Saturday, November 30, 2013

Gambar Mati Kebuluran di Ireland

Sejarah yang dilupakan...

Semasa Ireland dimamah kebuluran kira-kira 160 tahun dahulu, Daulah Uthmaniyah Turki telah sudi memberi bantuan melalui sumbangan kewangan sebanyak Sterling 1,000 (atau nilai kini, kira-kira USD 1,052,000 ) bersama 3 buah kapal yang sarat dengan bekalan makanan.

Republik Ireland telah dilanda kebuluran dan epidemik penyakit di antara 1845 dan 1849. Malapetaka yang dikenali sebagai 'the Great Hunger' ini telah menyebabkan sekurang-kurangnya satu juta orang meninggal dunia akibat penyakit yang berkaitan dengan kebuluran dan lebih daripada satu juta rakyat Ireland telah melarikan diri, terutamanya ke Amerika Syarikat, England , Kanada, dan Australia.

Pemerintah Islam Daulah Uthmaniyyah pada ketika itu, Sultan Abdul Majid menyatakan hasratnya untuk menghantar £ 10,000 sterling kepada para petani di Ireland tetapi Queen Victoria meminta agar Sultan menghantar hanya £ 1000 sterling, kerana dia sendiri telah menghantar hanya £ 2000 sterling. Sultan memutuskan untuk menghantar £ 1000 sterling sahaja tetapi dalam diam-diam, Baginda telah menghantar 3 kapal penuh dengan bekalan makanan . Pentadbiran British cuba menghalang kapal-kapal tersebut tetapi makanan itu tiba secara rahsia di pelabuhan Drogheda (di sebelah timur pantai Ireland). Bukti sikap murah hati dari pemerintah Islam untuk sebuah negara Kristian ini adalah penting terutamanya di kala umat Islam kerap dituduh tidak adil kerana melanggar hak asasi manusia. http://abiggersociety.com/how-quickly-we-forget-how-muslims-helped-ireland-during-the-great-famine/
---------------------


Penaja


Sinar Jahitan

Sinar Jahitan

Blouse, Baju Muslimah, Dress, Jubah, Tops, Fesyen Terkini
Novel Bersiri

Baca siri yang pertama Novel Bersiri

Misteri Nelayan Terperangkap Di Alam Duyong

Siri 11 Misteri Nelayan Terperangkap Alam Duyong



Kaki Gua Sakti 
Setelah bergelutan dengan ular-ular Orion, Mus lihat ramai askar-askar duyong dan separa duyong yang mati bergelimpangan. Satu kelebihan askar Sang Mata Satu mereka punyai binatang buas orion, ular naga hitam dan Olga ular naga merah. Sekali lipasan banyak yang terpelanting dan maut dengan libasan ekor dan gigitan berbisa dan tajam ular naga. Walapun Mustafa sudah banyak membunuh Orion, dan masih lagi bertenaga, dia perlu berhenti dan berundur, tidak sanggup melihat ramai yang terkorban. Kelihatan sahabat baiknya Gelama dan Harwan masih lagi bergelutan bertarung dengan ular naga. Mereka adalah antara kesatria yang paling kuat alam dasar lautan. Dia tidak sanggup melihat mereka terkorban. 

"Cepat! masuk ke dalam! Gelama! Harwan! Askar sekalian! cepat masuk!"
Pagar utama dibuka, Mustafa menjaga benteng pertahanan di hadapan. Hanya dia saja yang mampu bertarung dengan ular naga Sang Mata Satu dengan jumlah yang banyak. Askar-askar duyong dan separa duyong berundur dan masuk, kesatria masih lagi mengawal benteng pertahanan diketuai oleh Mustafa.

"Cepat masuk!" 
Gelama dan Harwan masing-masing masih lagi bertarung dan masuk satu demi satu.

Pang! tembok pagar utama di tutup! Tiada lagi askar-askar yang bertarung. Sang Suri berjaya menyelusupi masuk ke dalam tembok tampa kesedaran Mus, Yang Mulia Gusdur dan kesatria duyong. Dia tidak berani membuka topeng besi yang menutupi seluruh wajahnya.

"Mereka sesekali tidak akan dapat tembusi tembok ini! Aku sudah pagari dengan jampi."
Mustafa memberikan jaminan pada penghuni di dalam. Mereka berasa lega dan selamat selagi Mus ada bersama mereka. 

"Tam! Tam! Tam! bunyi getaran tembok dihentam dengan batu yang besar didengari. Seluruh makhluk dasar lautan berdebar menanti tindakan Mustafa yang seterusnya. Tembok besar itu adalah pembinaan Mustafa dari tangannya untuk menghalang sebarang pencerobohan ke Gua Sakti. Namun begitu dia sedar, sekirannya batu gua itu dihentam berkali-kali, pintu gua itu akan pecah. 

Mulut Mustafa masih lagi membaca jampi yang diajari oleh Pak Tua. Dia pasrah!. Mustafa sedar sekirannya tembok itu pecah, berpuluh ekor Orion akan berjaya memasuki, sedangkan dia hanya mampu mementang satu ke dua ekor Orion pada suatu masa. 


"Tam! Tam! Tam!"
"Kita tak dapat tembusi tembok ini tuan! batu ni terlalu kuat!"
"Arrghhhhhh! pekikan Sang Mata Satu didengari. 
"Kau Orion! memang bodoh! Cepat bersiap balik kita perlu guna cara lain!"
"Hoi!! makluk alam duyong! kau jangan ingat kau selamat! Aku akan datang dengan askar yang lebih dasyat! Ha! Ha! Ha! Kau orang semua pengecut!"

Sang Suri menutup matanya dengan rapat. Dia dapat merasakan makhluk Sang Mata Satu beredar. Satu demi satu langkah mereka jelas didengari. Dia menarik nafas penuh lega penuh kesyukuran. 

"Terima kasih Yang Mulia Mustafa!"
Seluruh orang duyong dan separa duyong tunduk padanya, tanda kehormatan atas keselamatan yang telah diberikan. Pada mereka pertarungan ini berjaya. Namun, tidak bagi Mustafa, ini adalah satu permulaan untuk pertarungan yang lebih besar dari biasa. Dia perlukan pertolongan. Wajah-wajah rakan baiknya sewaktu menuntut ilmu bersama Pak Tua terbayang di ingatan. Tapi, adakah mereka dapat menembusi ke alam dasar lautan? Mereka adalah manusia biasa tidak punyai darah duyong. Tapi mereka masih lagi boleh bertarung di alam separa duyong di kaki Gua Sakti. 

"Aku pasti mereka boleh datang ke sini!"
"Siapa Mustafa?"
Yang Mulia Gusdur bertanya dengan penuh perhatian. Dia juga sedar Mustafa tidak dapat bertarung keseorangan sedangkan makhluk duyong dan separa duyong juga tidak punyai kekuatan seperti Mustafa.
"Rakan-rakan sepejuangan aku! tapi mereka manusia biasa. Aku tak pasti bagaimana nak dapatkan pertolongan mereka supaya datang ke alam ini!"

Raja Duyong saling berpandangan dengan kesatria duyong. Gelama dan Harwan tunduk. Dia sedar, hanya dia yang dapat bawa Mus keluar dari alam dasar lautan. Tapi hatinya berdebar, sekirannya Mus kembali ke alam manusia, berkemungkinan besar dia akan ingat segala yang berlaku adalah mimpi semata-mata. Dia akan terus lena dibuai alam mimpi dan kehidupan kesederhanaan yang memudahkan sebagai seorang nelayan. Namun, tidak semasa dia berada di alam ini, sejak kedatanganya, serangan makhluk Sang Mata Satu datang bertubi-tubi. Alam ini masih lagi perlukan penjagaan dan kawalan dari Mustafa.

"Aku tak pasti mereka boleh datang ke sini dengan selamat, askar-askar Sang Mata Satu sedang berkeliaran di luar!"
"Ya! betul kata datuk! kita perlukan masa yang sesuai!"

Mus terus beredar. Dia mahu mengosongkan kotak fikirannya, bersihkan diri dan berehat. Dia perlukan tenaga untuk pertarungan yang lebih dasyat dari ini. Satu suara yang biasa didengari di alam duyong memasuki ke kotak gegendang telinga. 
"Sang Suri? Bagaimana dia boleh ada di sini?"
Dia mencari-cari suara yang didengari tadi, tapi kelibat Sang Suri tidak kelihatan. Sang Suri terasa dirinya sedang diekori, lantas menyorok di sebalik batu-batu gua. Mus tidak terus mencari dia melangkah ke hadapan. Sang Suri menarik nafas kelegaan. Rasa rindu yang terpendam di dada dapat dilepaskan.

Kelihatan Puteri Ratna Sari sedang membantu askar-askar separa duyong dalam bilik rawatan. 
"Kau sungguh cantik! Kau bertuah"

Tampa disedari Puteri Ratna Sari sudah berada di belakangnya. Dia masih lagi ingat Sang Suri adalah seorang lelaki askar dari alam duyong. Tapi dia bergetar bila dapat mendengar suara seperti seorang wanita yang keluar dari topeng besi yang menyarungi wajahnya.

"Err kau perlukan apa-apa? Ada rasa sakit mana-mana? Ah! aku nampak ada darah di tengkok kau! Mari aku sapukan ubat."
"Tak mengapa...aku ada bawa ubat aku sendiri. Orang duyong tak dapat diubati dengan orang gua seperti kau!"
Puteri Ratna Sari berasa seperti dia tidak disenangi oleh askar wanita itu. Lantas terus tidak mengendahkan dan memberikan perhatian untuk merawat askar-askar yang lain.


Ah! mengapa aku perlu marah pada dia? Dia tak bersalah pun! Lagipun aku tak pasti adakah dia yang dapat mencuri hati Mustafa. Mereka belum lagi berkahwin...aku masih lagi ada harapan!

Sang Suri membuka kocek di dalam beg. Perlahan-lahan di suatu sudut dia membuka topeng besi. Rambutnya yang perang ikal mayang dilepaskan. Dia menyelam ke dalam lautan di sebalik batu dia merawat dirinya yang sedang luka di leher dan dada. Namun begitu kelibatnya dapat disedari oleh orang duyong. 

Kedatangan Gelama di sisi mengejutkan Sang Suri. Bagaimana dia boleh tahu aku di sini? 
"Eh! Gelama rupanya...hehehe"
"Kau curi-curi keluar kan! Aku tahu kalau Yang Mulia Gusdur tahu kau berada di sini..."
"Tolonglah Gelama jangan bagi tahu pada dia!"
"Kau sepatutnya berada di istana, habis tu bagaimana dengan orang-orang kita di sana? Tiada ada pemimpin dan pelindung."
"Aku tahu tu...tapi aku ..."
"Tapi ... sebenarnya kau nak jumpa dengan Mus kan...ha!ha!ha! Macamlah aku baru kenal kau yang berkepala degil. Harapkan muka saja yang cantik..."
"Shhhhh tak ada siapa yang boleh tahu aku di sini! Aku harap kau dapat tolong aku jangan bocorkan rahsia ini."
"Kau ni tak habis-habis menyusahkan aku la...ada saja rahsia kau ya..."
 Aku akan berehat dan tidur di sini....dipersilakan wahai Gelama...keluar dari bilik aku!"
"Alahai... ada bilik pulak...aku ingatkan ni tempat awam...sapa-sapa boleh lalu di sini..."
"Ha! Ha! Ha! sekarang tempat ini aku dah tempah untuk aku! Silakan wahai kesatria Gelama yang gagah berani..."
"Mmmm macam itulah ...baiklah...besok aku bawakan makanan untuk kau!"
"Tahu pun...itu sudah semestinya tugas kau! ha!ha!"

Mustafa tidak dapat memejamkan matanya. Wajah mayat-mayat orang-orang duyong dan separa duyong masih lagi bergelimpanngan di luar. Mayat mereka perlu disempurnakan. Dia yang patut lakukan hanya dia saja yang berani keluar dari tembok utama. 

Tup! Mustafa terjun masuk ke dalam dasar lautan menyelam dengan kepantasan orang duyong, keluar dari zon selamat. Dia mengangkat mayat-mayat askar satu persatu lalu disempurnakan. 

"Argh!!!! tolong!" 
Kedengara suara dari askar separa duyong. Dia terus bergegas menyelamatkan sementara masa nyawa masih lagi ada bagi askar itu. Darah pekat mengalir. Darah orang separa duyong tidak sama seperti manusia, darah mereka berwarna merah kehitaman dan darah mereka juga tidak sebanyak manusia biasa kerana mereka hidup dua alam. 
"Mari aku tolong! siapa nama kau?"
"Aku Dam, dari Kampung Dua Gua Sakti"
"Baiklah Dam, banyakkan bersabar... aku akan selamatkan kau! Tahan sakit tu..."

Pintu tembok utama dibuka. Mustafa mengusung seorang askar yang masih lagi hidup dan cedera parah. Puteri Ratna Sari dan pengikutnya berlari mendapatkan askar itu. 
"Biar aku yang rawat dia!"
Kelihatan keluarga Dam datang dengan anak-anak yang datang menyambut. Melihat keluarga yang bahagia, Mustafa berasa keinginan untuk memiliki sebuah keluarga dia sendiri. Tapi ... wanita mana yang patut menjadi teman suri hidupnya. Perbualan antara datuknya Yang Mulia Gusdur di suatu bilik rahsia berkocak kembali.
Ah! semua ini terlalu awal ada banyak lagi yang harus aku lalui. Aku punyai tanggungjawap besar sekarang. Aku sudah tidak ada masa nak fikirkan tentang cinta!

Alam Duyong
"Mus... datuk sedar yang kau masih lagi teringat pada kampung halaman kau...tapi kami di sini amat memerlukan pertolongan kau Mus. Tak kah kau mahu mengganti tempat datuk, menjadi seorang Raja Alam Duyong?"
"Aku memang sentiasa siap sedia untuk membantu sekali mana aku mampu. Aku akan berikan segalanya yang aku ada demi keselamatan orang duyong di sini. Datuk jangan risau!"
"Datuk memang percaya pada kau! tapi datuk hanya kuatir kau akan tinggalkan datuk dan orang-orang kita"
"Ah! itu datuk jangan risau selagi hayat dikandung badan, aku akan tetap setia bersama datuk."
"Mus...datuk ada satu lagi permintaan...datuk sedar kau masih lagi muda untuk fikirkan hal ini."
"Apa dia datuk?"
"Sudikah kau terima Sang Suri menjadi isteri kau?"
"Datuk...Mus faham...datuk tak mahu Mus tinggalkan tempat ini...tapi kita masih lagi ada banyak perkara yang perlu diselesaikan datuk..."
"Mus...datuk tahu, satu masa nanti kau akan tinggalkan datuk...dan datuk pun tak akan hidup lama, sekurang-kurannya kau tinggalkan pewaris tahta duyong, hanya kau yang paling layak"
"Datuk...berikan Mus sedikit masa ya"

Mustafa sudah mengagak Yang Mulia Gusdur akan mengeluarkan kata-kata ini. Selama ini pun dia banyak galakkan Sang Suri agar bertemu dengannya. Tapi...adakah Sang Suri tahu tentang hal ini? Demi datuk dan orang-orang duyong dia sanggup buat apa saja.

"Mus, kau tak cedera? Kalau kau sakit mana-mana mari aku ubatkan..."
Suara Puteri Ratna Sari memecah imbasan yang sentiasa bermain difikirannya. Wajah Puteri Ratna Sari yang ayu lagi sungguh mempersona. Sekali pandang, terasa ingin pandang lagi.
"Mmmm tak ada... aku tak cedera...syukur! ha!ha!ha!"
"Tak sangka kau memang hebat bertarung!"
"Aku nak bertarung tadi, dah siap sedia tapi kau tahu la ayah aku tak bagi pula..."
"Bagus latu...kalau kau pergi berlawan tadi belum tentu kau boleh kembali balik macam askar-askar lain.."
Tiba-tiba wajah Mus yang ceria terasa sayu dan sedih bila mengenangkan betapa banyak darah parajurit yang jatuh terkorban. Berapa banyak isteri yang ditinggalkan, dan berapa banyak anak-anak menjadi yatim. Baru dia sedari sungguh peperangan ini suatu yang menyakitkan badan, hati dan perasaan.
"Kau berehatlah Mus..."

Bersambung....

http://infojelita.blogspot.com/2013/12/misteri-nelayan-terperangkap-alam-duyong.html
Pada awal niat Mustafa hanyalah untuk mendapat kepastian dan mencuba keberanian. Akhirnya dia sendiri sedang berada dalam dilema terperangkap di alam duyong yang serba asing baginya. Cabaran demi cabaran ditempoh, misteri sejarah dirinya sendiri terungkai di dasar lautan. Siapa yang patut dikorbankan bila ancaman datang menjelma dirinya atau orang-orang asing yang tidak pernah diketahui selama ini.

Penaja

Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

Friday, November 29, 2013

Menginsafkan! Bilik Tidur Berbagai Kanak-Kanak



Sungguh menginsafkan...kanak-kanak ini semuanya sama...jiwanya bersih...jadi sebagai ibubapa buatlah yang terbaik untuk anak-anak kita..semoga ianya menjadi pengajaran supaya kita dapat berikan kehidupan yang lebih baik untuk anak-anak kita..amin

Penaja
Bakar Lemak 3x Ganda Lebih Pantas

Kuruskan Badan Dengan Pantas
Jom Sauna!
Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori. 
Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori 
Teknologi sauna pants mampu membakar lemak di sekitar punggung dan paha denga hanya 10 min setiap hari, sapukan losyen panas masa nak guna
Percuma losyen panas lavender, gerenti panas dan membakar lemak, dapat juga melembutkan kulit dan berbau harum


Kucing Comel Dalam Bekas


Cutenya tengok gambar kucing-kucing ni...terutama dalam bekas kaca...memang kreatif
Penaja

Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

Fesyen Popular Anugerah Skrin


Inilah antara fesyen yang popular masa anugerah skrin, gaya macam dress pendek dan kembang di bawah. Memang menawan dan nampak kelaian. Bila jalan, ada kembang kuncup...Kira sopanlah tak de la seksi sangat, cuma dedah kat atas. Amacam? nak buat fesyen baju raya camni tak? 

Penaja


Sinar Jahitan

Sinar Jahitan

Blouse, Baju Muslimah, Dress, Jubah, Tops, Fesyen Terkini
Novel Bersiri

Baca siri yang pertama Novel Bersiri

Misteri Nelayan Terperangkap Di Alam Duyong









Rekaan Toilet Terkini


Kalau korang rasa nak baca surat kabar masa buang air besar, dan tak suka tandas duduk yang sukar tuk buang air besar, boleh la try guna tandas camni...sesetengah orang memanglah tak suka tandas duduk, mencangkung plak tak larat...hehehe
Kalau buat tandas awam camni, confirm aku tak masuk hehehe geli beb!
Penaja

Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

Tanam Sawah Padi Atas Bangunan



Serius! benar-benar berlaku hanya di china....makanan di china memang tak mencukupi dengan populasi penduduk yang tinggi. Bagi golongan pertengahan dan bawahan memanglah susah kalau berada di china, kena cari sumber sendiri dan pandai menggunakan tempat. 
Penaja
Wax Machine
Buang Bulu Dengan Pantas Dan Selamat

Alam Scha Kucing dan Rumah

Cutenya kucing scha ni...

main-main bersama kucing..hehhe


Ini plak gambar scha masak, siap pakai topi che dan posing lagi tu...


Sudah siap berdandan, dan make up menanti kepulangan suami 


Ha...dah sampai pun...
Sekian 
Semoga bahagia 

Penaja

Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan


Keluarga cari remaja 13 tahun hilang

BUKIT MERTAJAM - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumahnya di Taman Janggus, Permatang Pauh di sini sejak Isnin lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Superintendan Baharom Abu, Muhamad Amirul Wagiman dikatakan keluar dari rumahnya kira-kira pukul 6 petang hari kejadian tanpa membawa sebarang beg pakaian.

"Berdasarkan laporan yang dibuat oleh ibu remaja berkenaan, dia (Muhamad Amirul) keluar dari rumah seorang diri pada petang Isnin lalu dan tidak pulang ke rumah sehingga hari ini (semalam).

"Menurut keluarganya, mereka sudah cuba mencari remaja tersebut di sekitar kawasan sini termasuk di rumah saudara-mara mereka tetapi gagal menemuinya."Berdasarkan laporan, remaja itu keluar dari rumah dengan memakai baju-T warna merah dan seluar trek hitam selepas dimarahi ibunya kerana dia bergaduh dengan seorang anak saudara lelakinya," katanya ketika dihubungi. - kosmo
-------------------
Ya Allah selamatkanlah anak lelaki ni...kembalikan dia ke pangkuan keluarga...amin
Tolong sebarkan semoga ada orang yang dapat jumpa dan selamatkan dia



Lokasi Rumah Tempat Siti Aishah menjadi hamba seks selama 30 tahun

Hishamuddin Rais, mendedahkankan wanita misteri warga Malaysia berumur 69 tahun dijadikan hamba selama 30 tahun di London berkemungkinan bernama Siti Aishah Abdul Wahab. Dia adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Polis Britain belum mendedahkan identiti mereka tetapi memaklumkan sepasang suami isteri ditahan berkait dengan kes itu. Ketika itu Siti Aishah aktif dengan kumpulan mahasiswa Malaysia “New Malayan Youth” berhaluan kiri di London. Abang kepada Siti Aishah pernah meminta Hishamuddin mencarinya pada 1991, jelas Hishamuddin yang pernah hidup dalam buangan selama 15 tahun di Brixton, London pada lewat 1970-an.


Siti Aishah merupakan pengikut kepada fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran bekas pemimpin besar China Mao Tse Tung. “New Malayan Youth” adalah pertubuhan mahasiswa yang menggabungkan pelajar berhaluan kiri dari Malaysia dan Singapura pada 1970-an. Hishamuddin pulang ke Malaysia pada 1994 berkata, Siti Aishah merupakan bekas penuntut Kolej Tunku Kursiah (TKC), Seremban dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Juruukur Bahan (QS) di London di bawah biasiswa “Colombo Plan”.


Akhbar Britain mendedahkan, pasangan yang ditahan ialah Aravindan Balakrishnan, juga dikenali sebagai “Comrade Bala” dan isterinya Chanda dari Tanzania, tetapi menurut Hishamuddin, lelaki itu turut dikenali sebagai “Chairman Ara” dan berasal dari Singapura. Polis enggan mendedahkan tetapi mengesahkan pasangan itu pernah ditahan pada 1970-an tetapi tidak menyatakan sebabnya, kedua-dua suspek bukan warganegara Britain. Polis berkata ketiga-tiga wanita itu tidak kelihatan seperti didera secara seksual dan tidak menolak dakwaan wanita itu dipukul, lapor The Malaysian Insider.

Gambar atas, hartanah di Lambeth, selatan London, rumah dipercayai lokasi perhambaan tiga wanita termasuk seorang rakyat Malaysia. - kosmo
-------------------
Tak dapat bayangkan bagaimana seorang wanita menjadi hamba seks selama 30 tahun...kesian...semoga Allah berikan dia kekuatan untuk meneruskan sisa hidupnya....kalau kita rasa hidup kita tak bermakna ada orang lagi diuji dengan ujian yang hebat...semoga Allah ringankan ujian untuk kita. amin...


Penaja
Wax Machine
Buang Bulu Dengan Pantas Dan Selamat

Thursday, November 28, 2013

Pasangan Paling Muda sudah Bercerai


PADANG SERAI – Dua remaja yang pernah menggemparkan negara kerana berkahwin muda mengumumkan mereka telah pun bercerai dengan talak satu kerana tiada persefahaman lagi antara mereka.
Mohd. Fahmi Alias, 19, dari Kampung Naga Lilit di sini mengakui usia rumah tangganya tidak sampai setahun apabila mengesahkan dia telah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Nor Fazira Saad, 13.

Lelaki yang bekerja kebun bersama bapanya itu berusia 18 tahun ketika dia berkahwin dengan Fazira yang ketika itu berusia 12 tahun. “Jodoh kami tidak panjang, tidak sampai setahun. Saya ambil dia cara elok jadi saya lepas cara elok," katanya kepada Kosmo! di sini semalam. Menurutnya, kes rumah tangganya menjadi runcing kerana ada pihak lain cuba memporak-perandakan rumah tangganya mereka setelah isterinya mula bekerja di pekan Padang Serai. “Dulu saya pernah berjanji untuk bertanggungjawab malah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik tetapi keadaan menjadi sebaliknya,” katanya. Pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Kampung Padang Cina di sini, Mohd. Nazar Husain pada 17 November tahun lepas. - kosmo
-----------
Kalau dah tak ada sefahaman, memanglah patut bercerai....lagipun pasangan ini masih lagi muda, ada banyak yang mereka nak buat...kalau dapat anak lagi la bertambah tanggungjawap...

Penaja

Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan



Status Mak Johan Menjadi Tanda Tanya




Well..saya no komen...hanya doakan yang terbaik untuk pasangan Johan dan Lana. Lana pun cantik, menarik, baik, pasti ramai lelaki yang minat dengan dia. Dia pasti pilih yang terbaik untuk masa depan dirinya. Semoga bahagia amin

Penaja

Baca siri yang pertama Novel Bersiri

Novel Bersiri

Misteri Nelayan Terperangkap Di Alam Duyong

Lana Nordin dan Johan Bakal Bernikah Tak Lama Lagi

Saya nampak ketulusan hatinya. Walaupun terkejut, saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu menjadikan saya isteri. Sebagai wanita, saya memang mencari pembimbing yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan.
Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya memintanya bertemu terus dengan keluarga andai benar benar serius. Dia bukan main main. Sebagai wanita, lebih manis kalau Johan saja berbicara soal tunang dan berkahwin. - Kata Lana kepada Berita Harian:-

Kata Johan pulak:-
Saya berkawan dengannya bukan main-main. Saya tahu, dia juga mendambakan calon suami yang boleh membimbingnya. Kami akan sama-sama belajar untuk menjadi insan yang lebih baik.

Biarpun berbeza usia, dia menghormati saya. Andai kami disatukan, hanya tiga perkara yang saya pinta iaitu taat kepada Allah, Rasullah dan suami. Itu saja.

---------------

Semoga pasangan ini dipermudahkan urusan untuk bernikah, walaupun berpakaian seksi, ternyata Lana berjaya memikat hati Johan...Insyallah bila kahwin nanti Johan akan bimbing dia ke arah kebaikan...

Penaja

Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

5 Pengantin 5 Ais Krim


Pengantin-pengantin ni nampaknya gembira makan ais krim sama-sama.


Ini plak pengasas Salsabila ais krim. Kelebihan utama ais krim ni...memang sedap dan di buat dari gula steavia, gula yang berkhasiat, confirm tak kena kencing manis kalau hari-hari makan ais krim. Orang yang takut-takut nak makan gula sebab famili ada kencing manis, tak payah risau...ambil banyak2 pun tak mengapa.



Pakcik ni berpotensi pengidap kencing manis, tapi kalau makan ais krim ni dia berani! apa lagi belasah la banyak2 hehehe


Dah berusia pun suka makan ais krim? Chef ismail memang buat pilihan bijak demi kesihatan. 

Kelebihan Stevia
STEVIA
1. Apa itu STEVIA
SUMBER:  Daun pokok STEVIA ( Keluarga Bunga Matahari)
KANDUNGAN: Stevioside
Stevioside ini menyebabkan rasa manis yang lebih daripada gula tebu
Kemanisan ini sangat begantung kepada gred stevioside dimana Gred A adalah yang paling baik berbanding dengan Gred bawahan. Harga stevia akan berubah berdasarkan tahap stevioside didalamnya.
Pokok stevia banyak ditanam di Jepun, China dan Taiwan. Mereka mengunakan sumber stevia sebagai pemanis dalam minuman dan makanan.
2. Tahap Kemanisan STEVIA
400 kali ganda lebih manis daripada gula. Kepada pengguna pertama akan merasakan STEVIA adalah berlainan dari gula dan sukar untuk bertukar  kepada STEVIA atau menikmati manis dari STEVIA berbanding Gula tebu. Ini disebabkan oleh kesan ketagihan yang dihasilkan oleh FRUCTOSE dalam gula tebu. Oleh itu kita perlu bersabar dan mengamalkan STEVIA untuk menikmati kemanisan yang tidak membawa padah.  

 3. Kandungan STEVIA
Tiada Kandungan Tenaga  : Tiada kalori (Sumber Tenaga)
Tiada Karbohidrate           :  Karbohidrate termasuk gula tebu dan lain-lain menyebabkan penyakit kronik iaitu Diabetes, Hypertension, Obesity dan Metabolic syndrome.
Tiada bahan terlarang seperti mercury, Lead.

4.Kegunaan STEVIA/BIOMANIS
Kajian klinikal menunjukan STEVIA berguna sebagai pengganti manis gula. Lebih dari sifat pemanis, kajian juga menunjukkan kesan penurunan tahap kawalan Diabetes, Penurunan tahap tekanan darah tinggi dan penurunan berat badan untuk pesakit obesiti. Ketiga-tiga indikasi ini telah terbukti dalam kajian Klinikal terhadap pesakit-pesakit. Tedapat kesan lain yang belum dibuktikan dalam kajian klinikal manusia tetapi telah terbukti dalam kajian tahap 1 dan 2 iaitu kajian pada tikus dan orang sihat. Antara kesan baik ini adalah mengurangkan kandungan Uric Acid, Batu karang, kerosakan buah pinggang dan juga kesan anti Oxidant. Kesan anti-oxidant ini banyak membantu dalam banyak proses penyakit dan kematian sel-sel ( proses penuaan) 


5.KAJIAN-KAJIAN MENGENAI STEVIA 

- Keterlarutan tinggi dan mudah digunakan dengan air 
- Rasa manis 200 kaliganda dari gula tebu 
- Kestabilan tinggi dalam asid atau basicity solution (pH 3-9) 
- Tidak menapai - meningkatkan jangka hayat produk tenusu 
- Sangat toleran kepada suhu sehingga 198 darjah celcius 
- Kestabilan tinggi terhadap cahaya 
- Rasa manis yang tahan lama dan stabil dalam semua proses pengeluaran makanan dan minuman 
- Mudah disimpan dan mempunyai ketahanan tinggi serta sesuai dengan keadaan suhu bilik normal.
Berminat nak tahu lebih boleh ke https://www.facebook.com/SalsabilaStevia 

Penaja Sinar Jahitan

Sinar Jahitan

Blouse, Baju Muslimah, Dress, Jubah, Tops, Fesyen Terkini


PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas