Tegar Menyambut Lebaran Berbeza Berbanding Dahulu

“KEDATANGAN lebaran seperti tidak terasa. Sudah terbiasa dengan rutin hari-hari lain,” ujar Tegar Septian bersahaja selepas selesai menjalani sebuah sesi fotografi yang diatur khas di Kampung Budaya, Menara Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lebih mesra disapa Tegar, penyanyi cilik berusia 13 tahun ini mengakui, pengalaman mengamen (menyanyi secara jalanan) setiap hari di kampung halamannya di Cikampek, Indonesia membuatkan rasa untuk meraikan kedatangan lebaran tidak terasa.

“Saya juga jarang berpuasa kerana selalu terlepas waktu untuk bersahur. Selain itu, saya harus menyanyi di jalanan setiap hari bagi mencari sesuap nasi. Jadi, rasa untuk menyambut kedatangan Syawal itu langsung tidak terasa,” tuturnya jujur.

Tambah Tegar, dia yang bekerja keras menyanyi di jalanan untuk menyara hidupnya ketika itu sering tidak pulang ke rumah dan menjadikan kaki lima sebagai tilam untuknya beradu saban malam.

“Jujurnya, pada waktu dulu, makna lebaran tidak begitu kuat bagi saya. Tidak kira bulan Ramadan atau hari-hari biasa, saya tetap berada di jalanan untuk mencari rezeki.

“Mungkin istimewanya, juadah yang disediakan pada bulan Ramadan sedikit berbeza berbanding hari-hari yang lain,” ujar Tegar yang begitu menggemari hidangan Nasi Timbel dan Pecal Ayam.

Biarpun mengaku pernah berasa lebaran bukan satu kepentingan buatnya pada suatu masa dahulu, kini, ia sedikit berbeza.

Kedudukannya sebagai anak seni yang telah merubah kehidupan sukar menjadi lebih baik membuatkan remaja ini mampu mengecapi raya dengan lebih baik.

Tegar yang menetap bersama pengurusnya di Jakarta, Indonesia bakal menghabiskan masa di kampung sempena Hari Raya Aidilfitri selama dua minggu mulai 20 Julai lalu.

“Tahun ini saya akan menyambut lebaran bersama ibu saya. Dia pun ada memesan beberapa barangan dari Malaysia termasuk kuih muih tempatan,” ujarnya lagi. Pendapatan lebih

Akui pelantun lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang ini, ketika menyanyi pada bulan Ramadan dan Syawal, pendapatan yang diterimanya lebih sedikit berbanding hari-hari biasa.

“Jika hari-hari biasa jumlah duit yang diberikan oleh mereka agak kecil, tetapi, dengan kedatangan Aidilfitri, saya mampu meraih wang sehingga 1 juta Rupiah (RM270). “Lagu-lagu yang dimainkan juga berbeza. Saya banyak menyanyi lagu-lagu kerohanian di samping lagu-lagu tema daripada filem-filem Bollywood,” ujarnya lagi.

Menyentuh mengenai kehidupannya sekarang, Tegar mengakui berasa rindu untuk menghabiskan masa bersama teman-teman rapatnya di kampung. Namun, jauh di sudut hatinya, dia tidak mahu kembali susah dan menyanyi di jalanan untuk mencari rezeki.

“Ya, saya begitu rindu untuk bersama teman-teman ngamen yang lain. Tetapi, untuk kembali tinggal di jalanan, mungkin tidak sama sekali,” luahnya. Tambah Tegar, kemewahan yang ada padanya sekarang digunakan sebaik mungkin untuk membantu ibunya yang berada di kampung.

“Apa yang saya mahu lakukan sekarang adalah memberi kebahagian kepada ibu dan bapa saya. Jika diberi kesempatan, saya juga mahu membantu mereka yang memerlukan,” ujarnya.

Persembahan amal

Seiring dengan hasratnya itu, Tegar turut terlibat dalam menjayakan Majlis Iftar Ramadan Menara Kuala Lumpur bagi mengutip dana untuk membantu adik Muhammad Firdaus Dullah yang dikurung oleh ibu kandungnya sendiri beberapa bulan lalu. Menurut Tegar, setelah menonton video tentang kesengsaraan dan keadaan Firdaus di YouTube, hatinya terus terdetik untuk menghulurkan bantuan.

“Keadaannya ketika itu sungguh menyayat hati. Jadi, setelah diminta oleh pihak Menara Kuala Lumpur untuk membuat persembahan, saya terus bersetuju,” ujarnya. Pada malam itu, Tegar menghiburkan tetamu yang hadir dengan lagu-lagu popularnya termasuklah Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang dan Pantaskah Surga Untukku. - kosmo

Walaupun populariti semakin kurang, Tegar masih lagi aktif dalam nyanyian dan menerima tawaran dari berbagai agensi persembahan. Semoga Tegar murah rezeki. amin

Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...