Sambutan Aidilfitri Buat Aeril dan Wawa



Aeril terkenang arwah ibu bapa
"AIDILFITRI agak suram buat anak yatim piatu seperti saya," kata Aeril tentang pengertian Lebaran buat dirinya.
Biarpun sudah mempunyai keluarga tersendiri iaitu isteri, Wawa Zainal dan anak, Ahmad Fakhruddin Attar (Attar) yang kini sudah mencecah usia 11 bulan kata Aeril, perasaan teruja untuk menyambut Hari Raya tidak lagi sama seperti dulu.
Aeril berkata, dia rindu untuk mencium tangan arwah bapa, Sunari Sulaiman dan arwah ibu, Sakinah Munahit pada pagi Syawal selepas kedua-duanya kembali ke rahmatullah kerana menghidap kanser tiga tahun lalu.
Selain teringin untuk menikmati juadah arwah ibu kata Aeril, dia juga tidak boleh melupakan kenangan dimarah arwah ayahnya setiap kali Aidilfitri mendatang.
"Masih saya ingat lagi bagaimana sakitnya telinga saya dipulas ayah sebab tidak bersolat tarawih sebaliknya bermain mercun di Kampung Rengit, Johor sewaktu berusia 15 tahun.
"Pada waktu itu, saya terpaksa berpura-pura menangis sebab tidak mahu arwah ayah bertindak lebih teruk terhadap saya.
"Arwah ayah marah sebab dia malu dengan orang kampung. Maklumlah imam tapi anaknya tak solat sebaliknya seronok bermain mercun.
"Apabila saya mengenangkan kenangan itu membuatkan kerinduan saya bertambah tebal terhadap mereka," kata anak keempat daripada lima beradik ini.
Mengulas tentang persiapan sambutan Hari Raya akui Aeril, tiada perasaan keterujaan yang melampau sebaliknya berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan Ramadan.
Hanya bersederhana menyiapkan kelengkapan diri, perhatian lebih tertumpu kepada Attar yang semakin lasak.
"Kami sekeluarga juga akan beraya di rumah keluarga angkat yang terletak di Petaling Jaya, Selangor pada 1 Syawal sebelum pulang ke kampung pada keesokan harinya," ujar Aeril.

Syawal bermakna - Wawa
BAGI Wawa Zainal pula, dia tidak menafikan tentang keterujaannya untuk menyambut Syawal tahun ini. Bukan sahaja kerana dapat meraikannya sebagai isteri dan ibu, lebih penting, dia tidak sabar untuk menikmati juadah raya yang enak-enak.
"Saya melahirkan Attar dua minggu selepas Syawal tahun lepas. Jadi pada waktu itu saya tak sempat nak merasai kemeriahan beraya bersama anak dan suami sebab sedang berpantang.
"Jadi tahun ini, saya mahu balas dendam. Saya nak beraya sakan sambil menikmati juadah Hari Raya," katanya.
Lebih senang bersederhana dalam membuat persiapan menyambut Syawal kata Wawa, dia tidak mahu membazir dan hanya memberi keutamaan kepada perkara-perkara penting sahaja.
Malah ibu muda ini mengakui dia teringin untuk menyambut Lebaran di kampung halamannya di Lahad Datu, Sabah namun dia lebih senang mengikut perancangan Aeril.
"Lagipun memandangkan ahli keluarga semuanya sudah ada sini jadi biarlah kami beraya di Kuala Lumpur saja.
"Apabila Attar sudah besar sedikit barulah kami boleh memikirkan untuk meraikan Syawal di Lahad Datu," katanya. - utusan

Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag

Jom Terjah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...