Bagai puluhan objek jatuh dari langit




Donestk: “Saya melihat puluhan objek jatuh dari langit seperti hujan sebelum terdengar bunyi letupan kuat dan asap tebal.

“Objek berkenaan jatuh berselerak dan ada yang terbakar,” kata Ereka, 60, seorang pengembala lembu yang ketika kejadian sedang membawa beberapa ekor lembu tenusu miliknya meragut di kawasan lapang di lokasi kejadian pesawat MH17 terhempas di sini, 17 Julai lalu, kira-kira jam 3 petang (waktu tempatan).

Menurutnya, dia langsung tidak menyangka benda yang jatuh itu adalah serpihan kapal terbang kerana tidak pernah melihat pesawat itu dari jarak dekat kecuali di dalam televisyen.

Katanya, dia dan anak lelakinya kemudian pergi ke satu dari lokasi berkenaan dan ternampak ada beberapa mayat bergelimpangan selain banyak beg dan serpihan pesawat di merata-rata tempat.“Saya tidak berbuat apa-apa kecuali melihat kerana tiada daripada mangsa yang kelihatan bergerak. Beberapa minit kemudian beberapa penduduk berhampiran ladang jagung dan gandum itu datang untuk melihat apa yang berlaku.


“Di satu kawasan, saya melihat api marak dan asap tebal. Kawasan itu juga tidak boleh dihampiri kerana terlalu panas dipercayai enjin yang terbakar,” katanya.

Ereyna berkata, dia juga tidak tahu dari mana pesawat itu datang dan hendak ke mana kerana rata-rata penduduk di kampung Grabovo ini kurang pengetahuan.

“Kami hanya mengetahui pesawat itu terhempas selepas menonton televisyen pada sebelah malam,” katanya. - bharian



Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...