Koleksi Jubah Terkini Sinar Jahitan








Quality Joint Color Chiffon Jubah 
Measurement:
Size M : Length: 140cm Bust: 92cm Waist: 60-90cm Shoulder: 36cm Sleeve: 60cm 
Size L: Length: 142cm Bust: 96cm Waist: 62-92cm Shoulder: 38cm Sleeve: 61cm 
Material : Pearl Chiffon With Silk Full Inner Lining
---------------------------------------------------
Kalau rasa nak cepat pergi kerja dan nampak korporat why not try maxi dress ini.
 Berminat sila whatsapp 018 263 7833 or SMS 013 308 4906
Terima Kasih

Sinar Jahitan

Sinar Jahitan
Blouse, Baju Muslimah, Dress, Jubah, Tops, Fesyen Terkini

Misteri Budak Lelaki 5 Tahun di Karak Highway




Juki bertekad untuk teruskan perjalanan walaupun matanya seakan-akan berat dan mengantuk. Besok dia perlu kerja. Biasanya dia dah tidur tapi dikenangkan juga kerja yang banyak bertimbun dia gagahi juga untuk teruskan memandu ke Kuala Lumpur. Jam sudah pukul 12 tengah malam, dia anggarkan dalam pukul 4 pagi dia sudah sampai di rumah, kemuadian mandi dan bersiap dengan sarapan terus ke tempat kerja. Sampai je kat tempat kerja dia punch kad  tahulah kat mana dia nak mengular kat ceruk-ceruk pejabat untuk membalasa masa tidurnya yang tidak cukup. Begitulah dalam fikiran Juki. 

Tiba-tiba dia rasa macam nak terkencing. 
"Kalah tahan-tahan ni susah, kang aku tak terkencing dalam seluar plak...abis kereta aku" 
"Ha...sampai pun kat toilet awam ni..."

Juki lihat ada beberapa kereta yang sedang parking dan lampu terang benderang. Dia rasa lega dan selamat dengan kehadiran orang awam yang lain. Apa lagi, terus di ke tandas secepat mungkin dan buangkan air yang bertakung.

Setiba dia keluar, tengok semua kereta sudah tiada. Dia pun cepat-cepat menuju ke kereta. 

Tip! Top! bunyi pengera kereta, membuka semua ke empat-empat pintu kereta. Tiba saja di melangkah, tiba-tiba ada seorang budak datang menghampirinya.

"Bang! tolong bang! saya nak balik!
"Adik dari mana ni?" 
"Tadi adik pegi kencing jap, pastu tengok kereta mak dah tak ada..."
"Kereta mak adik yang mana satu? Tahu tak nombor plat kereta?"
"Kereta mak kat sini tadi..."

Juki terus rasa kesian dan bertanggungjawap pada budak lelaki tadi. Kesian dia, kalau ditinggalkan keseorangan. 

"Jom! Abang hantarkan."
"Adik tahukan kat mana rumah adik?"
"Tahu!"

Budak itu nampak begitu konfiden dan matang dari usia dia yang sebenar. Pakaian pun kemas dengan seluar jean berkemeja. Nampak gayannya seperti anak orang kaya. Cammana pulak mak dia boleh tertinggalkan dia ni? Dia pun rasa tak sedap hati. Memandangkan budak tadi tahu kat mana nak tuju, dia rasa terus ingin membawa budak tadi ke rumahnya. 

"adik nama apa?"
"Kamal."
"Umur adik berapa?"
"5 tahun. Kita ada adik, rumah kita dekat kawasan sana. Ada bukit-bukit. Abang nanti kita main sekali nak?"

Sepatutnya Juki nak teruskan perjalanan ke Kuala Lumpur, nampak gayanya terlambatlah masuk kerja hari ini. Harap-harap budak ini tahu kat mana dia nak tuju. 
Dalam kereta Juki dan Kamal berborak begitu seronok sekali. Kamal pulak petah bercakap macam-macam dan adakalanya budak ini sangat lucu dan mencuit hati. Juki rasa bahagia dan riang dengan ketawa bersama-sama. Sambil borak-borak Juki tidak sedar ke mana si budak Kamal ini tujukkan jalan. Dia hanya ikut sana. Kalau ke kiri, kalau ke kanan budak itu pantas saja bagi tahu pada dia. 

"Cantiknya... tempat ni..." Juki lihat ada gunung yang punyai rumput yang kehijauan dan pokok-pokok yang berwarna-warni. Dia sedar dah hampir siang. Namun keindahan panorama sekeliling buatnya tidak terkedip mata melihat sekeliling. 
"Abang rasa macam kat Korea la... cantiknya kat mana ni dik?"
"Ala tak lama lagi sampai rumah kita, depan tu belok kanan nanti ada traffic light belok kiri. Tempat ni memang cantik adik selalu main-main kat sini...." 

"Yeke! bestnya...tuh! ada air terjun cantiknya! Kat mana kita sekarang?"

Juki terpesona dengan pemandangan yang indah. Dia rasa seperti sudah berjalan beribu-ribu kilometer jauh dari tempat biasa. 

"Hari dah semakin cerah. Tiba-tiba dia ada seekor rusa yang melintas jalan. Juki break mengejut. Terlanggar pokok. 

Dia bangun dan sedar-sedar dia sudah lama berada di highway Karak. Kereta dia sudah lama tak bergerak. Sehingga petrol pun sudah habis. Dia pengang kepala dan darah pula menitis dari kepalanya. Badannya juga berlumuran darah. 

"Tolong!"

Juki sedar dia sudah berada di hospital. Kepalanya sudah pitam. Masih lagi terbayang di mana Kamal.

"Tolong! ada budak dalam kereta saya. Tolong selamatkan dia!"
"Setahu saya encik ni drive sorang-sorang. Tak ada budak pun dalam kereta encik"

Juki hanya mampu diam dan terus melayan perasaan rindu pada Kamal. Masih lagi terbayang saat-saat indah bersama Kamal. Dia rasa bahagia betul bersama budak tu. Tiba-tiba Kamal menjelma di depan mata.

"Eh! Adik...adik tak apa-apa?"
"Adik ok je la bang...." 
"Adik balik dulu la...abang rehat ye"
"Fuh! risau abang...nanti abang antar adik balik ye..."
"Tak apa lah mak saya dah datang"
"ok...dik nanti call abang tau...kita jalan-jalan lagi kat tempat adik..."

Kamal tersemyum riang. Dia tidak bercakap apa-apa. Tiba dia menoleh ke belakang, Juki ternampak kesan tompokan darah pada belakang badan Kamal. Di kepala bajunya penuh dengan darah. Dia cuba panggil Kamal tapi Kamal tidak menyahut dan terus meninggalkan Juki sendirian di wad.  - hujanemas
---------------------------
Ha...seram!!!
Penaja
Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 
   

Koleksi Baju Pengantin Dato Siti Nurhaliza







Cari idea baju pengatin?
Wah! memanglah cantik-cantik dan mahal-mahal belaka....tapi kalau nak kahwin pada masa terdekat ni, boleh juga sewa baju pengantin ala Dato Siti Nurhaliza...nampak vogue gituw

Kelakar
 Fesyen ni sesuai pada mereka yang nak kelaianan...hahahahhaa

Penaja
Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 


Penyakit Misteri Gadis 16 Tahun Punyai Wajah Seperti Nenek 60an

Zara Hartshorn,  gadis remaja 16 tahun berasal dari Rotherham, Yorkshire selatan, telah lama bersabar selama bertahun-tahun mendapatkan ejekan kejam dan bahkan kekerasan fizikal kerana penampilannya yang nampak jauh lebih tua dari usia sebenarnya. Zara mengalami keadaan genetik yang jarang berlaku yang membuatnya kelihatan seperti orang tua. Ia mewarisi kelainan genetik tersebut (lipodistrofi) yang membuat kulitnya nampak berkededut dari Ibunya, Tracey Gibson. Selepas berita mengenai dirinya tersebar luas, seorang doktor bedah kenamaan di AS menawarkan kepadanya untuk melakukan bedah plastik secara percuma. Pembedahan tersebut berjalan dengan jayanya, Zara kini lebih percaya diri dengan penampilan barunya, kini dia sudah mempunyai kekasih bernama Ricky Andrews bahkan Ia tertarik untuk melanjutkan pendidikannya ke  bidang perguruan. - zamrispoon

selepas pembedahan



Kesian pulak aku tengok wajah budak2 ni masa dia kecil dah macam nenek. Mesti dia mengalami tekanan perasaan yang teruk masa di kanak-kanak. Minta jauh la dari penyakit-penyakit misteri ni...amin...
Ada tak orang yang sama cam aku?
hehehe

Penaja


Sinar Jahitan
Blouse, Baju Muslimah, Dress, Jubah, Tops, Fesyen Terkini



Memutihkan, Menggebukan dan Mengurankan Kedutan Kulit Dengan Pantas



Luahan Hati Isteri Kedua

SAYA tertarik sungguh dengan cerita kebanyakan isteri sanggup bercerai daripada bermadu. Sebabnya kerana bermadu hanya untuk suami mengecap kebahagiaan sedangkan isterinya hidup merana. Itu anggapan kebanyakan wanita bila tahu suaminya ingin berpoligami. Semua marah dan akan membenci bila ada wanita lain ambil suami orang." Demikian cerita Asharina dalam emelnya.

''Pada pendapat saya pahit atau manis hidup bermadu terpulang kepada individu itu sendiri menerimanya. Mungkin pembaca beranggapan mudah untuk saya berkata begitu kerana saya isteri kedua dan dalam bahasa kasarnya saya dicap perampas suami orang.

''Buat pengetahuan pembaca saya tak pernah bercita-cita nak bermadu.Tetapi ianya terjadi kerana kehendak Allah jua. Sebagai orang yang beriman tentu anda percaya kepada kadaq dan kadar. Dan itulah yang terjadi kepada saya.

''Saya kenali Az suami saya sekarang sejak 11 tahun lalu, waktu itu kami bekerja tempat yang sama, ketika itu saya ibu tunggal dan Az sudahberumah tangga. Waktu kami mula berkenalan hubungan kami telah dihidu oleh isterinya.

''Sebelum perkara buruk berlaku kerana salah faham lebih baik saya angkat kaki. Niat saya ketika itu semata-mata untuk menjaga keharmonian dan tak mahu digelar perampas, saya mengundurkan diri. Kerana memikirkan itu adalah jalan yang terbaik buat kami.

''Akhirnya kerana ada jodoh saya berkahwin dengan seorang duda anak satu dan sesuailah dengan saya juga yang sudah pun ada seorang anak.

"Malangnya rumahtangga saya dengan Bee sentiasa tak aman, sentiasa ada konflik. Kami sering berbalah dan tidak ada persefahaman.

''Pada mulanya Az menyangkakan hidup saya dengan Bee bahagia begitu juga saya sangkakan dia bahagia bersama keluarganya. 

Tapi keadaan rumahtangga mereka tetap sama. Az mendakwa hidup dan perasaan hatinya sudah tawar.

Jodoh

Dengan kuasa Allah saya bertemu semula Az, insan yang saya cintai tetapi dia tidak tahu masalah rumah tangga saya selama ini.

''Saya buat solat istiqarah selama 3 minggu sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Az. Saya sedar risikonya dan saya juga sedar saat-saat kami bersama adalah amat singkat kerana jarak umur kami berbeza hampir 10 tahun. Tetapi apa yang pasti, kami sedar bahawa jodoh kami amat kuat. Walaupun saya cuba elakkan untuk bergelar isteri kedua 10 tahun yang lalu. 

''Saya ingin bertanya, adakah orang seperti saya patut terus dipersalahkan tanpa menyelidik sejarah cinta kami? Adakah adil untuk Az dipersalahkan sedangkan rumahtangga yang sedia ada sememangnya tiada lagi bahagia? Saya juga seorang wanita, jika 10 tahun dulu saya tahu saya akan bergelar isteri kedua pasti saya akan mengahwini Az.

''Saya cuba mengelak tapi jodoh bukan di tangan saya. Salahkah kami mengecap kebahagiaan sekali lagi dengan lelaki bergelar suami? Saya amat menghormati madu saya walaupun sehingga kini dia masih meneka dalam kesamaran. Saya sentiasa nasihatkan suami saya agar menjaga hati isteri pertama dan berterus-terang dengannya. 

''Tetapi segala masalah Az dengan isterinya bukan masalah saya. Saya boleh jadi pendengar bukan penghasut. Perkahwinan ini adalah atas dasar kasih sayang dan persefahaman. Bukan semua yang bergelar isteri kedua busuk hatinya dan bukan semua yang bergelar isteri pertama sanggup berkorban untuk suaminya. 

''Pada saya di dalam sesebuah rumahtangga itu perlu ada kejujuran,keikhlasan dan persefahaman. Janganlah apabila suami beristeri baru atau kahwin lagi, jari hanya menunding pada sang suami tanpa rasa bersalah pada diri sendiri kerana beranggapan diri sudah terlalu hebat dan terbaik. Tiada siapa akan tahu cerita dalam kelambu kita kecuali pasangan itu sendiri dan Allah yang maha mengetahui. 

''Jadi apabila suami berkahwin lain janganlah sesedap rasa memanggil insan sejenis kita sebagai betina dan suami pula jantan gatal dan mengumpat keturunannya. 

''Saya amat bahagia dengan suami saya walaupun hidup tidak mewah kerana yang saya kahwini adalah kawan, sahabat, kekasih dan suami saya.Material bukanlah segalanya dalam hidup saya walaupun kadang-kala ia menjadi satu keperluan. 

''Saya rasa kita sebagai wanita perlu bersikap rasional dan janganlah hendak menjatuhkan apa lagi hukuman tanpa melihat kenapa perkahwinan kedua suami kita berlaku serta menidakkan takdir serta ketentuan Allah untuk kita.

''Sekiranya dan sememangnya saya gatal hendak bermadu dan begitu juga dengan suami saya Az, kenapa kami perlu menunggu 10 tahun untuk berkahwin sedangkan dahulu kami masih sama-sama muda dan berupaya?Kenapa baru sekarang? 

''Kini perkahwinan kami hampir 2 tahun. Saya berdoa ini adalah jodoh terakhir saya. Cukuplah apa yang telah saya lalui selama ini. 

Saya cuma ingin bahagia dan meneruskan hidup ini hingga ke akhir hayat bersama Az. Tidak akan ada orang lain lagi dalam hidup saya sebagai pengganti Az. Doa saya agar kami tidak akan berpisah lagi.

''Jadi, tolang beritahu saya, adakah salah saya kahwin suami orang? Semua wanita tak ingin malah tidak pernah terfikir untuk bercerai selepas berkahwin dan kebanyakan wanita tidak ingin berkongsi kasih tapi jika sekiranya jodoh kita telah ditentukan dengan seseorang itu ,walau ke mana kita lari dan bersembunyi jodoh itu tetap menghampiri kita. Itulah yang berlaku pada saya, jadi jangan salahkan saya ataupun wanita lain yang menjadi isteri kedua mahupun ketiga, semuanya berlaku kerana telah disuratkan ke atas hidup mereka.'' Demikian cerita Azharina panjang lebar menjelaskan kedudukannya sebagai isteri kedua.

Ini plak gambar-gambar ustaz-ustaz yang bahagia bermadu....



-------------
Semoga kita semua ambil iktibar...sekirannya Allah dah halalkan bermadu pasti ada hikmah di sebalik hukuman tersebut, kita sebagai hambaNYA bersangka baik je lah pada Allah. Insyallah pasti ada jalan penyelesaian atas segala masalah dan musibah. Huhu!! Cakap senangla ko!!! hehehhe

Dah-dah..janganlah frust sangat...hehehe
terima aja dengan redha..

Penaja
IOn Vapor Steamer
Hot and Cold Facial Steamer
Tahukah anda, hanya dengan wap panas, segala kotoran dan logam yang melekat diwajah dapat ditanggalkan dengan mudah? Kotoran yang melekat akan menjadikan wajah anda lebih kusam, jeragat dan lesu. Jom klik

Wax Machine

Wax Machine


Sudu Tengkorak Kasi Amaran Pada Pengidap Kencing Manis




Sudu tengkorak ni direka khusus untuk kasi warning pada orang yang suka sangat makan yang manis-manis dalam makanan atau minuman. Ketahuilah gula boleh membawa maut sekirannya diambil secara berlelebihan, kurangkan gula dalam makanan dan tambahkan manisa pada senyuman. 

Amacam? Senyumlah!!!

monyet pun suker...

manisnya...senyuman ni...memang ikhlas hahaha

Penaja
Sinar Jahitan
Blouse, Baju Muslimah, Dress, Jubah, Tops, Fesyen Terkini


Minyak Argan


Tinggi Dengan Vit E Melembabkan Kulit dan Rambut

7 Fakta Perlu Tahu Sebelum Berkawan dengan Orang Bunian



FAKTA

1- Bunian tidak ditakrif dalam al-Quran tetapi keajaiban Allah sama seperti kejadian manusia kembar.

2- Manusia yang bersahabat atau berkawan dengan bunian, menjatuhkan martabat mereka sebagai khalifah Allah.

3- Tidak seperti jin yang boleh terbang dan memiliki kemampuan lain, Bunian hidup seperti manusia dengan berjalan kaki, bercucuk tanam cuma bezanya mereka tidak dilihat manusia walaupun hidup di alam yang sama.

4- Bunian boleh menyakiti manusia secara ghaib tetapi bagi bunian yang mempelajari ilmu tertentu, mereka boleh menyakiti manusia secara fizikal.

5- Rawatan digunakan Dr Jahid untuk merawat gangguan jin atau bunian adalah kaedah ketukan. – Tanda-tanda seseorang diganggu bunian atau jin adalah berkelakuan pelik seperti melihat benda ghaib, berat badan kekal tetapi apabila diangkat terasa berat selain kesan aneh pada tubuh badan.

6- Manusia tidak digalakkan berkawan dengan bunian kerana sukar diketahui sama ada bunian itu benar-benar beriman atau kafir.

7- kaedah menjauhkan gangguan bunian atau jin adalah dengan menjaga ibadat wajib dengan sempurna selain memperbanyakkan ibadat sunat serta solat hajat, solat taubat dan berdoa.
--------------------------
Kalau dah tahu tak payah la nak cari orang bunian yang dikatakan cantik...cantik dari pandangan mata kasar sahaja, hakikatnya masyallah...manusialah sebaik-baik kejadian...


Ini bukan orang bunian tapi hantu....raya...hehehe


Rasai Keajaiban Minyak Argan

Tinggi Dengan Vit E Melembabkan Kulit dan Rambut

Datukku Berkahwin dengan orang bunian

Sebulan kemudian, datuk pergi ke tempat tersebut. Ia berhasrat untuk menemui perempuan cantik. Tepat, pukul tiga petang datuk pun masuk ke dalam hutan. Lebik kurang setengah jam berada di dalam hutan. Datuk diberkas oleh anggota tentera kerana masuk ke dalam kawasan hitam.
Datuk lalau dibawa ke balai polis. Seminggu datuk tidur dalam lokap sementara menanti hari perbicaraan. Bila dihadapkan ke mahkamah datuk didapati bersalah dan dihukum penjara selama seminggu, datuk bersyukur pada tuhan, kerana pihak mahkamah mengambil kira hukuman itu berjalan dari tarikh ia mula ditahan. Pada perbicaraan itu datuk pun dibebaskan.



Datuk mengambil keputusan yang tepat. Ia melupakan tentang perempuan cantik itu. Tapi, perangainya yang suka memburu itu tidak dapat dikikisnya dari hati. Kalau sehari ia tidak pergi memburu, ia terasa hidupnya terlalu sepi. Semua yang dilakukannya serba tidak kena. Akhirnya, datuk teringat tentang hutan kecil di pinggir bukit kota. Menurut orang-orang yang berladang di pinggir bukit itu, ayam hutan cukup banyak terdapat di situ. Pelanduk dan landak juga selalu ditemui oleh mereka. Kerana bukit kota tidak termasuk dalam kawasan hitam, datuk pun mengambil keputusan untuk berburu ke tempat tersebut.

Datuk berusaha mengumpulkan beberapa orang kawannya. Diajak berunding untuk berburu ayam hutan. Semua kawan-kawannya menolak dengan alasan takut tersua dengan komunis atau terjumpa dengan anggota tendera.

“Jangan bodoh, kawasan itu, kawasan putih,” kata datuk pada kawan-kawannya dengan nada suara yang keras sambil meraba-raba misai tebalnya.

“Kami tak mahu pergi,” jawab kawan-kawan datuk.

Kemudian mereka meninggalkan datuk sendirian di anjung rumah. Cerita orang-orang yang berladang di pinggir Bikit Kota terserempak dengan komunis, bukanlah perkar baru. Sudah jadi buah mulut orang ramai. Sudah sampai ke pengetahuan ketua Kampung Kota dan penghulu. Sudah pun dilaporkan kepada pihak polis. Orang-orang keomunis itu memang suka melintas jalan ikut Bukit Kota dari Segari menuju ke Ulu Perak, akhirnya masuk ke dalam kawasan Thailand. Orang-orang yang berladang ki kaki bukit merasa beruntung dan bertuah kerana orang-orang komunis itu tidak menggangu mereka.
Walaupun kawan-kawannya tidak mahu pergi, datuk tetap meneruskan rancangannya. Ia berazam mahu menembak ayam hutan sebanyak yang boleh disamping itu ia berharap juga akan dapat menembak seekor dua napuh atau landak. Tidak ada persiapan tertentu yang diatur oleh datuk untuk pergi memburu kecuali sehari sebelum masuk hutan, ia membakar kemenyan di hujung bendul sambil membasuh mukanya dengan air kelapa muda tiga kali.

Pagi itu, datuk bertolak dari rumah sesudah makan nasi dan minum kopi. Ia menaiki basikal sejauh dua batu untuk sampai ke ka Bukit Kota. Memang, sudah dirancangnya untuk memburu ayam hutan pada sebelah pagi. Ia berpendapat pergi memburu pada sebelah pagi banyak untungnya, boleh meredah hutan hingga matahari jatuh.

Waktu datuk sampai di kakai Bukit Kota matahari sudah pun meninggi. Air embun di hujung daun nampak bersinar-sinar di panah matahari. Datuk tidak terus masuk ke dalam hutan. Ia singgah dulu di sebuah pondok kepunyaan kawannya. Ia bertanya pada kawannya, arah mana terapat bunyi kokok ayam hutan.Kawannya tiu pun menunjukkan arahnya.

“Batalkan saja rancangan kau tu,” ujar kawannya dengan tenang sambil merenung ke arah pokok-pokok hutan. Datuk tersenyum sambil melurut muncung senapangnya dua tiga kali dengan tapak tangan.

“Kenapa ?” Datuk menimang senapangnya. Kawannya terdiam tapi merenung pada tali pinggang datuk yang digayuti peluru.

“Merbahaya.”

“”Kau takut aku ditangkap komunis,” “Kalau tidak kenapa kau tahan aku.”

Datuk meletakkan buntut senapang ke bumi. Ia merenung pada puncak Bukit Kota. Datuk terdengar bunyi kokok ayam hutan atau ayam denak. Mata datuk bercahaya, kokok ayam itu bertalu-talu dan bersahutan -sahutan pula. Datuk sudah tidak boleh bersabar lagi. Ia segera meletakkan senapang atas bahu dan bersedia untuk melangkah masuk ke dalam hutan.
“Jangan terburu-buru nanti buruk padahnya,” kawan datuk yang bertahi lalat di pipi mengingatkan datuk.

“Kau usah banyak cakap, kalau mahu daging ayam hutan, cakap terang-terang, aku boleh beri. Berapa ekor kau mahu.” Balas datuk dan ia pun mengatur langkah menuju lorong ke dalam hutan. Kawannya segera mengejarnya. Tiba-tiba sahaja hati datuk jadi panas dengan perbuatan kawannya itu. “Usah pergi,” tahan kawannya. “Ini urusan aku, kau tunggu di pondok habuan kau ada.”

“Aku tak mahu apa yang kau dapat, tapi kau mesti ingat tempat ini bukan tempat sebarangan, banyak orang yang sesat di dalamnya.”

“Dia orang itu siapa, dan aku siapa, kalau tak cukup syarat di dada aku tak jadi pemburu tau.” Datuk mula membangga diri. Dan datuk terus masuk ke dalam hutan. Kawannya geleng kepala.
Makin jauh datuk meredah hutan, makin kerap didengannya suara kokok ayam jantan. Datuk pun sampai ke satu kawasan agak lapang. Fatuk berhenti di situ, tiba-tiba ia terpandang sekumpulan ayam hutan keluar dari celah-celah pokok menuju ke kawasan tanah lapang, mencakar-cakar tanah di situ, kemudian masuk ke dalam semak kembali. Memang tidak salah lagi inilah tempatnya kata datuk dalam hati.

Ia merangkak perlahan-lahan menuju ke balik batang besar. Ia duduk di situ, matahari beransur terik, tapi sinar matahari itu tidak dapat menjamah batang tubuh datuk kerana ia diteduhi oleh rimbunan pokok hutan. Datuk memasukkan peluru penabur ke dalam laras senapang. Datuk terdengar kokok ayam hutan di atas kepalanya. Datuk donggakkan kepala. Ia nampak seekor ayam jantan dengan bulu yang berkilat bertenggik atas dahan. Ayam itu mengepak-ngepakkan sayapnya. Ekornya yang panjang berkilat bergerak-gerak dimain angin. Datuk melompat, seekor lipan bara sepanjang satu jengkal keluar dari celah daun-daun kering merayap atas kasut. Kerana kuat sangat datuk melompat lipan itu terpelanting ats tanah. Datuk segera memijaknya hingga lipan itu mati. Ayam jantan atas kepala terbang dan hilang. Datuk kecewa. Wa terus memaki lipan yang sudah hancur itu. Datuk membuat rancangan lain. Ia mahu beruhab tempat kerana datuk yakin ayam-ayam itu tidak akan datang ke situ lagi.

Baru lima langkah datuk melangkah ia terdengar kokok ayam. Datuk berpatah balik ke tempat asal. Daduk di situ sambil menghisap rokok daun nipah. Sepuluh minit masa berlalu, ayam hutan tidak juga datang ke tanah lapang. Waktu datuk mencampakkan puntung rokoknya ke pangkal pohon meranti patah cabang, datuk terdengar kokok ayam lagi. Datuk tersenyum. Ia yakin ayam-ayam itu akan datang juga ke situ. Memang benar dugaan datuk. Ranting pokok sebelah kanannya bergerak-gerak. Seekor ayam hinggap di situ, kemudian turun ke tanah lapang. Ayam itu memanggil kawan-kawannya yang lain. Dua tiga ekor ayam betina keluar dari celah-celah pokok lalu menghampiri ayam jantan.

Satu peluang yang baik bagi datuk. Ia melepaskan tembakan. Ayam jantan menggelupur atas tanah. Datuk segera menerkam lalu menyembelihnya. Masa datuk mengikat kaki ayam untuk digantung ke pinggannga, seekor ayam betina meluru padanya berpusing di depan datuk dua tiga kali. Datuk segera menangkapnya. Mata golok yang tajam pun memutuskan urat di tengkok ayam. Bila datuk memeriksa badan ayam itu ternyata pangkal paha ayam itu sudah ditembusi peluru.
Dua ekor ayam hutan tergantung di pinggang datuk. Cukup senang hatinya. Dan datuk bercadnag salah seekor daripada ayam itu akan diberikan pada kawannya yang berladang di kaki bukit. Panas kian terik dan datuk mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Pada sebelah petangnya ia akan datang lagi berburu kesitu.

Datuk mendongak ke langit. Matahari sudah agak condong ke barat. Datuk senyum, ia dapat menduga pukul berapa sekarang. “Masih awal lagi, kalau tak silap baru pukul tiga,” kata datuk dalam hati. Dengan cara mendadak sahaja ia membatalkan rancangannya untuk pulang. Ia mahu memburu lagi, sebelum matahari jatuh di kaki langit, ia bercadang untuk menembak paling kurang lima ekor ayam lagi. Alang-alang berburu biar puas. Esok lusa belum tentu boleh datang lagi ke sini. Siapa tahu entah esok , entah tulat kawasan ini akan dijadikan ‘Black Area’. Sebelum semuanya berlaku biar aku gunakan peluang ini. Itulah yang difikirkan oleh datuk.
Ia menyumbatkan peluru ke dalam laras senapang. Pusing kiri pusing kanan, Akhirnya datuk berjalan ke arah utara mengikuti lorong ayam hutan dengan harapan di hujung lorong itu ia akan bertemu dengan barang yang dicarinya. Baru lima ela berjalan datuk sudah terdengar kokok ayam jantan.

“Kali ini kawan-kawan yang tidak mahu ikut aku memburu tentu rugi,” kata datuk dalam hati sambil mematah dahan pokok hutan. Datuk kian jauh masuk ke dalam hutan. Datuk terdengar bunyi suara orang bercakap. Ia segera menyembunyikan diri di celah rimbun pokok hutan. Suara orang bercakap itu makin lama makin dekat berselang seli dengan bunyi kokok ayam dan suar itek. Sesekali datuk terdengar bunyi orang mengukur kelapa. Puas datuk melihat kiri kanan, ia tidak nampak pun bayang manusia. Datuk mengira itu cuma perasaannya sahaja. Ia segera keluar dari tempat persembunyiaan dan meneruskan perjalanannya. Datuk terasa kepalanya pening dan ia tercium bau wangi di kelilingnya. Ia menduga penunggu Bukit Kota mahu menguji dirinya. Cepat-cepat datuk memebaca sesuatu, tapi bau wangi itu makin kuat datangnya, kepalanya terasa berdenyut-denyut.

“Ganjil,” kata datuk sambil mengaru tanah. Dengan hujung goloknya datuk membuat garisan tiga segi di muka bumi. Tapi hujung garisan itu dipacaknya dengan ranting kayu. Mulut datuk terus membaca sesuatu dengan tenang. Kemudain ia mengembus pancang yang dicacaknya itu dengan mulut. Ketiga-tiga pancang itu rebah ke bumi. Tahulah datuk, bahawa ia tidak berhadapan dengan penunggu Bukit Kota, tapi ia berhadapan dengan makhluk lain yang serba aneh.
Datuk meneruskan perjalannya. Bau wangi tetap menyumbat lubang hidungnya. Daun-daun hutan yang tua berguguran ke bumi. Angin bukit yang bertiup menyegarkan badannya. Rasa pening di kepalanya hilang. Datuk berhadapan dengan pokok-pokok bunga yang beraneka rupa. Datuk tidak peduli pada semuanya itu. Ia menyimpang ke kiri, masuk ke arah hutan kelubi. Di situ juga datuk bersua dengan pokok-pokok bunga.

Di hujung pokok-pokok bunga itu terdapat jalan tanah merah. Datuk terus ikut jalan itu , kerana kokok ayam hutan datangnya dari situ. Datuk berhenti berjalan, bila ia terpandang seorang perempuan tua berdiri di hujung jalan. Bila melihat datuk berhenti, perempuan itu segera menghampirinya.

“Kau sesat,” kata perempuan itu.

“Tidak.”

“Habis macam mana kau ke mari.”

“Saya memburu ayam.”

“Patutlah ayam aku banyak yang hilang.”

“Saya….”

“Sudah mari singgah di rumah aku dulu.”

Datuk terus mengikuti perempuan tua itu ke rumahnya. Kerana perempuan itu mendakwa, bahawa ayam yang tergantung di pinggang datuk itu, adalah ayam kepunyaanya, tanpa soal jawab datuk terus menyerahkan padanya. Ayam itu dijadikan gulai yang kemudiannya dijadikan hidangan makan malam buat datuk. Selain dari perempuan tua itu datuk dapat berkenalan dengan seorang perempuan muda yang tinggal serumah dengan perempuan tersebut.

Datuk diberitahu oleh perempuan tua, bahawa perempuan muda itu adalah anaknya, datuk cuma angguk kepala sahaja, kemudian datuk minta perempuan itu menghantarkannya ke kaki Buki Kota. Permintaan datuk itu tidak dapat dipenuhi oleh perempuan tua tersebut. Ia minta datuk bermalam di rumahnya.

“Baiklah, tapi pagi esok saya mesti balik,” kata datuk.

“Boleh, kami tidak pernah mungkir janji.”

“Hantarkan saya sampai ke kaki bukit.”

“Tentulah boleh, tapi kau mesti berjanji kepada kami.”

“Janji apa ? “

“Jangan menembak binatang ternakan kami.”

Datuk terdiam. Apa haknya perempuan tua ini menahan kesukaannya. Datuk menatap wajah orang tua itu lama-lama. Orang tua itu tersenyum.

“Kau susah dengan syarat itu ?”

“Tak susah, tapi….”

“Memburulah di tempat lain tapi jangan di sini.”

“Baiklah.”

“Kalau kau mungkir janji buruk padahnya.” Orang tua itu mengigatkan datuk dengan nada yang keras. Bulu tengkuk datuk meremang.

Malam itu datuk tidak tidur. Orang tua itu mengajak datuk berborak hingga menjelang subuh. Cara diam-diam datuk jatuh hati pada perempuan muda yang nampak bersopan santun. Cantik orangnya dengan sepasang mata yang besinar. Berkulit putih dan rambut terhurai di atas bahu. Subuh itu datuk terpaksa sembahyang subuh di surau bersama dengan penduduk di kampung tersebut. Orang di situ menerima datuk dengan mesra.

Seperti yang dijanjikan. Orang tua itu bersama anaknya menghantar datuk sehingga ke kaki bukit Kota. Sebagai tanda kenangan anak orang tua itu menghadiahkan kepada datuk sebilah keris pendek.

“Ingat, jadilah manusia yang teguh pada janji, tidak menipu dan menyeksa sesama mahkluk, ” kata orang tua, bila bertemu dengan jalan ia mula masuk ke hutan dulu.

“Kalau mahu ayam minta pada kami, jangan menembaknya atau mencurinya,” sambung perempuan tua itu. Datuk mengangguk kepala sambil menoleh ke kanan. Bila datuk menoleh ke kiri semula, perempuan dan anaknya hilang. Datuk pulang tanpa ayam hutan tapi membawa keris pendek yang terpaksa di usap dengan kemeyan setiap malam Jumaat. Itu pesan perempuan tua yang mesti dipatuhinya, tapi setiap kali keris itu diusap, anak pada perempuan tua itu akan menjelma. Satu perkara yang tidak disenangi oleh datuk.

Lantas datuk mengambil keputusan untuk memulangkan keris itu. Ia pun pergi ke bukit Kota, satu hari satu malam dia berada di situ. Dia tidak juga bertemu rumah perempuan tua itu. Tempat yang ditandanya dulu, ternyata hutan besar yang menakutkan dan penuh dengan pokok-pokok besar dan akar kayu berjuntaian. Dari kawan datuk yang membuat pondok di kaki bukit Kota, datuk mendapat tahu, bahawa kampung yang dimasukinya dulu ialah kampung orang bunian. Dan datuk terjumlah pada orang yang beruntung, kerana orang bunian itu berkenan padanya kerana itu dia dilayan, kalau orang bunian tidak berkenan, sudah pasti datuk sesat di dalam hutan berbulan-bulan.

Walaupun begitu, datuk masih dapat menjalinkan silaturahimnya dengan orang bunian dengan baik. Malah ia telah dikira sebagai salah seorang anggota orang bunian. Datuk mendapat tahu semuanya ini menerusi anak perempuan orang tua melalui keris pendek yang di usapnya pada tiap-tiap malam Jumaat.

“Ingat, buat sesama manusia, jangan tamak dalam hidup, bersihkan diri dari perasaan hasad dan dengki,” kata perempuan tua itu pada datuk pada suatu malam.

“Saya tahu,” jawab datuk. Kemudian perempuan itu menghilangkan diri di tengah-tengah bau kemeyan yang semerbak. Dua minggu kemudian, datuk menghilangkan diri selama seminggu. Seluruh anak buahnya jadi gempar. Masuk minggu yang kedua, datuk pulang dan memberitahu nenek, bahawa dia telah berkahwin dengan orang bunian. Nenek terdiam. Tidak memberikan sebarang komen. 




Apa lagi datuk pun sangatlah gembira rasanya dapat bermalam di rumah bapa mertuanya setiap malam jumaat, bersama wanita bunian yang cantik, muda dan putih gebu...Rezeki katanya...hahahha

Penaja
Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...