Tuesday, December 31, 2013

Iklan Video Viral 2013


 


Dah Tengok?
Memang best, paling viral Kobe Vs Messi, tengok banyak kali pun tak boring.

Buang Bulu Roma Dengan Pantas Selamat dan Berkesan

Tips Belanja Perkahwinan

Mula lebih awal

Kepada pasangan muda ingin berkahwin, dinasihatkan semak cara perbelanjaan setiap bulan. Adakan senarai keperluan. Seeloknya bincang bersama-sama pasangan dan tetapkan tempoh sesuai. Bagi yang belum ada pasangan, jangan ambil mudah. Tak semestinya tiada pasangan ketika ini, anda akan berkahwin kelak, jadi isu ini juga berkaitan dengan anda. Mulakan lebih awal. Berbincang mengenai majlis, wang simpanan atau apa saja berkaitan perlu dilakukan awal untuk elakkan masalah kemudian hari. Jika dilakukan saat akhir, situasi akan jadi kelam-kabut dan aturan kewangan juga terganggu. Kaedah menyimpan wang sebenarnya ada 1001 macam cara, yang utama adalah disiplin dan kita tahu apa kemahuan diri. Sebaik-baiknya, mulakan amalan menabung daripada dapat gaji pertama. Perlu diingatkan, menyimpan wang bukannya untuk dihabiskan buat kenduri kahwin, tetapi bermacam-macam lagi kegnaannya.


Perempuan jangan lepas tangan

Selalunya kalau berbincang isu kahwin dan kumpul duit, orang akan fikir ia tanggungjawab lelaki, tapi hakikatnya beban ini perlu ditanggung bersama-sama. Memanglah ada duit hantaran, tapi perlu diketahui bukan semua keluarga gunakan duit terbabit untuk tanggung kos kenduri. Duit hantaran untuk menampung sedikit sebanyak kos itu ini dalam majlis resepsi. Ada juga kisahnya duit hantaran diberi terus pada anak perempuan selepas kenduri atau dibahagi sama rata dengan mak ayah. Jadi kesimpulannya, si gadis juga perlu bebankan otak jangan hanya biarkan si jejaka ‘kacau kepala’. Pengalaman mendirikan rumah tangga dikongsi Nur Nasirah Maulod, 23, yang berkata, zaman sekarang memang perlu berkongsi apa saja untuk hidup terutama babitkan isu kahwin. Katanya, dia dan suami sama-sama menabung untuk berkahwin.

“Kalau cuma biarkan lelaki yang keluarkan duit untuk belanja kahwin memang susahlah. Bayangkan nak adakan majlis kahwin di kedua-dua belah pihak, sekurang-kurangnya perlu ada RM25,000 untuk taraf sederhana. “Sebagai perempuan, kita impikan perkahwinan yang cukup untuk tinggalkan kenangan indah. Tak perlu berbelanja mewah, cukuplah dengan bajet yang ada. Untuk majlis kahwin sebelah saya, saya gunakan wang sendiri selain dibantu dengan duit hantaran. Secara tak langsung dapat ringankan beban lelaki,” katanya.


Kerja ‘part-time’

Untuk yang bekerja makan gaji, boleh jana pendapatan dengan buat kerja sambilan (part-time). Sudah diketahui 9 daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan, oleh itu apa salahnya berniaga kecil-kecilan untuk tambah wang tabung kahwin. Mungkin persoalan di mana nak dapatkan modal, tiada pengalaman, tak cukup masa dan sebagainya akan buatkan fikiran terganggu sama ada mahu teruskan misi mencari duit lebih, namun jawapannya perlu tekad untuk memperoleh sesuatu.

Contohnya, mulakan dengan menjual barang peribadi yang belum atau sudah dipakai. Lelong barang dengan harga jualan terpakai mungkin boleh menarik minat pembeli. Hasilkan kek cawan menarik bagi mereka yang suka memasak, sandwic dijual di pejabat atau kerepek dapat tingkatkan duit tabungan. Selain itu, kerja di kedai serbaneka 24 jam, pam minyak atau menjadi jurujual sementara juga dapat membantu. Cuma perlu aturkan masa dengan bijak supaya rasa letih berkurangan.


Menabung bersama

Tip untuk elakkan pasangan muda buat pinjaman perkahwinan, anda boleh menabung bersama-sama. Jika masih belum mencukupi ataupun gaji di paras sederhana, cuba rancang perkahwinan ikut kemampuan. Diakui Mohd Syazwan Mohamed Shah Affendi, 26, yang menjelaskan jika kebanyakan pasangan muda memilih untuk membuat pinjaman wang perkahwinan, dia lebih senang berusaha lebih dengan menabung.

“Sebolehnya saya tak mahu buat pinjaman, oleh itu saya hadkan masa dua tahun untuk menabung. Saya mula menabung pertengahan tahun lepas (2012) dan bercadang untuk adakan majlis pada Mei tahun depan. Saya dan pasangan peruntukkan kurang lebih RM1,000 untuk simpan setiap seorang. “Mungkin kedengaran jumlahnya banyak, tapi perlu disiplin kalau betul-betul nak kahwin. Bajet perkahwinan kami sekitar RM50,000 untuk kedua-dua pihak, sebab itu kena berusaha lebih, kerja keras sikit nak capai sasaran. Bayangkan lebih kurang RM2,000 sebulan mungkin dalam tempoh 24 bulan kami dapat kumpul RM48,000, tambah sikit duit tabungan yang lain. Insya-Allah, boleh. “ katanya. Katanya, bagi mereka kurang mampu menabung dalam jumlah tinggi mungkin boleh mulakan dengan RM500 sebulan. Tapi ia perlukan dilakukan kedua-dua belah pihak. Jika mengharapkan sebelah pihak, mungkin hasrat untuk berkahwin perlu dilanjutkan lagi.


Tahan nafsu

Semua orang sukakan barangan berjenama, kalau boleh setiap kali gaji masuk pastinya tas tangan baru ditambah dalam koleksi sedia ada. Tapi perlu diingatkan, mahukan sesuatu berjenama, berkualiti, harganya juga setanding dengan gaya. Waktu ini perlu tahan nafsu dan sentiasa ingatkan di kepala, anda perlu menyimpan wang untuk berkahwin. Kurangkan janji temu pada setiap hujung minggu. Memanglah sebolehnya kita mahu menghadap muka kekasih 24 jam tetapi anda perlu tahu, setiap kali melangkah keluar dari rumah, akan ada wang mengalir keluar daripada dompet. Pertimbangkan hal ini!

Pada zaman moden serta kecanggihan teknologi serba baru ini, seperti ada tarikan magnet untuk membeli gajet terbaru di pasaran. Duit bonus belum dapat tapi sudah terbayang gajet terkini dalam genggaman. Mudah saja, kurangkan ambil tahu perihal gajet dan jadikan diri anda seorang yang ketinggalan zaman. Hanya untuk sementara waktu saja, ini semua untuk kepentingan masa depan. Jika tinggal di rumah sewa, kurangkan makan di luar. Dan lebih berkesan kurangkan menjamu selera di restoran mewah, lebihan duit makan ­tengah hari boleh dimasukkan dalam tabung dan pada sebelah malamnya, masaklah sesuatu untuk kenyangkan perut. - hmetro
Dapatkan Fesyen Busana Muslimah terkini

Wawa dan Aeril Sambut Tahun Baru dan Berbulan Madu di Eropah



Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kini berada di London khabarnya untuk berbulan madu buat pertama kali sejak pernikahan mereka menjadi perhatian ramai sekitar Oktober 2013 yang lalu bersama anak sulong mereka Ahmad Fakharuddin Attar. - rtky. Semoga bahagia...kontoversi pun dah tamat, mulut orang nak mengata pun dah tak dengar lagi...camtulah kehidupan life goes on
Penaja

Dapatkan Fesyen Busana Muslimah terkini

Siri 1 Tersesat Di Alam Kayangan

Lautan Pasifik


Mustafa sedang menyelam di tengah-tengah lautan. Tujuannya ke sebuah pulau yang tiada di diami oleh sesiapa. Di situ dia akan berjumpa dengan seorang pemberi maklumat. Dia sendiri tidak diberitahu siapakah yang dia akan jumpa. Tiba di persisiran pantai, kelihatan matahari mulai jatuh. Dia sedar dia harus bermalam di sini.  Dia tidak pasti bila berapa lama dia harus menunggu. 

4 jam berlalu

Dia masih lagi tetap menunggu dan menunggu ketibaan pemberi maklumat, namun kelibatnya masih lagi tidak kelihatan. Sudah banyak kali di menoropong dari arah jauh, tidak ada satu tanda yang akan ada orang yang akan datang bertemu dengannya. Ini tidak mungkin! Tetapi dia tetap tekad menunggu walauapa pun yang akan berlaku. Dia melabuhkan badanya dan terus terlena. 

"Pang! Pang!"

Kedengaran seperti bunyi aneh. Tiba-tiba seorang perempuan yang tidak dikenali datang menjelma. Ini tidak mungkin terjadi! Sudah beberapa kali dia menoropong dari arah jauh, tidak ada seorang manusia pun yang boleh datang dengan sepantas ini. 

"Salam, Kau Mustafa?"
"Walaikumsalam, ya! akulah Mustafa,"

Mustafa masih lagi kekeliruan. Dia tidak nampak sebarang bot yang datang berlabuh di persiran pantai. Tiada helikopter yang mendarat dan tiada kesan radar signal kapal selam yang dapat di kesan dalam dasar lautan. Dia masih lagi tercari-cari sebarang tanda. Wanita ini bukan seorang duyong atau specis orang Gua yang hidup dua alam.

"Aku ada sesuatu untuk kau,"

Wanita itu menghulurkan segulung kertas tebal di dalam sebuah beg yang dibawa. Mustafa membuka gulungan kertas tersebut. Kelihatan tulisan yang tidak pernah dibaca sebelum ini. Dia menggelengkan kepala tanda tidak memahami apa isi kandungan lebaran tersebut. 

"Aku tak faham, boleh bagi tahu apa isi kandungan ni?"
"Kau tak tahu baca?"
"Aku tahu baca, tapi bukan tulisan ini..."

Wanita itu terus terdiam. Tugasnya hanya menghantar surat bukan bacakan naskah itu. Dia sendiri tidak dibenarkan baca isi kandungan misteri lebaran itu. Patutkah dia baca sedangkan dia sudah diberitahu tidak dibenarkan melihat isi kandungan itu. 

"Kau mesti boleh baca!"
"Apa yang kau merepek ni? Ini bukan tulisan yang aku boleh baca,"
"Aku...boleh tapi ... tugas aku hanya mengutus surat ini saja, aku tak dibenarkan baca,"
"Siapa yang tak benarkan kau baca?"
"Maaf, aku tak boleh bagi tahu apa-apa lagi,"

Wanita itu terus melangkah pergi. Dia tidak mahu melanggar amanah yang diberi. Sesekali terdetik juga di sudut hatinya untuk baca utusan penting itu. Tapi... Ah! tidak, ini amanah. 

"Kalau begitu, tak mengapalah, aku akan cuba dapatkan sebarang clue apa isi kandungan ini."
"Baguslah kalau begitu,"
"Ada apa-apa pesanan atau mesej yang kau ingin sampaikan?"
"Sebenarnya aku pun tak faham lagi ni, macammana aku nak balas.Cuba kau terangkan pada aku, sebenarnya kau ni datang dari arah mana? Aku tak nampak pun bot kau?"
"Kau tak tahu?"
"Mestilah aku tak tahu, kalau aku tahu, aku tak akan tanya pada kau!"

Wanita itu masih lagi  kekeliruan. Dia takut sebenarnya yang dia jumpa bukanlah Mustafa. 

"Tapi kau Mustafa?"
"Ya! tak ada sebarang manusia yang dapat sampai ke sini, kecuali aku,"
"Tapi kau macam tak tahu apa-apa."
"Maaf, boleh aku tahu apa nama kau?"
"Aku Daisie"
"Dari mana?"
"Mmmm dari sana!"

Mata Daisie liar memandang arah kiri dan kanan.  Kosong! Tiada sesiapa yang datang bersamanya. Dia pasti orang yang ditemui adalah Mustafa.
"Apa yang kau cari?"
"Aku hanya nak pastikan hanya kau seorang saja di pulau ni,"
"Kau jangan bimbang, tidak ada mana-mana kapal yang dapat melintasi pusaran air untuk tiba di pulau ni, hanya aku seorang di sini"
"Baguslah kalau begitu, tugas aku sudah selesai, aku balik dulu!"
"Kau tak takut pulang seorang diri?"

Sebenarnya Mustafa ingin membantu menemani Daisie ke tempatnya di samping menjaga keselamatannya. 

"Eh! tak mengapalah, aku datang pun seorang, jadi aku balik pun seorang, Kau jangan risau, aku dah biasa,"

Mustafa menarik nafas lega. Matanya masih lagi liar tercari-cari bot Daisie. 

"Mana bot kau? Kau datang sini naik apa?"
"Mmmm...tak mengapalah Mus, aku balik dulu ya..."

Mustafa masih lagi terpinga-pinga. Dalam diam dia sedang memerhati gerak geri Daisie dari arah belakang.

"Mus, sampai sini saja ya, kau tak payah nak ikut aku dari belakang, aku tahu jaga diri aku, terima kasih,"
"Ya, maaf, errrrrrrrrrr"

Daisie melangkah kakinya dengan pantas. Dia tidak mahu Mus melihat dirinya yang sebenar. Dia terus menapak batu-batu gunung di pulau ke tingkat yang paling atas. Salji putih bersih menyaluti puncak gunung.  Di sebalik batu, dia melepaskan sayapnya yang tersembunyi di belakang tubuh. Lantas, dia terus terbang menegak ke atas dengan secepat mungkin.

Mana dia pergi? Mus bersuara dalam hati. Kalau nak diikutkan hati, dia ingin sekali menjejaki Daisie dari arah belakang, tapi dia sedar Daisie pasti tidak mahu dia mengekorinya.

Ah! Aku nak tahu dari arah mana dia datang!

Mustafa berlari mengekori arah yang dilalui oleh Daisie dengan secepat kilat.

"Zuuuuuuuuuuuuuuuuup! Pap! Pap!"

Satu bunyi yang aneh. Mustafa rasa ada sesuatu yang menghampiri. Tanganya sedang bersedia dengan sebilah pisau hutan yang tajam dan berjeriji. Matanya liar memandang kiri dan kanan, masih lagi kosong!.

"Zuuuuuuuuuuuuuuuuup! Pap! Pap!"

Sekali lagi bunyi itu kedengaran, matanya secara automatik memandang dari arah atas. Kelibat Daisie tidak begitu jelas dipenglihatan. Seekor burung yang besar sedang mengepak sayapnya berulang kali untuk naik ke tingkat langit yang tertinggi. Mustafa masih lagi memerhati.


"Maha Suci Tuhan yang menciptakan sekian alam" dia kagum dengan burung gergasi itu. Inilah kali pertama dia melihat burung sebenar itu. Adakah Daisie berada di atas burung gergasi tadi? Tapi bagaimana dia boleh naik ke puncak gunung dengan pantas? Segalanya terlalu misteri. Mustafa berdiri seorang diri di puncak gunung memerhatikan burung gergasi itu terbang dan terus hilang dari pandangan. Lebaran yang dikirim oleh Daisie dibuka kembali. Dia cuba memahami setiap bait kata dari lebaran itu, namun masih lagi gagal. Dia masih tidak tahu apa-apa.

Gua Taat Alam Manusia

"Pak Tua, Mus ingin tahu apa sebenarnya di sebalik tulisan-tulisan ini, kalau Pak Tua boleh bantu saya?"
"Mana kau dapat lebaran ni?"
"Sebenarnya Mus bermimpi ada pesanan supaya tunggu di kaki Gunung Hus di arah kutub utara"
"Ini bukan tulisan dari mana-mana bangsa di dataran bumi, tapi ..."
"Tapi apa Pak Tua?"
"Ini tulisan dari alam kayangan, tapi Pak Tua tak faham apa isi kandungannya, mungkin kau sendiri lebih tahu,"
"Masalahnya Mus tak tahu sepatah haram pun Pak Tua..."

Pak Tua masih lagi menatap bait-bait perkataan dari lebaran. Matanya tidak berkelip tanda dia benar-benar sedang mengkaji isi kandungan lebaran itu. Dia menarik nafas, lantas mengelengkan kepala pada Mustafa.

Mustafa diamkan diri. Suara hatinya berkocak lagi.
Adakah patut aku biarkan saja, isi lebaran ni?

"Mus, kau akan tahu sendiri malam nanti," suara Pak Tua kedengaran. Dia hanya mampun menganguk tanda setuju dengan Pak Tua.

"Ikut nasihat Pak Tua, keluarkan diri kau dari jasad dan pergi ke sana, kau sendiri akan tahu apa yang mereka mahukan, tapi mereka tak boleh tahu kau berada di sana. Sembunyikan diri kau dari padangan mata mereka,"
"Pak Tua, bagaimana Mus nak ke sana? Walhal Mus tak tahu di mana nak dituju?"
"Kau nampak apa masa mimpi?"
"Pergi ke sana kembali, ikut arah burung gergasi tu hingga kau jumpa mereka,"

Bersambung

Ikuti Siri-Siri Yang Berikutnya

Tersesat Di Alam Kayangan


Felixia Yeap Selesa Berhijab Walaupun Belum Peluk Islam




Felixia gemar memakai hijab kerana Felixia sukakan ketenangan dan rasa selamat yang diberinya...bukannya untuk menberi peluang kepada orang ramai untuk membuatkan Felixia tidak selesa dengan pelbagai paksaan dan tekanan terhadap isu-isu agama.

Felixia masih lagi berjinak, masih lagi belajar, dan masih mahu jatuh cinta mengikut kerelaan dan keikhlasan...langkah demi langkah. Bukan atas paksaan atau tekanan yang diberi orang ramai.

Berilah Felixia masa yang lebih banyak untuk memahami sepertimana Felixia jatuh cinta dengan pemakaian hijab dan memahami keindahan seseorang wanita berhijab...

Sabar itu bukankah separuh daripada iman? - https://www.facebook.com/felixia.yeap.fanpage
Rasa kagum dengan perubahan Felixia Yeap, dari gadis model playboy hingga menjadi model muslimah. Aku ingat dia pakai hijab masa modeling saja, tapi sebenarnya dia keluar rumah pun pakai hijab. Menariknya dia masih lagi belum memeluk Islam sepenuhnya. Tapi sudah biasa dengan kata-kata insyallah dan alhamdulillah. Semoga hatinya terbuka, hanya Allah yang Maha Mengetahui. 

Jom klik fesyen  muslimah terkini


Monday, December 30, 2013

Gambar Lucu Budak Darjah Satu Masuk Sekolah








Teringat zaman dulu-dulu, kita semua sama, kalau manja sangat dengan mak dan ayah memanglah akan nangis dan memberontak tak mahu sekolah. Tapi ada juga yang tak sabar-sabar nak pergi sekolah. Sama macam aku dulu, tak sabar nak pergi sekolah sebab nak jumpa dengan kawan-kawan perempan. Maklumlah adik beradik ramai lelaki nak juga berkawan dengan kaum dari specis yang sama. 
Selamat masuk ke alam baru persekolahan. 


Penaja

Sinar Jahitan


Neelofa Kesal Tuduhan Ditangkap Khalwat

Memetik kenyataan yang dikongsi menerusi akaun Twitternya, Lofa menjelaskan jika betul dakwaan yang diperkatakan itu, semestinya beliau masih berada di Malaysia untuk menyelesaikan kes tersebut. "Sekarang saya berada di luar negara untuk meneruskan pengajian saya dan berharap orang yang berkenaan bertanggungjawab atas fitnah dan artikel tersebut. Dan kalau benar ia berlaku sebetulnya dalam isi undang-undang Malaysia dakwaan tersebut haruslah mempunyai laporan polis dan juga surat Jabatan Agama Islam berserta saksi," ujarnya. - mediahiburan
Siapalah yang buat fitnah, mesti ada orang yang nak jatuhkan kareer dia, harap Lofa bersabar, kalau tak bersalah tak perlu takut untuk hadapi semua dugaan ini. Inilah salah satu cabaran dunia artis.


Infrared Sauna Pants
Bakar Lemak 3x Ganda Lebih Pantas

Kuruskan Badan Dengan Pantas
Jom Sauna!
Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori. 
Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori 
Teknologi sauna pants infrared mampu membakar lemak di sekitar punggung dan paha denga hanya 10 min setiap hari
Percuma losyen panas lavender, gerenti panas dan membakar lemak, dapat juga melembutkan kulit dan berbau harum

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Anak Yasmin Hani



Pelakon Yasmin Hani yang baru menyambut kelahiran anak sulungnya, Noah Ismail Wong pada 12 november lalu telah mengadakan majlis aqiqah dan cukur jambul putera kesayangannya itu. Majlis telah diadakan di kampung halaman Hani yang terletak di Kuala Selangor dengan mengenakan tema putih dan biru laut. Turut hadir ke majlis itu adalah rakan artis Aishah Sinclair yang hadir bersama anaknya, Soraya Ann. - mediahiburan. Aku suka tengok pelamin budak-budak ni...cutenya.

Tawaran Akhir Tahun!

Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

Fathia merupakan gadis pertama yang saya bawa berjumpa dengan keluarga. - Aiman

Adakah hubungan Aiman dan Fathia sekarang ini sudah memasuki alam percintaan atau kekal berkawan seperti biasa?

AIMAN: Sehingga kini hubungan kami masih rapat seperti biasa, tetapi ia tidak bermakna yang kami ini bercinta. Rasanya tiada faedah kalau saya nyatakan yang Fathia merupakan kekasih saya. Sama ada kami ini bercinta atau tidak, buat masa ini masanya masih lagi belum sesuai kerana cinta akan hadir sekiranya kami ada jodoh dan ditakdirkan berkahwin suatu hari nanti.

Apakah yang membuatkan Aiman begitu berat untuk memperkatakan status sebenar hubungan kamu berdua?

Pertama sekali, saya dan Fathia ada keluarga dan kami perlu menjaga hati keluarga masing-masing. Apa yang boleh saya jelaskan yang kami masih lagi dalam proses untuk kenal dengan lebih rapat lagi. Mungkin ada yang sukar untuk menerima penjelasan yang dibuat ini, tetapi saya berpendirian sebegini kerana belajar daripada pengalaman kisah saya yang lalu dan menjadikan saya lebih berhati-hati.

Bagaimanakah penerimaan keluarga terhadap hubungan rapat kalian berdua?

Sebenarnya, saya dan Fathia sudah berjumpa dengan keluarga masing-masing dan mereka tidak menghalang hubungan kami. Saya akui, Fathia merupakan gadis pertama yang saya bawa berjumpa dengan keluarga. Kalau boleh, dalam hubungan yang terjalin ini saya tidak mahu meminggirkan keluarga. Jadi, sebab itu saya bawa Fathia berjumpa dengan mereka.
Sumber kosmo


http://infojelita.blogspot.com/2013/12/misteri-nelayan-terperangkap-alam-duyong.html
Misteri Nelayan Terperangkap Alam Duyong
Pada awal niat Mustafa hanyalah untuk mendapat kepastian dan mencuba keberanian. Akhirnya dia sendiri sedang berada dalam dilema terperangkap di alam duyong yang serba asing baginya. Cabaran demi cabaran ditempoh, misteri sejarah dirinya sendiri terungkai di dasar lautan. Siapa yang patut dikorbankan bila ancaman datang menjelma dirinya atau orang-orang asing yang tidak pernah diketahui selama ini.





Sunday, December 29, 2013

Wanita Perlu Lebih Tidur dari Lelaki?

Penyelidik Amerika Syarikat berkata mereka memiliki jawapannya: Otak wanita memerlukan lebih banyak masa untuk pulih kerana melakukan banyak tugas pada siang hari. Saintis Universiti Duke di North Carolina, mendapati wanita kurang tidur sering mengalami kemurungan dan kerap marah. Sebaliknya, isu itu tidak menjejaskan lelaki yang tidak mendapat cukup tidur, menurut Science World Report.

Risiko penyakit jantung

Kajian sebelumnya turut mengaitkan faktor kurang tidur kepada risiko penyakit jantung, masalah sakit mental, strok dan radang dalam tubuh. Michael Breus, seorang pakar tidur, percaya sesetengah wanita yang kurang tidur mendapat radang teruk dalam tubuh mereka sehingga mereka mengalami sakit fizikal ketika bangun tidur. Dr Breus berkata wanita boleh mengelak sesetengah masalah dikaitkan dengan kurang tidur dengan tidur sekejap pada waktu siang. Bagaimanapun, katanya tidur sekejap ini tidak seharusnya lebih lama daripada 90 minit kerana ia boleh meningkatkan masalah mengantuk. “Satu daripada fungsi utama tidur ialah membenarkan otak pulih dan membaikinya sendiri,” kata Prof Jim Horne, pengarah Pusat Penyelidikan Tidur di Universiti Loughborough. “Ketika tidur nyenyak, korteks, bahagian otak yang bertanggungjawab untuk berfikir, memori, bahasa dan seterusnya, memisahkan dirinya daripada deria dan masuk ke dalam bahagian pemulihan. “Lebih banyak otak anda digunakan pada siang hari, lebih banyak ia perlu untuk pulih dan lebih banyak tidur anda perlukan,” katanya. Beliau menambah wanita memerlukan tidur lebih kerana menggunakan lebih banyak otak berbanding lelaki kerana melakukan pelbagai tugas. - AGENSI


Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

Universiti Al Azhar dibakar

KAHERAH - Imej Universiti Al-Azhar, Mesir yang berusia lebih 1,000 tahun sebagai gedung keilmuan Islam terulung dunia tercemar apabila sekumpulan penyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin bertindak membakar sebuah bangunan fakulti universiti itu semalam, kata beberapa pegawai keselamatan. Menurut mereka, penyokong pergerakan itu melakukan serbuan di bangunan tersebut ketika sejumlah pelajar sedang menduduki peperiksaan. Kumpulan penyokong pergerakan itu bertindak membakar bangunan tersebut sebelum anggota polis dan pasukan keselamatan tiba dan melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka. Dalam kejadian itu, seorang pelajar yang merupakan penyokong pergerakan berkenaan, Khaled El-Haddad mati ditembak ketika bertempur dengan anggota polis. Pelajar berusia 19 tahun itu terbunuh ketika anggota-anggota polis memasuki kampus universiti tersebut. Menurut beberapa pegawai keselamatan, empat orang turut cedera dalam kejadian itu. Para penunjuk perasaan membaling batu ke arah polis dan membakar tayar bagi mengelak pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata. Stesen televisyen tempatan menyiarkan gambar-gambar asap yang kelihatan di Fakulti Perdagangan Universiti Al-Azhar. Seorang pegawai polis berkata, 60 pelajar ditangkap selepas kebakaran di tingkat pertama bangunan tersebut berjaya dikawal oleh anggota bomba. - kosmo. Universiti tempat pengajian islam paling terulung dah di bakar. Apa pula kejadian lain yang akan datang di Mesir. Kesian aku dengan orang-orang islam di luar sana, macam-macam musibah melanda, semoga ia menjadi pengajaran bagi kita agar dapat pertingkatkan amalan dan usaha agar dapat membela orang-orang yang susah di luar sana, dan tingkatkan kesyukuran semoga Allah akan tambah kenikmatan amin.

http://infojelita.blogspot.com/2013/12/misteri-nelayan-terperangkap-alam-duyong.html
Misteri Nelayan Terperangkap Alam Duyong
Pada awal niat Mustafa hanyalah untuk mendapat kepastian dan mencuba keberanian. Akhirnya dia sendiri sedang berada dalam dilema terperangkap di alam duyong yang serba asing baginya. Cabaran demi cabaran ditempoh, misteri sejarah dirinya sendiri terungkai di dasar lautan. Siapa yang patut dikorbankan bila ancaman datang menjelma dirinya atau orang-orang asing yang tidak pernah diketahui selama ini.


Lofa Bersemangat Untuk Berjaya Tahun 2014

Menginjak tahun baru yang berbaki dua hari lagi, ramai sudah memasang azam. Tidak ketinggalan bintang jelita, Neelofa atau Lofa, 24, meletakkan kerjaya dan perniagaan sebagai keutamaan tahun 2014 ini. Azam dibuat tidak sekadar disematkan dalam hati sebaliknya, pengacara dan pelakon popular itu menunjukkan
kesungguhan dengan membuat beberapa perancangan agar apa yang diimpikan bakal menjadi kenyataan.

Usaha pertamanya ialah mengikuti khusus lakonan jangka pendek di New York Academy of Arts (NYA) cawangan Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) bagi mengukuhkan bakat lakonan agar kehadirannya dalam industri seni tempatan dilihat lebih serius. Lofa akui, apa yang ingin dilakukan sepanjang 2014 sudah difikirkan pertengahan tahun lalu dan ia disertakan dengan rangka kerja agar semua perancangan dapat direalisasikan. “Sebab itu juga sebaik tahun baru membuka lembaran, saya harus terus bergerak. Untuk jadi bagus dan terbaik, saya harus ada ilmu. Dengan ilmu saja kita akan lebih berkembang. - hmetro
Tahniah, semoga Lofa berjaya dalam kerjayanya. Amin

Sinar Jahitan


Blouse, Baju Muslimah, Dress, Jubah, Tops, Fesyen Terkini

Gambar Eja Bercuti di USA







Wah! Bestnya dapat bercuti akhir tahun di luar negara. Sekarang ni masa ekonomi dan harga barang meningkat naik, tapi kalau mereka yang berpendapatan tinggi, harga naik, minyak naik semua tak jadi masalah sebab banyak cash dan ongkosnya boleh pergi di mana-mana saja. Menerusi foto-foto yang dikongsi di akuan Instagramnya, Eja kini sedang menikmati percutian musim sejuk di Lake Tahoe, Nevada. Jelas terpancar rasa teruja di wajah anak kesayangannya, Nur Eishal yang berpeluang untuk bermain salji. Kalau tak mampu nak keluar negara, cuti aja dalam rumah pun best...hehehe


Infrared Sauna Pants
Bakar Lemak 3x Ganda Lebih Pantas

Kuruskan Badan Dengan Pantas
Jom Sauna!
Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori. 
Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori 
Teknologi sauna pants infrared mampu membakar lemak di sekitar punggung dan paha denga hanya 10 min setiap hari
Percuma losyen panas lavender, gerenti panas dan membakar lemak, dapat juga melembutkan kulit dan berbau harum







PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas