Sama ada kita berhati-hati atau tidak berhati-hati, kita mungkin menjadi salah seorang mangsa pembuli jalan raya. Pernah satu masa saya di suruh berhenti oleh seorang penunggang motosikal dan kereta, tapi saya tak pernah nak endahkan. Jalan dan terus pecut di celah-celah jalan sehingga tidak dapat di kesan. Pembuli jalan raya ni selalunya sampai satu masa mereka akan reda juga kemarahan mereka. Jadi tak payah nak ikutkan kata mereka, nak berhenti boleh ke balai polis berdekatan.
Kuala Lumpur: Seorang pembuli jalan raya menggunakan besi pengunci stereng untuk menyerang dan memecahkan kenderaan milik Jabatan Kesihatan Kuala Langat.
Kejadian ganas itu yang berlaku pada jam 5.48 petang 16 September lalu, di Jalan Reko di sini, bagaimanapun mula tersebar di laman sosial Facebook (FB) semalam.
Melalui gambar yang sempat dirakam mangsa, suspek lelaki berusia 30-an dilihat keluar daripada kereta Perodua Myvi dalam keadaan marah sambil memegang besi pengunci stereng.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa adalah seorang lelaki berusia 23 tahun dan dalam perjalanan menghala ke Lebuhraya Penguraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK).
Menurutnya, mangsa mendakwa suspek tiba-tiba menahan pacuan empat roda dipandu sebelum mengugutnya menggunakan besi pengunci stereng. - metro
Jadi ingat
1) Jangan berhenti, teruskan memandu
2) Berhenti hanya di balai polis atau nampak polis
3) Hubungi polis dan rakan terdekat yang dapat membantu
No comments:
Post a Comment