"Saya mohon maaf pada Lana,mereka yang terbabit secara langsung dan tidak langsung juga peminat. Lana seorang wanita yang baik, tetapi apabila menyentuh soal nikah dan kahwin,ia berupa perkara besar dalam hidup. Lagipun untuk berumahtangga,restu dan doa ibu itu sangat penting, tetapi apabila perkara itu tidak berlaku saya terpaksa ambil tindakan. Saya tidak sangka kenyataan dibuat membawa kepada perpisahan ini. Pengumuman untuk bertunang dan menikahi Lana sebelum ini kerana saya benar-benar ikhlas,tetapi disebabkan pelbagai isu timbul,saya membuat keputusan ini. Saya masih muda dan ini Kali pertama berhadapan pelbagai situasi dalam melayari hubungan cinta dengan Lana. Saya akui segala yang berlaku berpunca daripada kesilapan saya yang masih tidak matang dan tidak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan masalah."
Kata Lana :
"Saya tak kecewa, tapi terkejut dengan keputusan Johan. Hubungan kami sebenarnya baru bermula. Kami juga masih dalam proses mengenali hati budi, saya anggap keputusan Johan mahu memutuskan hubungan sebagai kelakar. Dia melamar saya selepas 3 hari bertemu, bukan saya memaksa dia melamar saya. Saya bukan bodoh, tiga hari bertemu terus dilamar sebagai isteri, boleh percayakah? Saya beri Johan ruang untuk membuktikan janji dan ungkapan manisnya, tapi nampaknya baru sebulan lebih Johan sudah mengaku kalah."
Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...aku tak cakap semua, tapi kebanyakan perempuan bila dengar anak dato nak masuk meminang, bukan main suka dan terima apa saja...Walhal kita kena teliti lelaki tu betul-betul dan keluarganya. Selalunya memang lelaki suka berdamping pada perempuan yang pakai seksi-seksi ni, rasa seronok, teruja... tapi nak buat isteri diorang pun fikir banyak kali, sebab ini melibatkan komitmen dan tanggungjawap. Kebanyakan orang perempuan yang pakai seksi ni tak semestinya hatinya tak baik, kadang-kadang mereka lebih baik sebab bukan jenis hipokrit. Tapi beringatlah...nak cari lelaki yang benar-benar ikhlas sebagai suami payah, yang mengatal banyak.
Potong Harga Diskaun!
No comments:
Post a Comment