"Mustafa! aku tak sangka kau boleh terlepas kali ini....Si katak sial memang bodoh! keparat!
"Tuanku, ampunkan aku!"
"Bukan kau! Olga keparat! Kau kau nak ikut mati katak, ke sini! Biar aku pancung kepala kau yang tak guna tu!"
"Jangan..tuanku! Tolong tuanku!"
"Cis! Tak boleh diharap!"
"Aku sesekali tidak akan putus asa menyesatkan makhluk keparat ni!"
Suasana gelap pekat menyelubungi, sinaran cahaya bulan menandakan sudah penuh. Masa ini Orion, Ular Hitam dan Ular Naga Merah mendapat kekuatan yang maksima.
"Cepat keluar! lancarkan serangan pada kubu Raja Separa Duyung! Berarak ke sana!"
Dasar Lautan Pasifik
Sang Suri berasa kerinduan sehingga sebak di dada. Sudah hampir dua bulan dia tidak dapat berjumpa dengan Mustafa. Setiap saat, setiap detik yang berlalu hatinya semakin hari semakin rasa sayang dan cinta. Tapi...dia sedar Mus tidak pernah menyintainya sebagaimana dia menyintai dan merinduinya.
"Benci! mengapa aku tak punyai kaki!"
Dia terus menyelam dan menuju ke arah kolam jadian di kaki gua di sebuah bukit jauh dari istana. Rasa rindu yang menyebakkan dada terpaksa ditelan dengan penuh rasa kesakitan.
Ah! Adakah aku nak sakitkan hati aku? Dia sudah pasti tidak akan teringat pada aku sebagaimana aku ingat pada dia! Pasti dia sudah berjumpa dengan seseorang yang dirasakan cantik dan indah di pandangan mata hati dia. Tidak seperti aku! Kalaulah boleh aku buang perasaan ini jauh-jauh sedalam kolam ini....Aku rasa benci dengan diri aku yang jatuh cinta pada orang yang tidak peduli akan aku lagi! bicara hati Sang Suri.
Dia memejamkan mata tidak mahu melihat apa yang tergambar difikirkannya. Kolam jadian sudah mendapat signal, wajah Mustafa menjelma di permukaan air. Sang Suri masih lagi pejamkan mata.
Tak sanggup rasanya melihat wajah lelaki yang berjaya menambat hatinya, sedangkan dia sedar lelaki itu pasti tidak akan dapat dimiliki selamanya. Namun, rasa rindu yang mebuak-buak dia beranikan diri bukakan mata. Dia merenung sedalam-dalamnya.
Yang Mulia Gusdur Raja Alam Duyong sudah lama perhatikan wajah sayu Sang Suri yang kerinduan sejak pemergian Mustafa. Dia melangkah setapak demi setapak memikirkan sesuatu yang patut dia lakukan demi cucu saudaranya Sang Suri satu-satunya waris darah diraja duyong yang masih lagi hidup dan demi orang-orang duyong. Masih lagi terbayang saat-saat indah ketika pemaisuri duyong masih lagi hidup. Namun, semuanya lenyap sekelip mata bila Orion menyerang dan membunuh satu-satunya permaisuri hatinya. Sejak pada itu, Sang Suri yang menjadi pengubat rindu di hati.
"Satu hari nanti kau akan rasa bahagia...Aku tak suka lihat wajah kau yang sedih..."
"Yang Mulia Gusdur...aku tahu jaga hati aku...jangan risau..."
Tiba-tiba kedatangan penyu emas yang menjadi tunggangan Mustafa memecah perbualan mereka. Di dadanya terselit lapisan kerang yang menajadi alat penghubung antara mereka.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyang....
Yang Mulia Gusdur, kami di alam separa duyong, kaki gua sakti memerlukan pertolongan tuanku. Kami perlukan satu ribu askar duyong untuk ke alam kami. Orion bakal menyerang dalam separuh hari lagi.
Yang Benar Mustafa.
"Kamu sudah datang rupanya ...Wahai Sang Mata Satu! Harwan! kumpulkan semua askar kita!"
"Baik Tuanku."
Sang Suri terdengar perbualan mereka. Lantas dia pun bersiap sedia untuk menjadi salah seorang parajurit orang duyong. Pedang dan baju besi sudah disarungkan di anggotanya.
"Jangan Sang Suri kau tak boleh keluar dari alam duyong, aku nak kau jaga orang-orang di sini sementara aku berjuang di sana,"
"Tapi...aku ingin sekali menjadi pejuang! tolonglah benarkan aku ke sana"
"Aku faham kau ingin berjumpa dengan Mus, tapi bukan masa ini Sang Suri, kau akan dapat jumpa dia juga nanti, tapi bukan masa ini, amat bahaya!"
"Tapi..."
"Sudah! ikut cakap aku!"
Askar-askar duyong sudah bersiap sedia untuk bersama dengan askar separa duyong menyerang musuh mereka yang selama ini menjadi pemusnah dan perosak keamanan antara mereka. Sudah berapa banyak darah yang mengalir dan mayat-mayat bergelimpangan sudah mereka nampak. Serangan mereka kalah satu demi satu. Namun, mereka tidak lagi keseorangan kali ini ketua pasukan mereka adalah Yang Mulia Mustafa. Satu-satunya pewaris diraja alam duyong juga punyai darah kesultanan orang melayu.
"Beratus ekor ular naga hitam dan merah datang bersama Orion yang menjadi tunggangannya.
"Ah! kali ini aku pasti menang! Askar! Cepat kita ke Gua Sakti!"
"Ssssssssssssssssssssssssssssss Auuuuuuuuuummmmmmm" kedengaran ular hitam Orion berbunyi. Pekikan suaranya amat jelas di dengari oleh orang-orang duyong.
Gua Sakti
Mereka tiba di perkarangan istana gua orang separa duyong. Pintu pagar yang utama di buka. Askar-askar duyong berarak lengkap dengan pasukan dari pemanah, pejuang lembing dan juga kesatria askar yang paling kuat dan terlatih dan berjaya hingga ke tahap yang paling tinggi.
"Mustafa! datuk akan tolong kamu, walaupun hingga ke titisan darah yang terakhir."
"Terima kasih datuk datang bersama dengan askar duyong"
"Yang Mulia!, terima kasih kerana sudi membantu"
"Sama-sama mari kita berjuang bersama!"
Sang Suri memaling menundukkan badan agar kedatangannya ke Gua Sakti tidak dapat dikesan oleh Yang Mulia Gusdur. Dia ingin melepaskan rasa rindunya pada Mus. Sesekali dia mencuri pandangan ke arah Mus. Dia sudah berasa lega, walaupun menyamar sebagai askar duyong, dia dapat melihat dan bertemu kembali Mustafa lelaki yang berjaya mencuri hatinya. Jantungnya berdebar-debar tatkala Mus memeriksa askar duyong.
"Wahai askar duyong!, beranikan diri kalian untuk berjuang dengan titisan darah yang terakhir. Sekiranya kau mati sekali, tempat kau adalah yang paling mulia! Kau akan syahid! Kita sedang berjuang menentang kejahatan! Sekirannya kita berjaya, kita akan dapat kembalikan keamanan di alam duyong! Ingatlah Allah sentiasa bersama kita!"
Sang Suri menutup matanya, mendengar bait-bait kata dari Mus dari hati, semangat yang ada di dada membuatkan dirinya bertenaga untuk berjuang habisan. Dia tidak akan rasa menyesal sekirannya dia mati sekalipun. Matanya masih lagi melirik ke arah Mus. Mungkinkah ini pertemuan yang terakhir?
"Bersedia dengan tempat masing-masing! mereka sudah sampai!" pekik Gelama.
Debaran memulakan peperangan dengan askar Sang Mata Satu bermula. Masing-masing bertempur apa saja yang ada dengan apa yang saja mereka ada.
"Tok! Tok! Tok! Kedengaran bunyi yang kuat dari pintu gerbang memasuki gua sakti. Namun, mereka tidak akan sesekali dapat menembusi. Pintu gerbang itu punyai bunyi saktinya sendiri.
"Gelama! apa yang kita patut lakukan?"
Bersambung
Pada awal niat Mustafa hanyalah untuk mendapat kepastian dan mencuba keberanian. Akhirnya dia sendiri sedang berada dalam dilema terperangkap di alam duyong yang serba asing baginya. Cabaran demi cabaran ditempoh, misteri sejarah dirinya sendiri terungkai di dasar lautan. Siapa yang patut dikorbankan bila ancaman datang menjelma dirinya atau orang-orang asing yang tidak pernah diketahui selama ini.
Penaja

No comments:
Post a Comment