita dan kita pun dapat fokus pada isu yang lebih penting seperti menjaga anak-anak dan pendapatan yang lebih untuk keluarga. Di sini saya ada sedikit tip yang didapati dari akupenghibur.com. 

Pertama : Berikan masa dan ruang 

Apabila konflik tercetus, jangan terus datang pada dia dan untuk memberitahu segalanya. Malah nanti akan jadi lebih teruk dan bila beremosi mungkin perkataan-perkataan yang tak di ingin akan keluar. Maka berikan dia ruang dan masa untuk dia fikirkan permasalahannya.

Kedua : Masakkan Makanan Kegemarannya

Ada sesetengah lelaki memang suka pada makanan , macam acik ehh. Ketika inilah kamu boleh masakan makanan kegemaran dia dan menunjukkan rasa prihatin kamu dan kesungguhan kamu dalam memujuk dia. Kalau dia menolak makanan itu , maka pandai-pandailah buat ayat, contohnya " yelah penat saya masak untuk awak, awak tak nak rasa ke ? sedap nie " 

Ketiga : Hantar surat kepadanya

Hantar surat ? mesti ramai yang tak faham , ketika ini mungkin segala mesej kamu, segala telefon kamu tidak akan di jawab. Maka gunakan cara alternatif dengan menulis surat kepadanya, tulislah yang kamu minta maaf dan jelaskan apa yang berlaku. Sekurangnya kamu sudah ada usaha. 

Keempat : Buatkan Kejutan untuknya

Kejutan ini bermaksud pekara-pekara yang dia suka, contohnya dia suka bola sepak, apa kata kamu ajak tengok perlawanan bola sepak dengannya. Kalau dia suka rock climbing , maka pergilah dengannya. Tunjukkan rasa keikhlasan kamu ,moga-moga dia akan cepat reda merajuknya.

Kelima : Mengakui kesalahan kamu dan janji tak buat lagi.

Kadang kala lelaki nak tengok sejauh mana kejujuran kamu, tak salah kalau kamu minta maaf tetapi jangan terlalu mendesak dan memaksa. Yang pastinya kamu perlu janji jangan buat pekara yang dia tak suka. 

Keenam :  Mencari punca dan mengalah Sedikit

Sebagaimana kamu ketahui ,carilah punca kenapa masalah ini terus terjadi. Maka mengalahlah sedikit, tunjukkan rasa prihatian kamu dan bertolak ansur. Kadang kala pekara remeh temeh , jadi mengalah tak bererti kalah, berikan dia peluang

Ketujuh : Merajuk Balik

Semua cara dah buat tapi tak berkesan, maka merajuklah balik, mesti dia tak sampai hati punya. Mesti tak akan merajuk lama-lama.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas