Banyak peniaga Melayu membuka syarikat enterprise dan menjalankan bisnes menggunakan nama syarikat enterprise itu dengan tidak mengetahui implikasi undang-undangnya.
+ Kos menubuhkan syarikat enterprise sangat murah. Hanya RM100 sahaja.
+ Proses mendaftarkan syarikat enterprise juga sangat mudah dan cepat. 1 hari sahaja.
.
Di manakah risiko berniaga dengan menggunakan nama syarikat enterprise?
Risikonya adalah dalam kes HUTANG.
+ Dari segi undang-undang, hutang syarikat enterprise tidak diasingkan daripada hutang peribadi. Hutang syarikat enterprise adalah hutang peribadi. Di sinilah risikonya.
+ Jika kita SATU orang sahaja yang memiliki syarikat enterprise itu, kita seorang sahaja yang menanggung hutang-hutang yang kita ambil atas nama syarikat enterprise itu.
.
+ Jika kita mempunyai RAKAN-KONGSI dalam syarikat enterprise itu, risikonya sangat berat.
+ Katakanlah kita berkongsi 50-50 modal membuka bisnes syarikat enterprise itu. Kalau rakan-kongsi kita itu tidak mahu sama-sama membayar hutang syarikat, maka 100% hutang itu menjadi hutang peribadi kita.
+ Ah Long, ceti, syarikat finance tidak peduli siapa yang mengambil pinjaman itu bagi pihak syarikat enterprise. Mereka berhak menagih hutang itu dari rakan-kongsinya.
Contoh: Isteri dan suami membuka syarikat enterprise. Suami mengambil hutang atas nama syarikat. Kemudian mereka bercerai. Suami tidak mahu membayar hutang. Jandanya yang dikejar oleh ah long, ceti dan bank! - Puan Ainon
Puan Ainon tidak akan bercerita sekirannya tidak berlandaskan kes sebenar. Jadi para isteri jangan sesekali cepat percaya dengan sesiapa, mahupun suami. Kalau setakat hutang bank tu memang lah boleh toleransi, paling kuat pun jadi bangkrupsi, kalau dah kena along, tak ada nyawalah ....abis masa depan anak beranak.
Birthday Themed Event
Tak ada masa nak buat event tapi nak buat demi kebahagiaan anak-anak
Berikan kepada team caveidea event, kami boleh berikan sesuatu yang melebihi dari bajet anda!
Birthday Themed Event
Tak ada masa nak buat event tapi nak buat demi kebahagiaan anak-anak
Berikan kepada team caveidea event, kami boleh berikan sesuatu yang melebihi dari bajet anda!
No comments:
Post a Comment