Kaki Gua Sakti
Setelah bergelutan dengan ular-ular Orion, Mus lihat ramai askar-askar duyong dan separa duyong yang mati bergelimpangan. Satu kelebihan askar Sang Mata Satu mereka punyai binatang buas orion, ular naga hitam dan Olga ular naga merah. Sekali lipasan banyak yang terpelanting dan maut dengan libasan ekor dan gigitan berbisa dan tajam ular naga. Walapun Mustafa sudah banyak membunuh Orion, dan masih lagi bertenaga, dia perlu berhenti dan berundur, tidak sanggup melihat ramai yang terkorban. Kelihatan sahabat baiknya Gelama dan Harwan masih lagi bergelutan bertarung dengan ular naga. Mereka adalah antara kesatria yang paling kuat alam dasar lautan. Dia tidak sanggup melihat mereka terkorban.
"Cepat! masuk ke dalam! Gelama! Harwan! Askar sekalian! cepat masuk!"
Pagar utama dibuka, Mustafa menjaga benteng pertahanan di hadapan. Hanya dia saja yang mampu bertarung dengan ular naga Sang Mata Satu dengan jumlah yang banyak. Askar-askar duyong dan separa duyong berundur dan masuk, kesatria masih lagi mengawal benteng pertahanan diketuai oleh Mustafa.
"Cepat masuk!"
Gelama dan Harwan masing-masing masih lagi bertarung dan masuk satu demi satu.
Pang! tembok pagar utama di tutup! Tiada lagi askar-askar yang bertarung. Sang Suri berjaya menyelusupi masuk ke dalam tembok tampa kesedaran Mus, Yang Mulia Gusdur dan kesatria duyong. Dia tidak berani membuka topeng besi yang menutupi seluruh wajahnya.
"Mereka sesekali tidak akan dapat tembusi tembok ini! Aku sudah pagari dengan jampi."
Mustafa memberikan jaminan pada penghuni di dalam. Mereka berasa lega dan selamat selagi Mus ada bersama mereka.
"Tam! Tam! Tam! bunyi getaran tembok dihentam dengan batu yang besar didengari. Seluruh makhluk dasar lautan berdebar menanti tindakan Mustafa yang seterusnya. Tembok besar itu adalah pembinaan Mustafa dari tangannya untuk menghalang sebarang pencerobohan ke Gua Sakti. Namun begitu dia sedar, sekirannya batu gua itu dihentam berkali-kali, pintu gua itu akan pecah.
Mulut Mustafa masih lagi membaca jampi yang diajari oleh Pak Tua. Dia pasrah!. Mustafa sedar sekirannya tembok itu pecah, berpuluh ekor Orion akan berjaya memasuki, sedangkan dia hanya mampu mementang satu ke dua ekor Orion pada suatu masa.
"Tam! Tam! Tam!"
"Kita tak dapat tembusi tembok ini tuan! batu ni terlalu kuat!"
"Arrghhhhhh! pekikan Sang Mata Satu didengari.
"Kau Orion! memang bodoh! Cepat bersiap balik kita perlu guna cara lain!"
"Hoi!! makluk alam duyong! kau jangan ingat kau selamat! Aku akan datang dengan askar yang lebih dasyat! Ha! Ha! Ha! Kau orang semua pengecut!"
Sang Suri menutup matanya dengan rapat. Dia dapat merasakan makhluk Sang Mata Satu beredar. Satu demi satu langkah mereka jelas didengari. Dia menarik nafas penuh lega penuh kesyukuran.
"Terima kasih Yang Mulia Mustafa!"
Seluruh orang duyong dan separa duyong tunduk padanya, tanda kehormatan atas keselamatan yang telah diberikan. Pada mereka pertarungan ini berjaya. Namun, tidak bagi Mustafa, ini adalah satu permulaan untuk pertarungan yang lebih besar dari biasa. Dia perlukan pertolongan. Wajah-wajah rakan baiknya sewaktu menuntut ilmu bersama Pak Tua terbayang di ingatan. Tapi, adakah mereka dapat menembusi ke alam dasar lautan? Mereka adalah manusia biasa tidak punyai darah duyong. Tapi mereka masih lagi boleh bertarung di alam separa duyong di kaki Gua Sakti.
"Aku pasti mereka boleh datang ke sini!"
"Siapa Mustafa?"
Yang Mulia Gusdur bertanya dengan penuh perhatian. Dia juga sedar Mustafa tidak dapat bertarung keseorangan sedangkan makhluk duyong dan separa duyong juga tidak punyai kekuatan seperti Mustafa.
"Rakan-rakan sepejuangan aku! tapi mereka manusia biasa. Aku tak pasti bagaimana nak dapatkan pertolongan mereka supaya datang ke alam ini!"
Raja Duyong saling berpandangan dengan kesatria duyong. Gelama dan Harwan tunduk. Dia sedar, hanya dia yang dapat bawa Mus keluar dari alam dasar lautan. Tapi hatinya berdebar, sekirannya Mus kembali ke alam manusia, berkemungkinan besar dia akan ingat segala yang berlaku adalah mimpi semata-mata. Dia akan terus lena dibuai alam mimpi dan kehidupan kesederhanaan yang memudahkan sebagai seorang nelayan. Namun, tidak semasa dia berada di alam ini, sejak kedatanganya, serangan makhluk Sang Mata Satu datang bertubi-tubi. Alam ini masih lagi perlukan penjagaan dan kawalan dari Mustafa.
"Aku tak pasti mereka boleh datang ke sini dengan selamat, askar-askar Sang Mata Satu sedang berkeliaran di luar!"
"Ya! betul kata datuk! kita perlukan masa yang sesuai!"
Mus terus beredar. Dia mahu mengosongkan kotak fikirannya, bersihkan diri dan berehat. Dia perlukan tenaga untuk pertarungan yang lebih dasyat dari ini. Satu suara yang biasa didengari di alam duyong memasuki ke kotak gegendang telinga.
"Sang Suri? Bagaimana dia boleh ada di sini?"
Dia mencari-cari suara yang didengari tadi, tapi kelibat Sang Suri tidak kelihatan. Sang Suri terasa dirinya sedang diekori, lantas menyorok di sebalik batu-batu gua. Mus tidak terus mencari dia melangkah ke hadapan. Sang Suri menarik nafas kelegaan. Rasa rindu yang terpendam di dada dapat dilepaskan.
Kelihatan Puteri Ratna Sari sedang membantu askar-askar separa duyong dalam bilik rawatan.
"Kau sungguh cantik! Kau bertuah"
Tampa disedari Puteri Ratna Sari sudah berada di belakangnya. Dia masih lagi ingat Sang Suri adalah seorang lelaki askar dari alam duyong. Tapi dia bergetar bila dapat mendengar suara seperti seorang wanita yang keluar dari topeng besi yang menyarungi wajahnya.
"Err kau perlukan apa-apa? Ada rasa sakit mana-mana? Ah! aku nampak ada darah di tengkok kau! Mari aku sapukan ubat."
"Tak mengapa...aku ada bawa ubat aku sendiri. Orang duyong tak dapat diubati dengan orang gua seperti kau!"
Puteri Ratna Sari berasa seperti dia tidak disenangi oleh askar wanita itu. Lantas terus tidak mengendahkan dan memberikan perhatian untuk merawat askar-askar yang lain.
Ah! mengapa aku perlu marah pada dia? Dia tak bersalah pun! Lagipun aku tak pasti adakah dia yang dapat mencuri hati Mustafa. Mereka belum lagi berkahwin...aku masih lagi ada harapan!
Sang Suri membuka kocek di dalam beg. Perlahan-lahan di suatu sudut dia membuka topeng besi. Rambutnya yang perang ikal mayang dilepaskan. Dia menyelam ke dalam lautan di sebalik batu dia merawat dirinya yang sedang luka di leher dan dada. Namun begitu kelibatnya dapat disedari oleh orang duyong.
Kedatangan Gelama di sisi mengejutkan Sang Suri. Bagaimana dia boleh tahu aku di sini?
"Eh! Gelama rupanya...hehehe"
"Kau curi-curi keluar kan! Aku tahu kalau Yang Mulia Gusdur tahu kau berada di sini..."
"Tolonglah Gelama jangan bagi tahu pada dia!"
"Kau sepatutnya berada di istana, habis tu bagaimana dengan orang-orang kita di sana? Tiada ada pemimpin dan pelindung."
"Aku tahu tu...tapi aku ..."
"Tapi ... sebenarnya kau nak jumpa dengan Mus kan...ha!ha!ha! Macamlah aku baru kenal kau yang berkepala degil. Harapkan muka saja yang cantik..."
"Shhhhh tak ada siapa yang boleh tahu aku di sini! Aku harap kau dapat tolong aku jangan bocorkan rahsia ini."
"Kau ni tak habis-habis menyusahkan aku la...ada saja rahsia kau ya..."
Aku akan berehat dan tidur di sini....dipersilakan wahai Gelama...keluar dari bilik aku!"
"Kau ni tak habis-habis menyusahkan aku la...ada saja rahsia kau ya..."
Aku akan berehat dan tidur di sini....dipersilakan wahai Gelama...keluar dari bilik aku!"
"Alahai... ada bilik pulak...aku ingatkan ni tempat awam...sapa-sapa boleh lalu di sini..."
"Ha! Ha! Ha! sekarang tempat ini aku dah tempah untuk aku! Silakan wahai kesatria Gelama yang gagah berani..."
"Mmmm macam itulah ...baiklah...besok aku bawakan makanan untuk kau!"
"Tahu pun...itu sudah semestinya tugas kau! ha!ha!"
Mustafa tidak dapat memejamkan matanya. Wajah mayat-mayat orang-orang duyong dan separa duyong masih lagi bergelimpanngan di luar. Mayat mereka perlu disempurnakan. Dia yang patut lakukan hanya dia saja yang berani keluar dari tembok utama.
Tup! Mustafa terjun masuk ke dalam dasar lautan menyelam dengan kepantasan orang duyong, keluar dari zon selamat. Dia mengangkat mayat-mayat askar satu persatu lalu disempurnakan.
"Argh!!!! tolong!"
Kedengara suara dari askar separa duyong. Dia terus bergegas menyelamatkan sementara masa nyawa masih lagi ada bagi askar itu. Darah pekat mengalir. Darah orang separa duyong tidak sama seperti manusia, darah mereka berwarna merah kehitaman dan darah mereka juga tidak sebanyak manusia biasa kerana mereka hidup dua alam.
"Mari aku tolong! siapa nama kau?"
"Aku Dam, dari Kampung Dua Gua Sakti"
"Baiklah Dam, banyakkan bersabar... aku akan selamatkan kau! Tahan sakit tu..."
Pintu tembok utama dibuka. Mustafa mengusung seorang askar yang masih lagi hidup dan cedera parah. Puteri Ratna Sari dan pengikutnya berlari mendapatkan askar itu.
"Biar aku yang rawat dia!"
Kelihatan keluarga Dam datang dengan anak-anak yang datang menyambut. Melihat keluarga yang bahagia, Mustafa berasa keinginan untuk memiliki sebuah keluarga dia sendiri. Tapi ... wanita mana yang patut menjadi teman suri hidupnya. Perbualan antara datuknya Yang Mulia Gusdur di suatu bilik rahsia berkocak kembali.
Ah! semua ini terlalu awal ada banyak lagi yang harus aku lalui. Aku punyai tanggungjawap besar sekarang. Aku sudah tidak ada masa nak fikirkan tentang cinta!
Ah! semua ini terlalu awal ada banyak lagi yang harus aku lalui. Aku punyai tanggungjawap besar sekarang. Aku sudah tidak ada masa nak fikirkan tentang cinta!
Alam Duyong
"Mus... datuk sedar yang kau masih lagi teringat pada kampung halaman kau...tapi kami di sini amat memerlukan pertolongan kau Mus. Tak kah kau mahu mengganti tempat datuk, menjadi seorang Raja Alam Duyong?"
"Aku memang sentiasa siap sedia untuk membantu sekali mana aku mampu. Aku akan berikan segalanya yang aku ada demi keselamatan orang duyong di sini. Datuk jangan risau!"
"Datuk memang percaya pada kau! tapi datuk hanya kuatir kau akan tinggalkan datuk dan orang-orang kita"
"Ah! itu datuk jangan risau selagi hayat dikandung badan, aku akan tetap setia bersama datuk."
"Mus...datuk ada satu lagi permintaan...datuk sedar kau masih lagi muda untuk fikirkan hal ini."
"Apa dia datuk?"
"Sudikah kau terima Sang Suri menjadi isteri kau?"
"Datuk...Mus faham...datuk tak mahu Mus tinggalkan tempat ini...tapi kita masih lagi ada banyak perkara yang perlu diselesaikan datuk..."
"Mus...datuk tahu, satu masa nanti kau akan tinggalkan datuk...dan datuk pun tak akan hidup lama, sekurang-kurannya kau tinggalkan pewaris tahta duyong, hanya kau yang paling layak"
"Datuk...berikan Mus sedikit masa ya"
Mustafa sudah mengagak Yang Mulia Gusdur akan mengeluarkan kata-kata ini. Selama ini pun dia banyak galakkan Sang Suri agar bertemu dengannya. Tapi...adakah Sang Suri tahu tentang hal ini? Demi datuk dan orang-orang duyong dia sanggup buat apa saja.
"Mus, kau tak cedera? Kalau kau sakit mana-mana mari aku ubatkan..."
Suara Puteri Ratna Sari memecah imbasan yang sentiasa bermain difikirannya. Wajah Puteri Ratna Sari yang ayu lagi sungguh mempersona. Sekali pandang, terasa ingin pandang lagi.
"Mmmm tak ada... aku tak cedera...syukur! ha!ha!ha!"
"Tak sangka kau memang hebat bertarung!"
"Aku nak bertarung tadi, dah siap sedia tapi kau tahu la ayah aku tak bagi pula..."
"Bagus latu...kalau kau pergi berlawan tadi belum tentu kau boleh kembali balik macam askar-askar lain.."
Tiba-tiba wajah Mus yang ceria terasa sayu dan sedih bila mengenangkan betapa banyak darah parajurit yang jatuh terkorban. Berapa banyak isteri yang ditinggalkan, dan berapa banyak anak-anak menjadi yatim. Baru dia sedari sungguh peperangan ini suatu yang menyakitkan badan, hati dan perasaan.
"Kau berehatlah Mus..."
Bersambung....
"Mus...datuk ada satu lagi permintaan...datuk sedar kau masih lagi muda untuk fikirkan hal ini."
"Apa dia datuk?"
"Sudikah kau terima Sang Suri menjadi isteri kau?"
"Datuk...Mus faham...datuk tak mahu Mus tinggalkan tempat ini...tapi kita masih lagi ada banyak perkara yang perlu diselesaikan datuk..."
"Mus...datuk tahu, satu masa nanti kau akan tinggalkan datuk...dan datuk pun tak akan hidup lama, sekurang-kurannya kau tinggalkan pewaris tahta duyong, hanya kau yang paling layak"
"Datuk...berikan Mus sedikit masa ya"
Mustafa sudah mengagak Yang Mulia Gusdur akan mengeluarkan kata-kata ini. Selama ini pun dia banyak galakkan Sang Suri agar bertemu dengannya. Tapi...adakah Sang Suri tahu tentang hal ini? Demi datuk dan orang-orang duyong dia sanggup buat apa saja.
"Mus, kau tak cedera? Kalau kau sakit mana-mana mari aku ubatkan..."
Suara Puteri Ratna Sari memecah imbasan yang sentiasa bermain difikirannya. Wajah Puteri Ratna Sari yang ayu lagi sungguh mempersona. Sekali pandang, terasa ingin pandang lagi.
"Mmmm tak ada... aku tak cedera...syukur! ha!ha!ha!"
"Tak sangka kau memang hebat bertarung!"
"Aku nak bertarung tadi, dah siap sedia tapi kau tahu la ayah aku tak bagi pula..."
"Bagus latu...kalau kau pergi berlawan tadi belum tentu kau boleh kembali balik macam askar-askar lain.."
Tiba-tiba wajah Mus yang ceria terasa sayu dan sedih bila mengenangkan betapa banyak darah parajurit yang jatuh terkorban. Berapa banyak isteri yang ditinggalkan, dan berapa banyak anak-anak menjadi yatim. Baru dia sedari sungguh peperangan ini suatu yang menyakitkan badan, hati dan perasaan.
"Kau berehatlah Mus..."
Bersambung....
No comments:
Post a Comment