SAYA tertarik sungguh dengan cerita kebanyakan isteri sanggup bercerai daripada bermadu. Sebabnya kerana bermadu hanya untuk suami mengecap kebahagiaan sedangkan isterinya hidup merana. Itu anggapan kebanyakan wanita bila tahu suaminya ingin berpoligami. Semua marah dan akan membenci bila ada wanita lain ambil suami orang." Demikian cerita Asharina dalam emelnya.
''Pada pendapat saya pahit atau manis hidup bermadu terpulang kepada individu itu sendiri menerimanya. Mungkin pembaca beranggapan mudah untuk saya berkata begitu kerana saya isteri kedua dan dalam bahasa kasarnya saya dicap perampas suami orang.
''Buat pengetahuan pembaca saya tak pernah bercita-cita nak bermadu.Tetapi ianya terjadi kerana kehendak Allah jua. Sebagai orang yang beriman tentu anda percaya kepada kadaq dan kadar. Dan itulah yang terjadi kepada saya.
''Saya kenali Az suami saya sekarang sejak 11 tahun lalu, waktu itu kami bekerja tempat yang sama, ketika itu saya ibu tunggal dan Az sudahberumah tangga. Waktu kami mula berkenalan hubungan kami telah dihidu oleh isterinya.
''Sebelum perkara buruk berlaku kerana salah faham lebih baik saya angkat kaki. Niat saya ketika itu semata-mata untuk menjaga keharmonian dan tak mahu digelar perampas, saya mengundurkan diri. Kerana memikirkan itu adalah jalan yang terbaik buat kami.
''Akhirnya kerana ada jodoh saya berkahwin dengan seorang duda anak satu dan sesuailah dengan saya juga yang sudah pun ada seorang anak.
"Malangnya rumahtangga saya dengan Bee sentiasa tak aman, sentiasa ada konflik. Kami sering berbalah dan tidak ada persefahaman.
''Pada mulanya Az menyangkakan hidup saya dengan Bee bahagia begitu juga saya sangkakan dia bahagia bersama keluarganya.
Tapi keadaan rumahtangga mereka tetap sama. Az mendakwa hidup dan perasaan hatinya sudah tawar.
Jodoh
Dengan kuasa Allah saya bertemu semula Az, insan yang saya cintai tetapi dia tidak tahu masalah rumah tangga saya selama ini.
''Saya buat solat istiqarah selama 3 minggu sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Az. Saya sedar risikonya dan saya juga sedar saat-saat kami bersama adalah amat singkat kerana jarak umur kami berbeza hampir 10 tahun. Tetapi apa yang pasti, kami sedar bahawa jodoh kami amat kuat. Walaupun saya cuba elakkan untuk bergelar isteri kedua 10 tahun yang lalu.
''Saya ingin bertanya, adakah orang seperti saya patut terus dipersalahkan tanpa menyelidik sejarah cinta kami? Adakah adil untuk Az dipersalahkan sedangkan rumahtangga yang sedia ada sememangnya tiada lagi bahagia? Saya juga seorang wanita, jika 10 tahun dulu saya tahu saya akan bergelar isteri kedua pasti saya akan mengahwini Az.
''Saya cuba mengelak tapi jodoh bukan di tangan saya. Salahkah kami mengecap kebahagiaan sekali lagi dengan lelaki bergelar suami? Saya amat menghormati madu saya walaupun sehingga kini dia masih meneka dalam kesamaran. Saya sentiasa nasihatkan suami saya agar menjaga hati isteri pertama dan berterus-terang dengannya.
''Tetapi segala masalah Az dengan isterinya bukan masalah saya. Saya boleh jadi pendengar bukan penghasut. Perkahwinan ini adalah atas dasar kasih sayang dan persefahaman. Bukan semua yang bergelar isteri kedua busuk hatinya dan bukan semua yang bergelar isteri pertama sanggup berkorban untuk suaminya.
''Pada saya di dalam sesebuah rumahtangga itu perlu ada kejujuran,keikhlasan dan persefahaman. Janganlah apabila suami beristeri baru atau kahwin lagi, jari hanya menunding pada sang suami tanpa rasa bersalah pada diri sendiri kerana beranggapan diri sudah terlalu hebat dan terbaik. Tiada siapa akan tahu cerita dalam kelambu kita kecuali pasangan itu sendiri dan Allah yang maha mengetahui.
''Jadi apabila suami berkahwin lain janganlah sesedap rasa memanggil insan sejenis kita sebagai betina dan suami pula jantan gatal dan mengumpat keturunannya.
''Saya amat bahagia dengan suami saya walaupun hidup tidak mewah kerana yang saya kahwini adalah kawan, sahabat, kekasih dan suami saya.Material bukanlah segalanya dalam hidup saya walaupun kadang-kala ia menjadi satu keperluan.
''Saya rasa kita sebagai wanita perlu bersikap rasional dan janganlah hendak menjatuhkan apa lagi hukuman tanpa melihat kenapa perkahwinan kedua suami kita berlaku serta menidakkan takdir serta ketentuan Allah untuk kita.
''Sekiranya dan sememangnya saya gatal hendak bermadu dan begitu juga dengan suami saya Az, kenapa kami perlu menunggu 10 tahun untuk berkahwin sedangkan dahulu kami masih sama-sama muda dan berupaya?Kenapa baru sekarang?
''Kini perkahwinan kami hampir 2 tahun. Saya berdoa ini adalah jodoh terakhir saya. Cukuplah apa yang telah saya lalui selama ini.
Saya cuma ingin bahagia dan meneruskan hidup ini hingga ke akhir hayat bersama Az. Tidak akan ada orang lain lagi dalam hidup saya sebagai pengganti Az. Doa saya agar kami tidak akan berpisah lagi.
''Jadi, tolang beritahu saya, adakah salah saya kahwin suami orang? Semua wanita tak ingin malah tidak pernah terfikir untuk bercerai selepas berkahwin dan kebanyakan wanita tidak ingin berkongsi kasih tapi jika sekiranya jodoh kita telah ditentukan dengan seseorang itu ,walau ke mana kita lari dan bersembunyi jodoh itu tetap menghampiri kita. Itulah yang berlaku pada saya, jadi jangan salahkan saya ataupun wanita lain yang menjadi isteri kedua mahupun ketiga, semuanya berlaku kerana telah disuratkan ke atas hidup mereka.'' Demikian cerita Azharina panjang lebar menjelaskan kedudukannya sebagai isteri kedua.
Ini plak gambar-gambar ustaz-ustaz yang bahagia bermadu....
-------------
Semoga kita semua ambil iktibar...sekirannya Allah dah halalkan bermadu pasti ada hikmah di sebalik hukuman tersebut, kita sebagai hambaNYA bersangka baik je lah pada Allah. Insyallah pasti ada jalan penyelesaian atas segala masalah dan musibah. Huhu!! Cakap senangla ko!!! hehehhe
Dah-dah..janganlah frust sangat...hehehe
terima aja dengan redha..
Penaja
No comments:
Post a Comment