Lelaki Pemalu! Sebenarnya saya sudah jumpa beberapa lelaki yang baik budipekerti dan berkerjaya dan berekonomi tapi masih lagi sukar mencari pasangan hidup. Kesian kan! Tapi kalau nak tahu mereka ni seorang yang pemilih juga, kalau boleh nak yang sepadan dengan mereka. Jadi pada perempuan yang cantik, cute dan ala-ala boleh tahan tu, dan asyik dikecewakan saja dengan lelaki berstatus suami orang dan berlidah manis bercabang, bolehlah cuba berikan sedikit perhatian pada lelaki pemalu pula. Jangan bimbang, specis gologan ni meman suka kalau perempuan yang mulakan dahulu. Lelaki biasanya memulakan langkah untuk memikat wanita. Tetapi ada juga lelaki yang pemalu. Dalam hati kata mahu.. tapi tiada tindakan yang dilakukan untuk wanita yang diminatinya.. jadi.. nah.. kami kongsikan beberapa tips kepada wanita untuk anada memikat lelaki yang pemalu ini.
1. Sensitif
Cara pertama untuk memikat hati jejaka pemalu adalah dengan bersikap lebih sensitif. Sesetengah lelaki sukakan wanita yang agresif, tapi untuk jejaka pemalu, si gadis perlu lebih peka terhadap perasaan si jejaka. Jika terlalu mendesak, kemungkinan anda hanya menakutkan si dia. Perlahan-lahan tonjolkan diri anda dan anda bakal mendapat respon yang baik.
2. Bersikap Comel Dan Manis
Cara lain untuk memikat si dia adalah dengan bersikap secomel mungkin. Cuba latih diri anda untuk bersikap pura-pura malu walaupun anda adalah seorang yang sangat terbuka. Sensasikan dirinya dengan kiriman coklat dan bunga dan cuba untuk tersenyum simpul di hadapannya. Percayalah, taktik ini benar-benar mujarab untuk memikat si dia yang pemalu.
3. Bersikap Ramah
Sesetengah lelaki menyukai gadis yang tidak terlalu ‘sweet’ ataupun peramah, namun untuk kategori lelaki pemalu, mereka sebenarnya mencari gadis yang boleh dijadikan rakan. Cuba lah bersikap ramah dan bercakap dengannya apa jua topik semasa. Dari situ, anda akan jumpa persamaan diri masing-masing.
4. Jangan Gelojoh
Ingat bahawa jejaka pemalu tidak sukakan gadis yang terlalu mendesak dan agresif. Perlahan-lahan mengambil hati mereka ya. Memang benar gadis perlu mengambil langkah pertama tapi selepas itu perlahankan langkah anda, jadikan ia lebih semulajadi.
5. Kenali Si Dia
Apa sebenarnya yang jejaka pemalu inginkan? Ia tidak lain adalah mempunyai gadis yang ingin mengenali jiwa mereka. Jika anda mahukan cara terbaik memikat mereka, mulakan dengan langkah pertama bertanyakan tentang pelajarannya, kerjaya, keluarga dan apa yang mereka sukai di masa lapang. Percayalah, mereka sangat menyukai gadis yang bertanyakan hal mereka walaupun mereka nampak malu pada permulaan bicara. Usik sedikit dirinya secara sopan, nescaya dia lebih sukakan diri anda.
6. Pujilah Si Dia
Semua lelaki sukakan pujian. Seperti mana wanita, semua jejaka gemarkan wanita yang menyukai dirinya memberikan pujian. Mulakan dengan pujian yang lebih mudah contohnya anda sukakan warna baju atau fesyen terbaru rambutnya. Untuk yang lebih berani, puji bentuk tubuhnya. Pujian adalah kunci kepada hati lelaki!
7. Lakukan Secara Lembut
Apabila anda berurusan dengan lelaki yang benar-benar malu, salah satu cara untuk memikat si dia adalah lakukan semua perkara dengan secara lembut. Jadilah gadis yang mudah didekati, sentuh hatinya secara lembut dan halus dengan membiarkan dia tahu bahawa anda suka dia!
8. Gerak Bahasa Tubuh
Perhatikan bahasa tubuhnya adakah si jejaka benar-benar bertindak balas dan suka dengan usaha anda selama memikat si dia. Adakah dia mula memikat anda kembali? Mata anda selalu bertentangan? Jika ya, inilah tanda si dia mula memberi ruang kepada anda. Jika tidak, anda harus cuba lagi ya!
9. Bersikap Kelakar
Bila anda cuba memikat si jejaka pemalu, pastikan anda mempunyai personaliti yang benar menarik hati si dia. Anda boleh menjadi seorang yang kelakar dan usiklah si dia asalkan tidak sampai memalukannya. Ini mungkin boleh melegakan ketegangan di dalam dirinya.
Kesimpulannya, peribadi diri anda adalah yang paling utama selepas luaran. Sekirannya anda kurang menarik dari bentuk fizikal, itu pun tak mengapa, kalau ada pandai menambat hati jejaka pemalu ni. Apa yang paling penting sebagai seorang perempuan kita perluakan suami yang bertanggungjawap dan mampu menyanyangi dan menyara kita sekeluarga. Ketepikan soal perasaan sangat, sebab lelaki yang pemalu ni kebanyakannya tidak pandai bermain kata dan emosi. Apa gunakan kalau pandai ayat manis tapi kaki kikis kan....
No comments:
Post a Comment