BANDAR GAZA - Situasi di Genting Gaza kekal aman semalam selepas satu gencatan senjata jangka panjang berkuat kuasa sekali gus menamatkan keganasan terburuk dengan Israel dan Hamas yang masing-masing mendakwa kemenangan dalam perang 50-hari tersebut.
Berjuta-juta orang di Gaza dan Israel menyambut baik keamanan yang kini dikecapi apabila tiada serangan udara ke atas Gaza mahu pun bedilan roket Hamas ke Israel, kata tentera rejim Zionis.
"Sejak perdamaian ini berkuat kuasa, tiada aktiviti tentera Israel di Gaza atau bedilan roket ke Israel," kata seorang jurucakap tentera 12 jam selepas tiada kedengaran bedilan daripada kedua-dua belah pihak.
Gencatan senjata itu yang berkuat kuasa pada pukul 12 malam kelmarin (waktu Malaysia) menerima pujian Washington dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon.
"Saya berharap gencatan senjata ini akan menjadi dorongan untuk pihak Israel dan Palestin kembali meneruskan rundingan damai," kata Ki-moon.
Terdahulu, Israel dan Hamas memuji gencatan senjata itu sebagai kemenangan di pihak masing-masing.
"Hamas memulakan perang ini dengan deklarasi jelas bahawa mereka tidak akan berhenti tanpa penamatan sekatan oleh Israel, pembinaan sebuah pelabuhan dan lapangan terbang namun, ia gagal mencapai semua objektif tersebut," kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam wawancara bersama stesen radio tentera Israel.
Hamas pula mendakwa pihaknya memperoleh kemenangan kerana berjaya bertahan di sebalik serangan bertubi-tubi rejim Zionis.
Namun, ramai pemerhati berpendapat perang itu berkesudahan dengan seri seperti yang dilaporkan akhbar Israel, Maariv.
Menurut beberapa pakar Asia Barat, kedua-dua pihak bersetuju untuk menghentikan serangan kerana sudah 'keletihan' selepas bertempur selama tujuh minggu.
Perang terbaharu di Gaza itu meragut nyawa 2,143 penduduk Palestin dan 70 orang di pihak Israel.
"Selepas berperang selama 50 hari, kedua-dua pihak keletihan justeru, mereka bersetuju mengadakan gencatan senjata," kata seorang pakar berkenaan, Eyal Zisser.
Pihak Palestin menyatakan, gencatan senjata itu kekal manakala seorang pegawai kanan tentera Israel menyifatkannya sebagai tanpa had masa atau syarat.
Di bawah persetujuan itu, Israel akan melonggarkan kemasukan barangan, bantuan kemanusiaan dan bahan binaan ke Gaza serta meluaskan kawasan tangkapan ikan sejauh 11 kilometer kepada nelayan Palestin.
Namun, beberapa isu sensitif seperti tuntutan Hamas untuk membina sebuah pelabuhan dan lapangan terbang hanya akan ditangguhkan sehingga para perunding ke dua-dua belah pihak kembali bertemu di Kaherah. - AFP
----------------
Letakkan diri kita pada tempat mereka. Jadi buatlah yang termampu, takkan boikot pun tak boleh |
Jadi sama-samalah kita teruskan boikot barang-barang yang menyumbang kepada keganasan dan peperangan. Sebagai pengguna kita lakukan apa yang terbaik demi masa depan Gaza dan juga masa depan kita semua. Sekirannya peperangan berterusan di Gaza, peperangan ini akan merebak ke negara-negara lain termasuk negara kita. Jadi buatlah sesuatu yang mampu.
Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjahan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjahan
No comments:
Post a Comment