10 Cara Mencegah Kanser Payudara


Harap sesiapa yg berkenaan sila ambil perhatian...

1. Kata “Tidak” kepada alkohol
Kajian mendapati wanita yang mengambil minuman berbentuk alkohol mempunyai kadar yang tinggi mendapat kanser. Berdasarkan kajian wanita yang mengambil 2 hingga 5 minuman setiap hari mempunyai 11/2 kali risiko berbanding wanita yang tidak mengambil alkohol. Satu gelas wain setiap hari sebagai contoh mempunyai risiko sebanyak 7 peratus. Risiko ini tidak termasuk faktor risiko yang lain seperti kaum, berat badan, sejarah kanser dalam keluarga, umur mendapat haid atau menapaus bermula. Jumlah kehamilan, faktor penyusuan anak dan penggunaan pil perancang atau hormon (HRT).

2.Berhenti Merokok
Tabiat merokok bukan sahaja dikaitkan dengan kanser paru-paru, malah juga kanser payudara. Wanita yang mula merokok di usia muda mempunyai risiko tinggi mendapat kanser payudara. Merokok juga berkait dengan penyakit jantung. Jika ada seorang yang merokok anda mempunyai alasan yang tepat untuk berhenti merokok.

3.Ambil tindakan bijak dengan melakukan senaman
Terdapat banyak kajian menunjukkan bahawa aktiviti bersenam dapat mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser payudara. Namun ini tidak bermakna anda perlu bersenam seperti Madonna (beliau dilaporkan bersenam sehingga 4 jam sehari yang mengakibatkan penceraian belaiu dengan suaminya). Adalah dianggarkan bahawa dengan hanya berjalan sebanyak 1.25 hingga 2.5 jam seminggu sudah cukup untuk mengurangkan risiko kanser payudara di kalangan wanita sebanyak 18 %.

4.Sedari mengenai sejarah kanser payudara dalam keluarga anda
Para saintis telah mengenalpasti baka kanser payudara yang rosak sebagai BRCA1, BRCA2 dan TP53. Ia merupakan punca kanser payudara berlaku di kalangan ahli keluarga. Jika anda pembawa salah satu daripada baka kanser payudara ini risiko anda mendapat kanser payudara seumur hidup anda adalah 85%.

Jika seorang saudara terdekat dalam keluraga anda mendapat kanser payudara, adalah penting untuk memberitahu doktor anda. Kajian genetik dan kaunseling disediakan untuk mereka yang berisiko. Walaupun ibu atau kakak anda mendapat kanser payudara, tidak bermakna anda juga akan mendapatnya. Perlu diingatkan bahawa kanser payudara berlaku mengikut nasib seseorang. Hanya 5 dalam setiap 100 kes mempunyai talian keturunan dengan baka kanser payudara. Lebih tua umur anda atau saudara anda semasa dikesan, semakin kurang kemungkinan ia disebabkan baka keturunan merupakan

5 Jauhi daripada mengamalkan terapi penggantian hormon (HRT) , jika boleh
Kajian mendapati terdapat pertalian rapat di antara pengambilan HRT untuk satu tempoh dengankanser payudara.Ini kerana kandungan HRT (ostrogen dan progosteron meningkatkan risiko mendapat kanser. Dianggarkan terdapat lebihan 19 kes bagi setiap 1,000 wanita yang mengambil HRT untuk tempoh 10 tahun. Bagaimanapun 5 tahun setelah berhenti faktor risikonya kembali normal. Jika anda perlu mengambil HRT dapatkan nasihat doctor terlebih dahulu.

6. Periksa payudara anda setiap bulan
Ini merupakan langkah yang paling penting untuk anda. Langkah ini tidak akan mengurangkan risiko anda mendapat kanser payudara, namun ia dapat mengesan kanser di peringkat awal yang akan menjamin anda mendapat rawatan yang kurang agresif selain menyelamatkan payudara anda.

Anda boleh mempelajari bagaimana melakukan pemeriksaan payudara dengan betul dengan melayari http://www.thefamilygp.com/thefamilygp_t­v.aspx?cid=2&vid=iLyROoaftXAu

Tujuan pemeriksaan payudara adalah untuk mengetahui payudara anda. Ia perlu dilakukan sebulan sekali. Caranya melibatkan penelitaan mengenai perubahan pada payudara anda dan dengupannya /pempalpatannya di samping mencari sebarang ketulan atau nodus.

Jadikan Pemeriksaan sendiri payudara sebahagian amalan hidup anda.

Memandangkan payudara setiap wanita adalah unik, dengan mengenali payudara anda, anda dapat mengesan sebarang perubahan secepat mungkin. Ini tidak akan berlaku serta merta, namun dengan mengamalkan pemeriksaan setiap bulan adalah cara yang paling selamat.

Anda perlu ingat bahawa 60% daripada kanser payudara berlaku di luar persegi teratas payudara. Juga 70% kanser payudara dikesan sendiri oleh pesakit dan dalam 90% kes ketulan yang terdapat dalam payudara bukanlah kanser.

7.Amalkan diet lemak rendah
Kita tahu bahawa ostregan memainkan peranan besar dalam perkembangan kanser payudara dan tisu berlemak mengandungi sedikit ostrogen. Oleh itu kegemukan meningkatkan risiko anda mendapat kanser payudara. Namun jika berat badan anda berlebihan sebelum menopaus risiko mendapat kanser payudara lebih rendah dan jika selepas risikonya lebih tinggi dari biasa. Ini kerana wanita yangberlebihan berat badannya kurang mengovumdari biasa. Jadi sel payudara mereka terdedah kepada kandungan ostrogen yang rendah. Selepas pasca menopaus, ostrogen anda dikaitkan dengan jumalh lemak anda. Lebih banyak lemak, lebih tinggi paras ostrogennya.

8.Jangan lupa menjalani ujian tahunan mammogram anda – Ia bukan satu pilihan



Seperti pemeriksaan payudara, ujian mammogram juga hanya mampu mengesan, bukan mencegah kanser payudara. Ini kerana ujian mammogram mampu mengesan ketulan yang lebih kecil berbanding melalui pemeriksaan. Juga ia mampu mengesan sel kanser yang tidak dapat dirasa dengan tangan.

Menjalani ujian mammogram adalah mudah. Ia tidak memerlukan seseorang itu berpuasa. Cuma anda dilarang menggunakan deodran atau bedak di bahagian ketiak dan dada kerana ia akan menggangu artifaks filem. Tunggu seminggu selepas haid untuk menjalani ujian ini apabila tisu payudara anda lebih lembut.

Oleh kerana mamogram dilakukan oleh radiografer wanita, anda tidak perlu malu melakukannya. Cuma anda akan rasa kurang selesa seketika dan ia mengambil masa beberapa saat sahaja.

Bila anda perlu menjalani ujian mammogram?

Garis panduan sedia ada untuk wanita yang tidak mempunyai tanda-tanda berkaitan payudara adalah:

Umur 35-40: satu mammogram diperlukan
Umur 40-49; mulakan mammogram setiap tahun
Umur 50 ke atas: lakukan mammogram satu atau dua tahun sekali bergantung kepada faktor seperti terapi penggantian hormone (HRT) dan profil risiko seseorang.

9. Berkeluarga awal jika boleh
Seorang wanita yang mempunyai anak di awal hidupnya mengurangkan risikonya mendapat kanser. Ini kerana ia meningkatkan jumlah protein p53 yang mampu melindungi mendapat kanser payudara. Juga mengandung menyekat kitaran haid seseorang wanita dan seterusnya melindunginya darpada kanser payudara dan serviks.

10. Amalkan penyusuan badan
Kajian mendapati tempoh tanap haid sewaktu mengandung dan menyusu badan mengurangkan risiko wanita mendapat kanser. Maklumat ini turut disertakan dengan data yang mencadangkan bahawa menopaus awal mengurangkan faktor risiko mendapat kanser payudara bagi seorang wanita.

Kanser payudara bukanlah satu hukuman mati. Dengan cara pengesanan yang lebih canggih dan rawatan yang lebih efektif, peluang untuk sembuh lebih baik. Namun, Kanser Payudara mungkin menjadi satu Hukuman Mati Akibat Kecuaian. - sumber dari facebook

Mesin Paling Pantas, Melembabkan, Menghalus dan Memberikan Wajah Anda 5 Tahun Lebih Muda



Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan

Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah

2 Cara Pakai Tudung Lilit

 

Teknik memakai tudung ini adalah teknik yang ramai orang pakai, kecuali ada letak pin di tepi tudung, lagi menyerlah kalau pakai tudung yang lebih lembut dan beralun seperti kain chiffon atau cotton yang nipis. Kain-kain jenis ini akan mengurangkan rasa kepanasan akibat lilitan. 



Ini cara yang sama, tapi menggunakan tudung jenis chiffon, boleh letakkan pin di tepi dan di tengah, nampak lain bila ada design macam butang di tengah-tengah. Memang menarik. 

------
Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah


Gambar-Gambar Karenah Anak Johan Maharaja Lawak




Cutenya anak-anak Johan ni, seorang bapa yang penyayang pula tu. Beruntunglah Ozlyn dan anak-anaknya. Sesetenagah bapa tak ada masa nak layan anak-anak, tapi alhamdulillah dia banyak masa. 



Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah


10 Proses Yang Terjadi Selepas Tubuh Kita dikuburkan



Sesungguhnya mayat di dlm kubur akan melalui beberapa fasa perubahan.. 
Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak malam pertama di alam kubur sehingga 25 tahun berikutnya..

Malam Pertama ~
Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada bhgn perut & kemaluan..
Subhanallah, perut & kemaluan adalah 2 hal terpenting yg anak cucu Adam saling bergulat & menjaganya di dunia..
Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman..
Setelah berbagai solekan & alat2 kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia, manusia hanya akan memiliki 1 warna shj..

Malam Kedua ~
Anggota2 tubuh yg lain seperti limpa, hati & paru2 akan mula membusuk..

Hari Ketiga ~
Anggota2 tubuh mula mengeluarkan bau yg busuk..

Setelah Seminggu ~
Wajah & mata mula membengkak..

Setelah 10 hari ~
Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota2 tubuh..

Setelah 2 Minggu ~
Rambut mulai gugur..
Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km & ulat2 pun mula menutupi seluruh tubuh..

Setelah 6 Bulan ~
Semua anggota telah tiada..
Yg tinggal cuma tulang rangka shj..

Setelah 25 Tahun ~
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji & di dlm biji tersebut, anda akan menemukan 1 tulang yg sgt kecil yg dipanggil ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor)..
Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh ALLAH SWT pada hari kiamat..

Sahabat2 yg dirahmati ALLAH, inilah tubuh yg selama ini kita jaga..
Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kpd ALLAH dgn nya..
Oleh kerana itu, jgn biarkan umur & jasad kita dlm keadaan sia2..
Janji ALLAH adalah benar..

Ya ALLAH, tetapkanlah hati kami di atas agama-MU..
Ya ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai 1 taman dari taman2 syurga & jangan jadikan ianya sebagai 1 lubang dari lubang2 api neraka...

Aamiin... 
Aku berdoa..
Ya اَللّهُ : 
Muliakanlah diriku dan org yang menghantar pesanan ini 
Lapangkanlah hatiku dan hatinya 
Bahagiakanlah keluargaku dan keluarganya, dan 
Luaskanlah rezekiku dan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan 
Mudahkan segala urusanku dan urusannya 
Kabulkanlah cita-citaku & cita-citanya 
Jauhkan kami dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar 
Jauhkan kami dari segala Musibah 
Serta terimalah. semua amal ibadah ku dan amal ibadahnya, dan 
Kelak jadikanlah diriku dan diri dia sebagai penghuni Surga-MU. 
آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن 

Kirim kepada semua orang dalam contact. Kita akan saling mendoakan antara satu sama lain, dan mudah²an doa kita dikabulkan. آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن
sumber dari whatspp group
----
Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah

10 Nasihat Pada Jiwa Yang Tak Tenang




Perkongsian dari Ust Dr Zahazan Mohamed. Hayati maksud nya.

1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.

2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil? Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk,jgn sedih, ia juga takkan kekal lama.

5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jk anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!

7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tdk menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.

8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lbh teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "

9. Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bhw seseorang telah mendoakan anda.

10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

Jika anda benar-benar menikmati kata-kata ini, mohon sebarkan kepada yang lain. Ia boleh menerangi hari seseorang. - sumber dari whatsapp group

Mesin Paling Pantas, Melembabkan, Menghalus dan Memberikan Wajah Anda 5 Tahun Lebih Muda

Cara Nak Serlahkan Pemakaian Aksesori


Plain Dress atau Jubah, tampa sebarang labuci, atau corak akan menyerlahkan sebarang aksesori yang dipakai seperti gelang, cincin, rantai, anting-anting, brooch tudung bagi mereka yang bertudung. Lebih-lebih lagi kalau aksesori itu jenis yang mahal. Mestilah kita rasa nak show off sikit kan...
Pasti nampak elegant. Betul cubalah. 







Dress warna plain akan menyerlahkan aksesori rantai atau berlian yang dipakai, cuba
Marina Dress
Limited size m l only
Pm at top, sms, mms, whatspp
018 2637833

Measurement: 
Size M: Length: 140cm Bust: 94cm Shoulder: 37cm Sleeve: 59cm Waist: 86cm Hem: 290cm 
Size L: Length: 142cm Bust: 98cm Shoulder: 38.5cm Sleeve: 59.5cm Waist: 90cm Hem: 294cm
Size XL Length: 143cm Bust: 102cm Shoulder: 40cm Sleeve: 60cm Waist: 94cm Hem: 298cm
Material: Pearl Chiffon With Full Silk Inner Lining 


Pm at top, sms, mms, whatspp
018 2637833


Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah

Tips Menjadi Usahawan Online



Usahawan Wajib Ada ATTITUDE
=======================
Ape ATTITUDE ni? 

A - Ability
T - To
T - Think
I - Intelligently
T - Today
U - Under 
D - Different 
E - Emotion

Kenapa usahawan wajib ade attitude?
Sebab kalau tak tak ada attitude
anda belajar dengan siape pon, guna 
strategi pemasaran ape pon,
pergi nenek kelas sekali pun, anda
susah nak berjaya.

Contoh attitude adalah, kita buat lebih daripada
apa yang orang lain buat. Attitude jugak buatkan
anda mampu control cara berfikir anda dalam 
keadaan emosi yang berbagai2...

Contoh : Abu sedang cuba nak close deal
dengan client beliau . tiba-tiba client tu cakap
tak nak... ape jadi pada Abu lepas tu? Abu pon
tension satu hari, mula buang masa skrol fesbuk
keatas kebawah.. sedar2.. dalam hari tu tak ada
satu kerja pun yang Abu berjaya siapkan. 
Semuanya sebab Abu tak mampu nak kawal 
emosi bila client tak nak deal dengan beliau. Ini
contoh usahawan yang tak ada Attitude.

Faham ke attiude tu macam mana?

Usahawan yang ada Attitude tak akan mudah 
beremosi bila berlaku sesuatu perkara yang 
yang negatif atau tak baik dalam satu hari.
Tapi Usahawan yang ada Attitude akan 
lebih fokus untuk terus berusaha dan mmperbaiki
diri sendiri.

Ok cukup. Semoga post ni membantu. 
Sumber https://www.facebook.com/pages/Tips-Usahawan-Internet/494274474031830?noti


Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah

7 Cara Melembabkan Wajah dan Berikan Wajah Anda Lebih Muda dari Usia Anda

Sebaliknya, kalau anda nak mengekalkan keremajaan kulit muka lebih lama, ikutilah 6 cara penjagaan muka berikut;

1. Minum air kosong sebanyak 8 - 10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kalau nak minum lebih daripada 10 gelas sehari pun boleh. :)

2. Sebelum tidur, basuh muka anda dengan air bersih. Kotoran dan bakteria yang tak dibersihkan tu boleh menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.

3. Jangan lupa juga cuci muka anda sebelum beriadah ataupun bersenam. Kalau berpeluh nanti, ia akan mengurangkan jumlah kotoran serta bakteria yang terkumpul.


4. Amalkan 3 langkah penjagaan kulit muka. Pertamanya, cuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci yang berasaskan glycerin. Lepas cuci muka, gunakan penyegar (toner) dan disusuli dengan pelembap.

5. Pastikan anda melindungi kulit daripada sinaran matahari sebaik mungkin. Gunakan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit terbakar dan masalah kedutan.

6. Akhir sekali, jika anda mengalami masalah kulit yang serius, berjumpalah dengan pakar kulit atau dermatologis. Dapatkan khidmat nasihat tentang apa yang patut anda buat. - internet

7. Buatlah rawatan ultrasonic sendiri di rumah anda, tak perlu habiskan banyak wang ke salon
nak tahu bagaimana?



Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah
Mesin Paling Pantas, Melembabkan, Menghalus dan Memberikan Wajah Anda 5 Tahun Lebih Muda




Gencatan senjata Gaza bertahan, Teruskan Boikot



BANDAR GAZA - Situasi di Genting Gaza kekal aman semalam selepas satu gencatan senjata jangka panjang berkuat kuasa sekali gus menamatkan keganasan terburuk dengan Israel dan Hamas yang masing-masing mendakwa kemenangan dalam perang 50-hari tersebut.

Berjuta-juta orang di Gaza dan Israel menyambut baik keamanan yang kini dikecapi apabila tiada serangan udara ke atas Gaza mahu pun bedilan roket Hamas ke Israel, kata tentera rejim Zionis.

"Sejak perdamaian ini berkuat kuasa, tiada aktiviti tentera Israel di Gaza atau bedilan roket ke Israel," kata seorang jurucakap tentera 12 jam selepas tiada kedengaran bedilan daripada kedua-dua belah pihak.

Gencatan senjata itu yang berkuat kuasa pada pukul 12 malam kelmarin (waktu Malaysia) menerima pujian Washington dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon.

"Saya berharap gencatan senjata ini akan menjadi dorongan untuk pihak Israel dan Palestin kembali meneruskan rundingan damai," kata Ki-moon.

Terdahulu, Israel dan Hamas memuji gencatan senjata itu sebagai kemenangan di pihak masing-masing.

"Hamas memulakan perang ini dengan deklarasi jelas bahawa mereka tidak akan berhenti tanpa penamatan sekatan oleh Israel, pembinaan sebuah pelabuhan dan lapangan terbang namun, ia gagal mencapai semua objektif tersebut," kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam wawancara bersama stesen radio tentera Israel.

Hamas pula mendakwa pihaknya memperoleh kemenangan kerana berjaya bertahan di sebalik serangan bertubi-tubi rejim Zionis.

Namun, ramai pemerhati berpendapat perang itu berkesudahan dengan seri seperti yang dilaporkan akhbar Israel, Maariv.

Menurut beberapa pakar Asia Barat, kedua-dua pihak bersetuju untuk menghentikan serangan kerana sudah 'keletihan' selepas bertempur selama tujuh minggu.

Perang terbaharu di Gaza itu meragut nyawa 2,143 penduduk Palestin dan 70 orang di pihak Israel.

"Selepas berperang selama 50 hari, kedua-dua pihak keletihan justeru, mereka bersetuju mengadakan gencatan senjata," kata seorang pakar berkenaan, Eyal Zisser.

Pihak Palestin menyatakan, gencatan senjata itu kekal manakala seorang pegawai kanan tentera Israel menyifatkannya sebagai tanpa had masa atau syarat.

Di bawah persetujuan itu, Israel akan melonggarkan kemasukan barangan, bantuan kemanusiaan dan bahan binaan ke Gaza serta meluaskan kawasan tangkapan ikan sejauh 11 kilometer kepada nelayan Palestin.

Namun, beberapa isu sensitif seperti tuntutan Hamas untuk membina sebuah pelabuhan dan lapangan terbang hanya akan ditangguhkan sehingga para perunding ke dua-dua belah pihak kembali bertemu di Kaherah. - AFP
----------------
Letakkan diri kita pada tempat mereka.

Jadi buatlah yang termampu, takkan boikot pun tak boleh


Jadi sama-samalah kita teruskan boikot barang-barang yang menyumbang kepada keganasan dan peperangan. Sebagai pengguna kita lakukan apa yang terbaik demi masa depan Gaza dan juga masa depan kita semua. Sekirannya peperangan berterusan di Gaza, peperangan ini akan merebak ke negara-negara lain termasuk negara kita. Jadi buatlah sesuatu yang mampu.

Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjahan

Gambar Didie dan Anak Barunya




Pelawak dan pelakon komedi, Didie Alias yang ditemui buat pertama kalinya di sesi sidang media Anugerah Lawak Warna, selepas beberapa bulan yang lepas mengalami proses berpantang kini telah selamat melahirkan bayinya yang comel, yang diberi nama Muhammad Dayyan.

Dia yang memberitahu setelah 15 tahun tidak melahirkan anak agak kekok apabila buat pertama kalinya memegang bayi itu.

“Sudah 15 tahun saya tidak mempunyai bayi dan sekarang ini cuba perbetulkan keadaan itu. Saya melahirkan bayi ini melalui proses pembedahan bukannya bersalin secara normal.Rutin awal ketika itu, memang saya agak kekok apabila mula-mula mahu menyusukan bayi dan banyak benda berulang kembali lagi pula mendapat bayi lelaki yang membuatkan suami dan saya sendiri begitu teruja kerana anak bongsu saya sebelum ini merupakan seorang perempuan,” katanya

Turut menjelaskan bahawa kesihatan bayi lelakinya itu di tahap baik dan sihat. Bagaimanapun buat seketika Didie akan memberikan sepenuh perhatian kepada bayinya itu kerana masih menyusu badan. Segala undangan majlis-majlis korporat tetap akan diterimanya kerana masa yang diambil untuk menjayakan sesuatu persembahan itu agak sekejap berbanding di lokasi penggambaran.

Anak Anak Bergaduh, Berebut Mahu Jaga Adik Baru

“Alhamdulillah, buat masa sekarang bayi saya sihat dan tak putus-putus sehingga sekarang orang mengucapkan tahniah. Buat pertama kalinya selepas bercuti beberapa bulan saya akan muncul dalam Super Spontan pada Jumaat ini. Tawaran lakonan sekiranya telemovie saya akan pertimbangkan kerana masa yang diambil dalam proses penggambaran tidaklah terlalu lama berbanding drama bersiri. Undangan majlis korporat tetap akan saya jayakannya,” tambahnya.

Didie turut beritahu bahawa dia masih mengamalkan amalan tradisional dalam proses berpantang seperti membengkung perut, mengurut dan sebagainya.

“Saya berpantang masih mengikut adat tradisional seperti membengkung dan mengurut,” ujarnya ringkas. Tambahnya lagi, suaminya agak teruja dengan kelahiran bayi lelakinya ini kerana zuriat inilah merupakan salah satu pewaris untuk dirinya.

Sementara itu, dia juga berkata anak-anaknya terlalu teruja sehinggakan mereka semua bergaduh untuk menjaga ahli keluarga baru mereka ini.

“Suami saya sungguh teruja kerana tidak menyangka bahawa saya boleh memberikan dia zuriat lagi dan apabila malam dialah yang akan menjaga kerenah anak. Anak-anak saya terlalu teruja sehingga bergaduh hendak menjaga adiknya ini,” katanya sambil tersenyum. - rotikaya
----
Semoga kehadiran cahaya mata ini akan menambahkan ikatan keluarga Didie Alias, suami dan anak-anak



Petua Suara Merdu






Selamat mencuba ya...

Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah


Dress Untuk Majlis Makan Malam


Memilih dress untuk majlis keramaian makan malam memanglah agak cerewet, sebab pada malam itu, masing-masing nak mengayakan busana yang paling mengancam dan cantik sekali, pada tips kali ini saya akan berikan beberapa contoh pakaian majlis makan malam. Rasa nak tambah elegant dan menawan, pilihlah jubah dress warna yang terang dan bercahaya glitter, pada tudung, atau pada lengan baju. Tambah pula dengan aksesori tali pinggang dan kasut yang berbatu berlian memang cantik kan...






Gunakan tas tangan, kasut yang sepadan dengan baju, anda akan nampak lebih menawan. 

Selamat Mencuba
Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah


Youth Bazar Derma Untuk Gaza



Penderitaan rakyat Palestin terutama golongan wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa kekejaman tentera Israel di Gaza masih berterusan hingga hari ini.

Penderitaan mereka bukan saja meraih perhatian masyarakat dunia, tetapi golongan selebriti tanah air turut terpanggil untuk berganding bahu dalam merealisasikan karnival amal Youth Bazaar Fiesta bagi menyalurkan sumbangan ke Tabung Gaza.Acara amal anjuran Anugerah Team Services dengan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Aqsa Syarif akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 13 dan 14 September ini.

Karnival amal ini bakal disemarakkan lagi dengan pembabitan lebih 15 selebriti popular tanah air seperti Afdlin Shauki, Rita Rudaini, Fouziah Gous, Yana Samsudin, Mawi, Ekin, Nabil Ahmad, Angah Raja Lawak, Mila, Yatt Hamzah, Fida Ibrahim, Bienda, CT Chubby dan Lisdawati.


Bagi Yana Samsudin, dia tidak ingin melepaskan peluang keemasan menyertai karnival amal itu walaupun agenda seninya padat ketika ini.


“Saya sentiasa menyokong penganjuran karnival amal seperti ini terutama untuk membantu penduduk Palestin di Gaza. 

“Saya juga sangat teruja untuk menjayakan karnival ini buat julung kalinya sekali gus dapat berkumpul dengan rakan artis dan peminat masing-masing untuk menjayakan aktiviti murni ini,” katanya. 

Pada karnival amal itu, Yana akan menjual barangan seperti pakaian dan aksesori popular di Korea Selatan dan Jepun iaitu LoomBans. 

“Selain itu, YanaSuperCookies turut menjual pelbagai jenis biskut iaitu SuperSumpai, Strawberry Lolita, Green Forest, Superstarberry dan Stylo Chips. Hasil jualan juga akan disalurkan ke tabung berkenaan,” kata­nya.

Selain berdoa, Yana akui memang mengikuti perkembangan di Gaza. 

“Setiap hari, sebelum masuk tidur saya akan mengikuti perkembangan di sana melalui laman sosial. Ramai kanak-kanak, orang tua dan dan kaum wanita yang menjadi mangsa perang ini. Ia sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Saya tidak sanggup melihat kekejaman yang mereka tanggung itu terutama mangsa yang tercedera dan cacat seumur hidup. Saya pernah berkunjung ke Bosnia Herzegovina yang pernah bermandi darah akibat perang saudara dan sudah melihat sendiri keadaan sebuah negara serta kehidupan rakyat selepas perang,” katanya.

Pelakon popular, Fouziah Gous pula memang tidak asing dengan karnival amal termasuk untuk membantu penduduk Gaza sekali gus menjalankan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat sejagat.

“Saya akan menjual produk sendiri iaitu sarang burung, My Walet Bird Nest dari FG Walet dan setiap botol yang terjual akan disalurkan ke tabung Gaza. Selain itu, saya turut menjual koleksi tudung dari Kelubung Republic. 

“Demi merealisasikan misi program ini, saya juga sanggup menolak tawaran berlakon projek telefilem kerana ingin turun padang dan sama-sama menjayakan karnival amal selama dua hari itu nanti,” katanya.

Pada masa sama, Fouziah juga berharap semua peminatnya di luar sana akan turut sama menyokong penganjuran karnival amal berkenaan.

“Inilah masanya, peminat bertemu lebih dekat dengan artis kesayangan mereka sambil menderma untuk Tabung Gaza. Mungkin sumbangan yang kita hulurkan tidak seberapa berbanding kemusnahan dan penderitaan rakyat Palestin tetapi sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung mereka,” katanya.


280 tapak jualan 

Karnival amal Youth Bazaar Fiesta juga menyediakan sebanyak 280 tapak jualan dan lelo­ngan untuk golongan selebriti dan orang ramai yang berminat untuk merealisasikan misi amal berkenaan. 

Penganjurnya, Lina Abdul Rashid berkata, pembabitan artis dalam program amal ini seharusnya membuka mata banyak pihak supaya turut serta memberi sumbangan kemanusiaan kepada mangsa perang di Gaza.

“Sambil berbelanja dan menderma, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan beberapa artis terkenal tanah air. Kesempatan berhibur sambil beramal itu juga patut dimanfaat­kan orang ramai terutama dalam kalangan generasi muda untuk turut sama memberi sumba­ngan.

“Selain menyampaikan mesej keamanan dan misi kemanusiaan kepada mangsa keganasan Israel, karnival berkenaan sewajarnya menjadi titik tolak bagi memberi kesedaran kepada orang ramai. Pastinya acara lelong barangan selebriti akan menjadi tumpuan,” katanya. 

Lina berkata, hasil jualan dan lelongan akan disalurkan kepada Aqsa Syarif yang diberi mandat mengumpul sumbangan kewangan untuk penduduk Gaza. 

“Kami menjemput peniaga online, butik, aksesori, kasut, kek dan apa saja jenis perniagaan untuk menyertai jualan amal ini. Youth Bazaar Fiesta adalah konsep jualan bazar pelbagai barangan pada harga yang berpatutan.

“Karnival yang bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam itu menyediakan 280 tapak jualan dan lelongan untuk artis dan peniaga yang ingin menyertai­nya dengan harga promosi RM580 untuk dua hari,” katanya.

Keterangan lanjut,layari laman Facebook - Youth Bazaar Fiesta atau laman Instagram - Youthbazarfiesta. - 

Kita buatlah apa yang termampu untuk menolong mangsa -mangsa terutama wanita dan kanak-kanak yang sedang berada dalam kesusahan

Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah

Penyebab Utama Rambut Cepat Pecah




Penyebab rambut pecah adalah :

Terdedah pada bahan kimia yang digunakan untuk meluruskan , mengerintingkan dan mewarnakan rambut.
Kerap menyisir rambut terutamanya apabila menggunakan sikat yang tidak bersesuaian dengan ketebalan rambut dan menyisir rambut dalam keadaan basah.
Kerap ikat tocang (braid) dengan ketat.
Mengalami masalah perubatan seperti “hypothyroidism” ( hormon tiroid rendah) dan “anorexia nervosa” (tidak mahu makan kerana takut menjadi gemuk walaupun sebenarnya badan pesakit terlalu kurus).
Bagi mengatasi masalah ini;

Gunakan syampu untuk rambut rosak dan gunakan perapi rambut.
Jangan sikat rambut ketika basah dan gunakan sikat yang bersesuaian
Elakkan mengering rambut dengan alat pengering dalam keadaan terlalu basah dan pada suhu yang tinggi.
Dapatkan perkhidmatan pendandan rambut profesional sekiranya anda hendak meluruskan, mengeritingkan atau mewarnakan rambut.
Sekiranya anda berambut panjang dan mempunyai rambut bercabang, eloklah bahagian hujung rambut dipotong.
Sekiranya anda mengalami rambut rapuh tanpa sebab , jumpalah doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.



Ada Masalah Matching Color?
Sinar Jahitan punyai koleksi
Jubah, Dress, Blouse, Shawl, Hanbags, Clutches, Shoez
berbagai warna dan sepadan

Cara-Cara Menjaga Rambut Supaya Tidak Gugur


PENGENALAN

Rambut boleh memainkan peranan penting dalam menentukan rupa paras seseorang.

  1. Manusia dianugerahkan lebih kurang 100,000 helai rambut di atas kulit kepala. Setiap hari lebih kurang 100 helai rambut akan gugur dan digantikan dengan rambut yang baru.
  2. Rambut
  3. dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu folikel yang berada dalam kulit dan batang rambut (shaft) iaitu bahagian luar yang kita lihat.
  4. Bilangan folikel adalah kekal dan akan berkurangan mengikut usia.
  5. Setiap helai rambut terdiri dari 3 lapisan keratin di mana lapisan luar (kutikel) berfungsi untuk melindungi 2 lapisan dalam.
  6. Rambut yang sihat akan kelihatan bersinar kerana lapisan kutikel berada dalam keadaan mendatar. Ini akan mengimbas cahaya dan juga memudahkan sebum mengalir untuk melembabkan rambut.
  7. Rambut akan memanjang 3-4 mm sehari iaitu lebih kurang 6 inci setahun.


CARA- CARA PENJAGAAN RAMBUT

Penjagaan rambut adalah berbeza mengikut jenis rambut, stail rambut dan juga jenis aktiviti yang dilakukan.
Jenis syampu yang digunakan dan kekerapan membasuh rambut adalah mengikut kelembapan rambut dan permasalahan rambut.
Syampu untuk rambut kering dan rosak diperlukan dalam keadaan berikut: Rambut kerinting, rambut yang diluruskan atau diikalkan dengan menggunakan bahan kimia, rambut yang selalu menggunakan pengering letrik terutamanya ketika rambut basah dan juga rambut yang selalu terdedah kepada air laut dan air berklorin.
Syampu untuk rambut berminyak pula perlu digunakan bagi mereka yang mempunyai rambut berminyak.
Setengah remaja mengalami rambut yang agak berminyak kerana pada usia ini kelenjar sebaceous mungkin lebih aktif dan mengeluarkan sebum melebihi dari keperluan.
Syampu bayi yang lembut, disyorkan bagi mereka yang aktif dalam sukan dan perlu kerap membersihkan rambut setiap hari.


MENANGANI RAMBUT BERMASALAH

Masalah rambut yang biasa berlaku adalah kelemumur, rambut gugur, rambut rapuh dan pecah.

Kelemumur (dandruff)
Penyebab berlakunya kelemumur masih tidak diketahui, walau bagaimanapun ia dikaitkan dengan hadirnya sejenis kulat (fungus).

Kelemumur boleh dirawat dengan menggunakan syampu yang mengandungi asid salicilic, zink, tars atau selenium sulfate.

Sekiranya rawatan ini tidak berkesan, sila berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Rambut rapuh, pecah atau bercabang (hair breakage)
Rambut boleh pecah di bahagian yang lemah sama ada di pangkal, tengah mahupun di bahagian hujung rambut.


Rambut gugur (hair loss)

Rambut gugur adalah perkara yang biasa berlaku pada setiap orang.
Setiap hari lebih kurang 100 helai rambut akan gugur dan akan diganti dengan rambut baru.
Masalah akan timbul apabila rambut yang gugur tidak diganti dan ini boleh menyebabkan seseorang itu menjadi botak.
Botak itu boleh berlaku sementara atau kekal.
Antara penyebab rambut gugur adalah penggunaan bahan kimia dan suhu tinggi untuk dandanan rambut serta masalah perubatan.
Sekiranya rambut anda gugur berterusan setelah menjalani rawatan di salon atau anda mengalami botak kekal, anda harus berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat. - Kementrian Kesihatan







Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

Resepi Pretzel



Bahan-Bahan:

250 gm mentega
120 gm gula aising
100 gm telur
50 gm susu UHT 10 gm gula castor yang telah digaulkan dengan vanila
450 gm tepung
10 gm serbuk koko

Cara membuatnya: 

- Pukul mentega, gula aising dan telur hingga kembang.
- Gaulkan susu UHT, gula castor, tepung dan serbuk koko.
- Dengan menggunakan beg aising, bentukkan seperti dalam gambar. Bakar dalam ketuhar sehingga masak.
- Sejukkan di dalam peti sejuk seketika dan celupkan dalam coklat yang telah dicairkan.

---------------------------

Birthday Themed Event
Tak ada masa nak buat event tapi nak buat demi kebahagiaan anak-anak
Berikan kepada team caveidea event, kami boleh berikan sesuatu yang melebihi dari bajet anda!

Hutang Janda Businessman





Banyak peniaga Melayu membuka syarikat enterprise dan menjalankan bisnes menggunakan nama syarikat enterprise itu dengan tidak mengetahui implikasi undang-undangnya.



+ Kos menubuhkan syarikat enterprise sangat murah. Hanya RM100 sahaja.



+ Proses mendaftarkan syarikat enterprise juga sangat mudah dan cepat. 1 hari sahaja.



.


Di manakah risiko berniaga dengan menggunakan nama syarikat enterprise?

Risikonya adalah dalam kes HUTANG.

+ Dari segi undang-undang, hutang syarikat enterprise tidak diasingkan daripada hutang peribadi. Hutang syarikat enterprise adalah hutang peribadi. Di sinilah risikonya.

+ Jika kita SATU orang sahaja yang memiliki syarikat enterprise itu, kita seorang sahaja yang menanggung hutang-hutang yang kita ambil atas nama syarikat enterprise itu.

.

+ Jika kita mempunyai RAKAN-KONGSI dalam syarikat enterprise itu, risikonya sangat berat.

+ Katakanlah kita berkongsi 50-50 modal membuka bisnes syarikat enterprise itu. Kalau rakan-kongsi kita itu tidak mahu sama-sama membayar hutang syarikat, maka 100% hutang itu menjadi hutang peribadi kita. 

+ Ah Long, ceti, syarikat finance tidak peduli siapa yang mengambil pinjaman itu bagi pihak syarikat enterprise. Mereka berhak menagih hutang itu dari rakan-kongsinya.

Contoh: Isteri dan suami membuka syarikat enterprise. Suami mengambil hutang atas nama syarikat. Kemudian mereka bercerai. Suami tidak mahu membayar hutang. Jandanya yang dikejar oleh ah long, ceti dan bank! - Puan Ainon


Puan Ainon tidak akan bercerita sekirannya tidak berlandaskan kes sebenar. Jadi para isteri jangan sesekali cepat percaya dengan sesiapa, mahupun suami. Kalau setakat hutang bank tu memang lah boleh toleransi, paling kuat pun jadi bangkrupsi, kalau dah kena along, tak ada nyawalah ....abis masa depan anak beranak. 



Birthday Themed Event
Tak ada masa nak buat event tapi nak buat demi kebahagiaan anak-anak

Berikan kepada team caveidea event, kami boleh berikan sesuatu yang melebihi dari bajet anda!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...