SAMA ada rujuk atau tidak dengan bekas isteri, Fiza Elite memandangkan tempoh edah bakal berakhir pada 28 Julai ini, itu bukan keutamaan bagi Adam AF2.
Sebaliknya penyanyi berusia 30 tahun ini menegaskan dia tidak mahu terlalu memikirkan soal rujuk dan tidak pernah menyesal dengan suratan takdir.
Malah bagi Adam, dia perlu merancang masa depannya dengan baik tanpa memutuskan silaturahim yang sedia terjalin.
Macam-macam cerita yang kurang enak keluar selepas saya dan Fiza berpisah. Spekulasi demi spekulasi yang diperkatakan orang luar tentang punca porak peranda rumah tangga saya.
Sebenarnya saya kecewa dengan cerita-cerita sebegitu sebab sebagai ketua rumah tangga saya tahu di mana kebenaran ceritanya.
Justeru saya mengambil pendekatan berdiam diri kerana itu langkah paling selamat," katanya yang ditemui selepas majlis meraikan anak-anak yatim Kumpulan Utusan sempena Nuzul Quran Khamis lalu.
Adam dan Fiza bercerai talak satu di Mahkamah Syariah, Shah Alam, Selangor pada 28 April lalu. Mereka bernikah pada 26 September 2013 dan bercerai tujuh bulan kemudian.
Mengulas tentang perasaannya yang perlu melalui tempoh sukar apabila mahligai impian hanya bertahan tidak sampai setahun, Adam terdiam seketika.
Kata Adam, dia tidak perlu terlalu mempamerkan perasaan kecewanya kepada masyarakat kerana setiap pasangan yang berkahwin pasti mengidamkan kebahagiaan berpanjangan.
Punca perceraian
MENAFIKAN wujud anasir luar yang tidak gemar melihat kegembiraannya kata Adam, dia turut menolak dakwaan mengatakan perceraiannya berpunca daripada masalah keluarga dan faktor kewangan.
Perceraian ini ada hikmahnya, ujian yang perlu ditangani dengan bijak antara kami. Dugaan kami bermula selepas bapa Fiza sakit dan melarat selepas itu.
Sebab itu saya tidak mahu memanjangkan perkara ini kerana boleh membuka aib secara tidak langsung," katanya yang mengakui tidak merancang untuk berkahwin lagi dalam tempoh terdekat ini.
Mengakui merindui kehidupan sempurna sewaktu menjadi suami biarpun hanya selama tujuh bulan kata Adam, perasaan itu lebih dirasai sepanjang Ramadan ini.
Pun begitu kata Adam, dia tidak mahu terlalu melayan perasaan kerana baginya lebih baik dia bekerja daripada berterusan diselubungi rasa kecewa.
Mengulas tentang kehidupan terbaharunya kata Adam, dia kini memberi fokus dalam kerja-kerja pembikinan album kelimanya yang diberi judul Adam 5.
Sementelah sedang mempromosikan single terkininya, Mendekatimu dan sibuk dengan tugasan terbaharunya itu.
Sekarang ini saya terpaksa menyerahkan kerja-kerja merawat di Pusat Rawatan Islam Nur Khalifah Al-Hasani di Kota Damansara, Kuala Lumpur kepada pengasas pusat itu iaitu, Sheikh Firdaus At Taibun Al Makki.
Faktor utamanya sebab saya tidak boleh memberi komitmen. Pun begitu saya masih membantu mana-mana pihak yang memerlukan bantuan," katanya lagi. - utusan
Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah
No comments:
Post a Comment