Tips Memakai Tudung Bawal Ala Fareeda




Klipkan kat belakang agar nampak kemas, dan gunakan keronsang yang besar dan letakkan di hadapan. 
Nampaknya kalah tudung Fareeda. Tudung bawal ni, boleh memberikan bentuk wajah yang lebih cute dan mudah dibentuk berbanding dengan tudung yang ada awning yang nampak keras dan statik.
Selamat mencuba ye...

Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah


Sambutan Aidilfitri Buat Aeril dan Wawa



Aeril terkenang arwah ibu bapa
"AIDILFITRI agak suram buat anak yatim piatu seperti saya," kata Aeril tentang pengertian Lebaran buat dirinya.
Biarpun sudah mempunyai keluarga tersendiri iaitu isteri, Wawa Zainal dan anak, Ahmad Fakhruddin Attar (Attar) yang kini sudah mencecah usia 11 bulan kata Aeril, perasaan teruja untuk menyambut Hari Raya tidak lagi sama seperti dulu.
Aeril berkata, dia rindu untuk mencium tangan arwah bapa, Sunari Sulaiman dan arwah ibu, Sakinah Munahit pada pagi Syawal selepas kedua-duanya kembali ke rahmatullah kerana menghidap kanser tiga tahun lalu.
Selain teringin untuk menikmati juadah arwah ibu kata Aeril, dia juga tidak boleh melupakan kenangan dimarah arwah ayahnya setiap kali Aidilfitri mendatang.
"Masih saya ingat lagi bagaimana sakitnya telinga saya dipulas ayah sebab tidak bersolat tarawih sebaliknya bermain mercun di Kampung Rengit, Johor sewaktu berusia 15 tahun.
"Pada waktu itu, saya terpaksa berpura-pura menangis sebab tidak mahu arwah ayah bertindak lebih teruk terhadap saya.
"Arwah ayah marah sebab dia malu dengan orang kampung. Maklumlah imam tapi anaknya tak solat sebaliknya seronok bermain mercun.
"Apabila saya mengenangkan kenangan itu membuatkan kerinduan saya bertambah tebal terhadap mereka," kata anak keempat daripada lima beradik ini.
Mengulas tentang persiapan sambutan Hari Raya akui Aeril, tiada perasaan keterujaan yang melampau sebaliknya berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan Ramadan.
Hanya bersederhana menyiapkan kelengkapan diri, perhatian lebih tertumpu kepada Attar yang semakin lasak.
"Kami sekeluarga juga akan beraya di rumah keluarga angkat yang terletak di Petaling Jaya, Selangor pada 1 Syawal sebelum pulang ke kampung pada keesokan harinya," ujar Aeril.

Syawal bermakna - Wawa
BAGI Wawa Zainal pula, dia tidak menafikan tentang keterujaannya untuk menyambut Syawal tahun ini. Bukan sahaja kerana dapat meraikannya sebagai isteri dan ibu, lebih penting, dia tidak sabar untuk menikmati juadah raya yang enak-enak.
"Saya melahirkan Attar dua minggu selepas Syawal tahun lepas. Jadi pada waktu itu saya tak sempat nak merasai kemeriahan beraya bersama anak dan suami sebab sedang berpantang.
"Jadi tahun ini, saya mahu balas dendam. Saya nak beraya sakan sambil menikmati juadah Hari Raya," katanya.
Lebih senang bersederhana dalam membuat persiapan menyambut Syawal kata Wawa, dia tidak mahu membazir dan hanya memberi keutamaan kepada perkara-perkara penting sahaja.
Malah ibu muda ini mengakui dia teringin untuk menyambut Lebaran di kampung halamannya di Lahad Datu, Sabah namun dia lebih senang mengikut perancangan Aeril.
"Lagipun memandangkan ahli keluarga semuanya sudah ada sini jadi biarlah kami beraya di Kuala Lumpur saja.
"Apabila Attar sudah besar sedikit barulah kami boleh memikirkan untuk meraikan Syawal di Lahad Datu," katanya. - utusan

Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag

Jom Terjah


Apa yang saya perjuangkan ialah anak-anak. Tiada yang lebih membahagiakan saya selain dapat bersama anak-anak. - Awie

TIADA anugerah yang lebih bernilai dalam hidup seorang rockers bernama Awie melainkan anak-anaknya.

Isnin lalu, kira-kira seminggu sebelum takbir Aidilfitri berkumandang, Awie dianugerahi khabar gembira.

Biar diuji dengan bermacam-macam spekulasi bermula dengan dakwaan memukul isterinya Rozana Misbun, kejayaan mendapatkan hak penjagaan sementara ketiga-tiga anak hasil perkahwinan mereka dianggapnya satu kemenangan awal.

"Itulah yang boleh saya katakan. Hari raya tahun ini (esok), mungkin jadi hari kemenangan awal buat saya. Apa yang saya perjuangkan ialah anak-anak. Tiada yang lebih membahagiakan saya selain dapat bersama anak-anak.

"Merekalah harta dunia dan akhirat saya. Mereka jugalah kekuatan saya sepanjang menempuh Ramadan yang cukup berbeza tahun ini," ungkap penyanyi berusia 46 tahun itu terharu.

Selesa diajak berbual menerusi panggilan telefon, vokalis Wings itu bercerita tentang ikatan kasih seorang bapa yang harus menjaga lima orang anak dalam satu masa.

"Biarlah dia (Rozana) yang pergi tapi jangan ambil anak-anak saya. Sekarang barulah saya kembali merasa masuk dapur, siapkan makanan waktu berbuka dan bersahur serta buat persiapan hari raya untuk anak-anak.

"Walaupun tahu masak sambal tumis sardin sahaja, tapi merasalah anak-anak makan air tangan saya," seloroh Awie sambil memberitahu, segala kelengkapan raya anak-anak disediakan dengan bantuan pengurus peribadinya.

Tambah Awie: "Kalau ditakdirkan saya tidak mendapat hak penjagaan anak-anak dalam perbicaraan baru-baru ini, mahunya saya meraung.

"Tapi, anak-anak buat saya terkejut. Bukan sahaja kakak-kakak (Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha) yang pandai beri kata-kata semangat, Merrah dan Qaseh juga boleh menangis apabila dengar berita pasal saya. Merrah peluk kaki saya dan cakap, dia tak mahu daddy (Awie) masuk penjara."

Hasil perkahwinan bersama Rozana pada 20 Jun 2005, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha yang merupakan anak hasil perkahwinan Awie bersama Arni Nazira, juga tinggal bersama Awie.

"Setakat ini anak-anak gembira. Cuma Merrah yang macam orang dewasa sikit. Dia boleh termenung lepas tengok berita dan bertanya kalau saya masuk penjara, siapa nak jaga dia, adik dan kakaknya," hero filem Hantu Kak Limah Balik Rumah bercerita lanjut.

Sementara menunggu tarikh 6 Ogos untuk perbicaraan lanjut berhubung hak penjagaan anak, Awie bagaimanapun merasa cukup bertuah kerana ibu dan adik-beradiknya sanggup buat apa sahaja untuk membantunya meringankan masalah yang dihadapi.

"Hidup harus diteruskan. Lepas raya saya juga sibuk dengan penggambaran filem terbaharu, Warna Cinta Impian sebelum latihan untuk pementasan semula teater SuperMokh.

"Saya juga baru dapat satu tawaran berlakon sebuah filem Indonesia di Jakarta. Itu semua rezeki anak-anak," mohon Awie agar dia diberikan kesejahteraan sempena Syawal nanti. - kosmo


Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan


Bagai puluhan objek jatuh dari langit




Donestk: “Saya melihat puluhan objek jatuh dari langit seperti hujan sebelum terdengar bunyi letupan kuat dan asap tebal.

“Objek berkenaan jatuh berselerak dan ada yang terbakar,” kata Ereka, 60, seorang pengembala lembu yang ketika kejadian sedang membawa beberapa ekor lembu tenusu miliknya meragut di kawasan lapang di lokasi kejadian pesawat MH17 terhempas di sini, 17 Julai lalu, kira-kira jam 3 petang (waktu tempatan).

Menurutnya, dia langsung tidak menyangka benda yang jatuh itu adalah serpihan kapal terbang kerana tidak pernah melihat pesawat itu dari jarak dekat kecuali di dalam televisyen.

Katanya, dia dan anak lelakinya kemudian pergi ke satu dari lokasi berkenaan dan ternampak ada beberapa mayat bergelimpangan selain banyak beg dan serpihan pesawat di merata-rata tempat.“Saya tidak berbuat apa-apa kecuali melihat kerana tiada daripada mangsa yang kelihatan bergerak. Beberapa minit kemudian beberapa penduduk berhampiran ladang jagung dan gandum itu datang untuk melihat apa yang berlaku.


“Di satu kawasan, saya melihat api marak dan asap tebal. Kawasan itu juga tidak boleh dihampiri kerana terlalu panas dipercayai enjin yang terbakar,” katanya.

Ereyna berkata, dia juga tidak tahu dari mana pesawat itu datang dan hendak ke mana kerana rata-rata penduduk di kampung Grabovo ini kurang pengetahuan.

“Kami hanya mengetahui pesawat itu terhempas selepas menonton televisyen pada sebelah malam,” katanya. - bharian



Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

Kelebihan Menyambut Hari Raya Aidilfitri



Kemuliaan Hari Aidil Fitri diterangkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah di dalam beberapa hadisnya. Oleh itu umat Islam amat digalakkan untuk menghidupkan malam Hari Raya sama ada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Korban. Sehubungan dengan inilah Allah berfirman di dalam Al Quran menerusi ayat 185 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan (hari terakhir Ramadan 30 hari) dan kamu mengagungkan Allah (bertakbir raya) atas petunjuk-Nya yang dianugerahkan kepada kamu agar kamu menjadi orang-orang yang bersyukur."

Kemuliaan Hari Raya juga diterangkan di dalam Hadis seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda barang siapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang yang kafir ingkar pada hari kiamat. 

Daripada hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa Hari Raya satu perkara yang disyariatkan dalam Islam dan pada Hari Kiamat kelak orang-orang yang beriman dan beramal soleh hatinya hidup bahagia dan gembira kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredaan Allah azzawajallah hasil daripada amal-amal kebajikan yang mereka kerjakan di dunia seperti berpuasa di bulan Ramadan. Sebaliknya orang yang kufur dan ingkar hatinya mati mereka hampa dan kecewa pada hari itu kerana dimurkai oleh Allah dan mereka ditimpa dengan seburuk-buruk balasan. 

Terdapat juga hadis-hadis yang lain yang menceritakan tentang menghidupkan malam Hari Raya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani r.a. yang bermaksud: "Barang siapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir." Umat Islam digalakkan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan tahmid sebagai bersyukur kepada Allah bersempena dengan hari yang mulia itu. Ini diterangkan di dalam Al-Quran dan juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w. Firman Allah SWT, maksudnya: Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid kerana kamu telah mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur." 

Daripada hadis pula sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. maksudnya: Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid. Di dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda daripada Anas r.a. maksudnya: Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis.

Ini bermakna, seseorang muslim itu adalah digalakkan agar menghidupkan malam hari raya dengan amalan-amalan yang boleh mendekatkan dirinya kepada Allah bagi menjamin hatinya tidak akan mati pada hari kiamat. Adalah lebih baik mengemas rumah, menjahit baju yang masih belum siap, menggosok pakaian raya untuk persiapan solat pagi raya bagi membesarkan Allah, menggantung langsir dengan niat mencantikkan rumah, kerana Allah suka kepada yang indah dan cantik, daripada menghabiskan sepanjang malam raya dengan menonton rancangan televisen, apatah lagi rancangan hiburan, filem, seloka Aidilfitri, mendengar lagu raya yang mengasyikkan, kerana tindakan itu sedikit sebanyak boleh menjejas pahala yang kita raih sepanjang bulan Ramadan. 

Aktiviti pagi raya 1. Aidilfitri digalakkan bersarapan terlebih dahulu. 2. Mengenakan pakaian raya yang baru (tapi ia bukan satu kemestian) serta berwangi-wangian bagi orang lelaki. 3. Bersegera pergi ke tempat solat, sama ada masjid, surau, dewan terbuka atau di tanah lapang, iaitu dengan melalui jalan lain dari jalan yang dilalui sebelum menunaikan solat. 4. Antara amalan yang patut dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. 5. Pada pagi Hari Raya, umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. 6. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah jiran tetangga, sanak saudara dan rakan taulan. Ini kerana mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau.

 Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah. 7. Menceriakan suasana hari raya dengan memberi anak-anak sampul duit raya (sebagai amalan 'idkhal as-surur' iaitu menggembirakan orang lain terutama kanak-kanak.) - mks.


Berikan Mainan Terbaik Untuk Pembentukan Minda Anak Anda
Like and Explore EdukidToy

Tegar Menyambut Lebaran Berbeza Berbanding Dahulu

“KEDATANGAN lebaran seperti tidak terasa. Sudah terbiasa dengan rutin hari-hari lain,” ujar Tegar Septian bersahaja selepas selesai menjalani sebuah sesi fotografi yang diatur khas di Kampung Budaya, Menara Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lebih mesra disapa Tegar, penyanyi cilik berusia 13 tahun ini mengakui, pengalaman mengamen (menyanyi secara jalanan) setiap hari di kampung halamannya di Cikampek, Indonesia membuatkan rasa untuk meraikan kedatangan lebaran tidak terasa.

“Saya juga jarang berpuasa kerana selalu terlepas waktu untuk bersahur. Selain itu, saya harus menyanyi di jalanan setiap hari bagi mencari sesuap nasi. Jadi, rasa untuk menyambut kedatangan Syawal itu langsung tidak terasa,” tuturnya jujur.

Tambah Tegar, dia yang bekerja keras menyanyi di jalanan untuk menyara hidupnya ketika itu sering tidak pulang ke rumah dan menjadikan kaki lima sebagai tilam untuknya beradu saban malam.

“Jujurnya, pada waktu dulu, makna lebaran tidak begitu kuat bagi saya. Tidak kira bulan Ramadan atau hari-hari biasa, saya tetap berada di jalanan untuk mencari rezeki.

“Mungkin istimewanya, juadah yang disediakan pada bulan Ramadan sedikit berbeza berbanding hari-hari yang lain,” ujar Tegar yang begitu menggemari hidangan Nasi Timbel dan Pecal Ayam.

Biarpun mengaku pernah berasa lebaran bukan satu kepentingan buatnya pada suatu masa dahulu, kini, ia sedikit berbeza.

Kedudukannya sebagai anak seni yang telah merubah kehidupan sukar menjadi lebih baik membuatkan remaja ini mampu mengecapi raya dengan lebih baik.

Tegar yang menetap bersama pengurusnya di Jakarta, Indonesia bakal menghabiskan masa di kampung sempena Hari Raya Aidilfitri selama dua minggu mulai 20 Julai lalu.

“Tahun ini saya akan menyambut lebaran bersama ibu saya. Dia pun ada memesan beberapa barangan dari Malaysia termasuk kuih muih tempatan,” ujarnya lagi. Pendapatan lebih

Akui pelantun lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang ini, ketika menyanyi pada bulan Ramadan dan Syawal, pendapatan yang diterimanya lebih sedikit berbanding hari-hari biasa.

“Jika hari-hari biasa jumlah duit yang diberikan oleh mereka agak kecil, tetapi, dengan kedatangan Aidilfitri, saya mampu meraih wang sehingga 1 juta Rupiah (RM270). “Lagu-lagu yang dimainkan juga berbeza. Saya banyak menyanyi lagu-lagu kerohanian di samping lagu-lagu tema daripada filem-filem Bollywood,” ujarnya lagi.

Menyentuh mengenai kehidupannya sekarang, Tegar mengakui berasa rindu untuk menghabiskan masa bersama teman-teman rapatnya di kampung. Namun, jauh di sudut hatinya, dia tidak mahu kembali susah dan menyanyi di jalanan untuk mencari rezeki.

“Ya, saya begitu rindu untuk bersama teman-teman ngamen yang lain. Tetapi, untuk kembali tinggal di jalanan, mungkin tidak sama sekali,” luahnya. Tambah Tegar, kemewahan yang ada padanya sekarang digunakan sebaik mungkin untuk membantu ibunya yang berada di kampung.

“Apa yang saya mahu lakukan sekarang adalah memberi kebahagian kepada ibu dan bapa saya. Jika diberi kesempatan, saya juga mahu membantu mereka yang memerlukan,” ujarnya.

Persembahan amal

Seiring dengan hasratnya itu, Tegar turut terlibat dalam menjayakan Majlis Iftar Ramadan Menara Kuala Lumpur bagi mengutip dana untuk membantu adik Muhammad Firdaus Dullah yang dikurung oleh ibu kandungnya sendiri beberapa bulan lalu. Menurut Tegar, setelah menonton video tentang kesengsaraan dan keadaan Firdaus di YouTube, hatinya terus terdetik untuk menghulurkan bantuan.

“Keadaannya ketika itu sungguh menyayat hati. Jadi, setelah diminta oleh pihak Menara Kuala Lumpur untuk membuat persembahan, saya terus bersetuju,” ujarnya. Pada malam itu, Tegar menghiburkan tetamu yang hadir dengan lagu-lagu popularnya termasuklah Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang dan Pantaskah Surga Untukku. - kosmo

Walaupun populariti semakin kurang, Tegar masih lagi aktif dalam nyanyian dan menerima tawaran dari berbagai agensi persembahan. Semoga Tegar murah rezeki. amin

Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah






Resepi Kerang Bakar


* 1 kg kerang yg sudah dibersihkan
* REmpah pes ikan..
* Limau Purut/kasturi
* pembalut aluminium
* Bubuh kerang yang sudah dibersihkan tadi ke dalam balutan pembalut aluminium. Kalau terer..buatlah macam kotak sikit..Bubuhlah daun limau purut kat atas kerang tadi..
Lepas itu campurkan Rempah/ Pes Ikan Bakar. Memadai sekadar bubuh kat atas kerang sahaja
Bungkuslah semua bahan tersebut..Balut dengan aluminum foil jangan bagi bocor.
Cicahkan dengan ITA BBQ Honey Sauce
Jangan Lupa Like Page Kami
Ada Cabutan Bertuah Sos Ita akan berada di tangan anda
Percuma!




Cara-Cara Mendandan Rambut Macam Elsa Frozen


Ikuti tip-tips ini kalau nak dapatkan kelainan, rambut yang hitam, boleh diperangkan.
Kalau ada anak perempuan mesti diorang suka


Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah

Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar


Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :

Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 2) .

Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadith :-

Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramadhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )

Sebuah lagi hadis menyebut :- 

انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها

Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره

Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar


Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-

فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ

Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )

Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.

Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.

Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-

وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )

Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-

وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"
Nota: Artikel ini diperolehi daripada Ustaz Zaharudin dot net


Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah

Hikmah Di Sebalik Penceraian


SAMA ada rujuk atau tidak dengan bekas isteri, Fiza Elite memandangkan tempoh edah bakal berakhir pada 28 Julai ini, itu bukan keutamaan bagi Adam AF2.
Sebaliknya penyanyi berusia 30 tahun ini menegaskan dia tidak mahu terlalu memikirkan soal rujuk dan tidak pernah menyesal dengan suratan takdir.
Malah bagi Adam, dia perlu merancang masa depannya dengan baik tanpa memutuskan silaturahim yang sedia terjalin.
“Macam-macam cerita yang kurang enak keluar selepas saya dan Fiza berpisah. Spekulasi demi spekulasi yang diperkatakan orang luar tentang punca porak peranda rumah tangga saya.
“Sebenarnya saya kecewa dengan cerita-cerita sebegitu sebab sebagai ketua rumah tangga saya tahu di mana kebenaran ceritanya.
“Justeru saya mengambil pendekatan berdiam diri kerana itu langkah paling selamat," katanya yang ditemui selepas majlis meraikan anak-anak yatim Kumpulan Utusan sempena Nuzul Quran Khamis lalu.
Adam dan Fiza bercerai talak satu di Mahkamah Syariah, Shah Alam, Selangor pada 28 April lalu. Mereka bernikah pada 26 September 2013 dan bercerai tujuh bulan kemudian.
Mengulas tentang perasaannya yang perlu melalui tempoh sukar apabila mahligai impian hanya bertahan tidak sampai setahun, Adam terdiam seketika.
Kata Adam, dia tidak perlu terlalu mempamerkan perasaan kecewanya kepada masyarakat kerana setiap pasangan yang berkahwin pasti mengidamkan kebahagiaan berpanjangan.

Punca perceraian
MENAFIKAN wujud anasir luar yang tidak gemar melihat kegembiraannya kata Adam, dia turut menolak dakwaan mengatakan perceraiannya berpunca daripada masalah keluarga dan faktor kewangan.
“Perceraian ini ada hikmahnya, ujian yang perlu ditangani dengan bijak antara kami. Dugaan kami bermula selepas bapa Fiza sakit dan melarat selepas itu.
“Sebab itu saya tidak mahu memanjangkan perkara ini kerana boleh membuka aib secara tidak langsung," katanya yang mengakui tidak merancang untuk berkahwin lagi dalam tempoh terdekat ini.
Mengakui merindui kehidupan sempurna sewaktu menjadi suami biarpun hanya selama tujuh bulan kata Adam, perasaan itu lebih dirasai sepanjang Ramadan ini.
Pun begitu kata Adam, dia tidak mahu terlalu melayan perasaan kerana baginya lebih baik dia bekerja daripada berterusan diselubungi rasa kecewa.
Mengulas tentang kehidupan terbaharunya kata Adam, dia kini memberi fokus dalam kerja-kerja pembikinan album kelimanya yang diberi judul Adam 5.
Sementelah sedang mempromosikan single terkininya, Mendekatimu dan sibuk dengan tugasan terbaharunya itu.
“Sekarang ini saya terpaksa menyerahkan kerja-kerja merawat di Pusat Rawatan Islam Nur Khalifah Al-Hasani di Kota Damansara, Kuala Lumpur kepada pengasas pusat itu iaitu, Sheikh Firdaus At Taibun Al Makki.
“Faktor utamanya sebab saya tidak boleh memberi komitmen. Pun begitu saya masih membantu mana-mana pihak yang memerlukan bantuan," katanya lagi. - utusan


Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag

Jom Terjah



Kiki Di Bebaskan



Kuantan: Selepas lebih lima jam ditahan untuk soal siasat, wanita yang mencetuskan kontroversi kerana membuli seorang warga emas di parkir kenderaan berhampiran Pusat Transformasi Bandar (UTC), di sini, pada Isnin lalu dibebaskan dengan jaminan polis.

Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, dibebaskan lewat malam kelmarin selepas ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.


Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, polis membebaskannya selepas berpuas hati dengan keterangan diberikan dan dia memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses berkenaan.

“Kita berpuas hati dengan keterangan diberikannya dan dia kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis lewat malam semalam (kelmarin).


“Siasatan kes ini dilakukan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan harta benda dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.


Siti Fairrah hadir bersama ibu bapa dan ahli keluarganya di IPD Kuantan pada jam 4 petang kelmarin bagi memberikan kenyataan berhubung insiden berkenaan. - hmetro



Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

Warkah dari Dr Gilbert Dari Palestine



Sahabat tercinta, Kejadian malam tadi (20 Julai) sangat melampau. Serangan darat di Gaza menyebabkan ramai mangsa yang cedera, parah, berlumuran darah, nazak, kesejukan, semua peringkat umur, tetapi kesemuanya orang awam yang tak bersalah.

Darah bayi merata-rata

Ramai wira di dalam ambulans dan semua hospital seluruh Gaza bertugas syif 12 hingga 24 jam, wajah-wajah pucat akibat kelelahan dan timbunan tugas yang menggila (tanpa bayaran di Hospital Shifa sejak empat bulan lalu) mereka merawat, ambil peduli, cuba memahami huru-hara yang tidak difahami tubuh manusia yang berjalan dan tidak mampu berjalan, yang bernafas dan tidak bernafas, yang berdarah dan yang tidak berdarah. Ya, itu manusia!

Sekarang, mereka diperlakukan seperti binatang oleh tentera paling tidak bermoral di dunia.

Hormat saya tiada habisnya bagi mereka yang cedera kerana walaupun dalam kesakitan dan kepedihan semangat mereka tidak pudar. Kekaguman saya kepada petugas dan sukarelawan tidak putus. Warga Palestin banyak beri saya kekuatan, walaupun saya terdetik ingin menjerit, peluk erat tubuh mereka, menangis, mencium kulit dan rambut anak yang berlumuran darah itu, tetapi kami tidak mampu, begitu juga mereka.


Merobek nyawa yang tak bersalah

Debu kelabu menutupi wajah. Tidak hanya puluhan tubuh yang cacat dan berdarah, kami masih memiliki danau darah di lantai bilik kecemasan, menitis merata-rata. Petugas pembersihan juga ada, menyapu darah, tisu-tisu badan, rambut, pakaian, semuanya dari si mati. Tugasan seperti itu diulangi setiap hari.

Lebih 100 kes kami terima di Hospital Shifa setiap 24 jam, sesuai jika kelengkapannya ada. Tapi di sini, hampir tiada apa-apa. Elektrik, air, ubat-ubatan atau mungkin meja, peralatan hospital, semuanya berkarat seolah-olah baru diambil dari muzium. Tetapi petugas di sini langsung tidak mengeluh. Mereka bertugas umpama pahlawan, terus maju dan sangat berjiwa besar.

Saat saya menulis warkah ini, saya seorang diri di katil saya, air mata saya bercucuran, air mata dari kepedihan dan kesedihan, kemarahan dan ketakutan. Ini tidak sepatutnya terjadi!

Dari wartawan hingga ke bayi kecil… tiada yang selamat.

Dan sekarang, okestra mesin perang Israel mula menyanyikan simfoninya yang mengerikan. Baru-baru ini, meriam bot-bot tentera laut Israel menyusuri pantai Gaza. F16 yang menderu, drone yang memuakkan, serta helikopter Apache yang bingit direka dan dibiayai Amerika Syarikat.

Encik Obama, apakah anda punyai hati?

Saya menjemput anda untuk meluangkan masa satu malam. Hanya satu malam bersama kami di Hospital Shifa. Mungkin anda boleh menyamar sebagai petugas kebersihan.

Saya yakin, 100 peratus...tindakan sedemikian akan mengubah sejarah.

Mads Gilbert MD PhD
Profesor Klinikal dan Ketua Rawatan Kecemasan Hospital Universiti North Norway. 

- ARRAHMAH.com

Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah

Guna Akaun Palsu Hina Islam

Tawau: Presiden Kelab Penyokong BN Sabah dan Kerajaan Datuk Mohd Jeffry Rosman mewakili kelab terbabit dan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuhara membuat laporan polis bagi meminta siasatan dilakukan terhadap satu akuan Facebook (FB) yang bernama Sim Kwang Yung dikatakan menghina juruterbang MH17 dan rakyat beragama Islam mengenai isu nahas terbabit.‎

Bagaimanapun Mohd Jeffry dalam kenyataannya turut meminta supaya orang ramai tidak bertindak melulu menuduh wanita berkenaan dan biar pihak berkaitan menjalankan siasatan mereka.

"Ketika laporan dibuat pagi tadi di IPD Tawau, kebetulan saya terserempak dengan pemilik penama Sim Kwang Yung yang tampil membuat laporan polis menafikan bahawa beliau membuat kenyataan berbaur menghina agama Islam dan juruterbang berkaitan nahas MH17 yang kini tersebar meluas di laman sosial," katanya.

Beliau berkata, akaun FB aslinya adalah Kwang ‎Yung Sim manakala yang palsu Sim Kwang Yung Sim dan perkara itu sudah dilaporkan kepada polis pada 2012 mengenai akaun palsu berkenaan," katanya dalam kenyataan di Facebooknya miliknya. - hmetro
---
Harap polis dapat siasat siapakah yang pemilik asal akaun facebook ni, dia ingat boleh sembunyikan diri guna id yang berbeza. IP address kan ada. 

Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

Resepi Ketam Bakar

Resepi ini sesuai untuk 2 orang sahaja. Kalau budak-budak bolehlah ramai-ramai makan.

3 ekor ketam sederhana besar - dibersihkn
1/2 labu bwg besar *
5 ulas bwg putih *
1/2 sdu kecil lada hitam *
1 sdu kecil jintan manis *
1 sdu besar jintan putih *
1 sdu besar lada blend *
1 inci halia *
2 btg serai - dipotong2 *
1/2 sdu besar rempah kari *
garam & aji
aluminium foil
2 sudu besar ITA Honey Black Pepper Sauce

daun kunyit / daun limau purut / daun kari - nk letak sume daun pon bleh
Cara-cara

blend kan bhn2 yg bertanda *. masukkn cket air. jgn masuk byk memadai boleh blend saja.
blend sume bhn hingga hancur. kemudian masukkn dlm mangkuk.
ambil ketam. nk senang potong2 cket. xnk potong pon xper. masukkn dlm mangkuk yg berisi rempah td. masukkn garam & aji. gaulkn rata .
kemudian perap hingga 1/2 jam @ lebih pon xper.
bila nk bakar bentangkn sekeping aluminium foil atas tray oven. kemudian letakkn ketam td beserta rempahnyer skali....jgn masukkn air yer....
pastu letakn daun kari @ daun yg anda suke atas ketam tu & lipat mcm kiter lipat nasi lemak
Ketam1 letak tray paling atas dgn suhu 180'c selama 30 - 40 minit..

Jangan Lupa Like Page Kami
Ada Cabutan Bertuah Sos Ita akan berada di tangan anda
Percuma!

Kisah Benar Penurunan Berat Badan Sebelm




Kisah benar bagaimana seorang kerani di US berusaha menurunkan berat badan. 
Dia hanya berusia 26 tahun, bila dia kurus, baru terserlah muda dan kejelitaannya. 





Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah

Amar Asyraf kini bergelar bapa



Ramadan tahun ini adalah yang paling bermakna buat pelakon Amar Asyraf apabila isterinya, Arna Salleh selamat melahirkan seorang bayi lelaki kira-kira pukul 4.50 petang pada 8 Julai lalu.

Bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Taufik itu selamat dilahirkan melalui cara pembedahan di salah sebuah hospital swasta di ibu negara.

Muhammad Taufik merupakan cahaya mata pertama pasangan yang sah bergelar suami isteri pada 7 Jun 2013 menerusi majlis pernikahan yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Bidor, Perak.

Berita baik tersebut disebarkan oleh pelakon yang pernah membintangi drama Setia Hujung Nyawa itu melalui laman sosial Instagramnya pada 9 Julai lalu. Mengakui perasaannya gementar apabila pertama kali bergelar bapa, Amar bagaimanapun bersyukur kerana bayi seberat 3.7 kilogram itu selamat dilahirkan dengan sempurna.

Ikuti temu bual Kosmo! selanjutnya bersama pelakon yang pernah membintangi filem Penunggu Istana itu.

Kosmo!: Bolehkah Amar kongsikan pengalaman pertama anda bergelar bapa?

AMAR: Pada mulanya, saya tidak sangka bayi kami akan selamat dilahirkan pada bulan Ramadan memandangkan tarikh sebenar dia sepatutnya dilahirkan adalah selepas raya. Namun demikian, perasaan gemuruh dan berdebar itu hilang apabila doktor mengatakan kepada saya bahawa isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki yang sempurna.

Bagaimanakah keadaan isteri anda sekarang?

Alhamdulillah keadaannya stabil, bagaimanapun dia tetap tidak dibenarkan pulang selama empat hari bagi membolehkan luka akibat pembedahan sembuh sepenuhnya.

Penaja

Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...