Lautan Pasifik
Mustafa sedang menyelam di tengah-tengah lautan. Tujuannya ke sebuah pulau yang tiada di diami oleh sesiapa. Di situ dia akan berjumpa dengan seorang pemberi maklumat. Dia sendiri tidak diberitahu siapakah yang dia akan jumpa. Tiba di persisiran pantai, kelihatan matahari mulai jatuh. Dia sedar dia harus bermalam di sini. Dia tidak pasti bila berapa lama dia harus menunggu.
4 jam berlalu
Dia masih lagi tetap menunggu dan menunggu ketibaan pemberi maklumat, namun kelibatnya masih lagi tidak kelihatan. Sudah banyak kali di menoropong dari arah jauh, tidak ada satu tanda yang akan ada orang yang akan datang bertemu dengannya. Ini tidak mungkin! Tetapi dia tetap tekad menunggu walauapa pun yang akan berlaku. Dia melabuhkan badanya dan terus terlena.
"Pang! Pang!"
Kedengaran seperti bunyi aneh. Tiba-tiba seorang perempuan yang tidak dikenali datang menjelma. Ini tidak mungkin terjadi! Sudah beberapa kali dia menoropong dari arah jauh, tidak ada seorang manusia pun yang boleh datang dengan sepantas ini.
"Salam, Kau Mustafa?"
"Walaikumsalam, ya! akulah Mustafa,"
Mustafa masih lagi kekeliruan. Dia tidak nampak sebarang bot yang datang berlabuh di persiran pantai. Tiada helikopter yang mendarat dan tiada kesan radar signal kapal selam yang dapat di kesan dalam dasar lautan. Dia masih lagi tercari-cari sebarang tanda. Wanita ini bukan seorang duyong atau specis orang Gua yang hidup dua alam.
"Aku ada sesuatu untuk kau,"
Wanita itu menghulurkan segulung kertas tebal di dalam sebuah beg yang dibawa. Mustafa membuka gulungan kertas tersebut. Kelihatan tulisan yang tidak pernah dibaca sebelum ini. Dia menggelengkan kepala tanda tidak memahami apa isi kandungan lebaran tersebut.
"Aku tak faham, boleh bagi tahu apa isi kandungan ni?"
"Kau tak tahu baca?"
"Aku tahu baca, tapi bukan tulisan ini..."
Wanita itu terus terdiam. Tugasnya hanya menghantar surat bukan bacakan naskah itu. Dia sendiri tidak dibenarkan baca isi kandungan misteri lebaran itu. Patutkah dia baca sedangkan dia sudah diberitahu tidak dibenarkan melihat isi kandungan itu.
"Kau mesti boleh baca!"
"Apa yang kau merepek ni? Ini bukan tulisan yang aku boleh baca,"
"Aku...boleh tapi ... tugas aku hanya mengutus surat ini saja, aku tak dibenarkan baca,"
"Siapa yang tak benarkan kau baca?"
"Maaf, aku tak boleh bagi tahu apa-apa lagi,"
Wanita itu terus melangkah pergi. Dia tidak mahu melanggar amanah yang diberi. Sesekali terdetik juga di sudut hatinya untuk baca utusan penting itu. Tapi... Ah! tidak, ini amanah.
"Kalau begitu, tak mengapalah, aku akan cuba dapatkan sebarang clue apa isi kandungan ini."
"Baguslah kalau begitu,"
"Ada apa-apa pesanan atau mesej yang kau ingin sampaikan?"
"Sebenarnya aku pun tak faham lagi ni, macammana aku nak balas.Cuba kau terangkan pada aku, sebenarnya kau ni datang dari arah mana? Aku tak nampak pun bot kau?"
"Kau tak tahu?"
"Mestilah aku tak tahu, kalau aku tahu, aku tak akan tanya pada kau!"
Wanita itu masih lagi kekeliruan. Dia takut sebenarnya yang dia jumpa bukanlah Mustafa.
"Tapi kau Mustafa?"
"Ya! tak ada sebarang manusia yang dapat sampai ke sini, kecuali aku,"
"Tapi kau macam tak tahu apa-apa."
"Maaf, boleh aku tahu apa nama kau?"
"Aku Daisie"
"Dari mana?"
"Mmmm dari sana!"
Mata Daisie liar memandang arah kiri dan kanan. Kosong! Tiada sesiapa yang datang bersamanya. Dia pasti orang yang ditemui adalah Mustafa.
"Apa yang kau cari?"
"Aku hanya nak pastikan hanya kau seorang saja di pulau ni,"
"Kau jangan bimbang, tidak ada mana-mana kapal yang dapat melintasi pusaran air untuk tiba di pulau ni, hanya aku seorang di sini"
"Baguslah kalau begitu, tugas aku sudah selesai, aku balik dulu!"
"Kau tak takut pulang seorang diri?"
Sebenarnya Mustafa ingin membantu menemani Daisie ke tempatnya di samping menjaga keselamatannya.
"Eh! tak mengapalah, aku datang pun seorang, jadi aku balik pun seorang, Kau jangan risau, aku dah biasa,"
Mustafa menarik nafas lega. Matanya masih lagi liar tercari-cari bot Daisie.
"Mana bot kau? Kau datang sini naik apa?"
"Mmmm...tak mengapalah Mus, aku balik dulu ya..."
Mustafa masih lagi terpinga-pinga. Dalam diam dia sedang memerhati gerak geri Daisie dari arah belakang.
"Mus, sampai sini saja ya, kau tak payah nak ikut aku dari belakang, aku tahu jaga diri aku, terima kasih,"
"Ya, maaf, errrrrrrrrrr"
Daisie melangkah kakinya dengan pantas. Dia tidak mahu Mus melihat dirinya yang sebenar. Dia terus menapak batu-batu gunung di pulau ke tingkat yang paling atas. Salji putih bersih menyaluti puncak gunung. Di sebalik batu, dia melepaskan sayapnya yang tersembunyi di belakang tubuh. Lantas, dia terus terbang menegak ke atas dengan secepat mungkin.
Mana dia pergi? Mus bersuara dalam hati. Kalau nak diikutkan hati, dia ingin sekali menjejaki Daisie dari arah belakang, tapi dia sedar Daisie pasti tidak mahu dia mengekorinya.
Ah! Aku nak tahu dari arah mana dia datang!
Mustafa berlari mengekori arah yang dilalui oleh Daisie dengan secepat kilat.
"Zuuuuuuuuuuuuuuuuup! Pap! Pap!"
Satu bunyi yang aneh. Mustafa rasa ada sesuatu yang menghampiri. Tanganya sedang bersedia dengan sebilah pisau hutan yang tajam dan berjeriji. Matanya liar memandang kiri dan kanan, masih lagi kosong!.
"Zuuuuuuuuuuuuuuuuup! Pap! Pap!"
Sekali lagi bunyi itu kedengaran, matanya secara automatik memandang dari arah atas. Kelibat Daisie tidak begitu jelas dipenglihatan. Seekor burung yang besar sedang mengepak sayapnya berulang kali untuk naik ke tingkat langit yang tertinggi. Mustafa masih lagi memerhati.
"Maha Suci Tuhan yang menciptakan sekian alam" dia kagum dengan burung gergasi itu. Inilah kali pertama dia melihat burung sebenar itu. Adakah Daisie berada di atas burung gergasi tadi? Tapi bagaimana dia boleh naik ke puncak gunung dengan pantas? Segalanya terlalu misteri. Mustafa berdiri seorang diri di puncak gunung memerhatikan burung gergasi itu terbang dan terus hilang dari pandangan. Lebaran yang dikirim oleh Daisie dibuka kembali. Dia cuba memahami setiap bait kata dari lebaran itu, namun masih lagi gagal. Dia masih tidak tahu apa-apa.
Gua Taat Alam Manusia
"Pak Tua, Mus ingin tahu apa sebenarnya di sebalik tulisan-tulisan ini, kalau Pak Tua boleh bantu saya?"
"Mana kau dapat lebaran ni?"
"Sebenarnya Mus bermimpi ada pesanan supaya tunggu di kaki Gunung Hus di arah kutub utara"
"Ini bukan tulisan dari mana-mana bangsa di dataran bumi, tapi ..."
"Tapi apa Pak Tua?"
"Ini tulisan dari alam kayangan, tapi Pak Tua tak faham apa isi kandungannya, mungkin kau sendiri lebih tahu,"
"Masalahnya Mus tak tahu sepatah haram pun Pak Tua..."
Pak Tua masih lagi menatap bait-bait perkataan dari lebaran. Matanya tidak berkelip tanda dia benar-benar sedang mengkaji isi kandungan lebaran itu. Dia menarik nafas, lantas mengelengkan kepala pada Mustafa.
Mustafa diamkan diri. Suara hatinya berkocak lagi.
Adakah patut aku biarkan saja, isi lebaran ni?
"Mus, kau akan tahu sendiri malam nanti," suara Pak Tua kedengaran. Dia hanya mampun menganguk tanda setuju dengan Pak Tua.
"Ikut nasihat Pak Tua, keluarkan diri kau dari jasad dan pergi ke sana, kau sendiri akan tahu apa yang mereka mahukan, tapi mereka tak boleh tahu kau berada di sana. Sembunyikan diri kau dari padangan mata mereka,"
"Pak Tua, bagaimana Mus nak ke sana? Walhal Mus tak tahu di mana nak dituju?"
"Kau nampak apa masa mimpi?"
"Pergi ke sana kembali, ikut arah burung gergasi tu hingga kau jumpa mereka,"
Bersambung
Ikuti Siri-Siri Yang Berikutnya
Tersesat Di Alam Kayangan

No comments:
Post a Comment